Monday, July 2, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 14




Bab 14

"letak double cheese untuk ayam special budak dua orang tu bang Joe. Ja punyer nak double telur, jangan bagi yang kuning tu masak sangat ..daging double welldone letak tengah-tengah...macam biasa aar, bang. Taknak sos tomato taw..nanti lupa lagi macam hari tu. Potong mood jer nak layan burger terhebat zaman ni dek sos tomato tuh. Ja nak blackpepper sos banyak."  Teja senafas melontar pesanan sambil mata menoleh pada Thaqif yang diam berdiri disebelah. 

Lelaki yang Teja panggil bang Joe tu dilihat Thaqif menganggukkan kepala yang berbalut key biru gelap sambil tersenyum. Mata Thaqif dan lelaki itu berlaga seketika. Berbalas senyum. Beberapa keping daging sudah disusun diatas pan penggoreng. Dua biji telur turut dipecahkan kedalam acuan besi bulat yang diletakkan diatas pan penggoreng. Kedua-dua adik Teja yang dipanggil abang chik dan adik itu sudah mengambil tempat di kerusi plastik berwarna merah yang tersusun di belakang gerai burger ini. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang mungkin sebaya dengan kedua-dua turut sama duduk disitu. Pastinya sedang menunggu giliran pesanan masing-masing disiapkan. kesemua mereka rancak bersembang sambil ketawa. Ada seorang dua yang melontar pandangan kepadanya sambil menyimpul senyum malu. Ada yang selamba tersengih dan ketawa kala melihatnya sambil menoleh kembali pada Taufik dan Rafifah yang sedang rancak bercerita. Thaqif senyum. Pasti dirinya yang menjadi topik bualan kanak-kanak berkenaan. Lirikan mata dan senyuman yang dihulur tidak sukar dia faham maksudnya. Thaqif tidak kisah jika  dirinya dijadikan modal untuk ketawa. Rasa seronok menikmati situasi yang tidak pernah dilalui sepanjang hidup mengatasi segala rasa tidak enak yang lain. Buat pertama kali dalam hidup dia melalui pengalaman yang cukup indah malam ini. Pengalaman yang tidak mungkin akan dia lupakan. Sampai bila-bila.

"abang lebai handsome sebelah Ja tu tak nak burger sama ke? Ke abang lebai jadi tukang bayar jer. Kau, Ja...jangan nak paw anak teruna stok baik-baik macam nih. Abang goreng kau jadi burger nanti." Teja  kemam bibir menahan hamburan ketawa yang sedang meledak dalam dada. Ni bukan abang lebai laa, bang Joe...ni tok siak versi muda. Teja ketawa kuat dalam hati. Thaqif senyum. Langsung tidak terusik dengan kata-kata gurauan lelaki yang sedang lincah jari-jemarinya menari di atas pan penggoreng.  


"dia dah kenyang aar,bang Joe. Dia ni stok-stok pemuda sopan santun. Dia tak kuat melantak macam Ja ni haa. Dah makan nasi sepinggan pun nak jugak belasah burger double bonus ini seketul. Baru boleh tidur lena. Ja bayar sendiri aar..tapi kalau dia bermurah hati nak bayarkan, Ja tadah tangan jer..ameen." Teja jawab selamba lalu meraup tapak tangan ke muka sambil tersengih memandang kearahnya yang berdiri disebelah. Thaqif ketawa kecil. Tercuit dengan kata-kata spontan Teja yang dia rasakan sangat comel!


"ha bro lebai, lu dengar tu. Anak dara ni kuat melantak. Spesies hapa gua pun tak tau nak cerita. Dah tu nak paw orang jer keje nya. Tak padan dengan badan cekeding. Gua nasihatkan lu jangan masukkan dia nih dalam senarai awek tu. Memang sah-sah poket lu kempis nanti sebab nak belanja dia hari-hari makan burger double bonus macam ni. Masak lu kalau dia tak dapat makan burger ni hari-hari. Mahu dia jadi naga biru nanti." Terburai ketawa Thaqif berpadu dengan gelak sakan abang Joe. Teja pamer muka selamba. Seakan tidak terusik dengan kata-kata abang Joe. Dia sudah biasa diusik sedemikian. Teja tahu abang Joe sekadar berjenaka. Tak lebih daripada itu. Abang Joe dilihat sudah mengangkat tujuh pasang roti bulat yang tadi dia letak atas pan penggoreng. Roti yang sudah disapu marjerin tu kekuningan kala diangkat lalu dipindahkan ke atas jaring besi yang tersedai disebelah. Walau tanpa pembantu abang Joe memang cekap. Dalam mulutnya yang memang  macam bertih jagung tu sepasang tangannya itu juga pantas bekerja. Hirisan daun salad, bawang, timun dan keping tomato disusun kemas atas tiap roti. Ditekankan sos cili pada tiap satunya. Sos lada hitam turut dilarikan sedikit diatas permukaan roti berkenaan.


"Ala... Ja pun tak hadap aar nak jadi awek dia. Muka handsome macam ni bahaya tau bang Joe." Teja tayang sengih pada lelaki disebelah yang masih belum usai ketawanya. "Sah-sah stok romeo. Kat belakang berbaris awek. Kus semangat woo. Apa barang stok romeo nak buat partner." Teja tayang sengih terus. Man dilihat hanya menggelengkan kepala. Yelah tu Teja. Kunun tak hadap. Poodah! Bukan ker kau yang angau kuasa enjin turbo kalau tak nampak muka si sirap bandung ni hari-hari. Dia ni kan ker senarai teratas singgahsana hati kau. Dia kan rangup, lemak berkrim, manis...ada lesung pipit lagi..dua pulak tuh! Kau taknak? Betul kau tak hadap dia? Haa..nanti jangan menyesal kalau biskut lemak berkrim nan manis idaman kau ni dirembat awek lain. Jangan terguling atas karpet bilik stor melalak pulak. Aku melompat-lompat nanti gelakkan kau. Teja garu kepala. Mata menoleh pada Man yang seakan sedang membaca hapa yang tertulis dihatinya yang sudah tunggang langgang ini.  Eerk, inche sirap bandung..kita cakap jer aar..kita tak maksud kan macam yang kita cakap kan tu. Awak jangan aar ambil serius tau. kalau..kalau  awak nak kita jadi awek awak, kita konpem setuju punyer. Kita boleh berdiri atas meja dan angkat sumpah kalau awak tak percaya. Sungguh!


Abang Joe dilihat menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Satu persatu keping daging dia sudah letak diatas roti yang sudah lengkap dengan sayur-sayurnya juga sos tadi. Empat keping keping keju yang dikeluarkan dari kotak sejuk dibelakang diletakkan diatas dua keping daging yang sudah diasingkan ke tepi lalu disapu mayonis dan ditekan sos tomato diatasnya sebelumditutup dengan kepingan roti diatas. Tangan abang Joe pantas membungkus. Thaqif tahu pastinya yang itu buat Taufik dan adik bongsu Teja. Kan Teja mintak double cheese untuk dua adiknya tadi.


"Issh, ni stok baik-baik la, Ja. Ni muka idaman mak-mak mertua dan pak-pak mertua tau." Teja cebik tapi dalam hati sudah 200 % mengiyakan. Betul betul tu bang Joe. Thaqif ketawa dengan reaksi comel Teja. " Kau jangan nak cebik-cebik Ja. Abang sungguh goreng kau jadi burger karang. Cuba kau tengok muka sebelah kau ni. Handsome, putih melepak tu...sopan, pakai baju melayu..pakai kain pelikat...ha...dan  yang paling buat saham dia tinggi tu..yang atas kepala tu. Kopiah putih. Suci kau tau tak. Mana nak dapat muka srok macam ni. Abang tabik spring kat dia nih. Tak hadap kunun..pigi la kau, Ja. kalau orang tu cakap nak kau jadi awek dia, mau kau terkam aje dia terus kan. Sudah laa, jangan kau nak buat muka jual mahal kau yang menyampah abang tengok tuh." 


"abang Joe ni teruk aar. Ingat Ja muka gelojoh ker haa. Tolong sikit ek. Apa barang nak terkam terkam orang. Kita bukan spesies cheetah laa. Abang Joe ni Ja karate gerai ni jadi dua karang baru tau. Suka suki jer ngata orang." Thaqif ketawa lepas. Abang Joe merancakkan lagi dengan ketawa sakannya yang buat Teja ketap bibir. Jaga abang Joe, nanti Ja simbah gerai ni dengan cat merah. Padan muka!


Tangan abang Joe sudah angkat dua telur yang dia tanggalkan dari acuan bulat tadi. Dipindahkan satu ke atas kepingan roti yang sudah lengkap dengan sos dan sayuran tadi. Diangkat dua keping daging dari pan penggoreng lalu diletakkan ke atas telur tadi. Telur yang kedua dia letakkan dia atas kepingan dagingan tadi. Disapu mayonis dan ditekan laju sos lada hitam diatasnya. Thaqif sudah masuk dalam kepala. Teja tak suka makan sos tomato bila makan burger. Teja suka makan burger double bonus. Tapi kat luar ada ke burger macam ni. Atau hanya di gerai burger abang Joe labu labi...burger terbest zaman ni! Ini memang nama gerai ini. Bagus betul nama gerai dia kan. Burger terbest zaman ni. Orang mesti nak cuba best sungguh ke burger kat sini. Kena rasa lah kan! Dan Thaqif pasti akan rasa malam esok. Malam ini dia dah memang tak ada selera nak makan sebab kena tazkirah dengan abah Teja tadi. Perut sampai naik sebu. Nak telan karipap tiga segi yang dia rasa sangat sedap itu pun rasa macam payah yang amat. Biarpun kata-kata abah Teja itu lembut sahaja, tapi cukup mendalam maknanya dan menampar hingga ke jantung. 


"nak belajar ngaji dan belajar solat kena sungguh-sungguh, Man. Kena ikhlas...ikhlas kerana "Dia". Telunjuk kanan pakcik Ismail tegak ke atas. Thaqif hela nafas. Angguk kepala. Dia memang sungguh-sungguh nak mengaji. Dia tak main-main. Memang dia nak mengaji dan belajar solat kerana "Dia"...kerana dia malu dengan "Dia" dan diri sendiri juga. Tapi Thaqif tak pasti adakah yang itu dikira ikhlas kerana "Dia" atau lebih kepada sebab dia malu pada diri sendiri.


"Letak azam kuat-kuat dalam hati. Pakcik boleh ajar tapi kalau Man tak sungguh ikhlas, takkan dapat ilmunya. Kalau dapat pun takkan kekal...tak melekat dalam hati dan jiwa sebab Dia tak redha." Air liur yang ditelan terasa pahit. Ikhlas? Macam mana nak ikhlas. Tidak ikhlaskah dia dengan niatnya ini.


"macammana ikhlas tu pakcik?"


Lengan terasa sedikit panas. Segala yang difikirkan tadi lenyap bagai deruan angin. Kepala deras menoleh kesebelah. Teja angkat plastik kuning yang berisi burger sambil tersenyum. Dia guna burger panas tu kejutkan aku ker. Teja ni, tak romantik betul. Thaqif senyum dalam hati.


"awak berangan nak buat business burger macam bang Joe lepas ni ek? Orang panggil dia buat derk jer." Abang Joe yang turut memandang tersenyum sama. " boleh jer kalau nak belajar dengan gua, bro. Pengerasnya gua nak pinjam Kawasaki Ninja lu tu barang seminggu."


"dah dah abang Joe. Sah-sah nak membuaya tu kan. Ja report kat kak Tini karang. Padan muka kena tidur kat luar pintu nanti...hahahaha." Teja kelip-kelipkan mata. Abang Joe dilihat mengacah mahu mengetuk kepala Teja. Pecah ketawa kedua-duanya.


Thaqif senyum. "Dah siap ke?" Teja angguk. "Dah bayar?" Teja angguk lagi. "Dah, jom ambik Kawasaki Ninja awak. Tadi awak kata datang pakai jeans dengan kasut kan. Saya suruh Taufik teman awak tukar kat surau. Lom tutup lagi tuh." Kepala mengangguk. Taufik yang sudah siap sedia berdiri disebelah sambil tersengih. Diusap kepala adik Teja yang sangat merdu suaranya kala mengaji ini. Sungguh dia terpegun tadi kala mendengar Taufik mengalunkan bacaan doa. 


Thaqif sambung ucapan terima kasih kepada abang Joe sebab sudi tumpangkan motor di gerainya. Kata abang Joe dia tak kisah. Kalau Thaqif nak tumpang hari-hari pun boleh. Dia takde hal setakat tengok-tengokkan motor lawa macam ni. Boleh jugak dia tumpang glemer ada motor gedabak yang cun. Bila abang Joe cakap macam tu Thaqif lega sungguh. Bolehlah dia bawak Ducatti kesayangannya itu esok. Kawasaki ni dia sudah bagi pada Malek sebenarnya. Dia sudah mintak izin Malek untuk pinjam ke sini. Sebenarnya dia segan. Tak eloklah kalau dah bagi ambil balik kan. Memang dia cadang nak beli motor Yamaha yang biasa-biasa tu aje esok. Tapi  kalau abang Joe sudsh bagi green light, dia rasa masalah dia yang satu tu dah selesai.


Taufik dan Rafifah sudah laju memecut dan bersaing masuk ke blok 5 kediaman mereka sambil menjinjit beg plastik kuning berisi burger tadi. Teja hanya menggelengkan kepala. Thaqif masukkan kunci motor pada lubangnya. Tangan mencapai helmet yang tertera perkataan Ducatti. Teja hanya memerhati perlakuan lelaki dihadapannya ini.  Mata sempat menoleh disekitar kawasan berdekatan gerai abang Joe yang masih rancak dengan pelanggan. 


"Teja.."


"ya.."


"awak mesti segan kawan dengan saya kan.." 


Teja kerut dahi. "Apsal pulak?"


"saya tak sempurna macam lelaki lain."


"apa yang awak cakap ni, Man.." Teja kerut dahi lagi. Keliru. Tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh si sirap bandung dihadapannya ini. Apa yang tak sempurnanya pulak nih. Elok dan molek jer dia kat mata aku nih.


"Awak dah tau kan saya tak reti mengaji...tak kenal huruf langsung. Buta huruf al-quran. Dan kalau dah buta al-quran tu macammana nak sembahyang. Saya malu dan segan pada awak, Teja."


Teja hela nafas perlahan. Wajah yang tenang bersalut baju melayu biru langit ini ditatap seketika sebelum dialih memandang orang yang lalu-lalang di sekitar. Kembali dibawa pandangan pada lelaki dihadapannya ini yang tunak memandang. Menantikan dia membuka mulut. Memang dia terkejut yang amat tadi sewaktu lelaki ini membuat pengakuan didepan abah. Sungguh dia tidak duga lelaki ini menyimpan satu rahsia tentang diri yang dirasakan sangat mengaibkan. Teja tidak pernah tau rupa-rupanya si sirap bandung ini sejak kecil tidak pernah dididik untuk mengenal kalam Allah. Yelah kan kalau dah begitu didikannya macammana pulak hati akan dekat pada "Dia". Makin jauhlah jawapnya. Tapi apa-apapun Teja bersyukur jugak sekurang-kurang "Dia" sudah membuka hati si sirap bandung ini untuk mengaji. Dan abah tadi sudah melafaz janji untuk membantu sedayanya untuk mengajar lelaki ini mengaji dan belajar solat.


"Man..."


"awak tau tak abah saya pernah cakap. Untuk berubah menjadi baik ini memang bukan senang. Berat sangat. Hanya orang-orang yang sabar..orang-orang yang tabah dan kuat semangat sahaja yang akan berjaya mengharunginya. Saya sangat kagum sebab awak berani mengakui kekurangan diri dan mahu belajar mengatasinya tanpa segan dan silu. Bukan semua orang mampu buat macam yang awak buat ni, Man."


"saya tak tahu la samada saya cukup kuat...cukup sabar dan tabah untuk lakukan semua ini. Memang sangat berat. Hati saya bercampur-baur. Macam-macam rasa ada."


Teja senyum. 


"abah selalu cakap dan pesan pada saya...pada adik-adik..juga pada anak-anak murid abah yang lain. Awak tahu apa yang abah saya cakapkan tu?"


Thaqif menggeleng.


"selangkah kita mendekatkan diri pada "Dia"...sepuluh langkah "Dia" akan dekat pada kita. Memang hidayah itu hak "Dia"...tapi kita kena cari hidayah itu juga. Buka pintu hati kita luas-luas. Buka pintu jiwa kita selebar-lebarnya. Dan yang paling penting...sangat-sangat penting awak jangan lupa mintak pada "Dia" untuk tetapkan hati, jiwa dan iman awak hanya pada jalan "Dia"..insyaallah. Dia tidak akan pernah menganiaya hamba-hambanya yang mahu berubah ke arah jalan kebenaran dan kebaikkan. Awak kena yakin, Man. Awak kena ikhlas. Seikhlas-ikhlasnya...demi untuk "Dia"."


Ikhlas. Perkataan keramat itu berlegar lagi dalam kepala. Thaqif ingat dengan jelas apa yang abah Teja perincikan ketika dia tanya lelaki itu tentang makna ikhlas. 


"Ikhlas itu makna mudahnya melaksanakan ketaatan semata-mata kerana Allah... bukan untuk tujuan dapatkan kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan jugak sebab nak dapatkan sesuatu keuntungan dunia." Abah Teja dilihat terhenti seketika. Memandang ke wajahnya sebelum tersenyum. 

"Ikhlas ni pun ada tingkatnya, Man.."

"Tingkat macammana tu, pakcik?" Dahi berkerut. Sungguh dia tidak sangka sepatah perkataan itu terlalu dalam pengertiannya. Berlapis-lapis.

"Tingkat ikhlas tu ada dua. Yang pertama kita bersungguh laksanakan ibadah kerana takut akan azab Allah dan yang kedua kita bersungguh laksanakan ibadah itu kerana niat mahu membesarkan Allah...kerana merasai akan hebatnya Allah itu....kerana menuruti dan akur akan seruan-Nya tanpa terlintas maksud yang lain di hati." 

"boleh faham setakat ni, Man." Thaqif angguk kepala. " insyallah, pakcik."

"dalam beribadah ini, ikhlas memang sangat penting. Rasullah sendiri pernah bersabda. Katanya...sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian. Ikhlas tu secara lebih terperinci maknanya memurnikan tujuan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah...mengEsakan Allah dalam beribadah kepadaNya.Taat semata-mata kerana Allah. Dan tidak mengharapkan perhatian atau apa-apa manfaat daripadanya. Ikhlas juga maknanya..." Bahu Thaqif diusap lembut. " melupakan pandangan manusia lain terhadap diri kita, dengan selalu melihat kepada yang Khaliq yakni Allah.”.

" Landasan niat yang ikhlas memang amat penting dalam kita nak beribadah ni, Man. Memang nak wujudkan ikhlas tu bukan mudah. Allah sendiri telah menegaskan sulitnya ikhlas dan beratnya mewujudkan ikhlas di dalam hati, kecuali orang yang memang dimudahkan Allah. Sebab itulah Rasulullah sentiasa berdoa pada Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati agar meneguhkan hatinya. Jadi..banyakkan berdoa dan meminta padanya agar diwujudkan rasa ikhlas dan diri dan hati Man dalam nak melaksanakan ibadah ini." Pakcik Ismail tepuk bahu Thaqif lembut.

Kepala diangguk lagi.  Senyum dihulur pada lelaki separuh abad disebelah yang begitu rendah hati namun penuh ilmu didada. Kekagumannya pada lelaki ini makin tinggi. Betapa beruntungnya Teja punya abah sehebat pakcik Ismail.

"awak.."

Tersentak dengan seruan Teja namun cuba disembunyikan dengan segaris senyuman.  Thaqif pandang wajah redup yang ringkas bert-shirt biru lengan panjang dan berseluar track suit hitam bersama tudung bawal putih yang diselempangkan hujungnya dikiri dan kanan bahu. Wajah polos yang bersih tanpa secalit warna ini membuatkan hatinya kagum pada bicaranya yang begitu mendalam maknanya tadi. Gadis ini sesungguhnya dikurniakan kekayaan hati dan jiwa yang terlalu indah di mata. Dia bukan gadis yang biasa-biasa biarpun secara luaran gelagat gila-gila dan selambanya itu akan membuatkan orang memberikan tafsiran yang berbeza tentang personaliti dirinya. Thaqif belajar mengenal seorang Teja dari sisi yang sangat tulus malam ini. Teja yang sangat istimewa.


"Teja..."


"ya..."


"terima kasih." 


Teja angguk. Helmet hitam disarung ke kepala. Tubuh yang berbaju melayu biru dan berseluar jeans Levis lusuh rona biru pudar melangkah naik keatas Kawasaki Ninja yang sudah bersedia menanti untuk berlepas. 


"Man..."


Thaqif tolak cermin helmet. Wajah Teja yang tersengih itu ditatap. Haa..ada la tu. Teja ni mesti ada akal nak mengenakan dia lagi. Thaqif sudah belajar sesuatu tentang gadis ini kala ditegur secara lucu oleh abah Teja tadi tentang "persalinan" yang dia pakai. Kata abah Teja tak kisah pakai apa..janji bersih dan menutup aurat. Tak perlulah "cantik" sangat macam hari ni.  Bila abah Teja sebut perkataan cantik itu, mata dia halakan pada Teja yang sudah tersengih-sengih tanpa rasa bersalah. Thaqif geleng kepala seraya tersenyum. Kata abah Teja, dia tahu mesti Teja la yang punya keje ni. Memang dia kenal sangat dengan kenakalan  anaknya yang satu itu. 


"yup.."


"esok jangan lupa..macam biasa."


"Insyaallah."


Teja angguk.


"Man..."


"hmmm..."


"errk..esok awak pakai seragam lebai jugak ker?" Teja angkat kening sambil pamer sengih.


Thaqif geleng kepala sambil ketawa kecil. Teja turut ketawa. Teja ni memang nakal sungguh! Salam dihulur sebelum Kawasaki dibawa meluncur laju meninggalkan perkarangan gerai abang Joe Labu Labi.

10 comments:

mizz acu said...

Alaahaiii cutenyer encik qif nii... Buat ai terjatuh hati lak..hhaish!
Thanks about ikhlas.. I learnt somtin'
Err.. Esok nak n3 lg ek..tq ;)

kak ida said...

salam rehan..pendekatan ilmiah yg sungguh dalam dalam lakaran plot kali ni..syabas..penerapan islam dalam bentuk yg sangat santai..

Nor Syafika said...

Ahhh jatuh cinta kt thaqif....cute sgt!!!!

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

Si Thaqif ni memang stok mamat kaya yang sabar kan... asyik senyum ja.... Si Teja ni walupun kepala gila-gila tapi hatinya terlalu tulus .... macam Thaqif fikirkan .... sehingga istimewa di hati Thaqif kan..... Teja konon x mahu ... tapi hati terguing-guling mahu...... hahaha...

putehberseri said...

suka!!! - biscuit lemak berkerim berperisa madu ni...

Lieynaim mohd noor said...

dah gaya stok imam muda la tharif nie.hehhehe

Anor said...

best... hai Teja ni nakal betul ye
ada je cara nk kenakan Thaqif, nasib
baik Thaqif ni sporting kan? Kucc
cpt sambung ye dh x sabar nak tau
keletah si Teja ni.

kucc_aprilsnow said...

acu - hikhik...mosat welkem dear..sharing is caring kenn..

ida -wkumslm..ida salah org ni...sy kucc, bukan rehan..hehehe

eca - hohohoo..

sue - hikhik...stok pujaan tau

pu3 - kucc pun suker, hikhik

nzlyna - kucc suka IM Fatah yg comey itew...

anor - match kerr..sorang cool sorang giler2x

aqilah said...

yup!!! sambil membaca dapt ilmu.
mmg best!!!!!!!!!!
mantap!!!!!!!!!!!!!!1
followwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...