Thursday, September 10, 2009

Rindu Semalam - Bab 16

Bab 16

Taufik menjengokkan sedikit kepalanya ke bilik rehat. Tiada kelihatan kelibat orang yang dicari. Dia meneruskan langkah panjangnya ke lif. Butang ditekan. Dia menunggu pintu lif dihadapannya terbuka. Disampingnya kelihatan tiga orang wanita dan seorang lelaki turut sama menunggu sepertinya. Menunggu lif. Dia memberi senyuman sambil menundukkan kepala sedikit tanda hormat pada keempat-empat mereka. Mereka turut membalas. Pada fikirannya mungkin mereka ini mahu pulang ke pejabat atau pulang ke rumah selepas sesi lawatan pesakit untuk tengahari ini tamat. Pintu lif terbuka lalu Taufik memberikan laluan kepada kesemua mereka untuk masuk ke dalam dan kemudian dia yang terakhir melangkah masuk. Agak sesak juga keadaan di dalam. Taufik dapat menyelitkan tubuhnya sedikit di hadapan pintu lif sebelum ianya tertutup.

Dia meneruskan langkah ke destinasi yang sedang bermain dalam kepala. Dia mengharapkan orang yang dicari ada di situ. Cepat-cepat langkah panjangnya di diatur. Dia melepasi wad kecemasan yang masih sibuk dengan kehadiran pesakit sebelum membelok ke kanan lalu menuruni anak tangga batu yang cantik berukir. Matanya cuba difokuskan. Mencari-cari. Langkah makin laju memasuki bangunan kafe berwarna coklat muda dengan hiasan serba sederhana tapi indah dan mendamaikan pandangan mata dan halwa jiwa.

"Nasib baik awak ada kat sini lagi..." Taufik melepaskan lelahnya lalu melabuhkan duduk kerusi mengadap gadis dihadapannya.

Duhaila memerhatikan sahaja gerak geri Taufik.

"Ada apa you cari I ni Taufik?. Ada hal penting ke?."

Soalan Duhaila tidak dijawap terus oleh lelaki dihadapannya itu. Taufik sebaliknya menggamit tangan ke arah seorang pelayan yang sedang berdiri di sudut kaunter bayaran.

"Hmm..bagi saya nasi paprik special dengan sirap selasih ye dik...terima kasih."

"You still did not answer me Taufik.." Duhaila memandang ke wajah Taufik. Saling bertatapan. Saling merenung. Duhaila menundukkan wajahnya. Tangan halusnya mengacau straw pada gelas minuman yang masih berbaki separuh air berwarna merah jambu. Taufik tersenyum.

"Nak sampaikan ucapan terima kasih seseorang pada awak. Dia nak cakap sendiri dia tak berani...takut katanya. Nanti awak taknak jumpa dia. "

Duhaila membuang pandang ke arah kolam air yang terbina di sudut kafe itu. Aliran air yang menuruni lekukan batuan-batuan yang dibina pada lanskap kolam itu begitu memdamaikan sekali. Suasana sepi antara kedua-duanya.

Suasana sepi mereka tiba-tiba pecah dengan suara pelayan tadi datang menghantar pesanan Taufik.

"Terima kasih...". Taufik mengangkat tangan membaca doa. Kedua-dua belah tangan diraup pada wajahnya. Air berwarna merah bercampur selasih itu pantas disedut. Tangan menarik bekas pastik berisi sudu dan garfu dihadapan Duhaila. Dia mengambil sepasang. Duhaila memerhatikan perlakuan Taufik.

"Tak perlu berterima kasih. Itukan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya. Tanggungjawab seorang doktor pada pesakit dibawah jagaannya. Kalau awak ditempat saya pun awak akan berbuat demikian kan."Duhaila memandang sekilas pada Taufik.

Taufik mengangguk-anggukkan kepala. Matanya menatap wajah mulus Duhaila. Menjelajahi ke setiap daerah...setiap inci...setiap pelusuk wajah indah dihadapannya itu. Dari alis mata yang lebat dan lentik, kening yang nipis terbentuk, mata yang bersinar, hidung sederhana kecil yang mancung, tulang pipi yang tinggi, bibir nipis tapi lebar membentuk sebuah senyuman yang sangat indah...dilengkapi dengan sepasang lesung pipit yang sederhana dalam...membentuk sebuah potret wajah yang lengkap. Entah mengapa setiap kali memandang wajah doktor muda dihadapannya itu perasaannya jadi lain. Tidak sama dengan perasaan yang dialami bila melihat wajah gadis-gadis lain. Dunianya di hospital sentiasa dikelilingi para doktor muda dan jururawat yang cantik- manis. Silih berganti. Tapi tidak pernah hatinya berdetik. Bukan seperti yang ini. Gadis dihadapannya ini membuat hatinya sering berdetik. Arghh... Dia tidak sepatutnya punya perasaan begini...tapi bolehkah dihalang perasaan itu dari mendatangi hatinya. Dia sendiri tidak pasti. Keliru. Takut.

"Tak salahkan dia ucapkan terima kasih pada you?. Itu adalah penghargaan atas keperihatian you. Tindakan dan cara you semalam yang mengharukan dia. Kalau tak sebab tindakan pantas you...mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini. Memang kita tak mintak, tapi soal malang ni sukar diduga, rite?". Tangan Taufik meneruskan suapan.

" Taufik..."

Taufik yang sedang menyuap makanan terhenti. Matanya memandang tepat pada wajah Duhaila.

"What happened to Ben's mother?"

Taufik meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan. Dia menarik gelas lalu menyedut perlahan isinya.

" You wanna hear the story?." Duhaila laju menganggukkan kepala. Taufik merapatkan kedua-dua belah tangannya ke tubuh. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Cuba mencari ketenangan. Dia cuba mengorek kotak mindanya untuk melayarkan semula peristiwa itu. Peristiwa setahun lalu.

"Kanser rahim...final stage." Nafas Taufik bagai tersekat di situ. Sedih tiba-tiba menyapa.

"The doctors have try their best to save her...but Allah love her more then us. Ben ada disisi Suhana di saat akhir hidupnya. Dia saksikan sendiri saat Suhana menghembuskan nafas terakhirnya." Taufik memejamkan matanya. Duhaila menatap wajah Taufik. Rasa pilu menjentik tangkai hatinya kala itu.

"Akhmal tak tahu?". Taufik menggeleng-gelengkan kepala.

" Suhana sembunyikan perkara ini dari mula dia pregnantkan Ben...tak siapa pun tahu. Not even Akhmal."

Diam. Mereka tenggelam di daerah sepi masing-masing.

"Taufik..."

"Hmmm.."

"Ben say something to me last night..."Taufik melihat mata Duhaila yang sedikit berkaca.

"He missed her...missed her so much Taufik...and...and he asked me something...something that I don't know how to answer back...just because i don't know the story...his sad story." Duhaila menutup mulutnya. Cuba menahan sebak.

"Dia tanya you apa?"

Duhaila menggeleng-gelengkan kepala. Matanya dilarikan dari memandang Taufik.

Mata Taufik masih lekat pada wajah Duhaila yang kian basah.

2 comments:

Hanya Aku Dihatimu.. said...

sedih kan kucc..moga ben jadi penyelamat pada cinta bapanya..he..he selamat berpuasa..

kucc_aprilsnow said...

liza - tgk la camner nnt ye...hehehe

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...