Thursday, April 14, 2016

Mr Sirap Bandung 2.0

“Nah.” Karmila hulur bekas plastik ditangan.

“Apa ni,hmmm.” Luqman sambut bekas plastik berbentuk gelas yang siap ditutup dan terselit sudu dicelahnya.

“Nasi lemak aar, bro. Takkan dah tak kenal rupa nasi lemak kut. Melampau la tu.” Luqman ketawa kecil sambil geleng kepala.

“Awak beli?”

“Tak. Curi.” Sengih selamba dihumban. Luqman balas senyum.

”Lagi mahu tanya. Orang beli laa weh.” Karmila tolong buka penutup bekas plastik ditangan Luqman. Sudu hijau yang terselit di pada pemegang plastik ditarik dan dihulur. “Ni sudu dia. Dah. Jom makan. Saya dah kebulur ni tau tak. Malam tadi tak sempat makan malam dah wassalam.” Karmila buka penutup bekas plastik ditangan. Mata junam renung. Boleh beli lagi ni. Bagus aar pack macam ni. Kalau time jem, boleh la makan atas kuda besi ek. Jimat masa. Masa seorang despatch itu bak sebongkah emas hokey. Hmmm. Bagus idea dorang ni. Sudu dibenam dalam nasi lemak.

Luqman masih senyum. Nasi lemak dalam bekas plastik diangkat dan dibelek. Karmila yang sedang mengacau sudu dalam bekas plastik ditatap.

“Comel. Cute.”

“Ni bukan comel atau cute. Ni namanya kreatif, bro. Tak perlu meja nak makan. Atas motor pun boleh. Inovasi yang perrgh tu. Betul tak, bro?” Karmila lafaz bismillah sebelum sumbat nasi lemak dalam mulut. Mata terkelip-kelip. Sedap oooi.

Inovasi. Hmmm. Mata lirik ke sebelah. Bertembung dengan mata Karmila. Luqman yang diam buat kunyahan Karmila terhenti.

“Kenapa? Tak betul saya cakap?”

Luqman geleng.

Mata dipicing. Luqman sembunyi senyum tengok reaksi Karmila. Apa? Tak betul?! Ada yang mandi nasi lemak ni karang. Relax. Tarik nafas. Karmila hela nafas. Lepas. Okey dah. Karmila pusing. Nasi lemak diletakkan di sebelah.

“Okey. Awak cakap apa yang betulnya.”

“Awak comel. Cute. Itu betul.”

Mata Karmila berkelip-kelip. Mulut terbuka kecil. Luqman humban senyum manis. Senyum yang buat mata Karmila yang terkelip-kelip terlongo. Tangan Karmila tekan dada.

Aduh..duh..duh. Dia buat lagi mak ooi!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...