Tuesday, September 1, 2009

Bila Cinta Bicara - Epilog

Epilog
Hidup ini sebenarnya indah. Penuh warna. pelbagai corak. Segala keindahan yang penuh warna-warni dan disulami corak yang pelbagai menjadikan hidup ini lebih bermakna. Bermakna pada setiap jiwa yang tahu menghayatinya. Menghargainya. Begitu juga cinta. Cinta adalah luahan rasa dari detikan hati. Detikan yang tidak mungkin berbohong pada empunya diri. Biar cuma dinafi, biar cuba dielak...rasa itu akan tetap ada, tetap hadir. Mengalir bagai aliran sungai yang setia hingga ke muara lalu terus ke destinasi akhirnya...laut nan luas.
Hidup Echa sudah lengkap sepenuhnya. Ada suami yang begitu menyayangi dan menyintai Echa setulusnya. lelaki yang didambakan oleh tiap wanita. Lelaki yang sungguh istimewa. Keluarga adalah tulang belakang Echa selama ini. Mereka adalah segala-galanya. Mereka yang begitu mengambil berat, mereka tidak henti menyayangi Echa biar apapun keadaan. Paling istimewa, Echa punya ibu mertua yang sangat mengambil berat. Impian yang dulunya bagai bayangan, kini sudah dalam genggaman. Betul kata mak...orang yang sabar tu, dikasihi tuhan...alhamdulillah.
Minggu lepas rumah mak abah Echa di kampung riuh rendah dengan majlis perkahwinan abang chik dan abang ngah. 2 pasang pengantin tu. Mak abah dapat 2 menantu perempuan sekaligus. Abang ngah kawin dengan sapa?...haa mesti tak sangka kan. Echa pun. Malah semua pun. Itulah jodoh namanya. Encik Amir Zainal Alias tu rupa-rupanya dah lama kenal dengan Tengku Layla Syuhadah Tengku Alauddin. Syarikat abang ngah pernah terlibat mengaudit akaun di syarikat ayahanda Tengku Layla. So selalu la terserempak diorang berdua ni. Selalulah berbalas senyuman. Selalulah berbalas pandangan..amboi amboi abang ngah, kemain lagi ye, pandai sungguh simpan rahsia. Dan yang kami tak tahu rupa-rupanya Tengku Alauddin dah lama berkenaankan abang ngah..cehhh, abang ngah, tak sangka ek dapat pikat hati tengku Alauddin. Jadi bila Tengku Alauddin tahu abang ngah ni abang Echa, lagilah dia tak sabar-sabar nak pinang abang ngah jadi menantu dia. Menantu tunggal tu. Hebat abang ngah. Dan yang paling Echa terharu, Tengku Layla datang sendiri jumpa Echa dan mohon maaf atas segala perbuatannya. Begitu juga Tengku Alauddin. Dia ikhlas terima abang ngah sebab dia yakin dengan pilihan Tengku Alauddin. Abang ngah paling best. Kata abang ngah setiap manusia berhak diberi peluang kedua. Tiada siapa dalam dunia ini yang tak pernah buat kesilapan. Siapa kita untuk menghukum sedangkan kita juga manusia biasa. Echa memang salute dengan abang ngah.
Abang Long dan isterinya yang tercinta sudah terbang ke UK kelmarin. Abang long sambung buat master dan kak long ambil cuti sabatikal ikut abang long. Erk lawyer ada cuti sabatikal ker?. So yang tinggal cuma abang teh dan abang lang. Haa, mak cakap cepat cari, tidak mak pinangkan saja mana anak dara yang mak berkenan kat kampung buat diaorang. Haa, padan muka...tu lah jual mahal sangat.
"sayang...dah siap ke belum tu?.lamanya mengadap cermin. Dah cantik sangat sayang tu, tak payah put on so much colour on you face...dah jom la, mama dah lama tunggu menantu kesayangan dia tu." Jeritan Aidil dari aras bawah mengejutkan lamunan Echa.
"ok i'm coming abang...5 minutes."
issh...kita nak cantik-cantik pun untuk dia juga.
Malam ini mama adakan kenduri kesyukuran untuk kami berdua. Sempena perkahwinan kami yang dah selamat disempurnakan. Alhamdulillah. Mama cakap kami berdua guest of honour malam ni, so cuma perlu datang bawak badan jer. Mama jemput semua. Semua warga AAZ Holdings. Mak abah pun dah sampai semalam kat rumah mama.Cuma abang long dan kak long jer tak dapat hadir.
"dah abang, Echa dah siap..jom."
"kenapa abang? anything wrong?"
"nope...just wondering sayang pakai apa ye...semua orang jatuh hati pada sayang."
Echa tarik tangan Aidil.
"hmmm...nanti malam lepas balik dari rumah mama Echa beritahu...tapi abang kenalah siapkan pengerasnya. Mahal tau."
"owh...dengan husband sendiri pun nak berkira ker...tak aci la macam ni.."
"memang laa tak der aci dalam rumah ni...yang ada cuma Puan Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah je.."
Aidil sudah tersenyum pada Echa. Echa sudah mengangkat keningnya sambil tersenyum. ketawa mereka berdua pecah.
"I love you sayang...love you so much. "
"I love you too abang..."

6 comments:

kaypo said...

I love u three...

hehehe..kirenya dah the end la ya cite ni. Best. Sweet jer ending dia.

kucc_aprilsnow said...

ya akhirnya beb...alhamdulillah aku dah sempurnakan 1st assigment aku ni. Bukan mudah mengarang ni rupanya...apalagi nak mencernakan idea yang tak tercerna-cerna...perrh seksa weii.

Bie Hassan said...

best betul cerita nie...
happy ending..

kucc_aprilsnow said...

idayu - thks sbb suka bicara cinta echa & aidil.

Miss Violet said...

hihi....besh la cite ne...ske sgt...swit cgt...hihi..
congrate ye

yuta0330 said...

besh..besh..
sebab??? hihi..x byk sgt konflik..x berat kepala nk memikir..haha..mcm gue aje yg kne selesaikan masalah..haha..
good job writer

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...