Thursday, September 24, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 1

Bab 1

Kata orang rasa bahagia itu letaknya dihati. Benarkah begitu?.

Bahagia. Ya, itu yang dirasakan saat ini. Mata dipejam seketika. Rasa yang ditiupkan hingga ke pangkal jiwanya begitu nikmat sekali. Rasa yang dihadirkan dalam tubuhnya yang kurus itu membuatkan dia sungguh bersemangat sekali pagi ini. Tidak seperti pagi -paginya sebelum ini. Tidak seperti hari-harinya sebelum ini. Pagi dan harinya sebelum ini sentiasa tidak ceria...sentiasa kelam. Penuh airmata...namun dia redha. Mungkin ada hikmah yang tersirat. Siapa tahu...yang tahu hanya Dia...hanya Dia yang maha mengetahui.

Jendela yang sedia terbuka dari sejak subuh tadi bagai menggamit langkahnya untuk menghampirinya. Perlahan-lahan telekung yang menyarungi tubuhnya ditanggalkan. Dilipat rapi lalu disangkut pada penyidai kayu di sebelah katil. Sejadahnya turut disangkut sama. Rambut panjangnya yang terurai perlahan diikat kemas lalu disimpul menjadi sepeti sanggul. Dia mencapai penyepit rambut di hujung meja lalu diselit pada rambut agar duduknya kejap. Tidak goyah. Perlahan dia bangun dari birai katil. Langkahnya diarah ke arah jendela yang sedang terbuka.

"izinkanlah Zita pergi papa. Izinkan Zita dan restuilah Zita papa. Doakan Zita...doakan semoga Zita menemui apa yang saya cari."

"papa izinkan. Moga Zita temui jawapannya di sana.."

Kicauan burung dari dahan pokok di hadapan jendela mengejutkan dia. Zita memandang pada kawanan burung yang seronok bertenggek di dahan pokok. Riang dengan kicauannya. Melihat pada kawanan burung yang sedang riang berdendang didahanan fikirannya kembali menerawang mengingati pada seseorang.

Ketukan berserta suara memanggil dari celahan pintu memaksa dia melupakan sejenak lamunannya.

"ye Mak Ton?..ada apa?..." wajah wanita separuh abad yang sedang berdiri sambil tersenyum dihadapan dipandang.

"maaf cik Zita. Ada orang nak jumpa di bawah."

"sapa Mak Ton?.Mak Ton kenal ke?"

"erk, maaf Cik Zita, Mak Ton tak kenal..tapi kata dia cik Zita yang suruh dia datang ke mari pagi ni. " wajah Mak Ton sudah berkerut. Zita menepuk kepala. Tersenyum. Mak Ton sedikit terkejut dengan perlakuan anak tunggal tuannya itu.

"ya Allah, saya lupa sungguh Mak Ton...takper tak per...Mak Ton suruh pakcik tu masuk dulu ye. Nanti Zita siap dulu...lepas tu kita sarapan sama-sama ye." Zita menepuk lembut bahu Mak Ton. Mak Ton mengangguk-anggukkan kepala. Langkah Mak Ton yang berbadan gempal dan sedikit rendah itu diatur perlahan-lahan menuruni anak tangga kayu untuk ke bawah. Zita memerhatikan langkah Mak Ton. Perlahan-lahan pintu biliknya ditutup.

"Assalamualaikum Pak Musa...Zita minta maaf buat pak musa tertunggu-tunggu." Lelaki lebih separuh abad dihadapannya hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. "takper Zita...pakcikpun baru jer sampai...punggung pun belum panas lagi duduk kat sofa lembut ni.." tangan Pak Musa menyapu-nyapu belakang seluarnya spontan. Zita ketawa dengan kata-kata lucu Pak Musa.

"jom Pak Musa kita sarapan dulu. Mak Ton tanak pulut dengan sambal tumis ikan bilis. Gelama masin pun ada sama..." Zita mempersilakan Pak Musa ke ruang tengah rumah.

"wah sedap tu..langkah kananlah pakcik pagi ni ye..." kedua-duanya bertukar senyum.

* * * * * * *

"kenapa Zita pilih duduk di kawasan kampung ni...yelah orang bandar macam Zita mungkin tak kan betah berlama-lama di kampung..." Pak Musa terus melangkah ke hadapan memasuki denai. Zita mengekori langkah Pak Musa. Mahu menyaingi langkah pantas orang tua separuh abad yang masih nampak gagah.

"maksud Pak Musa?" Zita menoleh memandang wajah Pak Musa.

"yelah...kampung ni apa yang ada Zita...takde yang istimewanya pun...takat hutan banat tu adalah...banyak pun haa." Pak Musa melibas-libas parangnya pada pokok-pokok paku pakis yang menghalang laluan di kiri kanan jalan.

"saya ke mari dengan tujuan Pak Musa..." Mata Zita memandang sayup ke arah pokok-pokok hutan yang berdiri tegap, merimbun dihadapan. Pak Musa memandang wajah gadis muda disebelahnya.

"tujuan?...maksud Zita?". Zita tersenyum memandang Pak Musa.

"mencari jawapan Pak Musa." Dahi Pak Musa sedikit berkerut.

"jawapan?..jawapan apa Zita?"

Zita melangkah ke hadapan sedikit. Tangannya didepakan kehadapan. Pak Musa hanya memerhatikan.

"sebuah jawapan yang bakal merubah hala tuju hidup saya Pak Musa."

Ya, jawapan yang sekian lama dinantikan...dan dia tidak putus berdoa, memohon pada-Nya agar dilohongkan hati dan dirinya pada pencarian itu.

1 comment:

Bie Hassan said...

permulaan yg baik...
best...
smbung ag tau

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...