Friday, July 27, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 22


Bab 22

Enjin Kriss dimatikan dan perlahan-lahan kunci ditarik dari punatnya. Mata Teja bergerak cergas melihat disekitar parkir B5 yang masih lengang. Tangan laju sahaja menanggalkan helmet Jerman daripada kepala yang tersarung tudung bawal merah delima yang dipadankan dengan kurung kapas bertanah putih dan bercorak bunga halus berwarna merah samar. Ditoleh mata pada pergelangan kanan. 6.35 pagi. Teja seluk poket baju kurung. Nokia zaman Jepun dikeluarkan lalu dipandang skrin kekuningan yang dikata abang chik tak mengancam deria langsung. Takder? Hikhikhik. Bibir ukir senyum lebar. Yes! sah sirap bandung tak sampai lagi nih. Kalau dah sampai mesti dia missed call Teja dan cakap dia dah ada tunggu kat depan lobi. 

Tangan kanan menumbuk langit beberapa kali sebagai meraikan rasa seronok yang diluahkan secara terang-terangan. Teja masih mengekalkan kejuaraan dalam perlumbaan siapa sampai dulu di pejabat untuk kesekian kalinya minggu ini. Sebenarnya dia dan Man selalu sahaja berebut cakap diri masing-masing yang selalu sampai dahulu dan patut dapat award pekerja terawal datang ke pejabat tiap hari. Ala, macamlah boleh dapat piala kan. Tapi Man cakap mana tau kut kut kat sini ada cctv dan rekod perakam waktu. Benda tu nanti akan digunakan sebagai bukti oleh tuan CEO yang baru tu yang tetiba pulak nak bagi hadiah bulanan pada pekerja yang paling awal datang ke pejabat sebagi motivasi pada seluruh staff di Kiara Arena. Teja kata kalau tuan CEO tu nak buat hadiah  macam tu sah-sah Teja yang bolot tiap bulan. Teja kan pekerja mithali di Kiara Arena nih. Man senyum jer. Sah-sah senyum nak gelakkan Teja. Rasa nak debik jer dia masa tuh kalau tak ingatkan dia tu boyfriend Teja. Amboi Teja kemain ganas ye. Eh, tapikan sedap jer bunyi ayat tu. Apa..apa? Cuba ulang. Sayang jugak kau kat si sirap bandung nih ek Teja. Eh mestilah. Siapa pulak tak sayang boyfriend ooi..lagi-lagi boyfriend yang jatuh ke riba macam durian spesies Musang King nih. Man cakap belum tentu Teja yang akan bolot nanti sebab dia pun selalu awal juga. Ok, Teja cakap dia on jer. Kita tengok siapa yang awal nanti. Siapa yang awal kena tunggu kat lobi. Cer tengok, dengan Teja pun dia nak bertanding. Sengaja jer tu...sebenarnya nak kenen, mana ada Teja, Man pun ada. Teja tahu jer niat dalam kepala Man. Awak, awak ni mana saya ada, awak pun mesti nak ada kat situ jugak kan. Eleh, baik ngaku. Saya tau lah saya ni cun jadi awak takut nanti biskut-biskut lemak berkrim lain ngorat saya. Kan?

Teja, boleh tak kau jangan perasan tahap Sitadewi nih. Tau tak orang nak muntah biru ler. Huh!

Manader..dengki la tu! 

Mata dan kepala serentak menoleh pada cermin sisi motor. Jari jemari digerakkan pada wajah.  Dipusingkan pipi ke kiri dan kanan pada cermin. Mahu melihat jika ada sebarang kekotoran yang terlekat sewaktu dalam perjalanan daripada rumah ke pejabat tadi. 

"Orait. Cun baek punya, Teja."  Tangan meraup kepala memperkemaskan kedudukan tudung yang sedikit kucar-kacir kesan daripada helmet yang dipakai.

" yup...dah cantik sangat tu." Suara yang tiba-tiba menyapa dari kebisuan di kawasan parkir membuatkan Teja tersentak. 

Oit! suara macam kenal jer. Tapi..apsal macam kasar pulak ek.

"siapa tu haa?"

Jeda.

"eh, takder mulut la pulak."

Masih jeda.

Kening Teja naik 90 darjah. Tubuh kurus lampai melangkahi badan Kriss. Kepala menoleh ke kiri dan kanan mencari arah suara yang menyapa. Dahi berkerut. Ni apa kes yang tegur orang tapi nyorok belakang tiang lak. Ingat nak main-aci-aci ker kat parkir ni. Nak main aci-aci pergi cari pintu laa! Ada jer yang nak kena sembur ngan aku pepagi alam nih. Teja cekak pinggang. Bibir diketap.

"Eh mangkuk..jangan nak main-main ek. Baik keluar sekarang..kalau tak..."

Mangkuk? She call me MANGKUK!!! Oh Goodness, Teja. How could you call me with that word, dear. Bibir diketap menahan tawa yang sudah pecah didalam dada. Kepala menggeleng perlahan. Mata dan tubuh yang terselindung disebalik tembok di kiri tidak jauh dari lot parkir Teja dihala ke arah susuk tubuh yang comel berbaju kurung kapas bunga merah samar. Sungguh, dia tidak pernah buat perkara-perkara begini seumur hidupnya. Tapi entah sejak kenal Teja, ada sahaja benda-benda pelik dan luar alam yang dia buat dan dia sangat enjoy melakukannya lebih-lebih lagi apa yang dia tengah buat sekarang..haa luar alam tu ayat favourite Teja yang dia pinjam. Thaqif memang suka sekali guna ayat itu sekarang. Dan sekarang dia memang tengah buat benda luar alam bagi dirinya. Dia mana pernah menyakat orang dengan menyorok di belakang tembok macam ni. Lagi-lagi menyakat perempuan. Gila. Memang gila! Kalaulah mummy tahu apa yang sedang dia lakukan, Thaqif seakan dapat membayangkan apa yang akan terluah dari bibir mummynya itu. 

Kepala menjenguk sedikit memandang pada susuk tubuh yang sedang bercekak pinggang. Susahnya mahu menahan ketawa melihat apa yang terhidang didepan mata. "kalau tak, apa..." Sengaja dikeraskan suara. Dalam dada, ketawa sudah meledak. 

Mat Teja meliar. Kiri dan kanan. Issy, nak main-main nyorok sungguh dengan aku ek mangkuk ayan karat nih. Jaga! Beg yang diselempang di tubuh ditarik ketat. "kalau nak rasa tulang tu bersepai cubalah main-main dengan aku. Apa, dengan perempuan pun takut ker. Meh la keluar kalau berani. Apa barang main aci-aci nyorok kat sini. Ingat aku aci ker haa??? Tak boleh beza ke aci dengan awek cun macam aku nih. Rabun warna ganda dua belas betul!"

Terburai ketawa Thaqif dari balik tembok. Bergema. Mata Teja melilau mencari arah bunyi ketawa. Mata dipicingkan ke arah tembok dihadapan. Bibir diketap. Kalau Teja tahu sapa punya keje ni, jaga ek. Memang kau patah seribu pagi ni kena belasah dengan Tun Teja. Kau tak tau, kau kacau salah orang. Aku ni ada darah serikandi. Aku cuma taknak tunjuk jer. Aku guna waktu kecemasan aje..macam sekarang nih. Haa, kau memang cari nahas tau dengan aku pagi nih. Kalau kau wassalam, jangan cuba nak tuntut apa-apa kat aku ek. Aku..aku cuma mempertahankan diri aje. Kau yang kacau aku. Kau yang mula dulu ek.

Teja hela nafas. " weh mangkuk..keluar. Jangan nak sembunyi belakang tembok tu. Sebelum kau kena belasah dengan aku, baik keluar."

Perlahan-lahan dibawa tubuh keluar dari persembunyian sambil langkah dihayun ke arah Teja yang tidak jauh dihadapan.

Mata Teja bulat. Cis! Dia rupanya. Nak menakutkan orang kunun. Apa barang main aci-aci kat parkir motor. Mangkuk betul dia nih tau!

Teja, tu boyfriend kau.

Tahu.

Dah tu kau panggil dia mangkuk tadi apahal. Teruk la kau nih, Teja...

Eh, ye ker? Alamak! Boleh kensel tak ek..


Teja hulur kesemua lima plastik kuning yang sarat dengan bekas-bekas  plastik empat segi berisi kuih dan bee hoon goreng yang dipesan kak Zie semalam kepada Man yang berdiri dihadapan."haa, bawak." Mata dijunamkan pada wajah kacak didepan yang tersenyum manis. Jangan nak jual senyum manis ek. Saya taknak beli... nanti kena diabetes.  

Thaqif senyum sambil tangan sambut lima plastik yang dihulur. "denda saya la ni ye."

Teja sengih. "tau tak per encik Man. Angkat cepat."

"garangnya awak."

Dah dah, jangan nak cuba provok. Tak lut der kat saya. Jom jalan. Kata semalam nak makan bee hoon panas-panas kan." Teja  hayun langkah yang sengaja dilenggangkan ke arah pintu lif.

Thaqif mengekori laju daripada belakang. "berat ni. Macam nak dera saya aje awak nih. Awak, tolonglah sama."

Langkah Teja terhenti. Dipusing tubuh memandang ke arah Man dibelakang. "mengada la awak nih. Sikit macam tu pun dah kata berat. Bukannya kena jinjing balak pun."

"ni kan actually a combination dera dan seksa tau. Tak kesian ke kat saya."

Teja cebik. "lain kali awak buat lagi macam tadi ek, saya suruh jer awak pikul Kriss saya tu pulak ye. Lagi best kan." Teja angkat kening. Sengih terus disulam. Langkah terus disusun ke pintu lif semula meninggalkan Man dibelakang.  Thaqif geleng kepala. Senyum. Mata jatuh pada kelima-lima plastik yang dijinjing di tangan kanan dan kiri. Kepala sedang memikirkan sesuatu. Teja turun tangga flat dari tingkat empat bawak lima plastik ni sendiri tadi. Dan hari-hari dia lakukan sendiri sejak bertahun dahulu. Thaqif geleng kepala.Teja, awak makan apa ye jadi kuat macam nih. Tengok badan sekeping aje.

"awak..cepat aar. Apa yang termenung tu. Nak main aci-aci ker. Aci takder laa pagi-pagi nih. Dia start keje kul 8 nanti." Suara Teja yang melaung perlahan sambil melambai tangan dari arah pintu pantas menerbangkan segala khayalan Thaqif. Langkah Thaqif dibuka luas dan laju.

Tangan Teja yang menaip di papan kekunci terhenti. Mata ditala pada wajah putih bersih yang nampak sangat segak berkemeja putih berjalur merah samar yang sedang takzim dan sopan menyuap bee hoon goreng yang dia pesan daripada Teja semalam. Sedondon pulak mereka berdua hari ini kan. Awak, awak boleh baca fikiran saya ek. Hati sempat berbisik dan tersenyum.

"Awak nak cuti tiga hari?"

Thaqif angguk. Bee hoon yang disuap sejak tadi perlahan dikunyah. Sudah dua kali dia tambah. Sedapnya! Kenapa mak Leha pun tak pernah goreng bee hoon sedap macam nih ye. Teja dear, boleh tak awak ajar mak Leha goreng been hoon yang tersedap pernah saya rasa macam nih. Awak ni semua awak masak sedap. Tangan awak ni ada majik ye.

"awak nak gi mana?"

Thaqif tersentak."err...sorry. Apa awak cakap."

"saya tanya... awak cuti tiga hari tu nak gi mana."

"Ooo...hmmm...balik kampung. Yes, saya nak balik kampung."

"balik kampung?" Kening Teja terangkat sedikit. " Mana tuh?"

"UK...United Kingdom." Thaqif angkat muka seraya tersenyum sambil mengenyit mata.

Teja jeling.  Penumbuk dihala pada Man. UK la sangat ek. Tah tah Ulu Klang jer. Saje la tu nak mengenakan orang. Takper. Kita tengok ye siapa yang kena ye, bro!

"Awak nak balik UK ye."

Thaqif angguk. Senyum manis dilemparkan pada Teja yang tunak memandang.

Teja balas senyum. Senyum tu manis semacam jer. Sah tengah bergolek dalam hati gelakkan orang kan. Jaga awak ye.

 "Wow, mesti gempak kan kampung kat UK tuh. Perrghh!"

Thaqif yang baru selesai suapan terakhir mengangguk kepala lagi. Gelas air putih yang dia minta daripada Teja tadi disua ke bibir. Lafaz bismillah teralun lembut. Diteguk perlahan.

"Saya nak kirim boleh?"

Thaqif angguk lagi. Senyum. "just name it,hmmm."

Amboi amboi..eksen ye. Nanti, jaga awak ye man sirap bandung. Nak main-main kan saya ek. Teja tidak mahu tanya banyak-banyak pada Man. Mungkin betul lelaki ni balik kampung atau ada urusan peribadi lain. Teja tidak mahu sibuk-sibuk yang berlebihan. Dia tidak mahu Man nanti akan cop dia sebagai perempuan yang banyak soal. Huh, bahaya tu. Kan lelaki tak suka perempuan yang banyak tanya macam-macam. Betul kan?

"kirim salam saya kat Queen Elizabeth. Nanti awak pose depan istana Buckingham tu tau sebagai simbol awak dah sampaikan salam saya pada dia. Mesti tau. Saya nak tengok. Pose baek punyer. Lepas tu awak pose ala-ala Titanic kat London bridge sama. Mesti angkat tangan macam Leonardo De Caprio buat tu. Dan last sekali... " Teja sengih lebar.

Thaqif ketawa kecil. "banyaknya kirim.."

"ala..baru tiga. Karang saya tambah lagi 27 kiriman baru tau. Nak?" Man dilihat angkat dua-dua tangan sambil senyum. Ala-ala nak cakap. Ok, Teja you menang. Yes!

"saya nak awak belikan saya salah satu ikon London yang sangat terkenal. Saya nak sangat benda tu tau."

Thaqif angkat kening. "apa tuh,hmmm."

"Bas double-decker merah tu laa. Saya nak awak beli yang jual kat kedai di Muzium London tau. Saya ada baca kat mana tah, dekat-dekat muzium tu ada kedai jual cenderamata. Saya nak resit dia sama tau. Saya nak simpan tu wat kenangan. Tak dapat pergi, dapat simpan replika bus ngan resit dari London pun jadilah kan."  Teja senyum dalam hati. Nak kenakan saya sangat kan. Haa, kita tengok nanti ye bila awak balik dari kampung awak kat UK tu. Kalau tak dapat resit tu, jaga awak ye. Sah-sah saya karate awak, Man. Tak kiralah awak boyfriend saya ker haper. 

Thaqif senyum. Tak percaya ye saya nak ke sana. Well...I'll get you more then that, dear. Just wait and see okay. "mana tau suatu hari nanti awak akan jejak benua sana. Nasib dan rezeki orang kita tak tahu kan."

Teja senyum. "insyaallah. Awak doa-doakan untuk saya dapat jejak bumi London ye."

"bukan patut kita doa sama-sama ke. Awak doa untuk saya...dan saya doa untuk awak."

Teja angkat kening.

"maksud awak?"

Thaqif ketawa.

"eh, apa ni. Ketawa pulak. Sah la tu nak kenakan saya. Awak ni..eei nak kena ek. Baik cakap cepat. Tak sudah sudah nak sakat saya hari ni kan." Teja ketap gigi. Pen ditepi meja dicapai lalu diketuk kuat pada lengan Man. Berkali-kali. Geram sangat melihat reaksi bersahaja lelaki ini. Dan ketawa lelaki ni makin tinggi dan bergema. Aish, ketawa kuat pepagi buta ni ingat elok ke haa. Rezeki lari tau!

Ketawa Thaqif masih belum usai sisanya bila dia tengok jelingan Teja. 

"saya nak cakap...kan elok kita doa yang kita berdua dapat ke sana...awak dan saya ke sana. Awak taknak ke jejak bumi United Kingdom dengan saya,hmmm." Thaqif lontar senyum manis yang sangat dalam maknanya. 

Teja tatap wajah Man. Tidak berkelip. Jeda. 

Aku....dengan dia...gi UK? Berdua jer? Biar betul sirap bandung nih!!

* * * * * * *
"bro.."

Jemari yang pantas menari di atas papan kekunci Apple masih tidak berganjak. "hmmm..."

"kau dah cakap dengan dia.."

Thaqif pandang ke arah wajah yang takzim duduk dihadapannya."cakap? dia? siapa?.."

Mike geleng kepala. Fail putih tebal ditangan yang selesai disemak diletakkan semula di atas meja Thaqif.

"kita nak ke UK tiga hari pasal projek dengan client kat sana tuh laa. Kau cakap dah ke belum dengan cik Teja terchenta kau tu. Mesti dia tanya pulak nanti kemana kau lesap tiga hari tak datang mengaji. Silence jer tanpa khabar berita. Sah nanti dia syak something. Kau bukan tak tahu cik kak tu. Karang dia skodeng kat mailing centre..masak kau. Pecah lobang. Mampus, bro. Dia tu tali pinggang hitam tau. Aku kuning jer baru."

Thaqif senyum. Seraut wajah polos terlayar di mata.

"aku cakap aku balik kampung."

Mike kerut kening. "Balik kampung. Apa punya reason tu,bro. Hilang akal apa kau. Eh, kau cakap balik kampung mana?"

Thaqif senyum lagi. Kali ni siap dengan bunga ketawa yang mula menguntum di bibir.

"aku cakap kat dia aku balik kampung. Kampung aku...kat UK...United Kingdom."

Mike tepuk dahi. Kepala laju menggeleng. Mata diangkat memandang pada Thaqif yang sedang tersengih dengan mulut yang seakan mahu memuntahkan ketawa. Kedua-duanya saling berpandangan sebelum ketawa mereka terburai.

8 comments:

mizz acu said...

Eiii... Makinn notti tau dua org nih.. Sian teja.. Nti bila teja dh tau.. Dia merajook setaun.. Br mati akai dua org ni ;p
Xsabo nak tggu tyme teja balas blk.. Kkikkikiki

budakonpius said...

Hah~ suke sgt..! Tiap ari tunggu n3 br.. Xpenah lar nk wat perkara luar alam cenggini..! Hehe.. Suke r citer ni.. Bile sy xpuas bc je.. Sy cr nvl dia idaman hati sbg pengganti.. Bak kate org yg tlh diadjust oleh sy.. "xdpt bc psl teja-thaqif, asma -jeffrey pown jd r.." x sbr nk bc ttg akmal plak... Huhu

Eijan said...

Wah...MrSB tu dah bagi hint lokasi bulan madu dia dan Teja nmpk...wah Teja pun dah pandai arah2 manja boifren dia tu ye......sweet aje brutal they all ni....hehehe kucc nape pendek sgt n3 ni.....cepat2 hupdate lg ye.....plezzzzzzz

putehberseri said...

KUCC-awesome giler!!!

nz lyna'im said...

boleh plak thaqif nir bergurau macam 2..hahahah uk ....harus pengsan tj nt ..

aida said...

So nice, so cute lah both of them, they really make laugh & smile sorang2 di sini ... can't wait for ur next entry .. kalau boleh hari2 buat new entry kan bagus .. Fr Aida "Perth"

sue said...

Sekarang Thaqif dah pandai sakat-sakat orang ya..... sebab belajar dengan Teja cara nak nakal-nakal lah ni.... tentu happy ya .... so sweet mereka berdua ni....

ImaNix said...

setuju ngan budakonpius!!!dh byk kali bc kt cni pon x penah busan2 dgn dorg nih...klo rindu kt man & teja, amik buku asma & jeff buat obat..ekekekekekeeeee

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...