Thursday, April 14, 2016

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan

“Awak nak apa sebenarnya, Encik Azhad? Tolong jangan buang masa. Awak ada masa kurang dari sepuluh minit lagi.” Azhad lirik ke pergelangan tangan. Jo ikut angkat pergelangan tangan. Dihala pada Azhad.
“Saya tak bohong. Nanti tak berkat hidup.”
Azhad lepas deheman. Rasa macam kena tampar tiba-tiba. Ditegakkan tubuh. Jo yang tersandar tenang di dada kerusi direnung.
“I nak jadi kawan you. Itu sahaja.”
Jo bangkit dari duduk.  Bersedia untuk beredar. Azhad yang bersandar di bucu meja dijamah dengan lirikan mata sebelum dikerling swatch di pergelangan tangan.
“Okey. Masa 30 minit awak dah habis. Saya nak balik.” Ditolak kerusi ke belakang.
“Jo..” Azhad ikut bangkit. Dihadang tubuh mengadap Jo.  Enggan membenarkan gadis ini pergi. Kepala Jo terangkat sedikit. Menghumban pandang pada Azhad. Lama direnung lelaki ini. Lelaki yang cukup berani mencabar kesabarannya.
“Kau dan aku takkan boleh jadi kawan.”
“Sebab?”
“Sebab itu hak aku untuk pilih dan tentukan siapa boleh jadi kawan aku. Kau tak perlu tahu.” Jo seluk poket. Cek yang diberikan Azhad sebentar tadi diangkat. Ditayang ke wajah lelaki di hadapannya ini.
“Terima kasih untuk ini.” Dilipat dan disimpan kembali dalam poket seluar. Kaki Jo bersedia atur langkah ke pintu. Tubuh Azhad yang menghadang ditolak perlahan ke tepi. Dan Azhad hanya memerhati langkah Jo. Tangan mencekak pinggang seketika. Cuba memanggil tenang. Cara lain perlu difikirkan. Jo tidak boleh terlepas. Dia tidak boleh gagal!
Think, Azhad. Think.
“Jo.” Langkah Jo terhenti saat namanya diseru. Namun tubuh masih kekal statik mengadap pintu.
 “I tak mahu jadi kawan yang biasa.”
“Kau tak faham ke apa yang aku cakap tadi?” Tenang dan selamba nada kalam dihumban. Tak reti bahasa apa dia nih. Makan penampar baru faham agaknya. Hati mula membisik bait makian.
Jo…look at me. Please.” Mata dipejam sesaat. Emosi mula menampar. Akal mengusap desir tenang. Relax Jo. Okey, fine. Jo pusing tubuh. Bebola mata menghumban pandang pada Azhad.
“Kau nak aku cakap apa?”
“Jo…I tak mahu jadi kawan yang biasa biasa. Tapi I nak jadi kawan di sini. I nak you duduk di sini.” Tapak tangan Azhad dilekapkan ke kiri dada. Akal berputar. Tidak langsung terfikir kata-kata itu yang terluncur dari bibir. Ada rasa yang aneh di hati saat dilafazkan kata-kata tadi. Jo yang diam merenung dipandang. What have you done to me, Jo?
Azhad yang memandang dengan tapak tangan melekap di dada melayang singgah di mata. Bibir Jo terangkat rendah. Senyum sinis Jo terluncur.
“Kalau kau nak jadi romeo, ayat gula romeo kau tak laku tuan VP. Aku anti dengan romeo. Harap maklum. Kalau kau nak jadi buaya, kau pilih salah mangsa. Aku bukan orangnya. Aku ni jenis melawan. Nanti kau yang kena libas. Jadi, jangan cari pasal dengan aku. Faham?” Renung tajam penuh makna dihumban. Tubuh dipusing kembali ke depan. Mengatur langkah ke pintu. Azhad hempas nafas. Jo yang makin menghampiri pintu diseru lagi. Masih belum berputus asa.
“Jo, wait. I am serious.”
Jo gulung mata ke langit siling. Serius la sangat ye, serigala. Tangan diangkat.
Bye. See you tomorrow, Encik Azhad Nufail.”
“Jo…” Serunya langsung tidak berbalas. Jo sudah hilang dibalik daun pintu. Tangan meraup wajah. Dilepaskan lelah nafas. Kata-kata Jo sebentar tadi terngiang kembali di cuping.
“Kalau kau nak jadi romeo, ayat gula romeo kau tak laku tuan VP. Aku anti dengan romeo. Harap maklum. Kalau kau nak jadi buaya, kau pilih salah mangsa. Aku bukan orangnya. Aku ni jenis melawan. Nanti kau yang kena libas. Jadi, jangan cari pasal dengan aku. Faham?”
Azhad geleng kepala. Romeo? Buaya? Senyum tanpa sedar terluncur dari bibir.


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...