Friday, July 3, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 33

Bab 33

"Aku terima nikahnya Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman dengan mas kahwinnya RM222.22 tunai..."dengan sekali lafaz dan nafas Engku Aidil Zafriel yang segak duduk bersila dikelilingi sanak saudara kedua-dua belah pihak juga rakan-rakan sepejabat yang turut serta menyertai majlisnya tenang menuturkan kata-kata keramat itu sambil menggenggam erat tangan tuan kadi daerah Alor Gajah yang mengetuai majlis akad-nikah pada malam itu.

"sah?.." tutur tuan kadi sambil matanya memandang pada lelaki-lelaki yang duduk rapat disisinya.

"sah..." serentak lelaki-lelaki berkenaan mengangguk-anggukkan kepala. Aidil memejamkan mata sambil menundukkan kepalanya.Sukarnya baginya menggambarkan perasaannya saat itu. Gembira. Terharu. Saat yang sudah lama dinanti-nantikannya. Akhirnya segala impian dan doanya yang tidak pernah putus selama ini termakbul sudah. Alhamdulillah,syukur...terima kasih ya Allah!

"alhamdulillah..." tangan Engku Aidil Zafriel yang kemas digenggam tadi perlahan-lahan dilepaskan lalu masing-masing mengangkat tangan mengaminkan doa kesyukuran yang dibaca oleh tuan kadi.

"haa...ketepi, ketepi sikit budak-budak...issy kamu semua ni, bagilah pengantin lelaki tu masuk....pengantin lelaki tu nak masuk sarung cincin kat pengantin perempuan kat dalam bilik tu untuk batal air sembahyang...ha, bagi laluan sikit..."kecoh suara Mak Tijah, jiran sekampung Echa yang sama-sama menyumbang tenaga dalam majlis akad-nikah malam itu.

* * * *

"Terima kasih Aidil kerna sudi terima Echa yang ganas ni, Echa budak kampung ni, Echa yang kepala angin ni, Echa yang...macam-macam lagi la jadi isteri Aidil.Echa rasa macam tak percaya aje Echa dah sah jadi isteri Aidil. Rasa macam mimpi aje. Echa gembira sangat Aidil...rasa syukur sangat Echa dan Aidil dapat disatukan akhirnya..." Echa memandang wajah Aidil yang sedang duduk disisinya di dalam kamar pengantin. Mereka dibenarkan untuk berbual seketika sebelum Aidil harus berangkat untuk bersiap bagi majlis berinai malam nanti.

"Aidil rasa macam nak menangis tadi bila dengar saksi-saksi tu sebut sah...rasa macam satu perasaan yang sukar Aidil nak gambarkan...rasa terharu sangat...sebak. Lagi tambah terharu bila abah yang mula-mula peluk Aidil tadi...bila abang long, abang ngah, abang lang, abang teh dan abang chik datang peluk sama, Aidil betul-betul menitiskan airmata masa tu...Aidil rasa gembira sangat diterima menjadi anggota keluarga sayang..." Aidil menggenggam erat tangan Echa sambil membalas senyuman manis Echa.

"ala sayangnya Echa tak dapat tengok tadi...Echa kan sebenarnya nak duduk kat luar aje masa majlis akad-nikah tu...tapi mak tak kasi la Aidil, mak cakap ini kan kampung, kena la ikut atur-caranya...kalau tak kan, mesti dapat tengok orang tu nangis...hehehe..." Echa sudah mencubit pipi Aidil sambil ketawa kecil. Aidil turut ketawa.

"hmmm sayang...rasanya panggilan tu tak sesuai lagi la sayang. Sayang kena panggil Aidil abang, tanda hormat, tanda kasih, tanda cinta pada Aidil yang dah jadi suami sayang ni...nanti tak cium bau syurga tau!..." Aidil sudah mengangkat kening sambil tersenyum kecil pada Echa yang sudah mencebikkan bibirnya. Comel sekali wajah isterinya saat itu. Pipi yang mulus gebu itu dicubit perlahan. Manja.

Ketukan di pintu kamar Echa membuatkan pasangan pengantin baru itu menoleh ke arah pintu lalu memandang sesama sendiri sambil tersenyum. Echa bangun lalu bergerak ke arah pintu lalu membukanya perlahan-lahan. Tersembul wajah abang chik yang sudah tersengih-sengih dihadapan Echa sambil mengenyitkan mata. Echa mencubit lengan abang chik sambil membulatkan matanya. Amir Lukman sudah menggosok-gosok bekas cubitan Echa pada lengannya sambil melangkah masuk ke dalam kamar pengantin tersebut.

"aduh bisanya cubitan dia...adik ni kan, tak sudah sudah dengan perangai brutal dan ganasnya...adik, ingat ler awak tu dah jadi bini orang ye..bersaralah jadi minah brutal dan ganas ni..nanti ada pulak yang kena suami yang kena dera dek bini nanti...Dil, kau jaga-jaga sikit...adik ni kalau part mencubit memang handal...bisa giler Dil cubitan dia...hi haa, kau tengok sampai berbekas lengan aku dikerjakannya...issy adik ni, teruk betul la...habis berparut lengan abang chik ...hai susutlah nilai hantaran abang chik nanti..." Echa sudah menampar bahu abang chik sambil bergerak ke arah Aidil yang sudah berdiri. Bila Amir cuba membalas, Echa cepat-cepat menyembunyikan badannya dibelakang Aidil. Aidil tersenyum sahaja melihat aksi Echa dan Amir Lukman.

"haa..yang abang chik tu, masuk bilik kami ni kenapa?...kacau daun jer orang nak bersembang..." tutur Echa sambil memandang pada abang chik yang sudah membuntangkan matanya.

"ewah ewah sedapnya mulut dia bercakap...kacau daun ye?,..issy, tak malu betul adik ni, gelojoh sungguh! Cik kak, abang ni nak bawak balik suami awak yang kacak bergaya ni dulu ke hotel untuk bersiap untuk majlis berinai malam ni...jadi sabar-sabar ye. Tak lama jer lagi, pastu bolehlah bersembang puas-puas...borak sampai ke pagi esok pun takper cik kak...Aidil, abang chik tunggu di luar ye..." Amir Lukman memberi isyarat tangan pada Aidil sambil sempat mencubit pipi Echa yang berdiri di belakang Aidil. Echa sudah terjerit kecil.

Amir Lukman sudah bergerak keluar dari kamar pengantin dan menunggu Aidil di depan pintu. Dia menjengah di jendela untuk melihat keadaan di luar rumah. Sibuk sekali. Riuh bunyi orang bercakap sambil bekerja. Dalam cahaya lampu kalimantang yang dipasang dipasang di bawah khemah kelihatan abah sedang duduk berbual-bual bersama-sama Tok Sidang Harun juga beberapa orang anggota jawatan kuasa masjid yang sama-sama hadir di majlis akad-nikah tadi. Amir melihat jam di pergelangan tangannya...

alahai, lambatnya pulak pengantin ni keluar...sudah-sudah la tu Aidil ooi, bisik Amir Lukman.

Aidil menggenggam tangan isterinya itu sambil tersenyum. Dia mengucup dahi Echa. Lama. wajah isterinya itu dipandang, direnung. Echa turut tersenyum manis.

"Abang pergi dulu sayang...insyaallah kita jumpa malam nanti..."

Aidil melangkah perlahan ke arah pintu. Wajahnya dipalingkan sekali lagi kearah Echa yang berdiri disebelah.

"see you tonight sayang...i love you...love you so much!"

"i love you too abang..."

2 comments:

kaypo said...

mak ai nama...SITI NUR KESUMA SARI ANNISA AISYAH BINTI QAMARUZAMAN....wei nak isi borang nikah jer..entah muat entah tidak.hahahha..panjang betul..nasibaiklah aidil sekali lafas jer sah...tapi ngapa dub dub dup aku lom abis..kena tunggu mlm..hmhm cam ada sesuatu jer..

kucc_aprilsnow said...

kay,
kalau tak muat, tulis jer kt bwh...apa nk buat nama dah pjg kan..hikhik

erk dub dup?...kau tunggu jer laa kay...hehehe...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...