Friday, November 1, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 9


Bab 9
"CIK AIDA BERNASIB BAIK ENCIK FAZWAN BAWA DIA ke sini cepat. Kalau tidak, kami tak tahu apa nasib dia. Cederanya sedikit parah namun dia selamat dan keadaannya sekarang tidak membimbangkan. Cik Aida jugak bernasib baik sebenarnya kerana tikaman dirusuknya tidak mengenai paru-paru yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Keadaan cik Aida stabil cuma dia masih lemah. Mungkin jugak dia sedikit terkejut dengan apa yang menimpa dirinya. Kita mungkin boleh mengandaikan dia diragut jika berdasarkan pada keadaan dirinya waktu ditemui encik Fazwan. Namun semuanya akan terjawab bila keterangannya diambil nanti oleh pihak polis. Kalau dia mampu mengecam suspek yang melakukan kecederaan terhdap dirinya ini, itu paling baik. Apa-apapun kita tunggu cik Aida sedar dulu. Encik Fazwan boleh jumpa cik Aida tapi jangan ganggu dia. Biarkan dia berehat. Kami akan pantau keadaan cik Aida dari masa ke semasa jadi encik Fazwan tak perlu bimbang." Bait-bait kata doktor yang merawat Aida yang ditemui diluar wad sebentar tadi terus meniti di layar minda. Berulang tayang. Fazwan hela nafas perlahan. Wajah yang sedang pulas beradu didepan direnung.Lama. Ada satu perasaan yang sedang mengetuk dinding hati saat ini kala kerdip mata singgah di wajah polos Aida yang lena dibuai nyenyak yang damai. Fazwan masih tunak memandang Aida yang masih terpejam rapat matanya. Hanya turun naik nafas yang tertampak di penglihatan Fazwan.
   Aida, i knew it's really hard...
   But please...
   Please be strong...
   Please be strong...for yourself...
   For me.
   For me, Aida.

   Liur rasa tersekat. Fazwan hela nafas untuk kesekian waktu. Sukar sekali diterjemahkan dengan kata-kata akan perasaannya waktu tubuh kurus yang terbaring lemah ini diangkat keluar dari dalam perut kereta lalu tubuh kurus ini pantas bertukar tangan. Kakitangan wad kecemasan pantas mengendalikan tubuh Aida yang basah dengan merah darah disebahagian anggotanya. Segalanya bergerak pantas. Ketika diri dirundung rasa cemas dan gusar yang bukan kepalang, mata hanya mampu menjadi pemerhati melihat tubuh Aida diusung masuk ke dewan pembedahan. Saat itu, hati jadi gundah yang tidak mampu mengucapkan alunnya. Jiwa berdesir dendang kecamuk yang bergema hebat di sanubari. Segalanya bercampur-baur. Duduknya diluar dewan bedah tadi penuh takzim bersama jalinan doa yang dipanjatkan moga Aida selamat. Hanya itu yang diminta. Hanya itu.
   Tangan kanan dibawa ke atas. Fazwan raup wajah. Lama. iPhone yang bergetar didalam genggaman tangan kiri membuatkan bebola mata yang tertutup kembali terbuka kelopaknya. Nombor yang tertera membuatkan dahi sedikit berkerut. Perlahan-lahan tubuh diangkat dari lantai kerusi yang memayungi duduknya sejak sekian waktu tadi. Dibawa langkah menuju ke pintu. Perlahan dan penuh berhati-hati dipulas tombol pintu. Kepala menoleh kembali ke arah tubuh yang terbaring jeda di katil. Masih seperti tadi. Perlahan-lahan diloloskan tubuh keluar daripada wad kelas satu yang menempatkan Aida.
  "Hello.." Salam yang dilontar suara perempuan ditalian sana dibalas penuh sopan.
  "Ini encik Fazwan ke?" Suara itu bertanya. Dalam kehairanan dan penuh tanda tanya tentang gerangan perempuan yang menaliponnya ini dan dari mana pula perempuan ini memperolehi nombor telefon tangan dan mengenalinya, Fazwan masih mampu menenangkan diri.
  "Ya, saya. Maaf. Boleh saya tahu cik ni siapa."
   "Saya...saya Fyza. Kawan serumah Aida." Fazwan angguk. 
Ooh, teman serumah Aida rupanya. Suara yang sedikit kelam kabut dengan bibit bimbang yang cukup jelas dipendengaran.
   "Saya rasa cik Fyza nak tahu tentang keadaan Aida. Am i right?"
   "Ya..ya, encik Fazwan. Macammana Aida? Dia...dia dah sedar ke? Teruk ke keadaan dia?" Soalan yang bertalu-talu Fazwan tahu benar niatnya. Pasti hati Fyza diamuk kerisauan yang bukan kepalang. " Puan Anne call saya tadi beritahu tentang apa yang terjadi pada Aida. Allah...saya terkejut sungguh. Kesian Aida. Saya ni memang hati nak balik sangat-snagat ke Kuala Lumpur nak tengok keadaan Aida tapi saya outstation di Melaka hari ini. Tak boleh nak balik selagi kerja ni tak siap. Saya cuba selesaikan secepatnya. Insya Allah esok rasanya saya boleh balik. Tolong ye encik Fazwan, tengokkan Aida bagi pihak saya hari ni. Saya minta tolong sangat-sangat. "Ada keluhan nafas gusar yang terdesir dan tertangkap di telinga Fazwan. Pasti gadis bernama Fyza itu terlalu bimbangkan keadaan Aida. Nada suaranya yang bernafas bimbang tidak sukar dikenaliMacam...macammana Aida sekarang?"
  "Alhamdulillah. Cik Fyza jangan bimbang,hmmmm. Aida selamat. Keadaan dia ok tapi dia belum sedar lagi. Cik Fyza jangan risau. Aida dah stabil. Dia cuma perlu berehat. Saya akan jaga dia hari ini dan pihak hospital juga akan memantau keadaan dia. Kita sama-sama doakan Aida cepat sedar dan cepat sembuh dari kecederaan."
  " Ya..ya. Kita sama doakan Aida cepat sedar dan cepat sembuh. Apapun lega saya dengar bila encik Fazwan cakap macam tu. Terima kasih encik Fazwan sudi tolong jagakan Aida hari ini. Esok saya balik saya akan jaga Aida pulak. Abang dia pun tak ada di Kuala Lumpur sekarang. Hantar barang tempat kerja dia ke Johor Bahru. Saya taknak susahkan abang Aida sebab memang dia dah amanahkan saya jaga Aida kalau dia tak ada di Kuala Lumpur."
  "Tak perlu bimbang cik Fyza. Macam saya cakap tadi Aida selamat. Dan saya rasa tak perlu susahkan abang Aida. Keadaan Aida dah ok."
  "Sekali lagi terima kasih encik Fazwan.  Hanya Allah sahaja yang dapat balas kebaikkan  encik Fazwan pada Aida."
  "Saya hanya membantu. Dan Allah dah pilih saya  untuk bantu Aida hari ini cik Fyza. Saya bersyukur kerana saya yang terpilih untuk berada di sisi Aida hari ini."  
 " Apapapun terima kasih sekali lagi encik Fazwan kerana menghulurkan bantuan yang tidak terbalas buat Aida hari ini. Saya jumpa encik Fazwan esok ye. Assalamualaikum." Salam dibalas bersama helaaan nafas penuh kelegaan. Kaki kembali diatur ke wad yang menempatkan Aida. Dua orang jururawat yang berpapasan ditegur dengan senyum dan tunduk hormat.
  "Mak..." sayup suara terdesir. Perlahan. Lemah. Mata yang terpejam bergerak-gerak. Bayang mak terlayar. Jelas. Nafas meniti laju.
   "Mak...beg...beg..."
   "Mak...beg Aida, mak." Kepala bergerak. Kiri dan kanan. Jari-jemari digenggam.
   "Mak...mak...." Dan serentak juga tombol pintu berputar daripada luar. Langkah Fazwan perlahan-lahan menapak mendekati katil. Penuh berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan Aida namun kelopak cupingnya cekap menangkap apa yang terluncur daripada bibir Aida waktu kakinya melangkah masuk. Aida dilihat seakan cuba menyampaikan sesuatu. Sebutan itu cukup jelas. Mungkinkah dia teringatkan insan yang disebut itu. Kerdip mata sedang melihat perlakuan yang terhidang didepan mata. Penuh berhati-hati tubuh kembali berlabuh pada kerusi yang berada disisi Aida. Wajah Aida yang berkerut dengan kepala yang bergerak ke kiri dan kanan menangkap perhatian Fazwan. Penuh berhati-hati tapak tangan didaratkan di lengan Aida yang berlapik selimut.
  "Aida..." Damai suara Fazwan dengan penuh kelembutan terdesir. Mata masih tidak berkalih kerdip dari memandang wajah yang terbaring didepannya. Tapak tangan masih berlabuh dilengan Aida.
  "Mak..."
  "Aida...Aida..." Fazwan kembali menyeru. Perlahan suara dialun.
  "Mak...mak...mak."
  Fazwan renung wajah Aida yang gelisah. Diusap perlahan lengan yang lengkap bersarung pakaian rona biru milik hospital. Diseru lagi.
 "Aida..Aida."
 Cuping yang terbentang sayup-sayup menangkap namanya diseru. Kelopak mata diorak perlahan-lahan. Terang lampu yang memancar membuatkan mata terpejam seketika sebelum kembali terbuka. Terbuka luas. Siling putih menangkap pandangan kala mata berbuka. Siling yang begitu asing dimata. Deru degup jantung berlagu gusar. Dahi berkerut. Kepala dikalih ke kanan. Mata menyapa seraut wajah yang cukup dikenali. Wajah yang duduk cukup rapat disisi. Bibir Aida bergerak-gerak mahu bertanya namun tiada kalam yang mampu dilontarkan. Ada rasa yang menyucuk. Dikemam bibir. Menahan rasa sakit yang menekan. Senyum di wajah yang berkaca mata itu membuatkan nafas keliru menghentak fikiran. Dimana dirinya berada? Di mana?
  "Fazwan..." Hanya itu yang terdaya ditutur.Lemah.
 Alhamdullillah. Ucap syukur bergema dihati Fazwan. Dua mata menjadi saksi apa yang terbentang didepannya saat ini. Dan kala namanya terluncur dari ulas delima yang indah itu bibir mengorak senyum penuh kesyukuran. Tapak tangan yang masih tunak berlabuh ditempatnya sejak tadi tanpa sedar mengelus lembut lengan Aida. Tindakan yang memberi tindakbalas. Bebola mata nan damai itu singgah diwajahnya. Saling memandang. Ada getar indah yang berdendang di jiwa. Berlagu damai dihati.
 "Fazwan...saya...saya...saya dimana?" Lambat-lambat dan satu-persatu kata pertanyaan terluncur. Mata tertancap ke wajah tampan yang damai menghulur tatap. Senyum itu masih indah menyapa pertanyaan yang dilontar.
 "Aida berehat, hmmmm. Jangan banyak bercakap. Aida masih lemah."
 Aida geleng kepala. Tangan Fazwan dicapai.Spontan. Mata mereka tidak berkerdip saling memandang.
  "Saya dimana, Fazwan? Saya dimana ni. Tolong beritahu saya apa yang dah berlaku pada saya."
  Fazwan telan nafas. Wajah penuh pengharapan Aida meniti di mata.
  "Aida jangan bimbang,hmmm. Aida dah selamat."
  Tangan Fazwan digoncang lemah.
  "Fazwan..." Seru yang terluncur dibibir Aida buat Fazwan gagal melarikan wajah. Sepasang mata penuh pengharapan itu bertembung dengan sepasang matanya yang tidak terdaya menolak. Dikemam bibir.
 "Aida di hospital sekarang."
  Liur tersekat kala cuping dihadiahkan jawapan itu. Hospital?
  "Saya..saya di hospital?"
  Fazwan angguk.
 " Kenapa saya disini? Kenapa...kenapa awak ada disini dengan saya? Apa yang dah terjadi pada saya, Fazwan?"
  Terasa ada elusan lembut dilengan. Bebola mata menghala ke arah wajah berkaca mata yang tenang berlabuh disisi. Mata mereka kembali bertembung. Senyum di bibir itu kembali meniti dan terlayar di mata. Aida tatap wajah didepannya tidak berkalih. Masih keliru dengan situasi yang sedang terhidang didepan matanya kala ini. Apa sebenarnya yang telah terjadi kepadanya hingga terbaring di katil hospital. Dahi dikerutkan dengan mata yang terpejam. Tapak tangan mengelus pelipis. Cuba sedaya-upaya mengingati kembali apa yang telah menimpa dirinya hari ini. Layar memori terputar. Langkahnya ke tadika terlayar. Dada berombak kencang. Motosikal yang menderu dari belakang menerjah putaran kenangan. Tangan laju menerpa ke rusuk kiri. Bibir diketap. Kuat. Rasa sakit menghentak deria rasa. Terasa lengannya dielus lagi. Mata memandang. Mereka saling bertatapan.
  Fazwan tenang menghela nafas untuk sekali lagi. Segala perlakuan Aida menjadi saksi sepasang matanya.
  "Saya jumpa Aida terbaring pengsan ditepi jalan...berlumuran darah." Dua pasang mata mereka kembali bertaut. Aida ketap bibir. Dan memori pagi tadi berputar kembali.

"Mereka tikam saya. Mereka tarik beg saya. Mereka rampas beg saya. Beg yang mak beli untuk saya bawa ke Kuala Lumpur. Untuk saya nampak elok ke tempat kerja. Untuk saya tidak menyandang beg yang sudah pudar...sudah nampak buruk." Aida ketap bibir. Segala yang berlaku pagi tadi kembali berulangtayang. Masih diingati jerit nyaringnya meminta tolong namun tiada yang muncul. "Sampai hati mereka rampas beg yang mak saya beli hasil upah menjahit langsir. Sampai hati mereka rampas keringat mak...penat lelah mak. Sampai hati mereka." Aida ketap bibir lagi. Masih terbayang jeritnya kala dia berusaha sehabis daya untuk menyelamatkan pemberian mak yang paling disayangi namun ternyata dayanya tidak mampu melawan sasa dua lelaki. Mata terasa hangat. Pantas dihala tapak tangan ke kolam mata."Maaf Fazwan. Saya...cuma sedih." Aida sapu lagi pelupuk mata. Dihela nafas perlahan. Beg tu walau tak seberapa harganya namun terlalu istimewa buat saya. Segala penat dan keringat mak saya terpahat padanya.Tiada gantinya."
  Fazwan angguk kepala. Tidak mahu gadis polos didepannya ini terus berbicara. Aida harus berehat. Itu yang dipesan kepadanya tadi oleh doktor yang merawat Aida. Nanti-nanti bila gadis ini sudah cukup bersedia untuk berbicara secara tenang, akan ditanya apa yang berlaku sebenarnya terhadap Aida pagi tadi.
 "Mereka ambil beg yang mak saya beli. Mereka jahat betul. Kejam. Sampai hati mereka ambil beg pemberian mak saya. Beg yang begitu berharga nilainya pada saya."
  Fazwan elus lembut lengan Aida lagi.
  "Aida jangan bercakap,hmmm. Aida kena berehat. Baru akan cepat sembuh. Jangan fikirkan dulu apa yang berlaku,hmmm. Aida kena redha atas apa yang berlaku. Tentu Allah sudah susunkan sesuatu yang lebih baik untuk Aida. Sabar,hmmm." Bibir Fazwan menghadiahkan segaris senyum penuh makna. Aida hanya memandangnya sayu. Fazwan sedar gadis ini sedang dihampar rasa sedih dek apa yang berlaku. Apa yang terucap tadi menjadi jawapan kenapa nama itu yang terluncur beberapa kali dari ulas delima Aida. Dan kehilangan barang yang sangat-sangat disayangi dan paling dihargai dalam hidup sesuatu yang amat menyedihkan. Tambah menyedihkan bila diri sendiri gagal mempertahankan barang yang paling disayangi itu setelah berusaha sehabis daya. Pasti sedihnya tidak tergambar. Fazwan tahu ada sesuatu yang perlu dilakukan.
   Aida hela nafas. Fazwan yang tenang menghulur senyum damai ditatap lagi untuk kesekian kali. Tatapan kali ini penuh makna.
  "Fazwan.."
  Senyum meniti. "Ya, Aida. Ada apa,hmmm."
  "Terima kasih."
   Aida kemam bibir. "Terima kasih sebab selamatkan saya. Terima kasih sebab bawa saya ke sini. Kalau..kalau awak tak ada tadi..."Aida jeda. Dihela nafas perlahan. Rasa menyucuk itu kembali menjengah. Dibawa tangan ke rusuk. Bibir dikemam dengan mata yang terpicing. Menahan. Suara melafaz rasa sakit itu terluncur spontan.
  Fazwan cemas. Tangan Aida dicapai. Digenggam. Mata hala ke mata Aida yang terpejam.
  "Aida?...Aida, ok? Saya panggilkan doktor ye. Aida tunggu sekejap." Tubuh diangkat dan serentak genggaman ditangannya berbalas. Mata Aida terbuka bersama gelengan kepala. Senyum segaris terukir diwajah manis Aida.
  "Jangan. Tak..tak perlu. Saya..saya,ok. Rasa sakit sikit je. Takper. Nanti kan saya sembuh jugak. Macam awak kata tadi. Saya kena berehat. Saya cuma nak ucap terima kasih pada awak kerana selamatkan saya. Kalau..kalau awak tak selamatkan saya...tak..tau tahu apa jadi pada saya." Aida ketap bibir. Nafas dihela perlahan. Sakit yang menyucuk menyapa lagi. Dipejam mata. Tangan Fazwan yang digenggam erat dipaut. Fazwan yang cekap melihat perlakuan Aida membalas erat genggaman Aida. 
  "Aida? Awak ok? Nak saya panggilkan doktor?" 
   Kepala Aida menggeleng."Saya ok."
   "Are you sure, dear?"
   Aida angguk. Senyum kecil sedaya-upaya dilontar.
  "Fazwan.."
  "Hmmmm.."
  "Moga Allah balas segala kebaikkan awak. "
   Senyum. Kepala diangguk.
  "Aida berehat,hmmm. Saya akan ada disini. Disisi Aida. Tak perlu risau. Saya dah hubungi puan Anne. Aida jangan bimbang,hmmm. Yang penting Aida kena cepat baik. Dapat cepat balik." Mata dijunam ke kolam mata Aida yang merenungnya.
  Aida geleng.
  "Tak payah sampai macam ni, Fazwan. Awak tentu ada kerja penting yang perlu diuruskan. Baliklah ke pejabat. Tak perlu risaukan saya. Kakitangan di wad ini pasti akan jaga saya sebaiknya. Terima kasih sebab dah maklumkan keadaan saya pada puan Anne. Saya boleh jaga diri saya disini. Awak tak perlu bimbang tentang saya, Fazwan." Fazwan senyum. Panggilannya kepada Rina tadi sudah dilakukan usai tubuh kurus Aida disorong ke bilik pembedahan. Apa yang dimaklumkan kepadanya mesyuarat bersama pelabur daripada Korea yang dikendalikan Razman dan Farid ternyata mendapat maklumbalas positif. Dan mesyuarat peringkat seterusnya akan dilakukan minggu hadapan untuk proses persetujuaan secara bertulis. Menurut Rina, Datuk Faisal mahukan Fazwan yang mengendalikan mesyuarat itu nanti kerana ia merupakan peringkat rundingan paling penting dan kritikal. Semuanya perlu terbaik demi meraih kepuasan pelabur Korea berkenaan.
   Fazwan tolak hujung jari pada kaca mata yang sedikit melorot dari paksinya. "Kerja saya hari dah disempurnakan dengan baik. Aida tak perlu bimbang,hmmm. Hari ini, saya akan ada disini...disisi Aida."
  "Fazwan..saya...saya rasa..awak...awak tak.." Aida geleng kepala. Fazwan pantas memintas dengan jari diletakkan dibibir Aida. Bibir Aida tersihir dari meneruskan kata-kata. Bebola mata terlontar ke wajah yang takzim damai disisinya. Wajah lelaki bernama Fazwan yang penuh pesona mengundang getar dihati Aida. Liur rasa tersangkut di celahan lohong kerongkong. Mata mereka terus berbicara.
  Fazwan capai tangan Aida. Digenggam penuh lembut. Erat. Bibir mengorak senyum. Wajah damai polos yang berbaring dan tidak berkerdip menjamah perlakuannya direnung penuh dalam. Penuh makna.
  "Aida berehat ok. Saya akan jaga Aida hari ini. Saya nak ada disisi Aida hari ini. Saya mahu ada dekat dengan Aida hari ini. Bolehkan Aida, hmmm." Lontaran sepasang mata Fazwan yang berlatar kaca mata begitu bening. Mata Aida terus menatap. Fazwan lontar senyum.
   Bibir Aida terjeda. Mata dipejamkan. Rapat. Ada getar yang mengetuk jendela hati.
   Fazwan ukir senyum.
   Sweet dream, my dear.

4 comments:

Anonymous said...

Dapat baca sambungan akhirnya.... Sehari berapa kali bukak blog nak tgk kalau2 ada entry baru. Thanks kak :) - syuhairah

kak ida said...

adakah perasaan yg sama terukir dihati gadis yg polos ini..dan adakah dia akan menerima cinta fazwan..yg di anggap tlh pun berkawen...waima dia tidak mengetahui yg fazwan ini masih lagi single and available...

Hafia Hana said...

mcm comell jeer...cepat la cnfess dkt aida

Unknown said...

Cepat cepat clearkan title Fazwan, so they can move to the next step, yeay..... Suka suka suka n ska karya karya cik writer jugak. Ngeeee....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...