Wednesday, May 27, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 23

Bab 23

Langkahnya di padang golf nan menghijau itu cuba diperlahankan. Aidil mahu menyaingi ayunan langkah longai si belahan jiwanya itu yang sedari semalam seakan sepi...seakan menyimpan sesuatu di dalam hatinya. Masih marahkah dia pada perancangan yang diatur ini. Perancangan yang diatur tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu?...tapi mahukah dia bersetuju jika Aidil memberitahunya terlebih dahulu...aahh tak mungkin!...Aidil cukup kenal dengan sikap si belahan jiwanya itu. Echa tidak gemar dengan kejutan, lebih-lebig lagi jika kejutan itu akan mengundang pertanyaan dari ahli keluarganya. Echa yang dikenali cukup menjaga hati ahli keluarganya.

"sayang...marah lagi ke?"

Tutur Aidil dengan nada yang cukup perlahan..seakan berbisik pada Echa. Wajah mulus yang berdiri diam sambil memandang ke tengah padang disebelahnya dipandang, Echa yang berkacamata hitam, bertopi biru dengan seluar panjang denim berona biru tua dan kemeja T berwarna putih gading cukup mempesonakan sekali di mata lelakinya. Pertanyaaan yang hanya dibalas dengan gelengan kepala oleh Echa itu cukup menyesakkan dadanya..tak boleh jadi ni!

"i'm sorry sayang....so sorry...kalau you nak i lari keliling padang ni pun i sanggup, tapi please talk to me sayang....please!"

Aidil masih cuba meraih perhatian Echa...masih mencuba menariknya untuk membuka bicara. Kebisuan Echa ternyata cukup menakutkannya. Aidil jadi hilang tumpuan pada pukulannya pada bola dan lubang yang disasarkan. Bola yang dipukul melantun jauh dari destinasinya. Dari sesi makan malam kelmarin, dia dapat melihat ketidakceriaan Echa. Echa sekadar cuba melayan mak longnya sebaik mungkin. Senyuman manisnya bagai tidak bermaya...tiada gelak ketawa juga gurauannya yang sentiasa menghiburkan diri Aidil. Adakah mungkin disebabkan perkara yang diberitahu mak long malam tadi mengganggu fikiran si belahan jiwanya itu...mungkinkah disebabkan itu?.

"sayang..janganlah diam macam ni...please talk to me..."

Wajah dihadapannya itu dilihat perlahan-lahan mengangkat pandangan matanya ke arah dirinya. Mata mereka saling bertentangan kini.


"are you and your mak long serious about what both of you said last night ?...Echa...Echa....Echa tak tahu Aidil...Echa tak boleh nak beri jawapan macam yang mak long mahukan tu...Echa tak bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku Aidil...Echa takut Aidil...and..and...Echa tak nak Aidil jadi anak derhaka disebabkan Echa...no matter how she is your mother Aidil...Echa pun taknak keluarga Echa susah hati lagi Aidil...Echa...Echa tak sanggup tengok mak sedih lagi.."

ooowwh...sebab ni rupa-rupanya. Echa...Echa. Aidil cuba mengukir senyuman pada wajah kebingungan dihadapannya itu.Kasihnya pada si belahan jiwanya itu makin utuh dirasakan...tidak mungkin digugat oleh sesiapapun...hanya Dia sahaja. Perlahan-lahan tangan kanan Echa diraih lalu digenggam erat. Aidil lihat mata Echa memandang padanya. Dia dapat merasakan Echa membalas genggamannya...erat!

"insyaallah...Mak Long lebih maklum...lebih arif dalam hal ni...dia tahu apa yang terbaik bagi penyelesaian masalah kita sayang...mak long mahu penyelesaian yang terbaik untuk kita berdua...about mama and Tengku Layla, you don't need to worry ok...Percayalah cakap Aidil mereka takkan berani ingkar arahan mak long...Aidil tahu...Aidil kenal mak long...di dalam keluarga kami tak ada siapa yang berani lawan cakap mak long...all of the family members respect her very much...and sayang, if that Layla ever ever try to do something bad...something stupid to you, let me know ok, jangan sembunyi apa-apa...Aidil taknak apa-apa yang tak elok berlaku kat sayang...ingat pesan Aidil ni...ingat sayang...you know how much l care about you!."

Aidil tahu Echa mengalirkan airmata...Aidil dapat lihat reaksi Echa yang memusingkan wajahnya ke arah lain lantas memasukkan helaian tisu dari celahan kacamata hitam yang dipakainya...hai, dulu punyalah brutal gila buah hatinya yang satu ini saat mula-mula dia melancarkan strategi memikatnya dahulu...rupanya disebalik dirinya kasar itu cengeng jugak dia ye!...Aidil ketawa kecil tanpa perasan perbuatannya itu sudah dapat ditangkap oleh mata Echa.

Eh..ketawakan kita la tu...nak kena Aidil ni tau..eeei!

"aduh!...apa ni sayang main cubit cubit pulak...sakit tau Aidil.."

Aidil menggosok-gosokkan tangan pada lengan kirinya yang dipulas Echa..Merah tu, ganas la Echa ni tau...!

"malas la nak teman orang tu main golf...kita sedih sedih , dia gelakkan kita pulak....menyampah betul la!...dah, kita nak balik...awak pegi main sorang sorang, tak pun ajak adik kedi tu jadi teman awak....tak kuasa kita nak teman awak, dah lah panas terik...."

Aidil sudah menghamburkan ketawanya dengan gelagat Echa sambil menggeleng-geleng kepala...aduh, merajuk pulak dia!...Aidil mengejar Echa yang sudah laju mengatur langkah ke hadapan meninggalkannya di belakang...lajunya dia, mentang-mentang langkah panjang!...

"sayang...tunggulah dulu...sayangg..."

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...