Monday, June 8, 2009

Rindu Semalam -Bab 1

Bab 1

5 tahun dulu kedatangannya ke sini bukanlah sebenar-benarnya dengan sepenuh hati...sepenuh jiwa. Keputusannya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di bumi asing ini lebih kerana membawa hati yang lara. Sekeping hati yang dilukakan dengan semahu-mahunya oleh insan yang suatu waktu dahulu sering dipuja dalam diam..dikaguminya kerana budinya yang tidak terbalas. Insan itulah pencetus semangat, memberi bantuan juga dorongan tanpa erti penat lelah agar dirinya berjaya di dalam hidup biarpun tika itu dia cuma gadis kampung yang serba serbi kekurangan. Ibu yang merupakan satu-satunya saudara yang dia ada di atas muka bumi ini cuma bekerja mengambil upah menoreh di kebun orang demi meneruskan kelangsungan hidup mereka berdua selepas pemergiaan ayah. Kehidupan yang serba daif tidak memungkinkan dirinya mampu meneruskan persekolahan ke peringkat tertinggi jika bukan dengan bantuannya...ya, dengan bantuannyalah diri ini mampu berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sini...ibu yang sangat gembira ternyata tidak mampu berkata apa-apa untuk melahirkan kegembiraannya di kala itu. Pasti ibu bangga kerana dia satu-satunya dari kampungnya yang berjaya mendapat tawaran ke luar negara...dengan segala kepayahan hidup siapa sangka dia mampu melangkah sejauh ini...kalau tidak dengan bantuan dia namun alangkah ironinya hidup, dia yang menghulurkan pendayung, dia jugalah yang menghanyutkan diri ini ke tengah lautan..terkapai-kapai sendirian!...tidak disangka-sangka dia tega melukai hatinya yang sudah tepu dengan rasa kasih yang kemas tersimpan sejak sekian lama...

Pergi!...pergi!...tidak ingin diingati lagi kenangan itu...kenangan yang cukup merobek jiwanya. Cukuplah hatinya hancur ketika itu dan betapa sukarnya dia bangkit semula demi meneruskan janjinya pada ibu. Ibu yang tahu kisah pilunya terlalu banyak memberi dorongan. Alangkah tidak adilnya dunia ini pada fikiran remajanya saat itu...kenapa ditimpakan padanya dugaan sehebat itu kala dirinya masih memerlukan dia. Namun dirinya tidak tega menghancurkan kegembiraan ibu...biarlah dilontar jauh-jauh kasih yang tidak kesampaian itu...biarlah ia berkubur!

Masa bagai terlalu singkat dirasakan. Diam tak diam, pejam celik sudah lebih 5 tahun dirinya mengharungi hidup di bumi asing ini dengan segala kepayahan. Kepulangannya esok sesuatu yang bererti buat dirinya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jika tidak kerana peristiwa pilu itu mana mungkin dirinya mampu berjaya seperti ini. Menamatkan jurusan kedoktoran dengan cemerlang, terpilih sebagai mahasiswi terbaik di dalam jurusan itu adalah kejayaan paling manis buatnya. Sisa airmata yang berbaki di pipi disapu dengan kura tangannya.

Duhaila bangun dari duduknya di tepi balkoni rumah sewa yang sudah dihuni lebih 5 tahun dahulu. Rumah yang disewa bersama 8 teman yang lain dari Malaysia. Walau mereka datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza, tingkat sosial yang tidak seiring namun hidup di rantau orang menjadikan hubungan mereka begitu akrab, lebih dari adik beradik kandung. Susah dan senang sering bersama. Langkahnya lambat-lambat diatur ke dalam bilik. Rumah yang sudah sunyi kerana kebanyakkan rakan-rakan yang menghuni rumah ini telah kembali ke tanah air sejak seminggu yang lalu. Cuma dia dan Ziha sahaja yang tinggal kerana peperiksaan untuk kertas terakhir mereka baru selesai diduduki kelmarin. Malam ini adalah malam terakhir dia di sini...di rumah ini. Rumah yang terlalu banyak menyimpan cerita suka dukanya di bumi asing ini. Selepas ini rumah ini akan dihuni oleh adik-adik junior dari tanahair yang akan meneruskan perjuangan mereka menimba ilmu di sini...

Tombol pintu bilik perlahan-lahan dipusing lalu dia mengunci kembali pintunya. Tubuh tinggi lampainya itu di bawa berbaring ke tilam yang sedia terhampar. Matanya dihala kan siling. Esok dia tidak akan berbaring di sini..di katil ini lagi. Inilah malam terakhirnya di bilik ini...di katil ini. Esok tidurnya pasti didalam pesawat dan lusa nanti tidurnya sudah pasti di katilnya yang ditinggalkan lebih dari 5 tahun dahulu. Ahhh...rindunya dia pada ibu yang tercinta...pada pondok buruk mereka...pada kampung...pada sungai...pada segala-galanya.

Bunyi ketukan dari luar pintu biliknya menghentikan lamunan Duhaila. Dia bangun dari pembaringan lalu membuka pintu bilik yang dikunci. Tersembul wajah comel Ziha yang sedang tersenyum manis sambil memeluk teddy bear busuknya. Duhaila tersenyum pada Ziha. Ziha..Ziha..tidak boleh lekang dengan si teddy bear busuknya itu.

"Duha...kau dah tido ker...aku nak tido ngan kau malam ni boleh?...esok kita dah balik Malaysia...takder peluang lagi aku nak tido ngan kau macam ni lagi..."Ziha sudah meluru naik ke atas katil dan terus berbaring. Duhaila menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecil dengan telatah keanak-anakkan Ziha.

Ziha temannya sejak di tahun pertama datang dari keluarga yang begitu berada...namun Ziha tidak pernah menganggap jurang sosial itu menjadi pemisah hubungan persahabatan mereka. Ziha banyak membantunya dari segi wang ringgit. Seringkali dia menolak bantuan Ziha...dia malu kerana sudah terlalu kerap Ziha membantunya. Walau Ziha tidak berkira, tidak sesekali membangkit..dia tidak tega mengambil kesempatan. Hidup dirantau dengan hanya bergantung kepada wang biasiswa memang memeritkan...adakala harus mengikat perut lalu harus mencari jalan alternatif demi kelangsungan hidup di sini. Duhaila mengambil upah bekerja di restoran sebagai pembantu dapur. Alhamdulillah dengan wang hasil kerja di restoran itulah dia menampung baki kekurangan duit biasiswanya untuk meneruskan hidup sebagai pelajar di sini.

"Duha...nanti kau duduklah kat rumah aku la. Hospital Putrajaya tu dah dekat dengan rumah aku kat Sri Kembangan tu...mama dan papa pun seronok tau bila aku cakap kau dan aku dapat bertugas di hospital yang sama. Mama dan papa yang cadangkan kau tinggal sama dengan kami Duha, tak perlu lah kau susah-susah cari tempat tinggal lagi."

Duhaila tidak membalas kata-kata Ziha yang sedang berbaring disebelahnya. Biarlah tawaran itu dulu. Dia ingin mendengar pendapat ibu...apa kata ibu.

"Duha...kau tak suka ke tinggal kat rumah aku?."pertanyaan Ziha itu membuatkan Duhaila berpaling mengadap wajah teman baiknya itu. Duhaila mengukir senyuman pada Ziha yang dilihat sudah mempamerkan mendung pada wajah comelnya itu. Ziha...Ziha, tak sudah-sudah dengan rajuk dia!

"bukan macam tu Ziha...kau ni suka sangat merajuk la. Nantilah aku tanya ibu aku dulu tentang tawaran mama papa kau tu bila aku sampai di kampung nanti...kan kita masih ada masa 2 minggu lagi...rasanya ibu aku tak ada masalah nak benarkan aku tinggal dengan kau sekeluarga,ibu aku kan kenal kau sekeluarga, insyaallah."

Ziha sudah tersenyum manis mendengar jawapannya. Duhaila turut tersenyum membalas.

Selamat tinggal Ireland...

Aku pulang Malaysia....

Aku kembali tanahairku!...

3 comments:

kaypo said...

wah story baru ...pasti gerenti menarik buat ku tertarik...syabas inspector sahab

kucc_aprilsnow said...

wei kay...lama kau bertapa,kali kt gua mana pulak..gua serirama ker haa, hikhik...

idea tu wat lintas hormat kt kepala aku..jd aku layannn terus ke key board...taraaa, ni laa dia hasilnya..hehehe

well hope u'll njoy it my fren...

bidadari cinta said...

tak sbr nak tau kisah ape dlm citer ni...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...