Tuesday, September 15, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 2

Bab 2

Mata bundarnya yang sedikit cembung itu mencerlung mencari kelibat seseorang. Mata makin mengecil memandang ke arah orangramai yang lalu lalang di hadapan. Dia menyandar pada tembok di tepi kedai menjual barang kraf orang asli di situ. Kepalanya dianggukkan pada tuan kedai yang menoleh padanya. Senyum mereka bertukar.

issh, mana dia ni...kata kul 2, penat jer aku meredah panas matahari...

Penat berdiri dia bergerak sedikit ke penjuru kanan lalu melabuhkan punggung pada bangku kayu yang tidak jauh dari situ. Tangannya dikipas-kipaskan ke arah muka cuba mengurangkan haba kesan dari bahang matahari yang masih terasa di wajahnya yang putih bersih itu.

"haa...sat sat, jangan sembuq aku dulu..." Azad sudah terlebih dahulu mengangkat tangan sambil tersengih padanya.

"aku memang dah nak keluaq awai tadi Ku'a..." Azad pandang Ku'a. melihat kalau-kalau rakannya itu ada riak marah. Selamat!, desir hati kecilnya. Dia lihat wajah Ku'a tenang-tenang sahaja.

Dia menyambung penjelasan.

"Tapi boss aku tu Ku'a...alahai leceh betui la...bila dia nampak ja aku mula nak melangkah dia dah jerit nama aku dari dalam bilik dia..." Azad mengambil tempat disebelah Ku'a. Ku'a mengengsot sedikit badannya melapangkan ruang disebelah.

"hang marah ka Ku'a?...senyap ja ni..." Azad menoleh sedikit memandang wajah Ku'a. Ku'a menggeleng-menggelengkan kepala.

"ala hang tu..." Azad pandang lagi muka Ku'a. "bukan aku tak kenai...marah ka, suka ka, sedih ka...mana nak tunjuk...pendam ja...muka hang tu sepesen ja untuk semua jenis cuaca dan keadaan...dari dulu lagi...la ni pun sama la jugak.."

Ku'a senyum pada Azad.

"dak eh...hang dah beritahu kan sebab apa hang lewat...ok la tu...eh tapi cite hang tak habis...pasai apa boss hang panggil?" Azad mencebik saat mendengar soalan Ku'a.

"mamat tu memang saja dengki kat aku...ni.." Azad menunjukkan sebuah fail yang penuh dengan penanda-penanda kecil berwarna di hujungnya. "dia suruh aku semak hari jugak...pastu summarieskan pada dia...esok pagi-pagi buta kena submit...gila punya orang!..eei tensen betui aku...aku ni lama dah tak makan orang tau Ku'a....kang ada yang kena baham ngan aku ni nanti..."

Ku'a ketawa. Sungguh-sungguh dia ketawa dengan kata-kata marah yang terhambur dari mulut teman rapatnya itu. Entah kenapa dipendengarannya ia sangat lucu. Azad menepuk paha Ku'a. Sedikit kuat.

"aduh!...sakit la weii...tangan hang tu dah la dua kali ganda tangan aku..."

"sapa suruh gelakkan aku...patut hang simpati kat aku ni...ni, gelakkan aku lagi..gelak sakan tu...tak patut sungguh hang Ku'a..."

Ku'a sambung ketawa. Azad sudah menjegilkan biji matanya.

"ok ok..." Ku'a angkat tangan.

"sebelum hang makan aku jom kita pi cari bendaalah yang hang nak beli tu....aku rasa kat tingkat ataih ada kot, hari tu aku lalu kat sana..."

"jom jom..." Azad menarik tangan Ku'a. Langkah mereka berdua deras menaiki tangga ke tingkat satu.

"Ku'a hang tengok lukisan tu....macam macam familiar la.. "Ku'a menghalakan matanya pada arah yang ditunjukkan Azad. Matanya tercacap pada lukisan yang sedang tergantung di dinding Restoran Seri Pagi. Cantik. Unik. Tapi yang lebih penting...dia pernah melihat lukisan itu dulu..ya, suatu masa dahulu. Tapi di mana ye?...mindanya cuba dikocakkan. Cuba digali. Namun gagal.

Pelayan yang datang ke meja mendapatkan pesanan segera Azad sambar.

"adik adik...akak nak tanya sat..." Matanya dihalakan pada pemuda kurus dan berkulit hitam yang sedang tersenyum manis pada mereka.

"tanya apa kak?.."

" tu..lukisan yang tergantung kat dinding tu...yang sangat abstrak tu...beli kat mana dik?"

Pemuda itu menghalakan kepalanya pada lukisan yang dimaksudkan.

"ooh...tu kami tak beli kak. Tu koleksi lukisan yang boss kami lukis sendiri..."

Ku'a dan Azad saling memandang. Kagum.

"boss?...boss adik tu perempuan ka lelaki? tua ka muda?..." Azad terus mengajukan soalan. Ku'a sudah tersenyum sambil menundukkan muka. Malu sedikit pada adik pelayan dihadapan mereka yang juga sedang ketawa kecil melihat gelagat spontan gila Azad.

"boss kami lelaki la kak...muda...hensem tau..."

Azad pandang Ku'a. Azad angkat kening. Azad senyum senyum kecil.

Ku'a mencebik. Dibalingnya tuala yang berlipat cantik diatas pinggan dihadapan pada Azad.

Azad ketawa.

tak kuasa la nak layan hang ni azad!

"dah cepat order, sian adik ni dok berdiri layan kepala hang yang sentiasa terbit wayar tu..."

Azad mencebik pada Ku'a.

"hmm...ehh adik ni air janda pulang ni air macam tu...mak aai punya la pelik nama...akak first time dengar...sedap tak?"

Pelayan yang masih setia berdiri dihadapan mereka sudah tersenyum mendengar pertanyaan Azad.

"air tu..." belum sempat adik pelayan membuka mulut, Ku'a sudah memintas.

"adik...bawakkan 2 air yang tu dengan 2 nasi goreng daging merah dan tomyam campur ye..."

Azad pandang Ku'a.

"awat hang pi order?...hang tau ka air apa tu, main bantai ja order, buatnya air tu pelik tahap jingga tak buleh telan, nak buat lagu mana nanti?..haa, hang habiskan ya..aku tak mahu masuk hospital Ku'a..."

"memang la hang ni...takkan la depa nak juai air yang bukan-bukan. Nama tu sebab air tu tak silap aku asai dari Negeri Sembilan. Air kelapa mula yang ditambah gula sirap dan dibubuh selasih..tu jaa. Aku dah pernah minum...sedappp!, tapi kalau hang tak mau, baguih gak..biaq aku perabih semua...hang la melepaih nak rasa air janda pulang..." Ku'a melempar senyuman pada Azad seperti menelan air liur mendengar penjelasannya tadi.

"sedap Ku'a?...aku kensel la ayat aku tadi...aku nak rasa wei air tu...air janda pulang tu.."

padan muka...tadi kemain eksen ek!

"mana buleh..hang dah habaq suruh aku minum semua kan?...no way.."

"ala Ku'a...sorry la wei...break mulut aku kan selalu rosak..."

Dan suara pujukan Azad makin bertali arus berkumandang di Restoran Seri Pagi.

1 comment:

cactaceous opuntia said...

1st time dgr name air tu..heee..ade gak rupenye eh...kucc...perkataan yg part mata tercacap tu snanye tertancap ke tercacap...hee...nk tw je..mne tw sy yg xpnh dgr tercacap...^^

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...