Monday, June 1, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 24

Bab 24

Beg troli berwarna hitam berjenama Polo diletakkan ditepi almari biliknya. Tas tangan sederhana besar berona senada diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan Echa mengatur langkah longai ke katil yang bagai menggamit dirinya untuk melepaskan lelahnya disitu. Tubuh kurus yang dibalut seluar jeans hitam dan baju t-shirt tidak berlengan berona ungu muda yang dibeli Aidil untuknya semalam sewaktu mereka menemani Engku Noor Zubaidah membeli-belah di Kompleks Bebas Cukai di pekan Kuah dibaringkan dihamparan beralas cadar putih berbunga merah muda itu. Ahh...penatnya!!...Kelopak matanya yang semakin rapat menutup pandangan cuba dibuka sedikit melihat perubahan dalam biliknya itu sepanjang ketiadaannya ...hmmm,mesti kak long yang tukar cadar ni, wanginya...cantik!...thanks kak long..love you!...tubuhnya yang terlentang dengan mata dihala ke arah siling bilik, matanya kian memberat... makin lama mata Echa kian larut dalam kepenatan yang dibawa tubuhnya...

"Aishah...mak long, Aidil dah pun jumpa juga berbincang dengan mama Aidil dan perempuan gedik tak tahu malu tu. Apa yang penting kami dah dapat kesepakatan dan mereka berdua dah pun bersetuju dengan syarat yang mak long letakkan...mak long akan pastikan mereka berdua tidak sekali-kali engkar dan buat hal di belakang mak long...lepas ni, mak long tak mahu Aishah takut dengan mereka berdua lagi ye...perjanjian Aishah dengan mereka berdua sebelum ni terbatal serta merta and you don't owed them anything after this, not a single thing ok!...jangan bimbang apa-apa. Apa yang perlu Aishah buat untuk mak long ialah beritahu mak abah Aishah mak long nak berjumpa...kami nak datang merisik Aishah...lagi cepat lagi bagus. Mak long dah tak larat tengok Aidil ni...Aishah tengok la Aidil ni, dah macam orang yang...ntah, i really don't know to find the suitable word to discribe him..teruk sangat rupa dia mak long tengok!...risau hati mak long dibuatnya...kalau dapat langsungkan kamu berdua dalam masa terdekat ni lagi bagus...senang hati mak long...sekurang-kurangnya mak long tak perlu risau dah nak lepaskan kamu berdua...kalau dah berdua-dua selalu...mesti ada yang ketiga antara kamu nanti...macam-macam boleh berlaku Aishah, Aidil!"

Kau jangan ingat semudah itu kau akan dapat anak aku tahu...aku takkan restu kau sampai bila-bila, kau ingat tu perempuan orang putih tak sedar diri!...aku akan pastikan hidup kau tak akan bahagia lepas ni...aku benci kau!..benciiiii!

hey betina omputih gatal!...kau jangan menyesal lepas ni ye...aku tak akan berdiam diri, jangan fikir semudah itu kau akan dapat Aidil...kau tunggu dan lihat nasib kau lepas ni, aku akan pastikan kau mampus nanti..hahahaha!

Echa terjaga secara tiba-tiba...terbangun diatas katil sambil duduk dan meraup wajahnya perlahan-lahan dengan kedua-dua tapak tangan, nafasnya dihela perlahan-lahan...dengupan jantungnya kian laju dirasakan, ngerinya wajah bengis mama Aidil yang menyapa dalam tidurnya tadi...dahsyatnya hilai ketawa Tengku Layla yang mengganggu lenanya tadi...kedua-dua wajah tu saling berganti dilayar matanya kini...Echa memejamkan matanya...ya Allah, selamatkanlah hamba-mu ini dari sebarang malapetaka, hambamu ini berlindung dengan-Mu dari sebarang kejadian buruk juga hasad dengki manusia...lindungi hamba-Mu ini ya tuhanku.

Wajahnya dikalihkan pada jam dinding yang tergantung di biliknya itu...4 pagi!. Perlahan-lahan tubuhnya yang masih letih itu dibangunkan dari katil. Suis lampu bilik ditekan...dengan langkah longai, tubuhnya itu dibawa masuk ke dalam bilik air. Keluar dari bilik air dengan wajah yang lebih segar. Echa mencapai sejadah yang kemas terhampar di atas penyidai kayu di penjuru kiri biliknya itu. Tubuhnya disarungkan telekung. Dalam keheningan pagi, Echa sujud pada-Nya dengan penuh rasa kesayuan...meminta pada-Nya...memohon pada-Nya.

Echa menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Matanya menerawang keseluruh pelusuk ruang bawah. Kesunyian amat dirasakan. Abang Long dan kak long tiada dirumah.Echa maklum tentang perkara itu. Dia sudah dimaklumkan kak long kala hendak bertolak ke Langkawi lagi. Abang Long akan menemani kak long ke selatan tanahair. Ada kes pelanggan yang memerlukan kehadiran kak long di mahkamah di Johor Baharu lantas peluang itu diambil untuk kak long bercuti bagi menemui rakan lamanya tatkala di rumah anak-anak yatim dahulu yang kini menetap di sana. Echa mengatur langkah keluar dari rumah. Dia melabuhkan duduknya di tepi kolam ikan sambil tangannya cuba menguis ikan-ikan yang galak berenang. Penat bermain-main, Echa mengatur langkah ke bangku yang terletak tidak jauh dari kolam. Poket seluarnya diseluk lalu telefon genggamnya dikeluarkan lalu dipandang...Jam ditangan dilihat...dah bangun ker belum dia ni?...ala hantar jer la!..lalu jari jemarinya nan runcing rancak menari menyusun ayat di skrin telefon genggamnya itu.

Seawal 7 pagi Echa menghantar pesanan ringkas kepada Joe.

Joe...aku nak mintak cuti 2 hari, tolong reschedule jadual aku beb...ada hal sikit...thks, i owe u a lunch k!

Sebentar terdengar bunyi dari telefon gengamnya menandakan ada pesanan baru masuk.

wei perempuan..amboi2, tak puas lagi ker bercuti dengan buah hati kau tu dan bakal mak saudara mertua ye...hehehe, ingat aku tak tahu ye...pandai kau ye Echa....ok ok, nnt aku re-arrangekan jadual kau tu...

Echa tersenyum membaca balasan dari Joe. Dia tidak bercadang membalasnya. Cukuplah setakat itu maklumannya pada Joe. Echa tidak mahu menceritakan apa-apa lagi. Belum masanya lagi!. Telefon yang masih ditangan direnungnya...dalam fikiran masih buntu mencapai keputusan...nak call ke tidak?...

ala call aje laa dia ...apa yang susah sangat tu!

bukan susah..tapi...

Tak payahlah bertapi-tapi Echa...call aje laa!

Aslkm...Echa nak balik kg 2 hari...apa2 nanti Echa sms Aidil k...

Butang "send" ditekan...

Lalu tidak sampai satu minit, terdengar bunyi dari telefon genggamnya...dia call la pulak, aduss Aidil ni...!

"assalamualaikum....hello..."

"walaikumsalam sayang...tak cakap pun kat Aidil semalam yang sayang nak balik kampung...tetiba jer ni, kenapa?..nak Aidil hantarkan?.."

"Eh, tak payah...tak payah, Echa balik sendiri kay...semalam takde dalam perancangan pun pasal ni...pagi ni je...Echa fikir nak balik beritahu mak abah pasal hal kita tu. Echa kena tanya pendapat mak abah..abang chik ngan abang teh jugak. Hal ni bukan mudah Aidil...Echa takut mak abah tak setuju...Echa risau jugak ni Aidil..."

"hmmm, Aidil faham...sayang cakap la elok-elok pada mak dan abah tu. Ceritakan perkara yang sebenarnya..insyaallah Aidil rasa mereka akan dapat terima hasrat Aidil...hasrat mak long. Aidil harap sangat perkara kita ni akan dapat diselesaikan segera sayang...tak larat dah Aidil tunggu lama lagi, bahaya pun iye...risau fikirkan sayang...takut bila fikirkan sayang..."

"takut?bahaya?...pasal apa pulak ni?"

Terdengar ketawa Aidil di hujung talian sana...nyaring sekali..Echa sudah mengerut dahinya..apahal pulak mamat ni?

"yelah...orang di sana tu terlampau ramai sangat yang berkenan, bukan Aidil tak tahu...maklumlah terkenal, famous, popular...wajah terpamer sana sini..terhias sana sini...karang kalau Aidil lambat, harus gigit jari tau sayang...zon bahaya tu taw sayang!"

"mengadalah Aidil ni...Echa ni biasa-biasa aje laa...mana der tahap macam tu...memandai jer buat cerita ye, jaga Aidil!..."

Terdengar jelas ketawa Aidil kian nyaring...memang la Aidil ni taw!

Setelah mengucap salam pada Aidil, jari jemari Echa lincah mencari nombor dalam senarai simpanan didalam telefon genggamnya itu. Butang "call" ditekan.

"assalamualaikum mak, mak sihat?.."

Terdengar balasan salam dari suara mak di hujung sana.

"mak, adik nak balik kampung hari ni, jap lagi adik bertolak...adik drive sendiri tau mak...nanti tengahari adik sampai ye...kirim salam pada abah, abang teh ngan abang chik ye mak...assalamualaikum..."

Echa mengatur langkahnya pantas ke dalam rumah...Pantai Tanjung Bidara bagai sudah melambai di depan mata!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...