Friday, April 15, 2016

KELIP-KELIP

Hidayat putar tombol pintu. Berhati-hati. Gadis yang terbaring di katil singgah di mata. Perlahan tubuh melolos masuk. Ternyata dia gagal untuk tidak mengejutkan gadis ini. Derap sepatu mudah sahaja membangunkan gadis ini. Mata itu terbuka. Saling bertatapan seketika. Hidayat laju hulur bicara senyum. Ucapan salam bisu yang paling mudah dan berkesan. Ditarik kerusi hitam yang berada di sisi katil. Perlahan sekali.
Melihat kehadiran lelaki yang masih dia ingat wajahnya ini buat Tirana rasa segan mahu terus berbaring. Perlahan diengsutkan tubuh. Mahu cuba bangun. Mahu duduk agar lebih molek.
Tirana cuba tegakkan tubuh perlahan-lahan. Tangan yang berbalut menyukarkan pergerakkan. Wajah menjala kerut. Menahan sakit. Hidayat yang duduk di sisi segera bangkit membantu.
“Terima kasih.” Tirana jala senyum kecil. Hidayat ikut tersenyum. Mata Tirana toleh tangan yang berbalut. Fikiran pantas mengingati apa terjadi malam tadi. Peristiwa yang membawa dia terdampar di katil hospital. 

Hidayat kembali melabuh duduk ikut melihat reaksi gadis di depannya ini. Gadis yang dia hampir langgar malam tadi. Gadis ini yang tiba-tiba meluru ke depan keretanya lalu tersemban saat dia menekan brek. Nasib baik sempat. Hidayat tidak tahu apa yang akan berlaku jika dia gagal berbuat demikian. Diselusuri wajah mulus yang ada sedikit kesan calar ini.
“Encik..”
“Hidayat.”
"Nama you?"
"Tirana."
Hidayat senyum.
“Encik Hidayat..teri…”
“Just Hidayat. Tak perlu guna encik.” Senyum manis dilontar. Gadis ini dilihat membalas.
“Terima kasih sebab tolong saya semalam.”
“Kiranya I ni prince yang selamatkan Tirana si cinderella berbaju merah yang tak pakai kasut semalam. Right?”
Tirana ketawa kecil dengan lucu lelaki ini. Hidayat ikut ketawa. Dan seketika suasana menjadi hening. Sepi. Sunyi.
“Boleh I tanya?” Suara Hidayat memecah kebisuan.
Tirana angguk.
“You buat apa kat luar kelab tu malam tadi?” Sejak malam tadi usai membawa gadis ini ke hospital, hati Hidayat melonjak-lonjak mahu tahu sebab aku gadis ini berada di kawasan kelab elit dan eksklusif itu. Dengan penampilan yang tersarung di tubuh, pantas sahaja dia membuat telahan namun dia tetap mahu mendengar dari mulut tuan punya badan. Mahu kepastian.
“Balik dari kerja.” Senafas dijawab. Perlahan sahaja.
Hidayat angkat kening. Masih diingati tubuh gadis ini yang terhuyung hayang lalu meluru ke depan keretanya.
“Kerja?”
“Ya.”
“I see. Kerja apa?”
Tirana hala mata pada Hidayat. Lama. 


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...