Tuesday, September 8, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 1

Bab 1

2009...

Jalan sedikit berbukit menuju ke bangunan berukiran berpetak-petak dengan bentuk bumbung yang seakan daun-daun sirih yang sedang diatur di dalam tepak itu dengan warna latar coklat tua berselang seli dengan warna putih didaiki perlahan-lahan. Udara pagi masih segar menyapa wajah putih bersihnya yang tidak langsung dihuni palitan warna-warna kosmetik. Baju kurung jenis kain kapas bertanah merah jambu bercorak bunga tabur berwarna putih sedikit terbuai dengan alunan tiupan lembut sang angin pagi. Setelah meletakkan kereta di Wisma Sejarah yang terletak bersebelahan tadi Ku'a asalnya mahu terus sahaja memasuki bangunan bersebelahan. Namun bila melihat ada pameran di ruang legar bangunan dia terus teruja ingin menjeguk. Dan setelah puas dengan aktiviti meninjau dan membelek langkahnya diarah memasuki bangunan tersebut. Tangga segera dipanjat. Ku'a ingin ke tingkat satu. Mahu duduk sambil membaca di situ. Mahu melupakan seketika masalah di pejabat. Masalah di rumah. Dia mahu menikmati cuti hujung minggu dengan beristirehat di sini sambil diulit timbunan buku-buku.

Itu minatnya dari dulu. Minat yang sudah berakar umbi dalam jiwanya. 10 tahun dulu dia juga begitu malahan minatnya pada dunia yang satu ini langsung tidak pernah luak. Ia makin mekar dan terus mekar selari dengan peningkatan usianya. Walau dihambat dengan tugasan yang mengejar deadlines saban masa di pejabat, diburu puluhan proposal tiap bulan, disogokkan dengan perihal meeting yang tidak tentu masa, dia masih memperuntukkan masa untuk minatnya yang satu itu. Dia tahu dia yang mengawal masa. Bukan sebaliknya. Maka dia tidak harus ada masalah untuk itu.

Ku'a melangkah ke arah rak bernombor N8890. Dia sudah maklum dengan kategori rak-rak disitu. Sudah kerap dia ke mari menghabiskan masa yang terluang. Dia meneliti tiap buku yang disusun berbaris di situ. Kepalanya yang kemas ditutupi tudung kosong berwarna senada dengan baju kurungnya tadi didongakkan keatas. Mahu melihat buku-buku yang diletakkan dibaris paling atas. Jarinya pantas membaca judul yang tertera. Kemudian jarinya itu berpindah setingkat ke bawah. Matanya terus meneliti barisan buku-buku disitu. Dia menarik sebuah keluar dari barisan. Dia tersenyum. Antologi Suatu Subuh Yang Bening itu dipegang erat lalu kaki melangkah ke meja yang terletak disudut paling hujung. Dia sukakan suasana di situ. Tenteram. Damai. Jauh dari kelompok para pengunjung yang lain.

Ku'a menyelak mencari cerita pertama dalam naskhah yang sedikit usang itu. Dia melihat nama penulisnya; Abdullah Hussain. Baboon. Matanya dan jiwa terus tenggelam dengan riwayat yang dipenakan mantan sasterawan negara itu. Sesekali tersuing senyum dibibir mungil saat mata singgah pada babak lucu. Lucu yang bukan slaptik. Bukan juga plastik. Lucu yang spontan. Hidup sekali satiranya. Saat dia mahu berpindah ke kisah berikutnya, bunyi di telefon bimbitnya berlagu merdu. Nasib baik dia sudah menurunkan darjah volumenya sewaktu didalam kereta tadi, kalau tak...nahas!.

Ku'a menoleh sebentar pada skrin di telefon bimbitnya. Matanya sudah bersinar. Bibir digumam menahan tawa yang mungkin akan tercetus.


Ku'a...hang tido' sorang sorang ek malam ni, aku berkhemah kat rumah Aida ngan Suzi tau malam ni...wei, ada gossip terhangat dan pasti sangat malatopp tau, hikhik...nanti balik aku war-warkan pada hang lak, mesti hang tak percaya..sungguhlah sensasi cerita yang baru ku dengar dari mangkuk berdua tu...ok, chow beb. Jangan lupa kunci pintu masa nak tido'nanti...hang tu kan penakut tahap 10 tingkat..aslkm.

Azad azad...ada ada aje dia!..

Bibir Ku'a terpamer senyum seusai membaca teks di skrin telefon bimbitnya itu. Kepalanya digeleng-gelengkan seketika tika mengenangkan teman serumahnya yang satu itu. Ya, satu-satu teman serumahnya. Teman yang terus setia menemani sejak dulu. Sejak mereka sama-sama di universiti hinggalah kini. Sudah hampir sedekad mereka berdua sebumbung. Dia menekan aksara-aksara pada telefon bimbit. Mahu membalas pesanan teman serumahnya itu.

yelah, selamat bergossip ngan 2 budak kembar tak seiras tu...sakan bergossip tu nanti jangan sampai tak balik rumah pulak...hang tu memang rajin part buat tangga kat rumah orang, bukan aku x kenai hang tu...wkumsalam


Ku'a menutup telefon lalu diletakkan diatas meja dihadapannya. Bacaan yang terganggu tadi diteruskan. Muka surat terus diselak. Matanya terhenti pada tajuk Pusaran tulisan S. Othman Kelantan.Sedang dia ralit penuh khusyuk melayan naskhah yang terbentang diatas meja, terdengar ketukan kecil dari arah atas meja tempat dia sedang duduk. Kepalanya yang asyik menunduk sejak tadi didongakkan ke atas. Bibirnya menguntum senyuman manis. Namun hatinya mula berdetik.

Siapa pulak dia ni?...aku kenai ka?

"Psst...ni Kak Ku'a kan?...ni Zam. Junior akak kat Jitra. Akak BBA kan? duduk G18? geng geng kak Azad, kak Shida, Kak Mie, Kak Shima kan?..."

Bertalu-talu soalan dari si pemilik mata galak yang sedang berdiri dihadapannya itu membuatkan Ku'a bagai tergamam seketika. Dia memandang sekeliling. Khuatir ada yang terganggu dengan butiran yang keluar dari mulut si gadis manis dihadapannya itu.

Ku'a cuba sedaya upaya tersenyum walau dia mindanya saat itu berhempas pulas cuba mengingati siapakah gerangan gadis itu. Rasanya dia tidak pernah rapat dengan mana-mana junior dahulu. Dia bukanlah jenis yang hu ha hu ha macam Azad dan Shida yang sangat keletah lagi lincah.

Aduh...otaknya bagai enggan berkerjasama untuk mencari jawapan pada persoalan yang kian menyucuk peti simpanan memorinya.

Dia menutup bukunya lalu memberi isyarat pada gadis manis itu untuk turun ke bawah. Ku'a mahu mengajak dia ke kantin. Mungkin disana mereka boleh bercerita panjang. Mengorek sejarah manis waktu di sana. Mungkin sesudah perut diisi, otaknya akan mahu bekerjasama.

Langkah mereka berdua beriiringan ke arah kantin. Ku'a mengarahkan si gadis tadi duduk dahulu. Langkah di hala ke arah kaunter lalu pesanan diberikan. Setelah membayar, Ku'a menatang dulang berisi milo ais dan jus orange berserta 2 pinggan mee goreng yang masih panas ke meja yang sedang diduduki gadis tadi. Ku'a meletakkan gelas berisi milo ais dan piring berisi mee goreng dihadapan gadis itu.

"Maaf lah kalau akak tak cam adik tadi...tapi akak kurang pasti macammana ye adik kenal akak. Kata tadi belajar kat Jitra kan. Akak ni bukan jenis campur sangat dengan orang masa di kampus dulu...lagi lagi adik junior. Jadi susahlah nak cam orang. Akak bukanlah sombong..tapi akak ni pendiam sikit, lagi lagi kalau orang yang akak tak kenai." Ku'a tergelak mengenangkan sikapnya yang satu itu.

Ya, dia harus akui dia memang pendiam. Dia hanya akan mesra dengan mereka mereka yang benar-benar dia kenal sahaja. Sedari kecil dia memang begitu. Mungkin sebab itu dia tidak punya ramai kawan. Apatah lagi kawan akrab. Hanya 2 orang itulah sahaja. Sejak dulu hingga kini. Hanya Azad dan Shida. Tapi..kini hanya tinggal Azad. Shida sudah berhijrah ke Bahrain bekerja di sana. Kemudian berkahwin pula dengan tok arab berserban lilit yang berasal dari sana. Maka kekallah temannya yang satu itu bermastautin di sana. Sudah beranak dua pun dia. Bahagia dengan kehidupannya disana. Alhamdulillah. Tinggal dia dan Azad yang masih dengan status ciknya. Tidak tahulah bila status mereka berdua bakal dinaiktarafkan. Masa yang bisa menentukan. Mungkinkah begitu?.

Gadis dihadapannya tersenyum pada Ku'a. Senyuman yang cukup manis. Wajah bujur sirih dengan rambut beralun paras bahu itu cukup menawan.

"Akak mungkin tak kenal saya masa di sana dulu...yelah kita beza...masa saya buat matrikulasi saya dah kenal akak dan saya sangat minat dengan akak. Akak dulukan aktif masuk deklamasi puisi. 4 tahun berturut-turut akak menang sayembara puisi kat kampus kan. Juara yang tak pernah tewas tu. Akak juga mungkin tak sedar dalam diam akak tu akak punya ramai peminat tau. Sangat ramai. Salah seorang nya saya la....dan seorang lagi ni pun sama. Lagi hebat. Minat sangat sangat dengan akak. Sampai sekarang pun dia masih ingat akak. "

Dahi Ku'a sedikit berkerut.

seorang lagi ni pun sama.

sorang lagi tu sapa pulak?

Bagai mengerti apa yang sedang bersarang di benak Ku'a saat ini, gadis di hadapannya itu meneruskan bicaranya.

" Kak Ku'a mesti nak tahu sapa kan?..." Dia sudah menguntum senyum kecil. Ku'a turut tersenyum.

"Kenal Zaid?...Zaid Huhanni Bukhari...mesti akak masih ingat sapa dia kan?."
Siapa yang tak tak kenal Zaid Huhanni...

Ku'a cuba menormalkan wajahnya di hadapan gadis itu. Sedaya upaya dia cuba memastikan tiada riak terkejut terpancar. Janganlah dia nampak!

"Dia tu abang saya. Peminat nombor satu kak Ku'a. Rasanya sampai sekarang pun dia masih begitu."

Dan air liurnya bagai tersekat di lohong kerongkongnya saat mendengar kenyataan itu.

Zaid Huhanni!

3 comments:

ashida said...

ish....ke bahrain tuuu....

kucc_aprilsnow said...

shida-ok pa, buat aku letak hang kat Sirre Lione ka, Haiti ka..ha mau naya beb, hahahah

cactaceous opuntia said...

menarikcte ni rupenye..huu..bru ade kesempatan bce..zaid hunnani...mst ku'a pn minat die gk kn..xsbr nk bce smpi hbes..huu

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...