Wednesday, April 6, 2016

Mr Sirap Bandung 2.0

“WALID nak jumpa Luke?” Luqman tegak di depan pintu bilik Thaqif  Jazman. Tadi Jacinta, setiausaha walidnya ini suruh Luqman datang ke sini. Katanya, Datuk Thaqif suruh panggil Luke masuk bilik. 


            “Come, Luke. Ada perkara walid nak bincang.” Thaqif Jazman sambut pertanyaaan anak sulungnya ini. 

 Luqman melangkah masuk. Pintu bilik seraya ditutup. Hala kaki menuju ke hadapan. Dilabuhkan duduk di hadapan walidnya. Tangan melipat kedua-dua lengan kemeja merah muda yang tersarung di tubuh hingga ke paras siku. Perlakuan yang menjadi tatapan Thaqif Jazman.

            “Bincang apa, walid?”

            “Tentang urusan pejabat ini.”

            Luqman kerut dahi.

            “Maksud walid?”

Luke okay handle office alone? Kalau rasa tak boleh, walid akan pendekkan business trip kali ni.”

Luqman senyum kecil. Walid..walid. Ingatkan apalah tadi.

Thaqif bangkit dari duduk. Dibawa langkah ke depan. Luqman yang takzim di kerusi singgah di bebola mata. Disandarkan tubuh ke sisi meja. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Luqman yang duduk di depan pamer senyum. Dipusingkan kerusi mengadap lelaki yang sedang berdiri di sisi. Menunggu jawapannya.

Don’t worry, walid. Luke okey. This is not the first time, walid. The office will be fine. Trust me. As usual. With me around, Kiara Arena Holdings will be just fine.” Thaqif angguk. Tahu benar akan kemampuan anak sulungnya ini mengendalikan urusan dan operasi syarikat. Luqman yang sudah dibentuk untuk menjadi penggantinya di Kiara Arena Holdings cekap dalam mendalami segala ilmu dan selok belok sebagai ketua yang berwibawa.

“Alhamdulillah. Lega walid dengar. Luke dah boleh ganti walid. Kiara Arena Holdings will have a new chairman soon. Walid boleh bersara dah ni. Boleh travel seluruh Malaysia dengan umi with our beloved Harleys. Umi dengar ni mahu dia menjerit seronok. Rancangan lepas bersara walid nampaknya bolehlah dipercepatkan.”

“Naa…tak boleh, walid. Belum boleh lagi.” Kepala Luqman pantas menggeleng. Tahu sangat kecintaan kedua-dua ibu bapanya ini dengan dunia permotoran hinggakan dia dan adiknya Waheeda ikut terjerumus. Bak kata Tok Mummy, satu famili gila motor.

“Walid rasa Luke dah ready to take over Kiara Arena Holdings. I can see it, Luke. You can be a good leader. Well…I am glad I’ve created a young and dynamic leader to my successor.” Thaqif hulur kerdip renung. Renung yang pantas sahaja disanggah dengan gelengan kepala Luqman.

 “Not yet, walid. Not yet. Luke tak bersedia lagi untuk itu.” Luqman pantas mencelah. Menggeleng kepala untuk kesekian kali. “Not that soon. Kiv dulu plan walid dengan umi tu. Kiara Arena Holdings still needs you. Luke masih perlukan walid di sini. Banyak lagi yang perlu Luke belajar dari walid.” Thaqif senyum. Bahu Luqman ditepuk perlahan. “Soon, son. Soon you will be my successor. Bersedia, hmmm. I know I can count on you, Luke. Walid percaya Luke boleh jadi pengganti walid. The future leader for Kiara Arena Holdings.”

“Walid..”Luqman geleng kepala lagi. Bebola mata menghantar renung yang cukup mudah difahami. Thaqif senyum lagi.

“Dah sampai masanya Kiara Arena Holdings punya ketua baharu. Well young man, you should take this challenge. Walid dulu pun baya Luke dah take over position Tok Daddy  in this establishment.”

“Luke tak sehebat walid.”

Mendengar kisah walid dari Tok Mummy sewaktu dia mengambilalih Kiara Arena Holdings lebih dua puluh lima tahun dahulu, Luqman kagum dengan cara walidnya ini. Bangga punya walid sehebat Datuk Thaqif Jazman. Dasar walid mudah kata Tok Mummy. Walaupun kita paling atas, kita harus kenal orang paling bawah dalam syarikat. Kata Tok Mummy dengan pekerja pembersihan pun walid kenal dan bergaul. Boleh sahaja makan bersama. Cara walid yang sangat mesra dan prihatin dengan semua lapisan kakitangan membuatkan walid disayangi dan begitu dihormati oleh semua kakitangan. Kata Tok Mummy, umi sebenarnya tulang belakang kejayaan walid. Umi itu kata Tok Mummy anugerah terhebat dari Allah buat walid juga buat Tok Mummy dan Tok Daddy. Umi buat semua mereka kembali mengenal Dia yang satu. Sang Pencipta. Kata Tok Mummy, dia terhutang budi pada umi. Kalau tak sebab umi, mungkin hidup Tok Mummy tidak akan seperti hari ini. Umi mengajar Tok Mummy hidup yang berlandaskan syariat. Kemodenan tidak harus menjadi penghalang untuk seseorang menjadi insan yang patuh syariah.

Thaqif tayang senyum manis. Teringat kisah sewaktu dia harus pulang ke tanahair dari rajuk panjang yang membawanya bermastautin di bumi Kanada suatu masa dahulu. Pulang demi rayuan mummy yang tidak jemu menagih simpatinya. Pulang yang mahukan dia menggambilalih syarikat disebabkan keadaan kesihatan daddynya yang menurun. Tangisdan rintih mummy akhirnya meruntuh ranap tembok kukuh bernama rajuk. Dalam keadaan tidak bersedia dan serba kekurangan, dia mencuba sebaiknya mengendalikan Kiara Arena Holdings mengikut acuannya sendiri. Bersama Mike dia merintis cara sendiri. Meninggalkan segala cara daddy. Alhamdulillah dia berjaya membentuk Kiara Arena Holdings menjadi hebat dan gah seperti hari ini. Dia bersyukur ketika itu Allah lorongkan hatinya dari terus hanyut dengan jalan hidayah sewaktu dia terkapai-kapai mencari hala tuju dalam hidup. Dan hidayah terbesar pastinya mempertemukan dia dengan Teja. Pertemuan paling manis dalam hidup yang akan dikenang hingga akhir nafas. Isterinya yang sangat polos peribadi itu bagi Thaqif adalah rahmat terbesar dalam hidupnya yang kelam. Teja menghulur sinar terang dalam hidup yang sekian lama hilang cahaya. Teja menghulur tangan membawa Thaqif kenal dan cinta pada sang Pencipta. Teja menghulur bahagia yang tak terucap dalam hidup. Wajah comel isterinya yang sentiasa ceria itu terlayar di mata. Senyum Thaqif makin lebar.

“Tidak sukar menjadi hebat, Luke. Yang penting di setiap tindakan kita, pastikan Dia ada sebagai pembimbing dan pemutus. Jangan sesekali lupa akan siapa kita di dunia ini. Ingat bai’ah kita dengan Allah. Fikirkan kebaikkan orang lain terlebih dahulu dalam setiap keputusan kita. Minta pendapat semua. Musyawarah. Itu yang terbaik. InsyaAllah. Walid yakin Luke akan jadi pemimpin yang hebat jika semua itu Luke tanamkan dalam setiap langkah hidup.”

Luqman lepas nafas. Satu persatu perkataan yang dimuntahkan dari mulut lelaki yang dia panggil walid ini terpasak di kepala. Tubuh yang bersandar ditegakkan berdepan dengan Walid yang tenang berdiri memeluk tubuh.

“Jangan letak harapan tinggi pada Luke lagi, walid. I know myself very well. I am still the amateur guy dear dad. You and me is like Badrul Hisham and Usain Bolt.” Thaqif ketawa dengan lelucon Luqman. Ditepuk kembali bahu anak sulungnya ini. “Relax, hmmm. InsyaAllah. I know my son very well. In a few years time, Badrul Hisham will make Usain Bolt say bye bye to 100 metres.” Luqman geleng kepala. Tangan mengelus dagu.

“Fuh. Habislah kau lepas ni, Luqman Riayat Syah” Luqman hembus nafas. Thaqif ketawa.

Come. Let us have lunch. Umi masak best hari ni. Favourite Luke.” Thaqif paut kemas bahu Luqman. “Nasi kukus ayam dara?” Thaqif angguk bersulam senyum. Dan senyum di bibir anaknya ini mekar seperti matahari yang menjengah tirai pagi. Dua langkah saling beriiring menuju ke pintu.

“Abang rasa Luqman boleh ke handle office alone?” Teja hulur mug coklat panas pada Thaqif. Ucapan terima kasih terdesir perlahan. Senyum kecil dihadiahkan tanda balas. Duduk dilabuhkan di sebelah suaminya. “Lama tau business trip kita kali ni. Kalau budak bertuah tu rasa tak boleh nak handle, abang aje la pergi ye. Ja stay. Bolehlah Ja look after the office dengan Luqman.” Teja panggung kepala dengan tapak tangan kiri. Wajah suami direnung. Tangan bermain dengan hujung rambut Thaqif.

  Coklat panas yang sudah dicicip sedikit ditarik dari bibir. “Luke okey. InsyaAllah. Trust me. I know my son. Lagipun ni bukan kali pertama kita tinggalkan Luke untuk look after the office. So far he managed it perfectly.” Thaqif tayang senyum. “And you sayang…” Thaqif geleng kepala. Tangan Teja yang bermain dengan hujung rambutnya dicapai dan digenggam erat lalu dibawa ke riba. “…have to be next to me. All the time. Kita tak pernah pisah selama ni. Abang tak boleh la kalau Ja tak ada teman abang. I feel something missing.” Coklat panas yang berbaki terus dihirup.

“Masa Ja kat Melbourne dulu few years okey aje abang managed yourself. Steady. Cool. Boleh aje kerja. Tak ada masalahpun walaupun Ja tak ada. Abang siap kena jaga Luqman dan Waheeda lagi. Mummy cakap all was done smoothly. Mummy dengan daddy langsung tak payah bantu. Abang buat sorang-sorang urusan budak berdua tu. Hantar pergi sekolah, then abang pergi office. Lunch abang sendiri yang fetch dorang balik dari sekolah. Tak bagipun driver yang hantar dan jemput dorang.”

“Tu lain, sayang. Tu tanggungjawab abang sebagai walid Luke and Wawa. Ja kan study masa tu. Abang kenalah faham.  Tak nak ganggu isteri kesayangan abang ni belajar. Abang kena ada apa tu..” Thaqif pejam mata seketika. “…toleransi. Yes. That’s the magic word. So abang tak bolehlah nak mengada-ngada tak tentu pasal. Suami yang baik kan ke suami yang berbuat baik pada isterinya.”

“Ooo. Gitew ye.” Teja muncungkan bibir. Kepala diangguk lembut. Sengih Thaqif tertangkap di pinggir mata. Dua pasang mata mereka bertembung. Sengih Thaqif makin luas. Teja tayang muka selamba.

“Jadi…sekarang ni nak Ja ikut abang sebab nak mengada-ngada la ye. Tak puas mengada-ngada masa kita mula-mula kahwin dulu rupanya inche biskut lemak rangup berkrim ni. Gatalnya ye.” Sengaja dibulatkan mata. Ketawa Thaqif terluncur. Teringat nama gelaran yang diberikan isterinya ini dahulu. Pipi Teja dicubit lembut.

“Inche biskut lemak rangup berkrim nak mengada-ngada dan nak manja-manja. Boleh Puan TJ2?” Kenyitan mata Thaqif terhumban. Satu ciuman singgah di pipi isterinya. Kepala sengaja dijatuhkan ke bahu Teja. Pinggang Teja dipaut lembut.

“Eeii. Tak malu betul la si biskut lemak rangup berkrim ni. Dah cium kita nak peluk-peluk kita lagi.”

 “Si biskut lemak rangup berkrim ni memang tak malu. Tapi dengan TJ2 aje la. Kalau dia malu melepaslah dapat serikandi Melaka yang garang-garang comel ni. Cium dan peluk isteri tu ibadah ye Puan TJ2. Pahala tak terkira. Tak nak ke kumpul pahala?” Pelukan di pinggang Teja dieratkan.

 “Ooo. Kata kita garang ek. Berani pulak peluk serikandi Melaka yang garang ni ye.”

 “Serikandi tu garang kat public aje. Dengan inche biskut lemak rangup berkrim dia jadi teddy bear yang comel.”

Ketawa Teja terburai. Giliran pipi Thaqif jadi habuan jari-jemari.



No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...