Monday, October 5, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 4

Bab 4

"Assalamualaikum...assalamualaikum..."

Ku'a baling bantal kecil pada Azad yang tidak berkelip memandang skrin tv....Azad ni kan kalau bab tengok cite drama Jepun memang tak kalih hatta bom meletup sekali pun, issh!. Terdengar sekali lagi bunyi salam diberi dari luar pintu. Kali ini lebih kuat dipendengaran Ku'a.

"Assalamualaikummmmmmm...."

"wei, apa ni Ku'a!, main baling baling bantal pulak...kacau daun la hang ni, potong stim aku ja...orang tengah syok layan Takuya ni..." Mata Azad mendongak ke tingkat atas. Kepala Ku'a yang sedang berbungkus tuala hijau sambil bercekak pinggang memandang ke arahnya.

baru mandi la tu cik kak hijau aku nan seorang ni....Ku'a, Ku'a tak sudah sudah ngan mode hijau hang..letih sungguh mata aku tengok hang tau!...

"hang tu Azad kalau pasal mamat sekor tu kalau bom meletup depan mata hang pun hang dak dengar tau...tu orang bagi salam kat luaq tu pi la jengok sapa..."

"Uik ada orang bagi salam ka?...awat aku tak dengaq haa, sora dia pelan sangat kut, lain kali bagi la salam kuat kuat sikit kan...hehehe...ok ok, sori madam ..." Azad sengih mendongak memandang Ku'a yang masih tercegat di tingkat atas. Perlahan langkah diatur ke arah pintu. Sapa la pulak makhluk yang mai rumah aku senja-senja ni, orang tengok syok layan boipren Jepun nan tercinta ni, issh kacau la depa ni!

"walaikumsalam..sat sat ya, chek mai ni..."

Ketiga-tiga pasang mata saling memandang antara satu sama lain. Bola mata Azad bulat memandang dua susuk tubuh yang sedang berdiri di depan pintu.

"haa...saya tau saya tau..." Mustaffa dan Azrief saling memandang dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Encik dan encik...minta maaf banyak banyak ya, saya tak dak nak beli apa apa barang elektrik lagi dah...rumah kami ni semua barang dah cukup, perfect...jadi,terima kasih ja la no...." Azad sudah pamer senyum kerang sambil cuba menutup pintu.

"Eh eh...cik kak tocang dua...nanti dulu...kami bukan jual barang elektrik la..."

Amboi cik kak tocang dua ni...muka aku yang sikit punya bergaya dan kacak ni dia kata salesman...salesman jual barang elektrik pulak tu...tolong sikit ye!

apa?..cik kak tocang dua?...ciss!

Mustaffa sudah menyiku lengan Azrief. Azad memandang sambil bercekak pinggang.

"Muka kita ni ada tokoh salesman jual barang elektrik ka Rif?" Azad pandang kedua-dua jejaka yang sedang berdiri memandangnya. Azrief sudah mahu menghamburkan gelaknya. Bibirnya segera dikatup. Rapat.

"Ha...kalau tak juai barang elektrik, hangpa berdua juai apa pulak...takkan pasemboq kut?"

"maaf cik kak tocang dua...kami bukan salesman juai barang elektrik....juga bukan juai pasemboq...kami ni sebenarnya..." Mustaffa cuba mengajuk gaya percakapaan Azad.

perli cakap utara aku la pulak mamat sekoq ni...katuk kepala ngan kasut ni kang baru padan muka hang!

"Ni ni nak habaq ya, nama saya bukan cik kak tocang dua ya, harap maklum...amboi sedap ja mulut dia dok gelar orang ngan nama yang tak gelemer ya..."Azrief sudah menguntum senyum. Lawak sungguh la cik kak tocang dua ni!

"Mana la kami nak tahu nama cik kak...cuba mai habaq nama sapa...nama saya Mustaffa, ni kawan saya Azrief..cik kak tocang dua ni nama sapa?" Mustaffa sudah tersenyum memandang wajah Azad yang begitu selamba.Comellah pulak awek tocang dua ni!...hehehe

"Amboi amboi..ni ni...rumah saya ni bukan tempat nak berkenalan ya...ni hangpa berdua ni sapa haa?...nak apa senja senja buta ni dok ketuk pintu rumah anak dara orang...sat saya pi jerit kat pak Berahim sebelah rumah ni nanti haa baru naya hangpa berdua kena tomoi free..."

Azrief sudah tidak dapat menahan ketawanya. Pecah disitu. Mustaffa turut sama.

Gelak la pulak...sah sah hangpa nak kena tomoi ni...

"wahai cik kak tocang dua...kami ni dari rumah sebelah la...ni ni kawan saya ni anak Berahim tau...kami ni datang nak bagi ni haa...makcik Latifah yang suruh hantarkan untuk cik kak tocang dua." Mustaffa menghulurkan mangkuk tingkat yang masih panas ke arah Azad. Azad jengok isi di dalam mangkuk tingkat plastik. Haa laksa!...caya la makcik Latifah!

"Azad..awat yang kecoh sangat tu aku dengaq...hang cakap ngan sapa.." Ku'a sudah menjengok keluar. Bola mata Mustaffa dan Azrief memandang sesusuk tubuh yang baru muncul di depan pintu. Dahi Ku'a sudah berkerut.

Eh..Sapa pulak mamat dua orang ni!

"Azad...sapa diaorang berdua ni?"

"Saya Mustaffa...jiran sebelah...eh eh maksud saya, tetamu rumah sebelah...ni anak tuan rumah sebelah, Azrief..." Ku'a senyum. Menganggukkan kepala. Azad sudah mencebik pada Mustaffa yang tersenyum padanya.

apa senyum senyum, hempok dengan mangkuk tingkat ni baru padan muka hang!

"owhh... ye ye makcik Latifah ada cerita kat saya petang tadi...saya Salha, ni kawan serumah saya Azad...ada apa hal datang ni?"

"Depa tolong makcik Latifah mai hantaq ni...laksa." Azad menunjukkan mangkuk tingkat pada Ku'a.

Ku'a angguk kepala. Tersenyum pada kedua pemuda dihadapannya.

"Tolong cakap terima kasih pada makcik Latifah ye..."

"Takde masalah. Kami balik dulu cik Salha...cik kak tocang dua..." Mustaffa sudah pantas mengatur langkah sambil melambaikan tangannya. Azrief cuma menganggukkan kepala pada Ku'a. Azad sudah bercekak pinggang.

Ciss, nanti hang salesman pasemboq!

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam.."

"Haa cik kak tocang dua...apa lagi tercegat tu...jom masuk, maghrib dah nak masuk ni..." Ku"a sudah mengatur langkah masuk kedalam rumah.

"Ku'aaaaaa........"

3 comments:

Aishah Hamzah said...

Salam writer,
Saya pengikut 'senyap' awak. Nice story, btw....

klaka la si Azad tue....

kucc_aprilsnow said...

ecah -wkumsalam...thks...yes in realiti orgnya pun mmg kelakar gilerr!

cactaceous opuntia said...

haha..salesman juai brg letrik...haha...azad2...free2 ja dpt nama cik kak tocang dua...nseb bek bukan cik kak tocang kuda...amboi mustaffa...pantang hang nmpk dahi licin...sense of humor dorg ni membuatkan cter ni menarik utk diikuti..^^

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...