Friday, July 13, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 17


Bab 17

Jasmin tarik tombol pintu perlahan-lahan. Bunyi pintu terkatup sedaya upaya cuba diminimakan. Tubuh genitnya yang bersalut sepasaang kurung sutera Korea yang bercorak abstrak berjalur rona merah samar dan putih dengan sebiji kerongsang bulat besar yang dia lekatkan dibahagian butang leher disandarkan ke wajah pintu yang terkaku. Baju kurung dan Jasmin Haifa memang tak seiring dari dahulu tapi demi ketuanya yang satu ini dia cuba sedaya upaya untuk menserasikan diri dengan kostum yang paling dia tidak gemar ini. Panaslah pakai baju kurung ini. Rimas sungguh! Macam kain kelambu sahaja. Tapi dia tak ada pilihan. Dia kena biasakan diri jugak dengan "kain kelambu" yang sangat merimaskan ini. Semuanya ini bersebab.


Bila dia dapat tahu daripada encik Malek yang ketuanya yang masih "kosong" ini rupa-rupanya sangat suka melihat perempuan melayu berbaju kurung, Jasmin sudah tukar kod pakaian di pejabat. Sekarang ini hari-hari dia pakai kain kelambu ini ke pejabat. Segala rasa tidak selesa dan rimas ditolak dalam longkang. Kata encik Malek tak payahlah nak payah baju tak cukup kain depan encik Thaqif ini kalau rasa boleh buat dia menoleh. Dia takkan pandang pun! Dia dah tengok yang lebih teruk daripada itu. Lebih teruk daripada pakaian singkat mingkat yang Jasmin Haifa selalu pakai ke pejabat sejak dahulu itu pun dah lali dengan mata encik Thaqif. Kata encik Malek lagi encik Thaqif dah tak larat nak tengok semua itu. Nak muntah katanya. Baik buka terus kalau dah alang-alang separuh bogel begitu. Itu kata encik Malek padanya tidak lama dahulu kala menegur dia berpakaian. 


Encik Thaqif? Dia memang tak pernah cakap jauh sekali menegur apa-apa pasal pakaian Jasmin. Kan ketuanya yang segak dan kacak ini lama bermastautin di tanah Ratu sebelum berpindah ke bumi Vancouver. Kalau nak bercakap tentang ketuanya yang sangat kacak ini, dia tu tidak dinafikan sangat baik orangnya. Humble sangat sangat! Jauh sangat beza dengan Tan Sri Tajuddin. Tan Sri tu ada sisi sombongnya walaupun tidak ketara di mata tapi Jasmin yang sudah bertahun "menjaga" Tan Sri, sangat kenal perangai bekas ketuanya itu. Tidak semua kakitangan boleh berjumpa dengannya. Dia tidak suka! Tapi encik Thaqif ini mudah orangnya. Tidak kisah dengan sesiapapun dia bertegur-sapa. Sampaikan pakcik guard dibawah sana pun dia boleh berbual. Kalau berselisih dengan pekerja pembersihan di pejabat ini, dia akan senyum dan angguk kepala. Cerewet? Takda langsung! Encik Thaqif memang tidak cerewet tapi satu sahaja yang Jasmin tidak suka.... Dia tu berat mulut sangat. Dia tu memang jarang sangat nak bercakap dengan Jasmin biarpun dia cuba juga cari cerita untuk dibualkan. Selalunya mati begitu sahaja ceritanya. Tidak bersambut.


Rambut lurus golden brown Jasmin yang mencecah bahu itu terurai ke kiri dan kanan kala dia  menggelengkan kepala. Tangan kanan ditekankan ke dada. Nafas yang turun naik seiring dengan rasa terkejut yang menerpa di hati saat sepasang kelopak matanya yang dihiasi gabungan tiga warna Lancome fashion capital  terkedu melihat apa yang terbentang didepan mata kala dia menolak pintu untuk masuk ke dalam bilik ketuanya ini. Tadinya dia masuk untuk melakukan rutin biasa. Nak pergi check tray kalau-kaau ada surat, dokumen atau fail yang diletakkan ketuanya itu semalam selepas dia balik. Tapi sebaik sahaja di pulas tombol dia langsung terkejut melihat apa yang terbentang didepan mata. Minda cuba mencerna maklumat. Gagal. Issy, apasal pulak encik Thaqif tetiba buat benda tu ek.  Lagipun sekarang waktu apa...waktu yang itu kan dah lepas. Waktu satu lagi kan lambat lagi. Apa pulak yang dia buat tu. Sebelum sebelum ni takder pun! Langkah kaki diatur longlai menuju ke meja kerja yang berjarak lebih kurang sepuluh langkah didepan. Dihempaskan tubuh pada kerusi baldu biru gelap seraya melepaskan nafas perlahan. Jari telunjuk diketuk di atas bibir. Mata masih dihala pada pintu kayu bervarnis coklat gelap yang tertutup rapat dihadapan.


"Kenapa kak Jasmine?" Nina memecah sunyi. Nina memang kena panggil ketuanya ni dengan ejaan nama yang ditambah "e" dibelakang. Itu yang kak Jasmine pesan pada hari pertama dia datang melapor diri di sini. Bukannya apa, nampaklah macam nama omputih kan. Yelah kak Jasmine ni kan perasan minah salleh. Dengan pakaian yang tak cukup benang dan kain dia, ditambah dengan rambut karat yang berkilau tu, issy memanglah berbulu biji mata. Menyampah tu dah tepu dalam hati tapi dia kunci rapat-rapat. Tak berani Nina nak luahkan. Yelah, kak Jasmine ni kan garangnya macam singa baru lepas beranak.  Janganlah cuba cari pasal dengan dia. Nahas nanti! Tapi semenjak dua menjak ni kak Jasmine dah tukar format berpakaian. Asyik berbaju kurung je. Dahulu dialah makhluk yang paling rajin mengutuk sesiapa yang berbaju kurung. Paling dia suka kutuk tentu la kak TJ..eh eh lupa, sekarang kena panggil kak  TJ2. Yelah kak TJ2 tu kan hari-hari pakai baju kurung. Kurung kapas lagi! Nina suka sangat tengok. Comel aje... yelah kak TJ2 tu pun memang comel dan cantik orangnya, tapi kata kak Jasmine buruk! macam kain kelambu berjalan. Kembang aje! Sah-sah dengki kan...


Nina tengok kak Jasmine masih diam. Tapi muka berkerut. Jari pulak dia ketuk-ketuk kat mulut. Ada apa sebenarnya ni ek..Mata bulat Nina masih tidak lepas memandang wajah disebelah. Kak Jasmine ni sebenarnya nampak apa tadi dalam bilik encik Qif? Hantu ke? Muka dah pelik semacam aje ni. Memang dia sedari tadi pelik juga melihat kak Jasmine tersandar di depan bilik encik Qif. Siap dengan muka pelik sambil letak tangan di dada. Rupa macam orang terkejut beruk pun ada. Tapi pasal apa ek? Selalunya pagi-pagi macam ni kak Jasmin akan masuk check tray dalam bilik dan update encik Qif tentang jadual temujanji bersama clients. Itu memang kerja rutin kak Jasmine setiap pagi. Selalunya kak Jasmine kalau masuk mesti dalam setengah jam. Encik Qif itu akan brief kak Jasmine selengkap-lengkapnya tentang kerja-kerja yang dia mahu kak Jasmine buat. Encik Qif tu bukan pesen boss yang main arah dan main lempar aje kertas dalam tray. Dia tu tertib dan bersopan. Bagusnya mak bapak dia kan..tapi kata kak Jasmine, daddy encik Qif; Tan Sri Tajuddin tu tak langsung macam encik Qif. Macam langit dengan bumi!


"Nina..." Mata Nina terkebil saat suara kak Jasmine singgah di telinga. Segala yang dia khayalkan tadi terus hilang. Tangan Jasmine yang menepuk lengannya membuatkan tubuh yang tersandar di kerusi empuk biru gelap ini spontan menegak. Yelah, mana tau kak Jasmine sedang marah pulak sebab nampak dia sedang berkhayal tadi.


"saya, kak Jasmine."


"encik Qif tu aku rasa ikut ajaran sesat."


Dahi Nina berkerut. Ajaran sesat?


"Haa? Ajaran sesat yang macammana pulak?"


Jasmine sua pergelangan tangan pada Nina. Mata Nina terkebil-kebil. Apahal pulak ni?


"kau tengok jam aku...pukul berapa sekarang?"


Mata Nina jatuh pada Gucci bulat di pergelangan tangan kiri kak Jasmine yang putih. "9.20 pagi." 


Nina tengok kak Jasmine alih pandangan ke arah pintu encik Qif. Lama matanya jatuh disitu sebelum kembali memandang Nina. Hati Nina berdetik rasa pelik. Kak Jasmine tak pernah pulak berperangai luar alam macam ni. Kalau dia nak cakap apa-apa atau bagi arahan suruh buat apa-apa dia akan cakap terus sahaja pada Nina. Tak payah tengok kiri kanan. Direct aje dia cakap dengan suara dia yang kengkadang menyakitkan jiwa tu. Tapi sekarang ni apahal pulak kena tengok pintu encik Qif dulu. Takut encik Qif dengar ker?


"orang sembahyang subuh awal-awal pagi kan...dalam pukul 5 lebih tu kan."


Nina angguk. " iye, kak Jasmine."


"tau tak tadi aku tengok encik Qif tengah sembahyang masa nak masuk bilik dia. Terkejut sungguh aku. Mana ada orang sembahyang subuh pukul 9 lebih macam ni kan.  Sah-sah dia ikut ajaran tah hapahapa tu. Kan sekarang ni macam-macam ajaran pelik-pelik. Sekarang ni aku perasan dia pun sama pelik. Ada sekali tu masa kau cuti, aku masuk bilik dia tengok ada macam-macam buku  agama atas rak kayu kat belakang kerusi dia tu. Aku dapat agak encik Qif mesti tengah menuntut ilmu bukan-bukan . Issy, menakutkan betul la boss kita tu kebelakangan ni."


Nina geleng kepala. Kak Jasmine ni memanglah cetek pengetahuan agama. Apa pulak yang ajaran sesatnya. Dia tu yang sesat..huh! Sah-sah kak Jasmine ni tak pernah tahu sembahyang apa yang sedang encik Qif buat tadi yang dia nampak tuh. Bodoh betul perempuan sekor nih! Lain kali tanya la orang dahulu. Jangan la main lompat jer tuduh orang macam ni. Nasib baik encik Qif tak dengar. Kalau tak, sah-sah kena tazkirah. Malu aje nanti!


Nina hela nafas dalam dalam. Wajah kak Jasmine yang masih berkerut dahinya ditatap. Walaupun Nina tahu dia pun bukanlah spesies perempuan yang warak atau kaki sembahyang tapi dia tahu juga sedikit pasal jenis-jenis solat sunat sebab dahulu masa kecil dia tinggal dengan arwah opah sebelum mama dan ayah ambil dia semua untuk tinggal di Ipoh selepas opah meninggal dunia. Selalu dia tengok arwah opah solat pagi. Dan dia selalu jugak ikut solat bersama arwah opah. Bila Nina tanya, arwah opah cakap itu solat sunat yang selalu nabi kita buat. Malah kata arwah opah lagi, solat sunat yang itu antara tiga wasiat nabi pada kita umatnya supaya jangan di tinggalkan. Yang dua lagi tu dia lupa dah. Arwah opah memang ada cakap. Nanti-nantilah dia cuba ingat balik.


"Encik Qif tu buat sembahyang sunat dhuha, kak Jasmine."


Jasmine bulat memandang Nina yang juga sedang melontar renungan padanya. "sembahyang sunat dhuha? Sembahyang apa tuh? Tak pernah dengar pun." Kak Jasmine dia lihat buat muka pelik. Bongok betul dia nih! Nina diam. Nafas sekali lagi dihela dalam dalam. Dia masih belum lupa apa yang arwah opah beritahu dahulu. "Kata arwah opah Nina dulu, kita memang elok mulakan hari dengan solat sunat dhuha. Mintak Allah murahkan rezeki kita pada hari ini. Mintak Allah lapangkan dan luaskan pintu rezeki kita. Eloklah tu kak Jasmine. Encik Qif mulakan hari dia di pejabat ini dengan mintak kemurahan dan keberkatan rezeki daripada Allah. Murah rezeki dia, murahlah rezeki kita kan." Nina cuba tabur senyum.


Jasmin tersenyum sinis seraya melontar pandangan pada Nina." Dah nak jadi alim la sangat tuh. Eh Nina, kau ingat kalau setakat sembahyang jer, boleh untung berbillion-billion ke. Buang masa!" Jasmin pusing tubuh mengadap IBM dihadapan. Jari-jemari kasar dihempaskan pada papan kekunci. Nina yang membelakangi mengerut dahi. Apa kes pulak perempuan ni nak meroyan tak tentu pasal. Encik Qif tu solat ada kacau dia ker? Sengal ganda dua betul!


* * * * * * *
"Teja.."


 Mata yang melekat di skrin empat segi dihadapan berkalih sekilas kesebelah."yup..."


"saya dah boleh sikit-sikit solat dhuha.  Merangkak-rangkak juga baca surah yang abah awak cakapkan tu. Baca lambat-lambat sangat sebab takut salah. Baca tahiyat tu pun sama."


 "bagus bagus..alhamdulillah." Senyum sambil kedua-dua tapak tangan bergabung. Kuat.


"Tapi saya rasa macam worried jugak. Kalau baca lambat-lambat dan merangkak-rangkak macam tu, Allah terima tak solat saya, awak?"


Teja senyum manis. Pandangan mata kedua-dua bertembung. Thaqif jugak senyum. Awak, boleh tak awak jangan senyum lebih-lebih kat saya. Lesung pipit dua ketul awak yang sangat dalam tu tersangat-sangatlah membuatkan jantung saya ni macam nak terkeluar dari sarungnya tau tak. Awak ni kan Man alahai...kenapa la lemak manis dan berkrim sangat ek. 

"awak?"


Teja berdehem perlahan sambil menggosok kerongkong. Sah-sah cover la tu kan, Teja sebab terkantoi dengan Man yang perasan mata kau tu tenung muka dia tak berkelip. Eei dia ni, sibuk aah..orang pandang dia jer la!


"Eer..Takper, perlahan-lahan. Yang penting, Allah tahu niat awak. Eh, awak solat kat surau ye. Ramai tak orang solat pagi-pagi?"


"eer...ha'ah. Ada la jugak." Thaqif telan air liur. Suapan nasi lemak yang terbentang di depan mata diteruskan.

Teja angguk kepala. Senyum lagi. Ada rasa gembira yang mekar dalam hati. Lelaki ini sudah sangat bagus perkembangannya. Makin bertambah elok cara dia mengaji dan solat. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki tapi sudah dikira bagus untuk tahap seperti dia. Kata abah hati Man ni terang. Cepat dapat apa yang kita cakap. Cepat tangkap apa yang diajar. Sebab tu dia dalam masa dua bulan sahaja sudah pindah baca alif lam minn. Naik al-quran. Teja seronok sangat masa tuh. Siap buat pulut kuning dengan rendang ayam plus telur rebus yang diikat pada bunga pahar macam orang kahwin tu untuk Man. Eh, jangan nak tuduh Teja gedik terlebih voltan ek, Man yang mintak tolong Teja masakkan semua tu tau. Bukan Teja yang offer ek. Dia cakap untuk sedekah pada semua budak-budak mengaji kat rumah abah. Jiran-jiran pun dapat. Man bagi duit. Banyak pulak tuh!


Kata abah Man ni memang budak pandai. Pandai betul. Heran jugak Teja. Biskut lemak berkrim yang spesies pandai-pandai macam Man ni,ditambah dengan rupa segak kenapalah kerja jadi despatch aje ek. Tapi tapi kan..dia ni, nampak aje kerja despatch tau, tapi kalau tengok pakaian dia, mak aai semuanya berjenama. Yelah walaupun Teja ni bukan pandai sangat part part ni, mata Teja ni tahu jugak menilai antara yang mahal dengan yang tidak. Koleksi baju dia terutama warna yang paling Teja tak gemar tuh punyalah banyak giler.  Lagi satu dan yang paling-paling Teja musykil daripada mula tentang dia nih ada sesuatu yang nak sangat Teja tanya pada si sirap bandung nih. Tapi Teja taknaklah tanya masa mula-mula dulu sebab baru kenal sangat kan. Nanti Man ingat Teja ni spesies perempuan kepocih pulak. Issy, habislah imej anggun Teja nanti. Haru weh!


Dari mula dahulu Teja dah cuak dan pelik dengan Man ni tapi simpan saje dalam hati. Tu Ducati yang dia tunggang setiap hari tu. Siap dengan jaket dengan helmet satu jenama. Mahal giler tuh! Harga mahu sebiji kete. Takkan la keje macam ni boleh bawak motor macam tu kan. Tu Kawasaki Ninja gedabak yang dia bawak masa mula-mula datang mengaji. Tu pun bukan calang calang duit. Teja agaklah dia ni mesti bukan dari golongan orang-orang bawahan macam Teja. Entah-entah dia ni anak orang kaya...tapi lari daripada rumah sebab kena paksa kahwin dengan pilihan mak bapak dia. Dah tu bila dia lari, mesti mak bapak dia potong semua elaun dan duit poket bagai. Jadinya untuk teruskan hidup, dia buatlah apa-apa kerja kan. Itu teori Teja la kan. Tapi alang-alang dah ada peluang hari ni, baik tanya terus kan.


"Man.."


"hmmm..."


"awak ni sebenarnya anak orang kaya kan?"


Thaqif yang baru selesai mencuci tangan dari bekas air basuh tangan yang Teja sediakan memandang ke arah Teja dihadapan. Bibir menguntum senyum. Sehelai tisu dari kotak yang terletak di tepi meja kerja Teja dicapai. Dilapkan pada tapak tangan kanan. 


"mana awak tahu saya anak orang kaya? Ada tulis ye kat muka saya ni,hmmm."


Teja mencebik. Sekeping fail dicapai lalu diacah untuk dilemparkan pada Thaqif. Lelaki dihadapannya ini ketawa lembut.


"awak ingat saya ni ngok sangat ek. Tengok motor awak, tengok baju-baju yang awak pakai..tu tu..." Jari jemari Teja menghala pada pergelangan kiri Man. ".. jam awak tu...bukan kelas-kelas orang macam saya laa. Sah-sah awak ni anak orang berada. Entah entah kerabat ker. Baik awak mengaku, Man. Kalau tidak..."


"kalau tidak awak nak buat apa dengan saya, hmmm..."


Teja bulatkan mata ke arah lelaki dihadapan yang sedang melontar senyum. Eei, dia ni, senyum senyum pulak. Orang tengah serius ok! "Lebam mata awak nanti, Man. Awak belum kena lagi penumbuk sulung saya ni. Jangan memain ek. Saya ni ada aura serikandi tau!"


Pecah ketawa Thaqif. Kepala menggeleng..Teja..Teja.


Jeda seketika. Ketawa Thaqif masih bersisa. Teja jeling terus. Gelak laa...takper, nanti kalau kena penumbuk sulung saya ni, memang masuk wad kelas tiga kat HKL awak  tau! Teja oooi, sanggup ke kau nak tumbuk si biskut lemak manis berkrim nih. Tak menyesal nanti muka handsome giler dia ni jadi lebam dek penumbuk kau tu. 


Ala, orang acah jer la, issy!

"kalau saya orang kaya, kenapa pulak saya keje despatch macam ni? Baik saya keje dengan  syarikat dadd..err..bapak saya saje."


"awak tu entah-entah lari daripada rumah."


Thaqif cuba tahan ketawa.


"lari daripada rumah? Kenapa pulak saya lari daripada rumah? Dah saya anak orang kaya kan..buat apa pulak nak lari daripada rumah."


"sebab...sebab awak kena kawin paksa dengan pilihan mak bapak awak. Perempuan tu pulak stok  minah gedik yang buat awak pengsan masa first time jumpa dia dan awak tau awak akan merana seumur hidup kalau awak kawin dengan dia...jadi baik awak lari."


Ketawa Thaqif terburai. Kuat. Bergema. Teja gigit bibir. Dia nih, issy!

12 comments:

eca a sassin said...

Hahahahhaha...lawak giler n3 ni,,,,,,cayalahhhhhh!!!!!! Nak lagiiiiii

purple_heart said...

Lawak ah teja ni.. Thaqif ni pun sweet je.. Huhu

mizz acu said...

Ekekekee... Teja2.. Herm!
Bila man nek berterus terang nni?
Erks.. Sian jasmin.. Dah la bodo.. Bebai plakk tu! Hermm..
Man da pandai smyg.. Alhamdulillah ;)

aqilah said...

besttttttttttttt tapi bila teja nak tahu who is the real MAN?????
tak sabar tunggu part tu!!!!!! lagi-lagi part minah gedik tu dapat tahu yg jejaka idamannya dah syok kat tj2........followwwwwwwwwwwwww

aqilah said...

besttttttttttttt tapi bila teja nak tahu who is the real MAN?????
tak sabar tunggu part tu!!!!!! lagi-lagi part minah gedik tu dapat tahu yg jejaka idamannya dah syok kat tj2........followwwwwwwwwwwwww

sara said...

Hahahaha best sgt nak lagi plez

idA said...

pergh..tergelak akak baca E3 ni..polosnya minah ni..dan yg kelakarnya boleh dia buat teori dia sendiri mengenai mamat poyo tu..apa ek perasaan dia bila dia dpt tahu yg dia kutuk kaw kaw tu owner of d company merangkap bos besar dia..weyh..mau hlang akal di buatnya..kan...
APa ek jawapan man pada soalan yg amatlah mengarutnya dari minah polos Teja tu..ek..

ezz an said...

hahaha.....tahap imaginasi terbaekklah si Teja nie.....manalah tak kena gelak ngan si Man tu.....cheq nie pun sakit perut ketawa bila baca....Teja.....Teja.....

IVORYGINGER said...

hahahaha... xtahan la dgn Teja ni. Mcm2x perangai dia. ustazah sempoi ni. mn nk cari yg satu2x nya mcm ni kan Thaqif??? he... ;D
Tipu la kan klu tak tlajak perasaan tu. ;D
apa la reaksi jane nnti bila nmpk Thaqif dgn Teja hasil skodeng dia tu. xsabar la nk baca entry seterusnya dr KUCC. Mmg tbaik. Sy ni tahan diri simpan episode bnyk ckit br nk baca. mmg hasilnya mengagumkan n terbaik antara tbaik. Sgt menyentuh hati. Hampir kepada kisah hidup sy yg masih tercari2x cahaya kehidupan. Harap ceta ini akan menjadi sebuah kekuatan yg menggalakkan sapa2x yg ingin berubah ke jalan Nya akan terus terbuka hati. Amin... sikap Teja n pcik yg menerima Thaqif seadanya mmg sy salut la. ini lah org2x yg akan terus sabar dlm mngajar n bkongsi segala ilmu agama. Harap ramai lah yg dilluar sn yg begini sudi mhulur bantuan pd yg ingin belajar. Amin..

Adam said...

bila teja nak tanya man perihal "merah jambu" tue... tak sabarnya

sue said...

Kalau kak sue yang kenal Teja dulu mahu terus jatuh hati .... sebab perwatakan dan cara Teja buat kita selalu nak bersama dengannya.... kalau x percaya cuba tanya dengan man.... betul x Man????.... kan betul man jawab ya.... hati man dah jatuh tergolek-golek dengan cara Teja .....
Cara Teja yang x pernah jemu mengajar Man tentang Solat dan banyak lagi buat Man bertambah sayang kerana AGAMA NYA .... Insyallah..... Man bila nak berterus terang... nak tunggu Teja tahu dari orang lain atau tunggu rahsia dah pecah baru nak memperbetulkan keadaan....

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...