Monday, November 4, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 10


Bab 10
FYZA GELENG KEPALA. NAFAS TURUN NAIK. GERAM SUNGGUH DENGAN alasan Aida. Tak habis-habis dengan handbag. Balik-balik sebab handbag. Handbag..handbag. Tau lah tu handbag hadiah daripada mak kau, Aida, tapi ni soal nyawa. Bukan perkara main-main. Handbag tu boleh dicari ganti. Boleh beli balik. Nyawa? Boleh ker dicari ganti kat mana-mana. Boleh ker dibeli balik nyawa yang dah hilang? Ada dijual ker kat mana-mana nyawa kau tu? Fyza lepas keluhan. Dalam sekali. Aida..Aida. Aku tau kau sayang pemberian mak kau tu, Aida. Aku tau..tapi ada masa kita kena tau apa yang penting. Kalau mak kau tau ni, mahu dia pun marah dengan apa yang dah kau buat. Mata Fyza menjunam ke wajah Aida yang sedikit pucat. 
    Aida ketap bibir. Mata yang terarah ke wajah garang Fyza yang masih tajam merenungnya. Fyza ni, issh. Orang sakit-sakit pun dia nak marah-marah tau! Tak sudah-sudah perangai garang dia tu. Daripada sekolah sampai dah pencen jadi budak sekolah pun mulut makcik-makcik dia tak pencen jugak. Nak marah orang jer keje dia!
    "Kau tau tak kau dah bahayakan diri sendiri? Dengar tak ni apa aku cakap?"
     "Ya..aku dengar." Aida jawab senafas. Jari-jemari diramas. Liur ditelan. Lambat-lambat. Telinga Aida macam dah rentung terbakar dek panasnya kata-kata amarah yang terluncur daripada bibir mungil teman serumah yang sedang duduk disisi Aida saat ini. Punggung dah rasa macam duduk atas bara api jer saat ni. Issh, takder ke orang nak melawat Aida pagi ni. Kurang-kurang boleh hentikan mulut gunung berapi cik Fyza kat sebelah Aida ni dari terus memuntahkan lahar. Tolonglah sesiapa datang selamatkan Aida daripada panahan peluru bebelan cik Fyza kat sebelah Aida ni.  Aida kemam bibir. Mata beralih ke riba. Kepala ligat berfikir. Doktor dengan jururawat pergi mana ni ek. Naper sorang pun tak masuk tengok dan periksa keadaan Aida nih. Semua macam tau-tau jer Aida akan kena bebel dengan Fyza pagi ni jadi semua pakat tak mahu masuk. Tak mahu telinga dorang sama rentung agaknya.  
     Nafas dilepaskan perlahan. Sepasang mata Fyza masih tidak berganjak daripada merenung wajah mulus disisinya. Bukan Fyza tak kesiankan Aida, namun Fyza geram dengan apa yang berlaku. Betullah cakap mak Aida waktu pesan kat Fyza dahulu masa nak bawak Aida ke Kuala Lumpur. Aida ni adakala sukar dijangka tindakannya. 
   " Nasib baik jer tikaman pisau peragut tu tak dalam dan tak kena paru-paru kau tu. Kalau tak, kau tau apa jadi kat kau?" Fyza kerling. Aida kembali jeda. Mulut dikunci. Tak kuasa nak berdebat dengan Fyza. Lagipun teman serumahnya ini kan dah dapat lesen daripada mak dan abang chik untuk jadi penjaga Aida, jadi telinga Aida ni kena redha jer menadah bebelan Fyza daripada tadi. Sejak masuk tadi sekejap sahajalah teman serumah merangkap teman akrab sejak di sekolah ni melempar wajah gusar dan bimbang sambil bertanya khabar tentang keadaan Aida. Selebihnya dia membebel sahaja pasal kejadian yang menimpa Aida sampaikan Aida tak ada selera dibuatnya mahu menikmati sarapan yang dihantar ke dalam biliknya yang mewah ini tadi walhal Aida tengok sarapan yang terhampar didalam tray kat depannya ini punyalah menyelerakan. Macam-macam pulak tuh. Siap ada pencuci mulut lagi. Bila Fyza bertanya samada Aida mahukan Fyza membelikan dia sarapan lain sebab Fyza tengok Aida tidak mahu makan sarapan pagi yang disediakan pihak hospital, Aida hanya menggeleng cakap tak payah sebab selera dia tak ada   Macammana nak makan, kalau pagi-pagi dah kena bebel. Selera pun boleh lari berbatu-batu tau Fyza kalau dengar bebelan macam nih. Geramnya Aida dengan Fyza ni laa! 
      

FAZWAN TABUR SENYUM MANIS SAAT mata tertancap ke arah susuk tubuh Rina yang melangkah masuk bersama kuntum ros merah jambu ditangan. Senyum manis dan lebar Rina yang melontar makna itu Fazwan hadam tenang. Tahu benar dengan sikap Rina yang suka mengusiknya daripada dahulu. Tunggulah sekejap lagi. Pasti ada kata-kata usikan yang akan melompat keluar dari mulut bertih jagung setiausahanya ini. 
    "Assalamualaikum. Morning boss. Cepatnya you sampai." Rina hala langkah ke meja Fazwan. Jambangan mawar merah jambu ditangan kanan bersama sebuah kotak kecil ditangan kiri  dipegang kemas. Jambangan ini dipesan tadi oleh lelaki dihadapannya ini. Katanya mahu dibawa ke hospital sebentar lagi. Mahu melawat kawan yang ditahan di wad semalam. Rina senyum dalam hati. Dia tahu cerita tentang hal semalam yang menyebabkan ketuanya ini berada di hospital sehingga lewat malam. Kata pemandu peribadi bossnya ini, Fazwan pulang lewat malam sebab menemani gadis yang merupakan guru di tadika Dian yang diselamatkan di tepi jalan akibat cedera ditikam. Kata abang Mat lagi, Fazwan tunggu sampaia gadis itu betul-betul sudah lena barulah dia melangkah keluar daripada wad. Hmmm..Rina dapat rasa, gadis ini tentunya sangat istimewa dihati Fazwan. Kalau tidak masakan sanggup dia mengenepikan mesyuarat paling penting pagi semalam bersama pelabur daripada Korea dan mengarahkan pengarah kewangan dan pengurus kanan kewangan untuk mengambilalih mesyuarat berkenaan lalu dirinya berada di hospital menemani gadis berkenaan hingga lewat malam. Mengenali Fazwan sejak bertahun , Rina cukup arif akan komitmen lelaki ini terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kalau dah sanggup mengenepikan urusan pejabat untuk urusan lain, sah sah urusan lain itu sanagt penting kan. Dan urusan lain yang terlibat dalam hal ni katanya seorang gadis muda yang sangat-sangat cantik. Hmmm...i smell something, FA.
     Fazwan senyum lagi. Salam dibalas damai. "Pagi, Rina. You breakfast dah? I belum lagi. Tak sempat kat rumah tadi. Nak cepat ke office. My beloved Dian nasib baik papa dia yang hantar hari ini. "
     Rina angguk. Tahu sangat akan akrabnya Fazwan dengan keluarga si comel Dian yang sudah bagaikan anak sendiri itu. Rina tahu benar kisah antara ketuanya ini dengan papa dan mama Dian. Jauh disudut hati, Rina sungguh-sungguh mengagumi sikap tulus Fazwan. Betapa bertuahnya gadis yang bakal menjadi suri lelaki didepannya ini. Sukar dicari lelaki yang mempunyai jiwa dan hati semurni dan seindah ketuanya ini. Nasib baik i dah kahwin, FA. Tidak mau i tackle you sampai dapat. Rina senyum dalam hati.
     "I dah makan dengan my hubby tadi kat rumah. You nak i belikan apa-apa ke?"
     "Sandwiches will be good. Thanks, Rina. You're always my angel. " Fazwan senyum kecil. Tangan menyeluk poket seluar. Montblanc hitam dikeluarkan. Sekeping note merah dihulurkan kepada Rina. Setiausahanya itu meminta Fazwan meletakkan note mreah berkenaan di atas meja. Siap berseloroh menyatakan tangannya kan hanya dua dan dua-dua sedang digunakan saat ini. Ker Fazwan mahu menyelitkan ke mulutnya note tersebut sebab kata Rina dia tahu Fazwan memang tak nak dia bercakap banyak pagi ni. Taknak bersoal jawab dengan Rina yang memang akan bertanya soalan kepadanya pagi ini tentang jambangan yang dipesan. Pecah ketawa Fazwan. Kepala menggeleng. Mata kembali meneliti dokumen yang terhampar didepan. Tangan menyelak satu-persatu muka surat sebelum pen yang takzim ditangan kanan menurunkan alir dakwatnya. Pantas tangan Fazwan menjatuhkan isi dakwat mata pen ke lantai dokumen yang terbentang didepannya. Ditutup lalu diletakkan ke dalam tray didepannya. Dicapai dokumen seterusnya yang terdampar didalam tray bersebelahan. 
     Rina letakkan jambangan mawar merah jambu di sudut kiri meja Fazwan yang kosong. Kotak putih yang dibawa bersama tadi turut diletakkan disebelah.
      "Ok FA. This is the bouquet that you asked me to get it ready this morning. Cantik kan?"
   Fazwan angkat wajah merenung jambangan mawar merah jambu yang dibawa masuk oleh Rina tadi. Senyum kembali menghiasi bibir. Berpadu dengan senyuman yang terbentang di bibir Rina yang tunak memandang ke arahnya.
   "Beautiful pink roses. Look sweet. Kenapa pink,hmmm." Hala mata kembali ke arah dokumen-dokumen lain yang perlu ditandatangani. Pantas sahaja mata meneliti dokumen yang tersedia didalam tray didepannya sejak dia melangkah masuk awal pagi tadi. Semestinya dokumen ini diletakkan oleh Rina semalam. Rina memang setiausaha yang sangat cekap. Sejak dari menjadi setiausaha kepada pengerusi mereka; Datuk Faisal reputasi Rina memang mengkagumkan. Itu antara faktor Rina ditukarkan menjadi setiausaha Fazwan menggantikan setiausahanya yang terdahulu yang berhenti kerana mengikut suami bertugas ke luar negara.
   Mata Rina tertancap ke wajah Fazwan yang khusyuk mengadap dokumen yang terbentang didepan. Senyum melebar mendengar soalan yang keluar daripada mulut ketuanya ini.
   "Well FA, for your info light pink roses are associated with gentleness and admiration. Macam situasi you sekarang. I suppose you're admiring someone. Am i right my super handsome boss?" Rina tatap wajah didepan yang menjala senyum kecil. Bingo! "Kata abang Mat, perempuan yang you hantar ke hospital semalam tu cantik orangnya. Hmmm...macammana i boleh missed cerita ni yer, FA?Siapa nama si dia tu? You nak sembunyi daripada i yer. Tak baiklah sembunyi-sembunyi cerita baik macam ni. I ni doakan you hari-hari tau supaya jumpa gadis yang sesuai, yang baik hati macam you. I ni nak sangat tengok boss i yang sangat-sangat handsome,  the most cool guy yet hot bachelor in town naik jenjang pelamin." Rina angkat kening. Sengih. Memang Rina biasa juga memanggil ketuannya ini dengan singkatan nama begitu. 
   Fazwan gumpal senyum. Kepala menggeleng. Rina...Rina. Pen ditangan dihamparkan ke lantai meja. Hujung jari telunjuk dihala  hidung. Dielus perlahan. Dua pasang mata saling bertemu. Rina yang masih belum usai tersenyum direnung. 
   "You ni kan Rina kalau tak usik i sehari mesti you rasa hari you tak sempurnakan. Am i right my sweet secretary?"
    "Ayat akhir tu betul. I memang sweet. Daripada dulu lagi. Datuk pun cakap i macam tu. Alah, usik boss sendiri not a harm kan. Lagipun i tau my handsome boss ni memang suka jer kalau i usik dia. Cuba kalau i tak usik you sehari, sure you missed that part in your daily routine. Right?" Rina tabur senyum lagi. Seronok kalau dapat mengusik lelaki didepannya ini. Pasti tersipu-sipu. Bukan Rina tidak maklum akan sikap Fazwan yang satu itu.
   "Yeah, you're always sweet...lagi-lagi bila mengusik i." Fazwan senyum lagi. Mata terus meniti ke wajah Rina didepan yang hanya melembar wajah bersahaja sambil melontar senyum.        
   Jemari runcing Rina terus membelek jambangan comel didepan. Jambangan yang dipesan lelaki hebat didepannya ini sewaktu Rina menerima panggilan telefon Fazwan awal pagi tadi. Siap minta maaf kerana sungguh dia terlupa mahu memesannya daripada Rina petang semalam. Rina tahu sangat kesibukan ketuanya ini. Lelaki berwajah tenang dan berperwatakan damai ini memang sibuk sentiasa.
   "Lagipun i pilih pink rose ni sebab sesuai dengan penerimanya. You know pink roses also can also be used as an expression of sympathy. You kan simpati dengan apa yang menimpa your girl tu.  So, i pilih bunga yang paling sesuai untuk maksud hati you yang satu tu. Right? And i bet you FA , that girl sure will feel appreciated and special. Hmmm..how nice kalau i boleh tengok expresi wajah dia bila terima this pink bouquet. Sure sweet senyum dia. Malu-malu. Kan? Jangan lupa tau cerita kan i nanti." Rina tadah muka selamba.
   Fazwan simpul senyum. Rina..Rina.
   "One more important fact about roses is that it's an allergy-free flowers. Roses are great because the pollen is inside the flower and not exposed, unlike a lily. And pink roses are just perfect for you mission, FA." Fazwan geleng kepala. Mata menghala ke arah kotak kecil berwarna putih yang terhampar disebelah jambangan ros merah jambu.
   "Kotak apa tu, Rina."
   Mata Rina laju dibawa ke arah objek yang disebut Fazwan.
   "Vase."
   "Vase?" Kening Fazwan berkerut. "Nak buat apa dengan vase tu?"
   "Yelah. Bunga ni nanti masukkanlah dalam pasu dan letak kat sisi dia. Baru nampak perfect. Nampak sweet. Takkan nak lambakkan aje atas meja that girl. Tak presentable la FA. You kenalah romantik. Bawak bunga then you masukkan dalam vase ni and letak kat sebelah dia. Sure that girl terharu tau. Silap-silap tak tidur malam dia mimpikan you."
   Ketawa kecil Fazwan terluncur. Rina..Rina. "Dah..dah. Quickly get me sandwiches, Rina. A black coffee too. I boleh kenyang nanti dengar teori cinta you yang macam-macam ni." 
   Rina lontar ketawa. Note merah diatas meja dicapai. Wajah Fazwan yang masih belum usai ketawa ditatap.
  "Nanti you pergi visit dia karang, kirim salam i tau. Cakap kat that girl, my secretary nak berkenalan dengan orang yang berjaya curi hati boss yang dia admire daripada dulu. Jangan lupa tau, FA. Bye." Rina kenyit mata sambil atur langkah menghala ke pintu. Fazwan yang memerhati hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mata dihala ke jambangan ros merah jambu didepan. Senyum dibibir kembali mekar. Seraut wajah yang ditinggalkan pulas beradu malam tadi terlayar dimata.

"Makanlah. Sikit pun takper. Janji makan, Aida."
Kepala Aida menggeleng. Sungguh dia hilang selera akibat bebelan Fyza tadi. Terbang semuanya. 
  Fyzaa geleng kepala. Cakap sikit dah merajuk. Manja tak sudah-sudah. Issh.
  "Aku tau lah kau tu merajuk dengan aku. Kan."
  Aida geleng kepala. Fyza cebik bibir dan serentak terdengar ketukan di pintu bersama suara menghulur salam. Fyza hala mata ke arah Aida. Cupingnya memang jelas menangkap suara lelaki yang memberi salam. Hati menyahut salam.
  "Siapa tu?" Aida balas salam perlahan. Bahu diangkat. Manalah dia tahu kalau orangnya berada disebalik pintu sana. Apalah Fyza ni.
   Fazwan pulas tombol kala telinga menangkap suara lembut Aida menjawab salam yang dihulur. Tubuh yang kemas berkemeja kelabu cair bersama nia bercorak abstrak rona yang sama perlahan melolos masuk.
   Fyza telan liur. Mata rasa tak sanggup nak kelip sebab terpegun tengok makhluk yang sedang berjalan menuju ke arah katil Aida. Mak datuk, siapalah pulak mamat handsome giler ni. Mata Fyza tertancap jambangan indah ditangan lelaki yang sedang tenang berjalan mendekati mereka. Siap bawak ros merah jambu lagi. Mata Fyza menyusuri lagi wajah lelaki berkaca mata yang sedang menghayun langkah mendekati katil Aida. 
   Aida hulur senyum. Fazwan turut melempar senyum. Aida mempersilakan Fazwan duduk dikerusi baldu merah yang diletakkan di kanannya. Fazwan angguk.
   "Aida macammana? Dah rasa ok?" Perlahan punggung mendarat di lantai kerusi baldu yang berada di kanan Aida. 
   Kepala Aida mengangguk. "Alhamdulillah. Rasa dah ok daripada semalam. Terima kasih bawakkan saya ke hospital, Fazwan." Bibir Fyza melopong. Ooo..nilah dia mamat yang aku call semalam tuh. Dia yang selamatkan Aida tu macam yang puan Anne beritahu. Mak datuk segak tak hinggat mamat nama Fazwan ni. Tapi.. Fyza gigit bibir. Kepala laju menerjah ingatan. Dia ni ker Fazwan yang Aida dengan abang chik dok bualkan hari tu. Dia ni ker laki orang yang abang chik dok bimbangkan sangat tu. Fyza masih tidak lepas tatap wajah yang duduk bertentangan dengannya. Memang patut pun abang chik risau tahap dewa. Handsome giler laki orang nih. Aduhai..Aida, Aida.
   Fazwan angguk. "Sakit lagi?"
   Kepala Aida menggeleng. "Dah kurang sangat."
  "Alhamdulillah. Ni.." Jambangan mawar merah jambu dihulurkan Fazwan ke tangan Aida. "Untuk Aida. Get well soon, hmmm. Ni pasunya sekali. Supaya this pink roses lama bertahan dan nampak cantik lagi." Bibir terus ukir senyum.  Aida sambut kedua-duanya sambil ucap terima kasih. Dua senyum bertaut. Fyza yang menjadi pemerhati adegan sebabak didepan mata melepaskan deheman kecil. Pantas bebola mata Aida menghala ke wajah Fyza disisi. Fyza angkat kening. Isyarat. 
   "Taknak kenalkan ke kat aku hero yang selamatkan kau semalam nih."
   Aida tayang senyum. Ada makna yang cukup manis mendengarkan kata-kata Fyza. Hero. Hmmm...dia memang hero aku semalam, Fyza.
  Aida hala mata ke arah Fazwan yang masih tersenyum.
  "Fazwan, kenalkan. Ni Fyza. Kawan serumah saya merangkap penjaga saya di Kuala Lumpur ni bagi pihak abang dan mak saya. Fyza.."Mata Aida kembali menghala ke arah Fyza di sebelah kiri. " Ini encik Fazwan Anuar. Kawan baru aku juga insan mulia yang selamatkan aku semalam." Aida kembali hala wajah ke arah Fazwan.  Kawan baru. Hmmm..i like that, Aida.
   Fazwan angguk. Salam dihulur. "Cik Fyza yang call saya semalam kan?"
    Fyza angguk." Ya, saya. Terima kasihlah sudi tolong budak manja ni semalam encik Fazwan." Aida cubit lengan Fyza. Cubitan balas Fyza hinggap pula ke lengan Aida. Aida ketap bibir sambil mata dibesarkan. Fazwan jala senyum lihat telatah kedua-duanya Kepala diangguk." Tak tahu saya apa akan jadi kalau bukan encik Fazwan yang jumpa dan bantu bawak Aida ke hospital semalam. Ni pun saya tak beritahu mak dan adik beradik dia yang lain. Aida taknak mereka risau." Fyza tatap kembali wajah mulus Aida. Teringat dia pagi tadi waktu sampai dan duduk disisi Aida. Pertanyaan pertama yang terluncur daripada bibir adalah bertanyakan Aida samada mahu Fyza menghubungi keluarga dan memberitahu apa yang berlaku. Laju sahaja si manis ini menggeleng kepala sambil memegang tangan Fyza. Tidak mahu menyusahkan mak dan ahli keluarga yang lain. Siap mintak Fzya berjanji agar jangan sesekali membuka cerita ini kepada mereka. Sungguh Aida tidak mahu maknya galau nanti kalau berita ini sampai ke pengetahuannya.
  Fazwan hala mata ke arah dulang berisi makanan didepan Aida. Nampak seperti tidak bersentuh.
  "Aida tak breakfast lagi? Kenapa tak makan,hmmm. Tak sedap?"
  Aida kemam bibir. Mata dihala ke riba.
   Fyza tepuk perlahan peha Aida. Kerling halus Aida terdesir di mata. "Merajuk kena bebel dengan saya tu tadi, encik Fazwan. Langsung terbang selera cik adik manis kita ni. Anak manja memang macam ni. Nak bersuap agaknya baru nak makan."
  Fazwan senyum. Tubuh yang duduk dikerusi ditegakkan. Ditolak ke tepi kerusi lalu didaratkan duduk di tepi tilam disisi Aida. Fyza hanya memerhati. Aida spontan mengengsotkan tubuh. Fazwan senyum. Piring berisi potongan buah oren dicapai. Diambil sepotong lalu dihala ke mulut Aida.
  "Makan dulu,hmmm. Aida kan nak cepat sembuh. Boleh cepat balik. Jadi kena makan ikut aturan waktu. Tak boleh tak makan. Kita mula dengan yang buah-buahan dulu. Sunnah Rasulullah ni. Come." Aida telan liur. Dua pasang mata saling bertatapan. Potongan oren yang berada ditangan Fazwan kini terhala rapat ke bibirnya. 
  "Come, Aida. Makan ok. Saya suapkan,hmmm." Fawzan kelip mata. Perlahan-lahan bibir mungil Aida terbuka. 
  Fyza yang takzim disisi kiri Aida sembunyi senyum. Bibir dikemam. Aduhai, Aida..manalah kau jumpa mamat giler handsome dan romantik tak hinggat nih. 

5 comments:

sweetstalker said...

mangai la :) truih cayaq aìh d'ptg2 yg hangat meregha ni :p

Unknown said...

Owhhhhh...... alahai cairrrrnyer, sweet FA....

jumelia said...

melting...so sweet

Anonymous said...

Cayaq dah chek....

miss nina said...

erk.... dahla handsome, super gentleman pulak tu.
isk..isk..FA ni, manis sangat :)

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...