Thursday, June 18, 2009

Rindu Semalam -Bab 4

Bab 4

Bunyi hon yang amat nyaring dan agak lama dari arah depan rumah mengejutkan Duha yang sedang menyiang ikan di dapur...fuhh, terkejut aku!...sapa pulak yang ringan tangan menekan hon sekuat-kuat alam macam pasukan koir sprano putus anak tekak kat depan rumah aku pepagi ni gamaknya iye...nak kena maki free ni ye, siap kau!, dengus Duha. Ibunya yang sedang asyik mengukur kelapa juga terkejut lalu mengurut dada...tengok!..ibu aku pun kau terperanjatkan...cissh!. Arahan dari ibunya agar Duha pergi melihat siapa gerangan yang membunyikan hon itu menghentikan jejak angan Duha. Memang Duha nak gi pun ni ibu, bisik nya dalam hati. Duha mencuci tangan lalu mengelap tangan yang masih basah dengan sehelai kain tuala kecil yang tergantung di tepi sinki dapur. Dia menaiki tangga yang memisahkan bahagian dapur dan bahagian tengah rumah. Perlahan-lahan langkah diatur ke bahagian hadapan rumah. Sesekali terdengar bunyi berkeriut-keriut bila susunan papan yang menjadi lantai di rumah usang mereka itu dipijak.

Duha membuka selak, perlahan-lahan pintu dibuka lalu dia menjenguk keluar untuk melihat makhluk yang seenaknya membunyikan hon yang sekuat-kuat alam itu...sasau apa pepagi ni!. Dihalaman rumah Duha terlihat sebuah Toyota Vios berwarna kelabu lembut yang begitu megah menjalar di sisi pohon rambutan gading. Uik, sapa pulak punyer kereta tu ek?. Duha kecilkan mata pada makhluk yang dilihat sedang berdiri sambil bersandar pada pintu pemandu dan tersenyum lebar padanya. Gadis yang berkatamata hitam, berseluar jeans biru dan berkemeja T warna hitam masih melemparkan senyuman padanya...Duha sudah membesarkan bola matanya...dia sudah tersenyum manis.

"wei, hantu kau Ziha...." jerit Duha. Langkah Duha laju menuruni anak tangga kayu lalu menyarung selipar. Ayunan gerak kaki dilajukan ke arah halaman rumah. Dia mendekati Ziha sambil memeluk erat teman rapatnya itu. Kedua-dua saling berpelukan dan ketawa.

"eh makcik, kau ni kan salam takde hello jauh sekali la kan...tup tup kau panggil aku hantu, ciss Duha, sampainyer hatimu!..."Ziha sudah buat memek merajuk sambil menanggalkan kacamata hitamnya. Duha sudah menghamburkan gelak ketawanya sambil memeluk kejap bahu Ziha.

"haa tau pun kau ye makcik....yang kau tu...siapa suruh kau gi bunyikan hon kau sekuat-kuat alam sampai tembus gegendang telinga aku ngan ibu aku pepagi ni....kau tau Ziha, silap-silap bunyi hon kau tu dah mencederakan sistem pendengaran jiran-jiran tetangga aku sama kau tau, pencemaran bunyi tu kau tau...silap-silap diaorang saman kau pulak...haa naya kau Ziha!..." Duha lihat wajah Ziha sudah berkerut mendengar bebelannya.

"ala takder la kuat mana pun aku bunyi kan hon tu tadi...kau ni Duha, saja jer menambah perisa kan..." Ziha sudah menumbuk perlahan lengan Duha.

"adoi, sakit la makcik...dah dah la, jom naik ke rumah dulu aku dulu...nanti kita boleh cerita panjang. " Duha menolong menjinjing sebuah dari 2 beg yang baru dikeluarkan Ziha dari bonet keretanya. Mak aai, beratnya...ada tong gas kut dalam beg si makcik ni, berat gila!

Duha membawa Ziha masuk ke dalam biliknya.

"Ziha, inilah bilik aku...kita kongsi bilik la ye...rumah aku ni ada 2 bilik jer, satu bilik ibu aku, satu lagi tentulah bilik aku...sempit sikit aar, kau pun maklum hidup aku sekeluarga macammana kan..." Duha sudah meletakkan 2 beg Ziha di sudut katil usang yang menjadi tempat pembaringan sejak zaman sekolah dulu. Katil yang dibeli arwah abahnya masih dijaga dengan elok hingga kini. Ziha menghampiri Duha lalu memaut bahu rakan baiknya itu. Duha menoleh pada Ziha yang sudah tersenyum padanya.

"ala , aku tak kisahlah Duha...yang penting aku dapat habiskan cuti 2 minggu yang masih ada ni sebelum kita mula bertugas nanti...nak sangat merasa suasana hidup di kampung halaman kau ni...aku nak sangat merasai jadi budak kampung, pengalaman yang tak pernah aku dapat sepanjang umur aku ni...soal tempat tinggal atau yang lain-lain aku tak kisah la Duha...kalau kau boleh, kalau kau mampu, aku pun mesti boleh..kan?..so jangan lah bimbang sangat tentang aku ok?...aku ni kan Ziha, kau macam tak kenal aku...walaupun aku ni anak manja, aku kuat semangat tau!" Ziha mencubit pipi mulus Duha yang sudah tersenyum kecil padanya. Mereka sama-sama berbalas senyuman.

Duha menarik tangan Ziha.

"jom kita ke dapur. Kau kan nak berkenalan sangat dengan ibu aku kan?...ibu aku pun dah tak sabar nak jumpa kau...nak tengok kau...live in person, the one and only Ziha...Ziha yang manja, Ziha yang comel, Ziha yang keletah, Ziha yang banyak mulut...dan Ziha yang baik hati...sangat-sangat baik hati!..." Duha sudah menarik tangan Ziha keluar dari bilik kecilnya. Ziha hanya mengikut sahaja langkah Duha. Matanya sempat menjelajah di ruang tengah rumah tu. Terdapat sebuah peti tv lama bersaiz 20" yang terletak dia atas sebuah almari kayu yang serasa Ziha dibuat sendiri untuk meletakkan set tv tersebut. Terdapat juga 2 tingkat rak yang dibina pada almari kayu tersebut yang disusun beberapa buah buku dan kitab. Nampak begitu tersusun rapi dan dijaga dengan baik buku-buku itu. Ada set kerusi rotan lama tapi masih berkeadaan elok dan rapi tersergam di tengah-tengah ruang rumah itu. Ada sebuah meja rotan empat segi yang terletak di tengah-tengah kerusi-kerusi rotan tadi. Mereka sudah melangkah turun ke tangga batu yang dibina untuk ke ruang dapur.

Di ruang dapur yang sangat bersih pada pengamatan Ziha itu dia melihat seorang wanita separuh umur yang sedang duduk diatas sebuah bangku kayu sambil memegang kelapa yang digerak-gerakkan pada besi yang bersambung dengan bangku tersebut. Ziha tidak pasti apa yang sedang wanita itu lakukan. Dahi Ziha sudah berkerut...ek, apa pulak yang ibu Duha buat tu? benda apa tu ek?...peliknye!

"ibu, nilah Ziha kawan Duha masa belajar kat Ireland dulu, Ziha yang selalu Duha ceritakan pada ibu dalam surat tu...ni Ziha yang ibu nak jumpa sangat-sangat tu...inilah tetamu istimewa yang kita tunggu tu ibu...."Duha sudah memaut bahu Ziha sambil tersenyum pada ibunya. Ziha lihat wajah bersih jernih penuh keibuan di hadapannya itu sudah tersenyum. Ziha membalas senyuman lalu menghulurkan tangan kanannya pada wanita tersebut. Perlahan-lahan tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Rapat sekali. Dahinya dikucup perlahan sambil kedua-dua belah pipinya dipegang dengan kedua-dua tapak tangan oleh wanita itu. Ziha dapat merasakan tentunya wanita ini banyak melakukan kerja kasar di sepanjang usia. Permukaan tapak tangan yang kasar menyentuh pipinya itu adalah buktinya. Kedut-kedut pada tangan itu adalah buktinya. Saat dahinya dikucup oleh wanita itu satu perasaan yang sangat sukar Ziha gambarkan. Sayu dan syahdu sekali.

"Duha banyak cerita pada makcik pasal Ziha...makcik terharu sangat Duha dapat kawan rapat yang baik hati dan mulia pekerti macam Ziha ni...makcik ni banyak terhutang budi pada Ziha dan keluarga yang banyak tolong Duha masa belajar kat sana dulu....makcik ni mana lah mampu nak kirim duit pada Duha ni Ziha...nak harap duit motong getah tu berapa sen la sangat dapatnya nak...kadang-kadang tu makcik sedih jugak kenangkan nasib Duha ni, nasib dia tak macam budak-budak yang lain...syukurlah pada Allah yang kirimkan Ziha pada Duha...makcik tak dapat nak balas segala budi baik dan pertolongan Ziha dan keluarga tu...Allah sajalah yang membalasnya nak..." Ziha sudah mahu menitiskan airmata tapi lekas-lekas ditahan bila mendengar kata-kata dari bicara wanita cekal dihadapannya ini. Biarpun wanita itu yang diberitahu oleh Duha pada Ziha tidak pernah berpeluang ke sekolah kerana kemiskinan keluarganya tapi dia bersungguh-sungguh dan bermati-matian memastikan Duha, anak tunggalnya itu mendapat pendidikan hingga peringkat tertinggi...dia sanggup berkorban apa sahaja demi itu. Dalam diam, Ziha mengagumi semangat dan kecekalan wanita di hadapannya itu. Tangan wanita itu digengam erat. Senyuman manis diberikan padanya.

"takda apa sangat yang Ziha dan keluarga buat untuk Duha tu makcik...tak perlu lah disebut-sebut ye. Saya ikhlas pada Duha makcik....begitu juga papa dan mama." Ziha lihat wanita dihadapannya itu sudah mengesat airmata yang menitis dengan hujung baju kurungnya. Duha dilihat sudah memaut bahu wanita itu.

"ok ok ...slot drama minggu ni sudah tamat. Ibu aku ni kalau kau nak tau memang ratu airmata Ziha...dulu Neng Yatimah pun leh kalah ngan ibu aku ni kau tau kalau part nangis ni...kan ibu kan..."

"aduh...ibu ni, orang gurau la..." Duha sudah terjerit kecil bila dicubit oleh ibunya. Ziha sudah ketawa melihat aksi kedua beranak itu. Mesra!

* * * * * * *

Mata Ziha sudah membuntang melihat pelbagai hidangan dihadapannya saat dipanggil ke dapur oleh Duha untuk makan tengah hari. Tadinya dia mahu menolong kedua beranak itu untuk memasak tapi ibu juga Duha tidak mengizinkan dan memintanya berehat di bilik saja. Mahu jugak dia merasa macammana memasak menggunakan dapur kayu. Kata mak lijah; pembantu rumahnya di Serdang sana masakan yang dimasak dengan menggunakan dapur kayu jauh lebih sedap...lebih enak rasanya dari memasak cara moden sekarang, lagi-lagi kalau kayu api yang digunakan adalah kayu getah atau kayu dari dahan dan ranting pokok rambutan.

Hmmm sedapnya! Ziha memerhati satu persatu pinggan yang berisi lauk dihadapannya saat tu, ada yang sudah biasa dimakan di rumah....ada gulai lemak cili padi telur itik dengan asam belimbing, ada kerabu bunga betik, ulam pegaga serta sambal belacan, ikan kembung bakar dengan air asam, sambal tumis ikan bilis...erk yang tu lauk apa pulak, nak kata sambal kentang bukan. Ziha sudah garu kepala...lauk ni tak pernah jejak dapur rumahnya lagi. Ziha sudah menyiku badan Duha yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Duha angkat kepala sambil memandang pada Ziha...dilihat Ziha sedang memuncungkan mulut ke arah pinggan lauk dihadapannya. Laa makciknya...tu lauk-pauk la, takkan kertas pulak wei, issy Ziha ni, seligi kang!. Dilihat Ziha sudah memegang pinggan yang berisi lauk yang satu itu. Duha sudah tersengih...haa ni aku konpem kau tak pernah rasa lagi Ziha!

"tu lauk la makcik...makanlah, sedap...aku suruh ibu aku masak special untuk kau tau. Bukan senang nak buat lauk ni...kena ada musim dia, baru boleh dapat bahan mentahnya tu. Langkah kau tu memang langkah kanan, semalam ada orang kat kampung seberang hantar kat ibu aku tu yang dapat buat lauk yang sangat special ni untuk kau...ha makan la, apa yang kau tenung jer pinggan tu..." Duha sudah mencedukkan kan lauk special tersebut ke dalam pinggan Ziha. Ziha mencapai sedikit lauk yang seakan-akan hirisan kentang yang digoreng bersama ikan bilis dan cili...dibuat sambal goreng. Hmmm, sedap ..lemak, pedas...Ziha mencapai sedikit lagi lalu digaul bersama nasi dan disuap ke dalam mulutnya. Memang sedap la!..lauk apa ni ek?. Ziha lihat Duha dan ibunya yang sedang makan tersenyum padanya.

"makcik...lauk apa ni ye...sedap sungguh. Ziha tak pernah makan la lauk ni. Ini 1st time rasa...nak kata kentang bukan, nak kata keledek pun bukan...apa ye makcik?"

Duha memandang ibunya lalu mengenyitkan mata. Ziha cuba menumbuk lengan Duha tapi pantas dielak sambil ketawa. Ibu Duah turut ketawa kecil.

"Cik Ziha...kalau nak tahu, ini sambal goreng biji nangka!..."

Biji nangka?

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...