Thursday, September 24, 2009

Rindu Semalam - Bab 17

Bab 17

Duit baki yang dipulangkan oleh si pegawai khidmat pelanggan segera diambil dan dimasukkan kedalam beg kecil yang dikhaskan untuk duit syiling. Beg itu kemudiannya dicampakkan kedalam beg tangan berwarna hitam sambil Duhaila melangkah pantas menuju ke anak tangga untuk ke platform. Dia melihat sekeliling, memandang kalau-kalau ada wajah yang dikenali boleh juga jadi teman berbual...tapi tiada...semuanya wajah yang cukup asing baginya. Wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada empat orang lelaki sedang duduk di bangku yang tersedia sambil berbual-bual,pada fikirannya mereka pasti saling mengenali...tapi mungkin juga tidak...mana tau, mungkin mereka baru sahaja berkenalan di situ...berkenalan di platform ERL...bunyinya macam lucu pulak....Duhaila tersenyum sendiri. Dia berdiri sambil melihat jam ditangan.

hmmm...lagi lima minit keretapi akan sampai, rasa lambat la pulak jam ni bergerak!

Duhaila membelek tiket ditangan. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Jika tidak kerana kecuaiannya tidak mungkin dia tersangkut di sini dan harus pulang dengan menaiki ERL. Sepatutnya dia memeriksa keretanya pagi tadi tapi kelewatannya kerana sudah kesiangan menyebabkan semuanya jadi serba tak kena hari ini. Keretanya kehabisan minyak. Maka terpaksalah dia menaiki teksi ke hospital.

Dalam kelewatan tiba di hospital dan terkocoh-kocoh pula ke wad pesakit untuk sesi lawatan pagi dan menyudahkan tugasan sesi pagi, dia diuji lagi. Dia dimarahi doktor Taufik kerana tertinggal laporan bulanan yang sepatutnya dibawa hari ini untuk mesyuarat bulanan. Dia tahu itu kesalahannya...tahu itu kecuaiannya... memang itu salahnya dan dia wajar dihukum. Duhaila maklum itu...tapi tindakan doktor Taufik memarahinya di depan para petugas ketika di wad cukup melukakan hatinya...dia cukup terasa hati. Kalau nak marahpun...panggil sahaja dia masuk ke dalam bilik...marahlah, makilah...jeritlah...jeritlah sampai terkeluar anak tekakpun tak mengapa dia akan diam, dia faham...tapi, mengapa harus diaibkan dirinya yang masih baru ini didepan rakan-rakan sekerja yang lain...dia juga punya maruah diri. Dia tahu rasa malu..rasa segan.

Bunyi dari telefon bimbit menggamit tangannya untuk menyelok ke dalam tas tangan yang sedang tersangkut di bahu kanan. Dia menoleh melihat nama yang terpapar di skrin. Dibiarkan sahaja telefon terus berlagu. Senyap. Kembali berlagu semula. Dibiarkan sahaja. Berlagu lagi. Dibiarkan juga. Akhirnya senyap. Lalu bunyi lain pula berdendang di telinga menandakan ada pesanan ringkas yang masuk pula. Dia menekan untuk melihat apa yang terpapar di skrin.

Duha, awak kat mana ni?...saya tahu awak marah...sangat marah barangkali...maafkan saya!...saya tahu saya salah...tolonglah maafkan saya Duha!...jangan buat saya macam ni...saya rasa bersalah sangat pada awak...tolonglah!

Dia tidak rasa mahu membalas apa-apa. Biarkan dia rasa!

Dia sungguh sedih dengan perlakuan doktor Taufik pagi tadi. Dan kerana rasa itu masih utuh menghuni di hatinya dia mengelak dari bertemu dan bertembung dengan Taufik. Dia dapat melihat tadi Taufik cuba mengejarnya tatkala dia menuruni anak tangga untuk keluar ke pintu utama. Dia mempercepatkan ayunan langkah. Dia mendengar suaranya dilaungkan...sengaja dipekakkan telinga..aahh lantaklah, biarkan dia rasa!. Pantas dia membuka pintu teksi yang kebetulan ada disitu...dia tidak menoleh kebelakang walau dia pasti....amat pasti Taufik sedang mengejarnya. Biarkan dia rasa, jangan seenaknya bercakap!

Bunyi keretapi yang datang mematikan lamunan. Langkah diatur kedepan dan saat pintu dibuka, Duhaila segera meloloskan dirinya kedalam. Dia mengambil tempat lalu melabuhkan duduknya.

kau marah?..atau kau sebenarnya kecil hati? ...faham...tapi kenapa sampai bertindak begini, melarikan diri macam ni...janganlah macam budak-budak Duha!...maafkan dia...dia kan manusia juga..tak baik kau buat macam ni Duha...

Duhaila melihat di cermin keretapi...ada dirinya disana...sedang memandang sambil tersenyum...benarkah dia bertindak kebudak-budakkan?..sungguhkah dia sememangnya sedang melarikan diri?...Duhaila terus merenung diri dicermin keretapi yang terus meluncur laju.

"Yang kau pun satu mangkuk...kalau ye pun nak marah yang kau pergi marah dan jerit dia depan staf-staff lain tu kenapa Fik?, malulah dia..seganlah dia...apalah kau lembab bab-bab ni. Patut kau tanya dulu sebab musababnya...ni tak, kau main serang jer..." Wan Azlan tenung wajah serabut Taufik yang sedang berdiri dihadapannya saat itu. Sejak petang tadi wajah teman baiknya itu tidak seperti biasa. Muram. Kusam. Serabut sungguh!

Taufik mengangkat pandangan mata merenung Wan Azlan. Tangan kanannya digosokkan pada tengkuk. Dia berjalan-jalan tanpa arah didalam ruang bilik doktor Wan Azlan yang agak terhad itu. Wan Azlan menggeleng-gelengkan kepala. Rasa ingin ketawa juga melihat telatah temannya yang satu itu. Tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini. Dia bukan baru kenal dengan Taufik. Tapi kenapa pula dengan doktor muda bernama Duhaila itu dia boleh jadi tak tentu hala begini. Bagaikan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh temannya itu dari pengetahuannya.

"Aku tahu la aku yang salah Wan...aku tak tahu dia ada masalah pagi tadi, dan laporan tu rupa-rupa sudah dia masukkan dalam kereta. Dia tak cakap apa-apapun untuk bela diri, aku dapat tahu pun dari Ziha waktu lunch tadi...aduh, aku memanglah partner yang tak perihatin..." Taufik menarik kerusi dihadapan Wan Azlan lalu melabuhkan duduknya. " tapi aku tak tahu nak minta maaf macam mana kat dia...tadi aku cuba kejar dia, panggil dia...dia terus blah naik teksi, langsung tak toleh, aku tau dia dengar aku panggil dia...dah tu semua call aku dia tak angkat, sms aku dia tak balaspun...sampai sekarang Wan...she just silence herself...aku tak tahu nak buat macam mana lagi." Taufik menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"kau bagi dia cool dulu Fik...jangan ganggu dia...esok tu oklah, ala perempuan memang macam tu kan...kejap jer dia merajuk tu..." Wan Azlan menepuk bahu teman dihadapanya itu. Cuba menenangkan perasaan Taufik yang agak terganggu dengan insiden dirinya dan doktor Duhaila pagi tadi. Macam-macam hal kau ni Fik!, getus hati kecil Wan Azlan.

"buatnya dia tak sejuk gak esok, naya aku Wan...dia dah la partner aku...satu-satunya partner aku yang paling cekap...susah nak jumpa partner macam dia Wan." Taufik melontar pandangan pada Wan Azlan yang sudah tersenyum-senyum.

"Wei, aku cakap serius kau boleh senyum lagi...teruk la kau Wan, simpati lah sikit kat kawan baik kau ni.." Taufik menumbuk perlahan bahu Wan Azlan.

Senyum di bibir Wan Azlan terus berbunga...

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...