Thursday, June 4, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 27

Bab 27

pecah belah batu di gunung
batu dibawa ke teluk kumbar
rindu di hati tidak tertanggung
rasa di jiwa tidak tergambar...

ikan gelama si ikan kerisi
helang terbang di sisi kecapi
segala janji telah diisi
segala kasih diikat rapi...

tidak dapat ku kisahkan rasa hatiku saat ini
tidak dapat ku lukiskan dunia indahku padamu ketika ini
ia...bagaikan bunga-bunga sakura menguntum mekar indah
kembang berlingkar-lingkar di dahan nan rendang
begitulah umpama kecipak kasihmu yang indah menggamit daku
menjalar-jalar ditubuh mengisi tiap urat nadiku tiap saat dan ketika...

Echa sudah ketawa gelihati saat membaca kiriman pesanan ringkas dari Aidil sebentar tadi. Aidil atau Engku Aidil yang sudah rasmi bergelar tunangannya kelmarin...sah ni mesti si jiwang Fuad punya keje ni, Echa sudah berbisik sendiri sambil mengukir senyuman. Aidil mana mungkin dapat menyusun baris ayat yang bernada jiwang karat begini kalau tak dengan bantuan sahabat penyairnya yang satu itu...Fuad, Fuad..ada ada aje kau ye!

Echa sudah menekan butang-butang di telefon genggamnya sambil tersenyum..

amboi, pandai sungguh tuan hamba bermadah pujangga iye...terawang-awang hamba dibuatnya tatkala membacanya...gerangan siapakah tuan guru tuan hamba nan bijaksana itu, ingin sekali hamba bersua dengannya...hehehe

Tidak sampai satu minit terdengar bunyi muzik pada telefon genggamnya menandakan ada pesanan baru.

sayang ni..perli la tu...kura-kura dalam perahu pulak dia, sapa lagi si Fuad ler yang bermurah idea menyumbang ayat-ayat jiwang untuk adinda...hehehe

kan betul si Fuad, mamat jiwang karat kelas pertama!...sudah melebar senyum Echa tatkala membaca balasan dari Aidil.

Echa bersyukur majlis perbincangan antara keluarganya dan keluarga Aidil 3 minggu lepas berlangsung dengan baik dan diteruskan dengan majlis pertunangan mereka kelmarin. Echa tidak menyangka sepantas ini perjalanan hidupnya. Tidak menyangka kemelut hubungannya dengan Aidil yang disangka sudah tidak dapat diselamatkan akhirnya disempurnakan dengan majlis pertunangan yang cukup indah dan bermakna. Seluruh keluarga Echa, sanak saudara sama-sama meraikan pertunangannya itu dan mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buatnya juga Aidil. Mak abah adalah insan yang paling gembira...mungkin gembira menerima bakal menantu lelaki tunggal dalam keluarga mereka. Abang teh dan abang chik bermurah hati mengorbankan 5 ekor kambing ternakan mereka untuk majlis kenduri pertunangannya. Mak abah siap menjemput seluruh penduduk kampung ke majlis kenduri itu sedangkan ia cuma baru majlis pertunangan. Mak abah bagai ingin berkongsi rasa gembira, rasa seronok mereka dengan seluruh penduduk kampung...sukar Echa gambarkan perasaannya ketika itu. Biarpun dia cuma anak saudara pada mak abah namun dia dilayan lebih dari anak-anak mak abah yang lain. Limpahan kasih sayang mereka berdua padanya tiada tolok tandingnya...terima kasih mak!..terima kasih abah!...

Tempoh pertunangan yang hanya akan berlangsung selama 3 bulan itu dipersetujui bersama. Engku Noor Zubaidah yang mewakili keluarga Aidil tidak mahu memanjangkan tempoh pertunangan mereka kepada 6 bulan sebagaimana yang dicadangkan awalnya. Mak long Aidil itu khuatir, bimbang perkara yang tidak elok berlaku antara Echa dan Aidil lantaran mereka berdua sering bertemu samada kerana urusan kerja atau tidak. Kata Mak long Aidil lebih baik disatukan mereka berdua dalam tempoh terdekat. Mak Abah tidak membantah...abang-abang sepupu Echa juga begitu...sanak saudara terdekat juga sebulat suara...dan Aidil lah yang paling gembira sakan...tak sabar-sabar betul, dah lah dengan muka tak malu Aidil ikut serta rombongan dalam majlis pertunangan mereka, mana pernah dibuat orang..sudah la tu, tanpa segan silu siap mahu bergambar dengan Echa lagi..dengan mak abah dan abang-abang semua...kenangan seumur hidup katanya...issy gelojoh betul la Aidil masa tu, buat malu Echa jer tau!...nasib baik mak abah sporting...geleng kepala sambil ketawa dengan aksi tak malu Aidil tu...Aidil ni memang la tau!

Dan paling Echa tak sangka...paling terharu dengan kehadiran mama Aidil, Tengku Arisyah yang sudi mencemar duli ke teratak buruk keluarga Echa untuk memeriahkan majlis pertunangan kami. Walau mama Aidil kurang bercakap...hanya sekadar sepatah dua dengan mak dan abah, kehadirannya sudah cukup bermakna buat Echa...buat seluruh keluarga Echa. Kehadiran mama Aidil itu bagai memberi isyarat Echa mungkin sudah diterima olehnya...iyekah begitu Echa?..ntahlah, sungguh Echa tidak pasti benar-benarkah mama Aidil sudah menerima dirinya...menerima keanggotaan Echa dalam keluarganya itu...menerima Echa sebagai bakal isteri satu-satunya putera Tengku Arisyah...namun Echa tetap memohon pada-Nya agar dilembutkan hati bakal ibu mertuanya itu untuk menerima dirinya seadanya...menerima dia..menerima seorang Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman; gadis berdarah melayu-inggeris kedalam keluarga Tengku Arisyah yang suatu ketika dulu mengharamkan mana-mana insan berdarah keturunan dari salasilah penjajah itu dari memasukinya.

Dan Echa lah yang telah memecahkan tembok itu...memecahkan tradisi yang sudah sekian lama dipertahankan oleh Tengku Arisyah!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...