Tuesday, April 26, 2016

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan

Serigala lapar ye. Azhad ketawa. Kepala digeleng. Jo..Jo. Tak mahu kalah tu.

“You tak cuba I lagi. Jo. Mana you tau I tak sopan. Maybe serigala lapar ni will be very gentle to you. Kena cuba baru tau, hmmm.” Kening Azhad dah terangkat. Jo bawa kembali telunjuk tepat ke hidung Azhad. Cuba hotak kau laa!

“Apa kau cakap? Ulang.”

Azhad lepas deheman. Sengaja.

“I cakap you tak cuba I lagi. Try me, Jo. Then you’ll know. Dan I pasti you takkan menyesal, sweetheart. You will ask for more.” Azhad kenyit mata.

“Jangan nak kurang ajar dengan aku. Kat office kau VP. Sini…kau bukan sapa-sapa. Jangan sampai aku belasah kau malam ni.” Ketawa Azhad meledak lagi. Langkah dirapatkan. Hampir bersentuhan tubuh kedua-dua. Jo tidak berganjak. Peluang yang diambil Azhad untuk terus melihat sejauhmana tindakan Jo seterusnya. Dikuis hujung anak rambut Jo.

“You takut dengan I kan? Shoot your words, Jo.” Jo ketap bibir. Ditepis kuat tangan Azhad. Kurang ajar! Tangan laju mencekak leher Azhad. Dan ternyata Azhad jauh lebih bersedia. Pantas dibawa dua tangan kekarnya memaut erat pinggang Jo. Pautan yang membuatkan tubuh kecil Jo terangkat sedikit. Kaki Jo terkapai-kapai. Tangan yang mencekak leher Azhad terasa longgar. Bibir Azhad menjuring senyum kemenangan. Dirapatkan wajah ke wajah Jo yang jelas kalau disuluh cahaya pasti merah ronanya.

“Wanna fight with a werewolf, sweetheart?You under estimate me, dear.”

Jo tayang senyum sinis. Fight kunun. Hari tu aku bagi 2 bijik yang ringanpun kau dah nak terduduk, lagi nak cabar aku. Tak serik lagi rupanya kau kan serigala. Baik. Aku bagi kau rasa yang lightweight sikit. Jo ramas jari-jemari kanan. Azhad yang masih menjual senyum direnung. Sorry, bro.

“Aduh..” Azhad melompat sedikit. Kaki yang disepak Jo terasa sakit amat. Dan belum sempat rasa sakit itu surut Jo sekali lagi bertindak. Gumpalan tangan kanan dihala ke muka Azhad.

“Arghhh!!” Aduh…sakitnya. Tubuh melompat-lompat. Dua terjahan yang serentak diterima. Tangan pantas memegang muka yang terasa sengal teramat. Perit. Tangan melorot ke pipi. Macam nak tercabut rahang. Sakitnya! Kening Azhad tertarik. Mata sedikit berpinar. Berkelip-kelip menahan pening. Tubuh terundur ke belakang. Terhoyong. Dah rasa macam nak tumbang. Kaki kanan Azhad terasa sakit benar.Tangan kiri Azhad laju mencapai bahu Jo. Mahu mencari tempat berpaut. Dibiarkan lelaki ini berpaut. Jo senyum. Hanya memandang reaksi Azhad. You asked for it, Mr Werewolf. Werewolf kunun. Werewolf lembik!

Astaghfirullahalazim. Apa pulak sampai menumbuk muka orang tu, Jo. Ya Allah budak bertuah ni. Yang kamu tumbuk tu orang, Jo. Bukan tembok. Kaki Pakcik Azmi berlari pantas ke arah Jo dan pemuda di depan Jo yang sudah melompat-lompat. Sungguh tak padan betul dengan perempuan kamu ni, Jo. Haishh.

“Jo!!”

Kepala Jo berpusing bila dengar namanya dilaung. Nyaring. Kuat. Mata spontan terbelalak. Alamak, Pakcik Azmi. Aduh. Penumbuk laju terlerai. Tangan pantas dijatuhkan dan dilipat ke belakang. Tangan Azhad yang memaut bahu ditolak deras. Ahh. Apa ni pegang-pegang bahu orang. Azhad cuba menggapai. Gagal dengan tepisan bertalu-talu tangan Jo. Mata terkelip menahan sakit yang belum surut. Wajah rasa panas. Bisa betul penumbuk dia ni. Tak padannya dengan badan. Penumbuk macam besi.

“Jo, please. Bagi I pegang bahu you kejap. I sakit ni. Sampai hati you tumbuk muka handsome I ni. Sepak kaki I. Kaki ni nanti nak guna dukung you.” Tangan Jo terus laju menepis. Apa dia merapu ni. Gila betul. Tak nampak ke Pakcik Azmi tu. Eei mangkuk ni.

“Apa ni pegang-pegang. Blaah la. Blaah.” Jo curi-curi sepak kaki kiri Azhad. Tak reti bahasa betullah serigala ni. Blaah laa. Karang Pakcik Azmi tanya macam-macam baru haru.
“Jo.” Laung suara Pakcik Azmi terhumban lagi. Jo garu kepala. Habis!

Wajah yang berkerut diangkat memandang dari arah suara yang memanggil nama Jo. Tadi masa Azhad menahan sakit telinga macam dengar suara orang panggil Jo. Laung kuat nama Jo. Macam jerit. Ingatkan dia salah dengar. Melihat susuk tubuh lelaki separuh usia yang sedang berdiri di hadapan mereka saat ini Azhad tahu memang betul rupanya ada yang memanggil Jo.

Pakcik Azmi hela nafas yang semput dek berlari tadi. Terkejut sungguh bila nampak Jo tiba-tiba menumbuk muka lelaki ini. Tadi dari jauh dia masa buat keputusan untuk mendekati dia memang dah set dalam kepala tidak mahu campur bila nampak Jo macam bertengkar dengan lelaki ini. Sekadar nak nasihat kalau boleh. Fikir Pakcik Azmi lelaki ini mungkin kawan Jo agaknya. Jadi kalau boleh dia nak tegur kedua-duanya cara baik. Tapi bila tengok Jo dah hayun penumbuk, Langkah perlahan dah tukar gear jadi laju. Pakcik Azmi tahu dia kena buat sesuatu. Mati pulak karang budak lelaki ni dikerjakan Jo. Bukan dia tak kenal Jo yang memang ganas dan garang kalau dengan lelaki muda.

“Kenapa ni, Jo? Ya Allah. Apasal kamu tumbuk lelaki ni, Jo? Kenapa sepak kaki dia? Dia buat apa kat, Jo? Siapa ni, Jo? Cuba cerita kat pakcik.”

Jo telan liur. Soalan Pakcik Azmi bagai butir-butir peluru yang dilepaskan serentak ke dada Jo. Sesak nafas. Azhad yang masih dengan sebelah tangan di muka mengangguk hormat pada Pakcik Azmi. Tubuh yang masih belum stabil menghulur jabat hormat. Tangannya laju dipaut Pakcik Azmi lalu dipapah. Jo garu pelipis. Ala. Lembik betul la dia ni. Kata werewolf. Taik kucing aar werewolf. Baru kena sebijik penumbuk lightweight dah nak tumbang. Kalau kena penumbuk versi Mike Tyson aku ni mahu kau koma terus serigala.

“Jo.” Pakcik Azmi seru lagi nama Jo bila nampak gadis ini diam. Tengok Jo garu kepala tu Pakcik Azmi dah boleh agak. Dah biasa sangat dengan riak Jo kalau gelabah. Adalah tu dorang berdua ini. Entah-entah budak lelaki ni kekasih Jo.

“Errk.. Pakcik Azmi. Dah lama tunggu Jo?” Sengih Jo dihumban demi melarikan fokus Pakcik Azmi. Azhad yang memaut bahu Pakcik Azmi dijeling Jo. Mengada-ngada!

“Siapa lelaki yang Jo tumbuk ni? Kenapa tumbuk dia, Jo? Apa salah dia. Cuba beritahu pakcik.” Pakcik Azmi bawa tangan ke pipi lelaki ini. Dibelek wajah anak pemuda yang dipapah. Nampak sedikit kesan lebam di muka lelaki ini. Tak tuam ni karang mahu bengkak. Haish budak bertuah ni. Ada ke tumbuk orang jantan. Jo..Jo. Ganas betul. Sempat juga diselusuri penampilan pemuda yang dipapahnya ini. Rupa ada budak ni. Gaya pun ada. Macam orang berada nampak gayanya. Anak siapa pulak laa yang kamu tabuh ni, Jo.

“Saya Azhad Nufail, pakcik.” Azhad jawap pertanyaan lelaki separuh abad yang membantu memapah dirinya ini sambil tayang muka berkerut. Sengal dan perit dari tumbukan Jo masih belum reda. Tangan you memang buat dari besi ke, Jo.

“Azhad Nufail?” Azhad mengangguk lemah. Pakcik Azmi hala pandang pada Jo yang tayang senyum serba-salah. Nama yang sudah terpahat dalam kepala Pakcik Azmi itu terluncur kembali. Mana mungkin dia lupa sebaris nama itu. Nama yang menabur bakti yang bukan sedikit pada keluarganya.

“Encik ni betul nama Azhad Nufail?” Pakcik Azmi ulang pertanyaan sambil pandang anak muda yang dipapah. Dieratkan pautan.

Azhad angguk lemah.


"Ya, pakcik."

Pakcik Azmi hala balik tatap pada Jo.

“Ni ke anak boss Jo yang derma 30 ribu pada cucu pakcik tu? Azhad Nufail Azlan tu ni ke orangnya, Jo?”

Aduh. Pecah lubang dah. Jo tayang senyum ketat sambil garu pelipis.


Azhad kerut dahi pandang Jo yang jelas macam serba-salah.

Cucu?

Derma?

30 ribu?

Bila pulak aku derma ni?




No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...