Friday, July 20, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 19


Bab 19

Teja kerut dahi sambil mata melontar renungan pada figura tegap yang segak berkemeja biru lembut jalur dan berseluar hitam. Lelaki berkaca mata itu sedang menjual senyuman kepadanya dari jauh. Teja ketuk jari telunjuk kanan pada permukaan meja. Jari telunjuk kiri sedang menompang pipi. Mata masih tidak berkalih daripada memandang figura yang sedang mengatur langkah berjalan menuju ke arahnya. Hati Teja penuh dengan tanda tanya bila memandang lelaki nun dihadapan sana yang terus melontar senyuman manis padanya. Yang tersenyum-senyum meleret bagai nak rak tu apakehalnyer si Mike nih. Tersampuk jin senyum kut tengah-tengahari buta. Tapi ada ker jin senyum ek. Ker mamat tu senyum sebab nak paw aku yang dia dah nampak sedang duduk kat mekdonel nih...oooi, banyak cantik!  Apa barang nak paw gua pulak. Pergi laa paw awek lu yang tengah beratur kat dalam tuh. Lagi dapat pahala tau Mike..hehehe. Mike atau nama sebenarnya Malek Rashid adalah buah hati si Jane Jenab. Dah lama diaorang ni jadi couple. Kata si Mike dia memang dah lama ajak Jane kahwin, Jane jer yang banyak alasan. Suruh tunggu sampai dia cukup umur dulu...hahaha. Jane kalau bagi jawapan memang masuk kategori muntah darah.

Tapi Teja boleh rasa senyum si pembantu peribadi pemangku CEO Kiara Arena merangkap Ketua Jabatan Kewangan & Operasi Kiara Arena Holdings memang semacam sangat. Lain sungguh. Lain apakemendenye Teja. Haper..dia tak pernah senyum kat kau ker selama nih. Bukanlah macam tu. Teja tak kata pun yang si Mike ni tak pernah senyum pada Teja. Selalu aje, malah Mike ni memang sempoi aje orangnya walaupun kalau ikut jawatan dia memanglah "besar" daripada Teja. Besar giler okay!. Tapi dia boleh jer tegur sambil gelak-gelak bila terserempak dengan Teja kat mana-mana. Takder sangat nak protokol biarpun lelaki ini tidak kurang besar "kuasanya" di Kiara Arena ni. Yelah, dia kan orang paling dekat dengan pemangku CEO...siapa lagi kalau bukan si biskut lemak berkrim lagi rangup yang berlesung pipit tu lah. Lelaki yang digambarkan si Jane paling handsome kat Kiara Arena nih. Kata Jane, Mike pun kalah habis dengan si biskut lemak berkrim tuh. Kalau Mike dengan tuan pemangku CEO tu, sah-sah Mike masuk kategori biskut lemak lemau. Teruk kan si Jane Jenab nih. Ada ke selamba katak jer kutuk kaw-kaw boyfriend sendiri. Nasib baik la bukan Teja jadi boyfriend si Jane Jenab nih. Tidak sah-sah Teja dah hadiahkan cerai talak tiga pada dia. Baru padan muka kan. Nasib baiklah lah jugak si Mike ni jenis tak kisah dan tidak mudah terasa. Si Mike tu memang dah masak dengan perangai luar alam si Jane ni. 

Iye ke si biskut lemak berkrim rangup tu lebih handsome daripada si Mike ni. Kalau ikut skala untuk ukur kehandsomeman lelaki, si Mike ni memang lulus. Handsome mamat ni. Kalau tak, takdernyer si Jane pun leh sangkut. Cuma kata Jane, kalau letak Mike dengan si  biskut lemak berkrim rangup tu sebelah menyebelah Teja pasti takkan nampak si Mike dah. Huh, ntah ye ntah tidak la tu cakap si Jane pasal si biskut lemak berkrim berlesung pipit dua tu. Teja taknak iye kan statement  si Jane ni hingga dia tengok dengan mata kepala dia sendiri si biskut lemak tu. Nak tengok betul ke rangup,lemak dan berkrim. Kalau lemau memang sah-sah Teja akan karate cukup-cukup si Jane sebab sudah promosi terlebih vitamin hingga menyebabkan paras adrenalin Teja tak tentu hala memikirkan hal si biskut lemak berlesung pipit tu. Tapi kan sampai sekarang Teja tak pernah langsung dapat peluang nak terserempak dengan si biskut lemak tu tau. Macammana lah rupa dia ek. Misteri sungguhlah Mr CEO tu. Macam main aci-aci nyorok pulak dengan Teja. Dia tahu kut Teja tengah nak usha tengok muka dia yang begitu gah diwar-warkan itu. Eh, ni apakehal tetiba jer citer biskut lemak tu pulak yang keluar dari kepala, issy...syosh syosh...spoil mood mau menikmati kelazatan mekdonel jer. 

Teja toleh memandang ke dalam restoran yang sedikit sesak. Si Jane masih sedang beratur didalam restoran makanan segera. Teja nampak si Jane sedang memandang ke arah pintu sambil tersenyum dengan tangan menggamit seseorang. Mata Teja laju beralih ke arah yang sama. Bulat bebola mata Teja buat seketika. Oit! cepatnya dah sampai ke pintu mamat ni. Dia ada pakai ilmu ghaib haper. Teja lihat langkah Mike sudah menghampiri Jane. Amboi Mike nampak buah hati senyum sampai nampak gigi ek.  Teja masih belum mengalih pandangan dari melihat aksi kedua-dua pasangan Kiara Arena yang sangat kebaboom ini. Tengok muka si Jane...entah apa laa yang diarahkan Jane pada si Mike. Teja lihat tangan Jane sedang menghala dan bergerak-gerak menunjuk pada papan menu besar di belakang kaunter. Kepala Mike dilihat terangguk-angguk sambil mata turut memandang ke arah yang sama. Teja tengok Mike sudah keluarkan dompet daripada poket seluar. Sah!..kena paw si Mike. Nasib kau la Mike...

Jane sengih dengan mata sengaja dikelip-kelip seraya melabuhkan duduk. Mata Teja buntang mengalahkan rambutan masak. Si Mike yang menatang dulang sebelum mendaratkannya diatas meja didepan Teja hanya meleret senyum manis. Dulang yang sarat dengan muatan pelbagai makanan dan minuman Teja tatap satu persatu sebelum berkalih pada Jane yang selamba mengunyah kentang goreng yang masih panas.

"Weh Jane.." Teja bulat memandang kepada Jane yang sudah melabuhkan duduk disebelah.

"amende..." Jane masih dengan muka selamba badak dia. Mulut terus mengunyah. Issy, minah ni tak control lawa langsung depan si Mike nih.

"ni nak makan ke nak mencekik, Jane. Tebiat haper kau beli banyak-banyak. Sapa yang nak belasah semua nih weh." Kepala Teja bergerak kanan ke kiri. Ada  burger ayam, ayam goreng, nugget ayam, burger daging dua tingkat, burger ikan, kentang goreng tiga kotak besar. Ada 2 bekas aiskrim perisa coklat dan strawberry. Pie apple juga ada 2 keping. Ada 1 gelas besar milo dan 2 gelas jus oren juga satu minuman cola. Ni bukan mencekik lagi. Nih dah masuk kategori mentekedarah!

"Dua-dua. Sapa lagi..kita semua la belasah sampai habis." Jane selamba melontar jawapan. Mulutnya yang bercalit lisptick merah samar itu laju mengunyah kentang goreng yang dia capai dari salah kotak didalam dulang.  Teja tatap wajah selamba Jane. Diketuk perlahan jari Jane." tu yang makan tak toleh dan pelawa orang dah baca bismillah belum?" Jane mencebik. " Dah la beb. Ingat aku tak tahu ke. Aku taknak makan dengan syaitan laa. Apa kes nak pelawa pelawa bagai. Ingat ni kenduri ke haa. Dah letak depan mata ni..baham jer laa. Kan sayang.." Jane sengih sambil kenyit mata pada Mike. Mike dilihat Teja geleng kepala. Senyum. Teja turut geleng kepala. 

"tau tak per. Rupa dah macam orang kebulur jer aku tengok kau tu. Mana tau kut kut terlupa pulak. Mike..yang kau layan selera giler perempuan sekor ni apa barang, bro. Sapa yang nak mengabiskan semua ni. Ni nak melantak macam seminggu tak makan pun iye aku tengok." Jane dilihat mencebik lagi seraya mencapai gelas jus oren didepannya. Teja memandang ke arah Mike yang sedang membuka bekas burger daging dua tingkat lalu diletakkan didepan Jane. Hai Jane, tengok sayangnya Mike yang kau kata biskut lemak lemau ni kat kau tau. Kau paw dia giler-giler macam ni pun dia relax dan senyum jer. Takper Mike, orang macam kau ni memang rezeki murah. Lagi-lagi kau belanja anak yatim tua macam si Jane ni. Aku kategori anak yatim jugak tapi anak yatim belia..remaja lagi..heheheh

Gelas milo dicapai seraya diambil straw yang terbaring didalam dulang. Ditekan kuat pada tengah-tengah penutup yang membentuk sebuah lubang. Straw ditenggelamkan ke dalam lubang berkenaan. Teja angkat kedua-dua tapak tangan. Bibir mengalun perlahan bacaan doa. Straw disuakan pada bibir.

"TJ.." Malek lontar suara. Memecah sunyi yang tiba-tiba hadir. Mata memanah pada wajah mulus dihadapan. Teja dilihat mengangkat kepala. Tangan yang memegang kepingan nugget ayam yang baru sahaja mencecah sos terhenti pergerakannya. 

"yup..."

Malek tenung wajah Teja seketika. Senyum diukir.  "kau ada buat keje jenayah ek semalam."

Jane dan Teja saling berpandangan. Kepala saling mengangkat. Bertanya. Kerja jenayah? Kesa apa nih weh? Kening Teja sudah terangkat.  Dahi berkerut. Jane dilihat memuncungkan bibir sambil memandang pada Mike. Teja lihat Mike masih senyum meleret padanya. Apa kes senyum semacam jer ni. Kes apa pulak. Maner ada aku buat hal semalam. Wait wait seminit...semalam semalam. Mata Teja spontan bertukar bagai bola ping pong. Oit, ni mesti pasal motor merah tu. Tapi macamana pulak Mike tahu. Aku citer kat si mangkuk Jane Jenab ni dengan Man jer. Man mane kenal dengan Mike nih kan. Teja ketap bibir. Sah! Kaki dibawah meja pantas meyepak kaki Jane. Dan Jane yang pintar angkat kening. Teja dan Jane Jenab sudah saling memandang.

-Apa?
+kau cakap kat biskut lemau kau nih ek hal semalam? Teruk laa kau, Jane..
-eh, mane ade laa, TJ.
+ Kau jangan nak kelentong, Jane. Dah tu...macammana dia tau. Aku cakap kat kau sorang jer semalam pasal bende nih tau.
-laa..mana aku tau beb. Sumpah aar..aku tak cakap pun pasal benda ni kat dia. Sumpah beb..kalau aku bohong nanti aku sure kena panah petir kumulonimbus!
+mangkuk..tu nama awan laa!
-huh, silap kamus aar..
+habis, macammana lak dia dapat citer ni. Aku musykil la beb.
-Weh..ntah-ntah akak guard kat bawah tu pecah lobang.
-issy, akak tu mana ada semalam laa. Dia gi jamban masa tu!
-mana kau tau dia gi jamban.
+pepagi macam tu memang time dia. Aku tau la. Kan aku selalu bagi kuih kat dia.
- Haa..ntah-ntah mamat motor merah tu gi report kat balai pengawal kata ada orang buat keje vandalisme kat motor dia. Mesti diaorg check beb tu petak parkir sapa kan. Dan tu diorang report la kat office. Mamat biskut lemak aku ni kan ke Ketua Jabatan Operasi. Sah!
+ Haa, biar betul ni! Mampus aku, Jane!
-Takder matinyer kau tu ..aku rasa separuh maut jer...hehehehe.
+ siot la kau!

"dah dah..korang berdua tak payah nak main-main isyarat bagai depan aku ok. Ingat aku tak faham ker apa yang korang berdua buat nih. " Jane dan Teja pantas menghumban tatapan pada lelaki dihadapan. 

"maner ade kitaorang wat apa-apa. Kan Jane. " Jane laju mengangguk. "Kitaorang buat ujian mata jer. Nak test jer elok ke tidak tahap pantulan cahaya. Kan Jane.." Jane angguk lagi sambil meneguk jus oren. 

Malek geleng kepala. TJ ni kan. Jawapan mesti luar alam jer. Nasib kau la, bro.

"TJ...Jane tak cakap apa-apa kat aku pasal hal ni. Dia ni memang sahabat dunia akhirat kau. Takkan kianat kat kau pun."

Jane toleh pandang ke arah Mike. " dah tu, mana awak dapat tau pasal benda nih. Cakap cepat. Tidak.."

Malek angkat kening. Senyum. "kalau tidak apa, sayang? You nak buat apa kat i my dear Jane Jenab."

Jane lontar jeling. " jangan nak gedik okay. Ingat handsome ek buat macam tu. Saya alegik."

Pecah ketawa Malek. Jane ketuk lengan Mike dengan gelas jus oren.

"awak ni ganas betul."

"baik cakap cepat, Mike...cepat!" Jane sudah acah mahu siram kepala Mike dengan jus oren di tangan.

"kalau aku  kata tuan punya motor tu yang report kat aku pasal benda ni, macammana,hmmm."

Kepala Jane laju berputar memandang TJ disebelah yang sedang telan air liur. Mampus !

Teja tarik nafas dalam dalam. " Mana..mana tuan motor tu kenal aku, Mike."

Malek senyum lagi." TJ, kau mungkin tak tahu selama ni, setiap parkir kat bangunan office kita ni ada CCTV. Kejadian hari tu tak terlepas dari rakaman. Apa yang kau buat TJ memang jelas. Aku dah tengok rakaman tu kat bilik pengawal."

Jane tepuk belakang TJ. Mahu menenangkan Teja. Mike sudah ketawa dalam hati.

"habis, mamat motor merah tu nak apa awak?"

Malek tegakkan badan. Ditarik nafas perlahan.  Wajah Teja dan Jane ditatap silih berganti. Rasa lucu yang sudah pecah dalam dada dia simpul rapat. Tidak mahu dikesan nanti oleh kedua-dua gadis didepannya ini. Misinya bersama Thaqif harus berjalan lancar.

"tuan punya motor tu nak tuntut gantirugi sebab kau dah rosakkan motor yang paling dia sayang, TJ. Motor tu hadiah daripada mummy dia. Susah tu mummy dia nak dapat. Kena order dari luar negara. Kau pun tau kan Harley classic macam tu sure mahal giler. Gaji aku pun tak lepas." Hati Malek sudah meledak dengan ketawa melihat wajah TJ yang mendung. Sorry la TJ, aku ikut perintah boss aje...hehehe. Sungguh dia tidak sangka Teja dan Thaqif sangat rapat tanpa Teja tahu kedudukan Thaqif yang sebenarnya di Kiara Arena. Kata Thaqif segala yang terjadi tanpa dirancang. Dan buat masa ini dia tidak mahu mengubah apa-apa tanggapan Teja terhadap dirinya. Biar masa yang akan menentukan perkara ini. Dengan Malek juga Thaqif sudah beri warning. Jangan terlepas cakap. Pada sesiapa pun. Dia tidak mahu ada tembok antaranya dan Teja. Dia selesa dengan keadaan sekarang. Dan Thaqif tidak mahu Teja nanti akan rasa tidak selesa. Thaqif senang dengan Teja yang dia kenal sekarang. Dia tidak mahu Teja berubah.

Malek renung  wajah di hadapan. Rupa-rupanya Tejalah orangnya yang telah membuatkan Thaqif berubah sejak menjejakkan kaki di Kiara Arena. Selama ini, puas dia mencari punca perubahan sahabat akrabnya ini. Perubahan yang menggusarkan semua isi rumah terutama mummy Thaqif. Kata wanita yang masih anggun itu Thaqif dah macam orang alim pulak dalam rumah ini. Mummy Thaqif risau kalau-kalau Thaqif terjebak dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang macam-macam sekarang ini. Memang Mike akui selalu juga dia mendengar Thaqif  berbicara soal agama ketika di meja makan. Sahabatnya itu sering juga mengaji ditengah malam juga awal pagi. Baginya dan juga ibunya, perubahan Thaqif sesuatu yang menggembirakan. Setiap malam selepas maghrib dia hilang dan hanya akan pulang meniti tengah malam. Puas ditanya, Thaqif pandai menyimpan cerita. Namun terburai juga petang semalam. Pecah rahsia yang kejap di simpan selama beberapa bulan kebelakangan ini. Mike yang ketika itu baru pulang dari berjogging singgah di garaj bila terlihat kelibat Thaqif. Buntang matanya saat melihat apa yang tertulis di bahagian tempat duduk Harley Davidson Superlow milik Thaqif yang merupakan hadiah daripada mummy sahabatnya itu. 

Malek masih ingat. Wajah Thaqif masih mampu senyum melihat apa yang terjadi pada salah satu motor kesayangannya. 

"Siapa punyer keje vanderlisme nih, bro?"

"TJ kuasa dua."

Dahi Malek berkerut. "TJ kuasa dua?" Siapa tu. Eh, macam biasa dengar jer. Haa? Minah tu ker! Mata Malek bulat. "Teja? Teja budak kerani stor stationaries tuh?"

Senyum. "yes. Cik Tun Teja tu la."

"macammana kau boleh kenal dia. Nampak cara kau sebut nama dia macam dah kenal lama jer."

"memang dah lama pun aku kenal dia..oopss" Thaqif ketuk kepala berkali kali. Kesal sudah terlepas cakap sedangkan selama ini dia cukup berhati-hati. Malek tenung Thaqif yang sudah tersenyum. Terbongkar semuanya bila Thaqif menceritakan segalanya tentang dia, Man dan Teja . Tersenyum Malek mendengar. Hebat sungguh Tun Teja ni rupanya. Dalam sederhana dan sikap selamba dia, gadis ini merupakan individu penting yang telah menukar peta kehidupan Thaqif. Dalam diam, Malek mengagumi Teja. Tapi Malek juga kagum pada Thaqif yang sehingga kini berjaya menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan Teja. Kalau pecah lubang suatu hari nanti, macammanalah agaknya nasib teman akrabnya ini. Kena belasah sampai lembik kut dengan Teja..hehehehe

"Cik Teja tu yang punya keje ni?" Jari telunjuk dihala pada tempat duduk Harley yang kaku didepan mata.

Senyum lagi sambil kepala diangguk. " The one and only TJ2, Mike.”

"biar betul, bro?"

"siapa lagi yang ganas kat Kiara Arena tu selain dia dengan buah hati kau tu, Mike."Malek geleng kepala. Giler berani betul budak sekor tu. 

"Jane tu dah terlebih ganas, bro. Aku pun kadang ngeri. Aku pun heran macammana boleh syok habis kat perempuan ganas macam dia tu."

Pecah ketawa.

"tapi serius bro..kau tak marah ke ni. Kalau mummy kau nampak benda nih sah-sah dia akan cari sapa yang punya keje. Harley ni hadiah mummy kau tu."

Thaqif senyum. Geleng kepala. " aku nak simpan motor ni dengan tulisan ni sekali. Kenangan yang suatu hari nanti aku nak reveal pada tuan yang menurunkan ayat-ayat cinta dia ni kat motor kesayangan aku nih."  Jari jemari Thaqif dilihat bergerak pada permukaan tulisan berwarna merah yang tertinta di atas tempat duduk Harley. 

Malek senyum. "bro..." 

Thaqif angkat muka. "hmmm.."

"aku ada plan untuk Teja."

Thaqif angkat kening. 

Jane tekup mulut dengan tapak tangan. Teja letak dua tapak tangan di kepala.

"gantirugi? berapa banyak?"

Malek geleng kepala. Wajah Jane dan Teja yang sedang memandangnya tidak berkelip ditatap satu persatu.

"mamat itu nak jumpa boyfriend kau dulu, TJ. Man to Man talk. Kalau kau tak setuju suruh boyfriend kau jumpa dia,  baharu dia proceed suruh kau ganti motor baru untuk dia. Sebijik macam yang tu."

Mulut Teja ternganga. Jane turut sama. "boyfriend?" Serentak dilaung.

Teja garu kepala. "boy...boyfriend? Ma..mana aku ada, Mike. Mampus laa aku!"

Hati Malek sudah sakan bergolek. 

"cari la. Boyfriend bidan terjun kan ramai kat Kiara Arena. Ala TJ, kau tu petik jari jer bersusun yang datang. Cepat ye beritahu aku sapa nanti "boyfriend" kau tu. Aku nak kena bawak dia jumpa mamat motor merah tu." Perkataan  "boyfriend" itu Malek sengaja tekan. Matanya tidak lepas dari melihat airmuka Teja yang jelas tidak tentu hala. Wajah tenang Thaqif terlayar di mata.

Bro, plan kita berjaya...hahaha. Kau get ready ok.

7 comments:

aqilah said...

mmg mmg best!!!!!!!!!pandai gak mike dgn tj kenakan tj2 ye.......
apapun......best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwww

mizz acu said...

Amboiiii.. Dlm dendiam.. Notti ek encik qif ni... Sian teja.. Mesti gabra habis!
Kang nti mst teja mtk tlg man a.k.a encik qif ;)

aida said...

cerita yng mencuit hati & membuat akak ketawa sendiri especially kepenatan selepas pulang dari kerja .. harap dapat lah disambung tiap2 hari fr Aida "Perth"

idA said...

salam dik..just curious to know..apa ek minah tu lakarkan kat motor tu...akak teruja giler nak tahu..plz..

budakonpius said...

AaaAAAaaa~~Suke sangat!! Bgs mike! Br r ade perkembangan kat hubgn teja ngan thaqif... Hehehe. I loike~~ hmmm dh jd peminat dh ni.. Go!go!go! N i am waiting anxiously n patiently (konon!) for your new novel to be publish.. Nasi lemak buah bidara if im not mistaken..

diari neesa said...

sudahhhh...teja dh kena goreng...hehehe...pandai plak si thaqif ngan malik wat plan ye..

pssst...citer akak ni mantap la...semua e-novel akak best2 tau..caya la..

kucc_aprilsnow said...

aqilah -hikhik..follow jgn follow ye

acu- tu, nakal lg TJ2, kenn dh kena hehe

aida -slm buat org Perth,tenkiu3x dear

kak ida -jeng jeng jeng, hikhik

budakkonpius-tenkiu3x dear...yup, insyaallah kalau publisher xtukar tajuk

neesa - tenkiu3x adik..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...