Monday, September 28, 2009

Rindu Semalam - Bab 18

Bab 18

Kunci kereta dimasukkan ke dalam tas tangan yang sedikit ternganga lalu cepat-cepat dizipkan mulut tas tangan yang terbuka. Setelah berpuashati melihat keadaan keretanya disitu Duhaila mengatur langkah keluar dari kawasan letak kereta. Bibirnya mengukir senyum kala berpapasan dengan beberapa rakan dari jabatan yang berlainan yang juga menuju ke lobi lif. Semuanya punyai tujuan yang sama. Melapor diri. Memulakan tugas. Duhaila menoleh pada jam di pergelangan tangan kanannya. 7.45pagi. Kelihatan kelibat beberapa jururawat yang selesai menamatkan "night shift" sedang bergandingan keluar dari bangunan hospital. Ada yang melemparkan senyuman padanya sambil menganggukkan kepala. Semua dibalas Duhaila. Mesra.

Sementara menunggu lif, mata Duhaila menerawang ke kawasan lobi lif. Beberapa kedai cenderamata dan bunga yang baru dibuka sedang sibuk menyusun barangan jualan mereka. Dia memandang pada deretan bunga segar yang bersusun di dalam bekas plastik di kedai bunga EJ Florist. Berjenis -jenis bunga segar pelbagai rupa, warna dan saiz seolah-olah berbaris menanti giliran masing-masing untuk digubah. EJ aka Eliana Johan si tuan punya kedai yang comel dan ramah itu sedang ralit menyusun bunga menoleh padanya. Dia melambaikan tangan pada Duhaila. Duhaila turut melambai sambil bertukar senyum.

"Assalamualaikum...selamat pagi." suara garau begitu dekat pada cuping telinga sedikit menyentak perhatian Duhaila. Dia menoleh ke kanan. Pandangannya jatuh pada sesusuk tubuh tinggi sasa yang sedang berdiri disebelah. Haruman yang sungguh memikat dari tubuh itu begitu menyusuk rongga hidung Duhaila. Mata mereka beradu. Senyum manis terukir di bibir si pemberi salam. Duhaila membalas senyuman si dia di sebelah.

"Waalaikumsalam...morning doctor Taufik." Matanya dialihkan pada pintu lif. Tidak mahu terus berbalas renungan dengan jejaka di sebelah biarpun disedari si dia masih terus memandangnya tanpa sedikit pun kolam matanya berkalih. Duhaila sudah mula merasa tidak selesa diperlakukan begitu. Disekeliling orang ramai pulak tu, issh mamat ni!

cepatlah lif...apsal yang lambat sangat ni!

Saat pintu lif terbuka di tingkat 4 Duhaila segera melangkah keluar dari perut lif yang masih sarat dengan muatannya. fuhh!...lega. Tanpa menoleh, langkah pantasnya diayun ke hadapan sambil matanya menoleh pada jam yang terlilit di pergelangan tangan kanan. 8.00pagi..

issh..lambat dah ni, lif ni la punya pasal...cepat Duha, lambat dah cik kak!

"Duha...tunggu, Duhailaaa...!" Dia mendengar suara dibelakang. Langkahnya diperlahankan. Tidak sampai hati. Juga tidak mahu dianggap kurang ajar. Dia orang baru sedangkan si dia orang lama di situ dan merangkap penyelianya pula.


ye ye...orang dengar la, tak yah la kuat-kuatkan suara tu...ala mamat sekor ni!

"ye ,ada apa doktor Taufik?" Duha memberanikan diri memandang tepat ke wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Mata mereka saling memandang, saling merenung. Taufik dilihat Duhaila hanya memerhatikan dirinya. Tidak berkelip. Duhaila kerut dahi. Duhaila menggamit tangannya di hadapan wajah Taufik.

"Doktor Taufik, are you ok?...ada masalah ke?" Duhaila melihat wajah dihadapannya itu sedikit berubah.

erk...aku salah tanya ke ni?...

"Awak masih marahkan saya kan Duha?..saya tau." Suara yang sangat perlahan dengan intonasi yang cukup sayu saat singgah di kelopak telinganya. Duhaila diam.kedua-dua belah tangannya digenggam erat.Wajahnya di tundukkan sedikit.

"Duha...saya tau saya bersalah...bila awak diam, bila awak menjauhkan diri, bila awak menghindari diri dari bertemu, berjumpa...saya rasa lagi sangat sangat bersalah. Saya tahu saya sungguh melampau...sangat keterlaluan dan penuh emosi hari tu....macam orang yang hilang akal kan. Saya tau awak sungguh malu, dan saya yang pendek akal ini telah memalukan awak didepan semua staff awak...maafkan saya Duha....tolonglah maafkan saya." Duha masih diam. Langsung tidak berkutik.


" Duha...tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya tak boleh tumpukan perhatian pada kerja selagi awak tak maafkan saya.." Taufik memandang Duhaila yang sedikit menundukkan wajah.

" Katakan Duha apa yang harus saya buat agar awak boleh maafkan saya...katakan apa sahaja.."

Duhaila mengangkat pandangannya. Wajah mereka saling bertatapan. Mata saling berpandangan. Duhaila menghela nafasnya sedikit.

" saya dah maafkan doktor, takder apa yang perlu diperkatakan lagi, hal tu dah lepas...sudahlah ye, saya kena pergi dulu ke wad...saya dah lambat ni Doktor Taufik.."

"Duha...saya tau Duha tak maafkan saya sepenuhnya lagi..."

"maksud doktor?"

"kenapa perlu ada "doktor" dalam perbualan kita, hmmm?" Taufik melihat mata Duhaila yang bersinar. Dilihat bibir mungil tu tersenyum manis.

"saya dah maafkan awak Fik...puashati?" Senyuman saling bertaut antara mereka. Duhaila mula mengatur langkah meninggalkan Firdaus yang masih tercegat di situ.

"Duha..." Duhaila menoleh.

"i am sorry...so sorry...."

Duhaila menganggukkan kepala, tersenyum sambil mengangkat tangan pada Taufik.

Taufik membalas sambil mengenyitkan mata.

Duhaila membesarkan mata sambil menghalakan buku limanya pada Taufik.

Ketawa Taufik pecah disitu.

2 comments:

iyads said...

sweet la jowg berdua 2..
mesti de smthng goes on between them kn?
hehehehe..
pe2 pn cpt smbg eyh..thnx
chaiyok3x!!

miss nina said...

cerita ni sangat menarik
:) tak sabar nak tunggu n3 seterusnya

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...