Thursday, April 28, 2016

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan

“Laksamana Hang Tuah Lima Bersaudara
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja
Wahai cik adik yang cantik jelita
apakah ubat hatiku yang lara?
Mata Jo mengecil. Tajam merenung Azhad yang menjual senyum. Peduli apa aku hati kau lara ke, terbakar ke, rentung ke. Tu kau punya pasal la. Bongok punya serigala! Kau ingat ini zaman mengorat dengan pantun ke. Kau ingat kau Hang Tuah? Bengong punya VP!
"Kau dah kenapa? Susut idea nak mengorat aku sampai nak berpantun-pantun?" Azhad garu kepala. Sengih tak malu terhumban. "Ni sapa punya idea bodoh yang kau guna ni haa. Please la Azhad. Kau ingat aku minah skema ke. Longlai dengan bahasa kembang setaman kau ni. Nama je VP...tapi..lembab!"
Lembab? How could you, Jo.
"Jo...listen sweetheart." Cuba dihalang Jo dari memasuki lif.
"Dah. Kau blaah. Tepi. Aku nak balik. " Tangan keras menolak tubuh Azhad ke tepi. "Jangan kacau aku. Pergi jual pantun kau tu kat perempuan lain."
Aduh. Tak jalanlah, Ril pantun kau. Haishh. Tengok. Dia dah marah. Kau la punya idea ni Ril. Rare kunun. Gerenti dia cakap yes. Jahanam tau tak. Mati aku nak pujuk dia. Silap-silap dia terajang aku. Kaki dia dah la macam besi.
 “Laksama Hang Tuah ke pekan ijok
 Jo..janganlah merajuk.”
Errk? Boleh ke macam tu. Azhad garu kepala lagi.
Ada yang telan penumbuk aku ni karang. Kau ingat boleh makan aku dengan pantun bodoh kau tu ke.
Langkah Jo laju menonong ke lif. Tidak mahu terus berlama-lama lagi di pejabat. Kenapalah dia yang kena backup kerja Noni hari ni. Zuri kan ada. Tapi bila Puan Zaila, boss admin yang baik hati tu bagi arahan, Jo terpaksa akur. Sudahnya kan dah kena tahan dengan makhluk lapar sekor tu. Sakit hati betul. Asyik mengganggu aje. Asyik-asyik call. Asyik-asyik panggil masuk bilik mesyuarat. Wanda sebelum balik tadi siap bagi darah Jo naik bila sengaja aje suruh Jo hantarkan air untuk mangkuk tu. Hantarlah. Tea lady dah balik. Kan meeting ni meeting tak dirancang. Dapat pahala Jo berbuat baik pada boss. Huh. Pahala la sangat. Dah dapat air. Siap suruh Jo stayback. Geram betul laa. Tapi depan client tu Jo tayang senyum plastik. Kaki memang ringan nak sepak aje serigala tu. Alasan dia, nanti tak ada staff nak tolong kalau nak minta apa-apa. Sengaja kan kau, serigala. Sengaja nak tahan aku supaya balik lambat. Tolong ambil itu. Tolong ambil ini. Hey mangkuk, lain kali suruhlah secretary kau stayback kalau kau meeting lewat macam ni. Rupanya dia ada plan lain. Telinga macam boleh dengar lagi apa yang dia cakap. Memang terbakar. I sengaja aje buat meeting ni sebenarnya supaya you boleh stay. Dan memang I yang arahkan Puan Zalia pastikan you yang akan assist I. Bukan orang lain. I nak cakap pasal kita sebenarnya, Jo. Pasal hal hati. Memang nak makan penampar betul. Jo pantang la orang buat macam ni. Kalau ikutkan hati memang Jo dah terajang aje Azhad tadi. Lantaklah kalau kena tindakan displin atau kena buang kerja. Peduli apa!
"Jo..."
Azhad lajukan langkah.  Mengikut Jo dari belakang. Tahu yang Jo sedang marah. Azhad tahu dia salah sebab tipu Jo. Macam kira perangkap dia jugak. Tapi Azhad dah tiada cara lain nak berdua dengan Jo. Nak cakap dan sampaikan hasrat hati. Sebab itu diminta Khairil menghantar wakil dari syarikatnya datang untuk mesyuarat dengannya petang ini jugak. Ini sebahagian dari plan mereka berdua semalam waktu bertemu di pejabat Khairil. Diceritakan pada teman baiknya itu apa yang ingin dilakukan tentang mahu meluahkan hasratnya pada Jo. Sungguh dia tak main-main kali ini. Sungguh dia mahukan Jo. Dan penolakan demi penolakan Jo buat dia hampir hilang cara lagi untuk menyakinkan gadis itu. Khairil lantas beri idea ini. Habis meeting tu kau tahan dia bro. Biar orang semua dah balik dulu. Senang kau nak luahkan hasrat kau. Kau berdua aje kat office. Biar buat cara yang rare. Kalau kena tangkap khalwat pun tak apa. Lagi senang kerja kau. Masuk terus pejabat kadi. Beres, bro. Sempat lagi Khairil mengusik.
“Blaahlah. Jangan ikut aku lagi. Aku nak balik.”
"Jo….wait."
Jo tak pandang belakang. Laungan Azhad dipekakkan sahaja. Mampuslah. Siapa suruh buat aku marah. Sampai depan lif laju ditekan butang. Mata memandang ke pintu lif. Cepatlah terbukak. Cepatlah.
“Sweetheart, please.”
Bibir diketap. Nak rasa penumbuk aku lagi dia ni. Yang dulu tu tak cukup agaknya. Kau jangan cari pasal serigala. Aku tengah bengang dengan kau ni tau tak? Karang nahas kau.
"Joanne Cassandra Matthew Mohd Ismail." Azhad kemam bibir sendiri. Shit!
Langkah Azhad terhenti. Tersedar silap sendiri. Mata tunak merenung ke hadapan. Memandang dan menunggu reaksi Jo. Nafas Jo turun naik. Laju. Gigi diketap kuat. Jari-jemari dikepal sehabis rasa. Dipusingkan tubuh yang tadinya mengadap pintu lif. Telunjuk lurus dihala ke hadapan. Dipicingkan mata bundarnya menghumban renung pada Azhad. Dada macam dah ada Merapi membuak. Menunggu masa mahu melimpah. Laju langkah dihala ke hadapan. 
Kau memang kurang ajar serigala!
“Ulang apa kau sebut tadi.”
“Jo…I am sorry.” Azhad sedar akan khilaf yang dah dilakukan. Wajah gadis di depannya ini yang jelas menebar warna amarah ditelan dengan rasa sesal.
“Ulang aku cakap!” Suara Jo menekan. Memanjat tangga oftah tertinggi.
“Jo..”
“Ulang!!!” Pekik suara Jo bergema. Suasana lewat petang yang hening bagai dikejutkan bunyi amukan halilintar.
"Joanne Cassandra Matthew Mohd Ismail." Seluncur diucap. Perlahan. Sedar salah sendiri.
“Pangggg!” Mata Azhad terkelip. Terkejut. Tangan pegang pipi sendiri. Sengal. Perit. Hangat. Boleh tahan penampar you Jo. Macam besi berapi.
Jo..VP Symphony Group tu yang kau pang tau tak. Gila ke?
Mampuslah. Peduli apa aku!
“Ting.” Pintu lif ternganga luas. Jo bergerak tanpa rasa bersalah. Tangan tolak keras tubuh Azhad ke tepi.
“Jo..I..”
Telunjuk Jo dihala tepat ke muka lelaki ini.
“Kau…jangan cuba nak cabar sabar aku.” Serentak kaki melangkah masuk ke dalam perut lif yang masih ternganga. Tidak menoleh ke belakang langsung. Azhad  hanya memandang Jo yang memacu tatap ke dinding lif. Tidak langsung mahu melihat Azhad. Tangan meraup wajah usai pintu lif tertutup. Membawa jasad dan wajah Jo hilang dari pandangan. Nafas kesal dilepaskan. Mata masih takzim memandang lif yang tertutup.
I am sorry, Jo.


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...