Thursday, October 15, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 6

Bab 6

Larian Azarina kian perlahan. Dia membongkakkan tubuhnya sedikit. Melepaskan lelah. Matanya memandang Ku'a yang sudah jauh terkehadapan dari dirinya tadi mengundurkan langkah perlahan-lahan merapatinya. Azarina kembali menegakkan tubuhnya yang sedikit dibasahi keringat. Tuala kecil berwarna putih yang tersangkut di leher ditarik. Perlahan-lahan wajah yang berkeringat dilap. Nafas dihela perlahan. Kepalanya digoyangkan ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Beberapa kali dia melakukan aksi tersebut. Senaman buat kepala dan tengkuknya yang kian dihambat keletihan.

Penatnya!

Kua merapati Azarina yang sedang asyik menggoyang-goyangkan kepala.

"Hai...takkan dah pancit kut Azad?. Selalunya hang takat lari tiga jam tu masih relax lagi..stamina masih maintain ja. Ni kan baru dua jam Azad...hang dah ko...apa la hang Azad." Ku'a melemparkan senyuman pada teman serumahnya yang nampak keletihan. Bahu rakannya itu dipaut. Mesra. Kedua-duanya berjalan beriringan.

"Letih la aku Ku'a hari ni, keja punyalah menambun kat office tadi...depa nak launch product baru hujung bulan ni, tu yang macam-macam benda nak kena buat...segala tok nenek depa humban kat aku. Macam la aku sorang yang handle marketing department tu...cabuk sungguh la mangkuk-mangkuk besi kat office aku tu. Kalau tak kenangkan hang yang bersungguh nak jogging petang ni aku memang dah wassalam kat sofa. Kesian lak kat hang nanti jogging sorang-sorang petang petang ni. Kang kut kut ada penyangak ka kacau hang...haa, tak ka naya. Aku jugak yang susah hati nanti tau."

"Sayang jugak hang kat kawan hang yang kuruih ni ya...bertuahnya aku ya. Terima kasih banyak-banyak no." Azarina sudah mencebikkan mulutnya pada Ku'a yang sudah tersengih memandang padanya. Mereka mengatur jalan menyusuri trek di kawasan Tasik Titiwangsa yang sudah sedikit lenggang pada lewat -lewat petang begini. Sambil berbual sesekali mata di lontar melihat ke arah tasik yang tenang.

"What a coincidence...hai Salha...erk hai cik kak tocang dua.." Azarina dan Ku'a memandang pada suara yang menegur. Azarina sudah mengetipkan bibirnya saat matanya menangkap dua susuk tubuh yang sedang berjalan bertentangan dengan mereka. kedua-dua saling tersenyum memandang kearah Ku'a dan dirinya.

Apa senyum-senyum!, ingat segak sangat ka muka hangpa tu...ciss!

"Eh... hai Mustaffa...hai Azrief...you berdua pun jogging kat sini ke?." Kedua-dua pemuda dihadapan saling menganggukkan kepala pada Ku'a. Azarina hanya diam memerhati. Matanya dihala pada Mustaffa.

Mamat loyar buruk ni ada ja mana aku pi, orang jogging sini, dia pun sibuk mai kat sini...pi la jogging tempat lain...

"Ha'ah Salha. Ni member yang sorang ni haa sibuk ajak i jogging petang ni. Boring la dia kata duduk kat rumah. Takdak sapa katanya. At least kalau jogging kat sini boleh la dapat hirup cuaca petang ...sambil sambil tu boleh tengok gelagat orang kat sini."

Ku'a cuma tersenyum kecil mendengar penjelasan Mustaffa. Azarina dilihat mencebikkan mulut.

Azad...Azad, macam-macam la hang ni tau!

"Selalu ke Salha jogging petang petang kat sini?." Azrief yang sedari tadi hanya diam, mula melontarkan pertanyaan. Matanya memandang wajah putih mulus yang senang tersenyum dihadapannya itu.

"Selalu tu taklah. Adalah 5 atau 6 kali sebulan. Yang rajin jogging Azad. Dia ni memang jaguh lari jarak jauh dari zaman kami belajar di Universiti lagi. Wakil Universiti ni untuk acara olahraga." Ku'a sudah mengangkat kening pada Azarina. Azarina sudah membulatkan matanya.

Issh, Ku'a ni...tak yah cerita zaman Stamford Raffles tu nak pi habaq kat mamat dua ekoq ni.

"Hmm...cik Azad ni bekas atlit olahraga...hebatnya!. Mesti pernah masuk MASUM ni kan...dulu saya pun wakil Universiti gak...cuma bukan sukan olahraga lah..." Azarina tidak sedikitpun bersuara membalas kata-kata Mustaffa.

Sibuk ja...orang tak tanya pun!

"Oo Mustaffa pun wakil universiti ke?..sukan apa ye Mustaffa?. Azad ni memang dari tahun satu sampai tahun empat wakil universiti untuk MASUM." Ku'a yang bagai sudah dapat merasakan temannya itu tidak mahu menjawap pertanyaan Mustaffa, cuba menceriakan suasana.

"Saya main bolasepak Salha. Azrief ni nampak je diam...jangan tak tahu, dia pun wakil universiti jugak. Sama acara macam cik Azad kita ni...cuma dia ni acara pecut."

Ku'a menganggukkan kepala memandang Azrief yang tersenyum kecil.

"Kami ni nak pergi minum sebenarnya. Salha dan Azad bolehlah joint sekali. Jomlah."

Azarina yang sedari tadi menjadi pendengar dan pemerhati memberi isyarat matanya pada Ku'a.

"Takpa na no, lain kali ja la ya kita minum sama-sama...kami nak balik dulu. Dah nak masuk senja pun . Maghrib pun tak lama lagi ni. Sat sat nanti azan lah. Karang terlepas pulak solat...maklum maghrib ni masa dia pendek ja. Tak elok lewat lewatkan solat ni..dosa!. Kami jalan dulu la no, assalamualaikum..." Azarina segera mengheret tangan Ku'a berjalan pantas menuju ke padang letak kereta yang tidak jauh dihadapan mereka.

"Waalaikumsalam..."

Eleh..kerek la pulak awak ye cik kak tocang dua...ingat orang kaki tuang solat ker, cissh!

4 comments:

Aishah Hamzah said...

ahahah.....klako ler azad nie....smbg2.....

ashida said...

azad....?...sukan....keh...keh...keh...

kucc_aprilsnow said...

shida - hikhik, mesti cun kan kalau hang bygkan..

cactaceous opuntia said...

haha..si mus ni emo pulak..haha...kene usaha lbeh sket nk ngorat cik tocang dua tu..huu

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...