Thursday, June 25, 2009

Rindu Semalam -Bab 5

Bab 5

Fuhhh..leganya!. Duhaila menghela nafas. Mata dikalih pada lima rakan sekerja baru yang sama-sama diletakkan di unit tersebut. Masing-masing juga sama seperti dirinya yang melaporkan diri di hospital hari ini. Hari ini adalah hari yang sungguh bersejarah buat dirinya. Hari ini adalah hari pertama dia bertugas. Hari pertama dia bergelar dan digelar dengan panggilan doktor...ya Dr. Duhaila Ain Dahalan. Duhaila melihat jarum pada jam di pergelangan tangan kanannya...11 pagi.

Hampir dua jam diberi taklimat oleh Dr. Fariza Zainal yakni Ketua Jabatan Pediatrik berkenaan struktur dan tugas-tugas di Jabatan Pediatrik, Duhaila dan lima rakan yang lain turut dibawa berkenalan dengan staff di situ. mereka turut dibawa melawat di persekitaran wad-wad juga unit yang terdapat di jabatan berkenaan. Jabatan tersebut yang merangkumi lima bahagian perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit mempunyai kelengkapan yang cukup moden bagi menampung keperluan semasa juga di waktu kecemasan. Jabatan Pediatrik di hospital ini mempunyai General Paediatric Ward bagi pesakit kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, Noenatal Intensive Ward khusus untuk bayi semuda 1 bulan, Paediatric Daycare Ward yang mengkhusus pada kes-kes yang tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital manakala Insentive Care/High Dependency Units adalah memfokuskan keadaan kes-kes pesakit yang memerlukan pemerhatian rapi yang melibatkan pesakit-pesakit di usia 1 bulan dan ke atas. Jabatan ini turut mempunyai Paediatric Specialist Clinics bagi kes-kes yang dirujuk juga yang memerlukan tindakan susulan.

Penerangan yang cukup lengkap, panjang lebar dari Ketua Jabatan yang sungguh berkaliber itu yang juga akan menjadi ketua merangkap counselor mereka di sepanjang perkhidmatan di hospital berkenaan dilihat Duhaila sebagai suntikan dan tiupan semangat untuk dirinya menabur budi dan mencurah bakti kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan. Dr. Fariza Zainal yang sudahpun selesai dengan tugasnya untuk memberi taklimat kepada mereka kemudian membawa mereka semua untuk diperkenalkan dan diarahkan mengikuti juga melihat bagaimana dua orang doktor senior di jabatan berkenaan; Dr Wan Azlan dan Dr. Taufik bertugas. Dari pandangan mata kasar kedua-dua doktor berkenaan nampak tegas sekali. Kecut perutnya bila memikirkan jika nanti harus bekerja dengan mereka atau salah seorang darinya...ngerinya!Setelah memperkenalkan diri masing-masing kepada kedua-dua doktor tersebut , mereka kemudiannya dibawa oleh dua doktor berkenaan ke wad tempat mereka akan melakukan lawatan dan pemeriksaan.

Duhaila yang cantik dengan seragam putih yang tersarung di tubuh dan stethoscope yang tersangkut di poket seragam itu mengikuti rakan yang berlima berjalan dan beriringan bersama dua doktor tadi ke General Paediatric Ward. Terdapat 28 buah katil di wad berkenaan untuk kegunaan dan menempatkan para pesakit kecilnya. Terdapat juga sebuah play-ground yang amat cantik dibina di dalam wad berkenaan untuk kegunaan para penghuni cilik di situ. Duhaila juga dapat melihat terdapat sebuah perpustakaan mini yang disediakan di situ juga untuk kegunaan penghuni-penghuni kecil di wad berkenaan. Duhaila beserta rakan-rakan yang berlima melihat cara kedua-dua doktor berkenaan berbual dengan para pesakit juga ibu dan bapa pesakit yang setia menemani mereka. Setiap persoalan dijawap dengan begitu tertib dan bersopan sekali dan mereka memberikan penerangan pada skala yang mudah difahami oleh pesakit juga ibu bapa yang terlibat. Dari satu katil ke satu katil mereka dibawa, mereka diperlihatkan dengan tugas dan persekitaran yang akan mereka tempuhi sepanjang bertugas di jabatan itu nanti.

"so...Doktor semua, macammana hari ini...seronok?teruja?takut?seram sejuk?..muka semua tak senyum langsung saya tengok tadi...kena sentiasa senyum depan para pesakit kecil tu, kurang-kurang mereka taklah gerun tengok kita, ye tak?" soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Taufik, lelaki dalam lingkungan 30an itu membuatkan Duhaila dan lima rakan yang lain cuma tersenyum sambil memandang antara satu sama lain. Duhaila dapat melihat dengan jelas Dr. Taufik mengangkat kening pada Dr. Wan Azlan yang terus mengangkat bahu sambil tersenyum.

"ha Dr. Duhaila...macammana dengan you? ok?....and for your information, next week you will be my partner ye...so we both are going to work very closely yeah...mesti seronok kan..." kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Taufik itu membuatkan dahi Duhaila berkerut secara spontan....haa? jadi partner dia...ooh tidak!!....alamak, matilah aku Ziha!...Ziha tolong weii!!!. Rakan-rakan yang ada disitu sudah tersenyum-senyum pada Duhaila...ciss, korang ketawakan aku ye!tak per , tak per....

"apasal dahi awak berkerut tu Duhaila? takut ye kena kerja dengan saya?...hmmm, janganlah risau ye cik adik yang manis, saya ni tak makan orang tau..saya makan nasi jer, makan lauk, makan buah...kan Wan?...boleh tanya Dr. Wan ni kalau tak percaya cakap saya ni...so far takde lagi doktor yang mati atau separuh mati bila kena kerja dengan saya..." Seakan mengetahui apa yang berada didalam minda dan hati Duhaila, Dr. Taufik sudah cukup arif dengan setiap penerimaan doktor-doktor baru yang bakal diletakkan dibawah pengawasannya.

"erk...bukan macam tu Dr. Taufik. Saya cuma terkejut sikit. Tak sangka dapat peluang bekerja dengan doktor yang sangat berpengalaman macam doktor ni. Terima kasih beri peluang pada saya Dr. Taufik.."

amboi, best actress ye kau Duha!...padahal punyalah takut dan taknak keje dengan mamat ni..

hey...aku gerun sikit jer la, sikit hal jer tu...ok apa mamat ni, give me time ok!

Sewaktu waktu makan tengah hari, Duhaila yang sedang beratur untuk membeli nasi campur diterpa secara tiba-tiba dari belakang. Dia menoleh, Ziha yang sudah tersengih-sengih. Issy, makcik sorang ni..tak habis-habis suka terperanjatkan orang. Mereka lantas membawa pinggan dan gelas ke sebuah meja yang masih kosong di sudut kanan kafeteria. Duha mengangkat tangan membaca doa makan. Ziha juga turut sama menadah tangan. Duha mencapai gelas yang berisi air sirap, membaca bismillah lalu menghirupnya perlahan-lahan.

"Duha....kat unit kau ada doktor handsome tak?...eh kau tau tak Duha, kat unit kecemasan tadi ada doktor senior yang handsome...handsome giler beb!aduh, tak berkelip mata aku ni tengok dia Duha, handsomenyer!...single lak tu...baik sangat tau!...ni buat aku bersemangat nak kerja kat unit tu...ala Duha, handsome sungguh kau tau doktor tu...nama dia Dr. Syed Ashman..."Duha sudah mahu ketawa dengan telatah Ziha.

"Yelah tu makcik....karang jangan sebab asyik kau khayal dan berangan tengok doktor tu, nanti lain pulak yang jadi kat pesakit kau kat unit kecemasan tu...ingat sikit kau tu bertugas kat unit kecemasan tau..." Duha lihat Ziha sudah mencebikkan muncungnya. Ketawa Duha pecah akhirnya. Cepat-cepat dia menutup mulut bila melihat ada yang menoleh pada mereka berdua.

"ala kau tu...dengki la tu kan, sebab kat unit kau takde doktor yang handsome..." Ziha menyambung suapannya sambil mengenyitkan mata pada Duha.

"hello, siapa cakap takde makcik?...ada lah." Duha tersenyum pada Ziha yang sedang merenungnya.

"siapa nama doktor tu?" Ziha masih terus merenung Duha menanti jawapan.

"nama dia Dr. Taufik...and i'm going to be his partner starting next week...so jangan jeles ye makcik..." Duha sudah melebarkan senyumannya pada Ziha.

"huhh, tak heran laa....asal kau jangan jadi partner Dr. Syed Ashman aku tu sudah..."Ziha memandang Duha sambil mencebikkan bibir merahnya itu.

pulak!...apa kes la makcik Ziha ni, issy, tak kuasa!

2 comments:

nooradilat said...

lawak ar drmuda neh....hehe..
suka2...nak ag...

kucc_aprilsnow said...

hehehe...terima kasih sbb suker cite merapu kucc ni...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...