Monday, June 1, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 25

Bab 25

Echa memerhatikan langkah pantas abang chik dan abang teh juga 3 orang pekerjanya memberi kambing-kambing ternakan mereka makan sambil abang chik membelek tubuh tiap kambing-kambing ternakannya tu..aduh hai sayangnya abang chik pada kambing-kambingnya tu, mesti jeles giler si Pot kalau dengar ni, hahaha...

Dari bangku pangkin di tepi sungai tempat dia bersantai jika berkunjung ke ladang ternakanan kambing abang-abang sepupunya itu dia ralit melihat kesungguhan juga kepayahan kedua-dua abang sepupunya itu berjuang merealisasikan impian mereka menjadi penternak muda...penternak jaya di kampung mereka. Echa kagum pada usaha kedua-dua abang sepupunya itu. Tidak langsung tergoda dengan tawaran kerja di bandar. Mereka rela menabur bakti di kampung halaman sendiri. Sesekali tawa Echa meletus tatkala melihat abang chik memarahi kambing-kambingnya itu...

apalah abang chik ni...manalah kambing tu taw abang chik marah dia...lawaklah abang chik ni!

Echa mengalih pandangannya ke arah sungai yang terhampar di depan matanya. Sungai yang suatu waktu dulu tempat dia, Pot dan abang-abang sepupunya berkubang waktu mereka masih di usia kanak-kanak kembali mengamit senyuman pada bibirnya. Bagai masih terngiang-ngiang di telinga jeritan Echa dan Pot saat ditolak dengan ganas ke dalam sungai oleh abang-abang sepupunya...seperti terbayang-bayang di mata saat ini bajunya dan Pot yang basah lencun. Pot yang marah, geram dan sakit hati langsung menarik abang chik yang kebetulan berdiri di tebing masuk ke sungai. Echa agak dari insiden itulah abang chik mula menaruh hati pada Pot..hehehe. Akibatnya insiden itu juga Echa dimarahi mak dan Echa yang marah melancarkan mogok bisu dengan abang-abang sepupunya lebih dari seminggu. Tidak tahan dengan kebisuan Echa, abang-abang sepupunya berpakat membelikan hadiah tanda minta maaf padanya. Hadiah yang hingga kini masih disimpan...hadiah yang penuh kenangan, jam tangan yang masih kekal di tangannya hingga kini. Biarpun ECha dihadiahkan dengan pelbagai jam berjenama yang mahal dan cantik, namun jam yang itu tetap kekal di pergelangan tangannya hingga kini. Matanya dihalakan pada pergelangan tangan kirinya. Senyuman manis Echa mekar. Jam yang pernah mengundang ketawa galak Aidil padanya suatu masa dulu...jahatnya Aidil tika itu, benci!

"jam ni dah outdated la cik Aishah...pakailah jam yang Aidil bagi tu, sangat sesuai dan cantik di tangan you...jauh Aidil tempah tu...specially for you!...buanglah jam ni, kelakarlah rupanya, macam budak-budak..!"

Echa masih ingat jelingan yang dilemparkannya pada Aidil ketika itu. Echa merasakan kata-kata Aidil itu bagai menghina dirinya...sekaligus menghina abang-abang sepupunya...sakitnya hatinya saat itu hanya Dia yang tahu...rasa bagai mahu dicili-cilikan mulut Aidil yang celupar itu!

"suka hati saya la, ni tangan saya apa...kalau awak tak suka, jangan tengok...jangan pandang, tutup jer mata tu...sedap jer mulut awak tu kutuk-kutuk jam saya ye...yelah awak tu anak orang kaya kan, tak pandang jam buruk macam ni...lainlah saya, saya kan orang kampung, miskin pulak tu...awak tau tak pasal nak beli jam ni abang-abang saya sanggup simpan duit belanja sekolah diaorang selama dua minggu.."

Echa ketawa mengingatkan peristiwa lucu itu. Kasihan Aidil yang terpaksa bertungkus lumus memujuknya waktu itu dengan pelbagai cara...haa, padan muka!

"haaa...apa senyum senyum and ketawa sorang sorang ni adik...eleh mesti ingat buah hati dia yang jauh di balik bangunan KLCC sana ye...hahaha..."

Tepukan abang chik pada bahunya membuatkan Echa terkejut lantas mengurut tangan pada dadanya. Echa lihat abang chik sudah ketawa mengekeh-ngekeh melihat aksi terkejut Echa. Echa cuba mencubit tangan abang chiknya tapi cepat ditepis tapi masih meneruskan tawanya. Abang chik melabuhkan duduknya disisi Echa. Tangan dilingkarkan ke bahu adik sepupunya itu...Echa membiarkan sahaja. Mata masing-masing merenung ke arah sungai di depan.

"adik...adik serius ke dengan hal yang adik beritahu mak abah malam tadi?.Adik rasa ini keputusan adik atau atas desakan Aidil..desakan mak long dia?...baik mak, abah, abang-abang adik mahu ini lahir dari hati adik...dengan penuh ikhlas, bukan sebab paksaan atau desakan...adik kena ingat ini masa depan adik. Kami akan terima apa sahaja...terima siapa sahaja yang adik pilih asalkan dia boleh jaga adik..boleh beri kebahagiaan pada adik. Mak risau sangat. Dia tak mahu adik kecewa lagi. Kami semua sangat-sangat sayangkan adik..."

Echa memalingkan wajahnya ke arah abang chik. Echa lihat abang chik tersenyum padanya sambil menggangguk-anggukan kepala...Echa menggenggam erat tangan abang chik. Echa juga abang chik...Echa sayang semuanya...Echa tahu mak risau padanya. Mak takut dia kecewa lagi. Malam kelmarin sewaktu dia menyuarakan perkara itu, Echa lihat wajah mak nampak risau biarpun dia cuba tersenyum dan memeluknya dengan ucapan tahniah. Abah hanya menepuk-nepuk bahunya sambil mendoakan kesejahteraannya. abang teh dilihat cuma diam sahaja. Mungkin juga risau dengan dirinya. Rasa sebak Echa datang kembali bila mengingatkan peristiwa itu.

"Echa dah minta petunjuk-Nya abang chik. Insyaallah...doakan Echa abang chik...Echa juga mahu bahagia...bahagia dengannya hingga ke hujung nyawa..."

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...