Monday, September 7, 2009

Rindu Semalam - Bab 15

Bab 15

Duhaila sedang berjalan selepas keluar dari surau selepas menunaikan solat maghrib saat dia mendengar suara seakan saling bertingkah dia kaunter pesakit luar di wad pediatrik. Dia melihat beberapa orang jururawat sedang berkumpul dan ketua jururawat seperti sedang mengarahkan sesuatu. Hatinya bagai memberi isyarat yang tidak enak. Ada sesuatu telah berlaku. Pasti. Langkah dipercepatkan menghampiri kaunter.

"Assalamualaikum...ada apa yang berlaku yang saya perlu tahu?" Duhaila memandang kesemua wajah jururawat yang bertugas bersamanya pada malam ini. Dia melihat ada sesuatu yang berita yang terlukis di tiap wajah dihadapannya namun dia gagal menafsirkan makna lukisan itu.
Nazariah, ketua jururawat menghampiri Duhaila.

"Waalaikumsalam Doktor Duhaila. Saya baru dimaklum jururawat bertugas, pesakit di katil N7 tiada. Kami sudah mencari di merata tapi tiada juga. Saya dah menghubungi pihak pengawal keselamatan di aras bawah untuk memantau jikalau ada pesakit berkenaan turun di bawah tapi dimaklumkan oleh mereka tiada. Bagaimana doktor?" Nazariah memandang wajah doktor muda dihadapannya itu. Duhaila mengatup bibirnya seakan memikirkan sesuatu. Dia tahu pesakit yang dimaksudkan. Benjamin. Ya, Benjamin.

Benjamin anak Akhmal Hafiz!

"Selalukah dia menghilangkan diri begini?, maksud saya berjalan keluar dari wad seorang diri tanpa pengawasan sesiapa?"Duhaila melihat semua jururawat seakan berfikir.

"Rasanya tak pernah doktor...dia budak yang pendiam. Jarang bercakap apatah lagi bercakap dengan kanak-kanak lain. Dunia dia hanya pada buku komik aje. " salah seorang jururawat mencelah ditengah keheningan suasana antara mereka.

"Erk doktor Duhaila, saya baru teringat sesuatu...ada satu kali tu dia pernah keluar tanpa disedari sesiapa...tapi kemudian dia balik semula. Lebih kurang waktu waktu macam ni jugak la. Bila saya tanya pergi mana...dia kata jalan jalan padang rumput...bosan katanya lagi." Minda Duhaila sudah dapat mengagak sesuatu.

"Nazariah, arahkan beberapa jururawat cuba mencari sekali lagi di wad-wad bersebelahan ye. Saya cuba cari di satu tempat. Apa-apa hubungi telefon bimbit saya ok...awak ada nombor saya kan?."Nazariah dan jururawat yang lain menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan doktor muda itu. Masing-masing mula bergerak. Duhaila mengatur langkahnya ke arah pintu lif. Butang ditekan. Pintu lif terbuka dan Duhaila pantas meloloskan diri masuk ke dalam. Jari runcingnya pantas menekan butang G. Di dalam hati dia berdoa agar pesakit berkenaan di dalam keadaan selamat. Tanggungjawabnya memastikan semua pesakit dibawah jagaan sewaktu dia bertugas di dalam keadaan selamat.

Langkahnya diatur cepat menuju ke padang rumput di belakang bangunan hospital. Padang yang diterang cahaya neon tu riuh dengan suara para pemuda bermain bolasepak. Matanya tajam mencari sesuatu. Dia memusingkan kepala ke kiri dan kanan cuba mencari kelibat seseorang. Dan matanya menangkap sesuatu tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia tersenyum lalu mengorak langkahnya ke situ.

"Boleh doktor duduk disebelah Ben?" Duhaila memulakan bicara sambil menunduk memandang insan yang sedang bersila di atas rumput dihadapannya. Dia melihat si comel dihadapannya itu menganggukkan kepala. Matanya masih dihala ke arah padang rumput.

Senyap dan sunyi antara mereka. Tiada butir bicara. Hanya desiran nafas yang saling sahut menyahut.

"Ben dah makan?, kalau belum, doktor boleh belanja Ben makan. Doktor pun belum makan lagi. Laparlah. " Duhaila cuba memulakan bicara. Cuba memancing perhatian si comel. Dia melihat kanak-kanak disebelahnya itu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Masih enggan bersuara. Tangannya menguis-nguis rumput seakan cuba melontarkan sesuatu yang terpendam didalam hati.

"Ben tak mahu makan?...Ben kan kata nak cepat sembuh dan nak balik ke rumah. Kalau nak cepat sembuh Ben kenalah makan, dan makan kena ikut waktu...kalau tidak susah nanti. Doktorpun susah hati kalau Ben taknak makan. Nanti papa Ben pun susah hati sama. Ben budak baik kan?"

"Ben tentu tak sabar nak balik rumah kan. Dapat jumpa semua orang yang Ben sayang. Dapat Dapat jumpa kawan-kawan. Kalau macam tu jom kita pergi makan dulu dan kemudian kita balik ke bilik Ben. kesian semua kakak nurse kat sana cari Ben. Tentu diaorang semua risaukan Ben. Tak baikkan kita susahkan orang. Ben tahu tu kan?."

Duhaila melihat ada butiran jernih mengalir dari pipi putih merah gebu disebelahnya itu. Mata yang bergenang dengan air mata tu memandang wajahnya sayu.

"Doktor, kenapa orang mati?....kenapa mama Ben mati doktor?...Ben sayang mama...tapi mama dah mati...Ben rindu mama...rindu sangat kat mama!"

Dan bibir Duhaila bagai terjeda dengan soalan yang sungguh tidak diduga itu!

2 comments:

siti87 said...

hmmm... blehla duhaila jadi mak ben kan? hope so... cuma harap ayah ben dapat pujuk duhaila la lg... hehehehe...

kucc_aprilsnow said...

owhhh...tgk camner ek siti,hehehe

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...