Sunday, July 22, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 20

Bab 20

"jadi boyfriend bidan terjun awak?" 

Teja angguk kepala. Laju. Memek muka sehabis sedih dipamer. Tak kisah la kalau lelaki ni tengok muka dia nampak macam perempuan serabut . Yang utama misi mahu memancing simpati lelaki dihadapan yang macam tak der respon jer Teja tengok dari tadi. Sungguh, Man macam buat muka takder perasan pun. Isy..macammana nih! Teja sungguh tidak ada pilihan lain. Dia bukan sengaja mahu menyusahkan Man, tapi nak kata macammana kan..nasi dah jadi bubur. Pen marker merah sudahpun meninggalkan tandanya di motor itu. Eei, kenapalah semua ni jadi kat Teja. Benci betul! Tu la, sapa suruh gatal tangan gi conteng ayat jiwang kat motor tuh. Ni semua mamat motor merah tu punya pasal. Kalau Teja tahu sapa mamat tu, memang Teja nak karate jer dia. Bagi pukulan KO terus! Habis cerita. 

Man...awak tolonglah saya. Saya bukan sengaja laa nak suka-suka suruh awak buat keje ini tau. Saya pun tak sangka benda ni jadi besar dan berbelit pulak. Sampai ke pengetahuan si Mike pulak tuh. Nasib baik Mike tak panjangkan ke si Mahfuz lemau tu. Tidak, memang Teja akan wassalam kena bungkus dengan Mahfuz. Dah la si lemau tu semenjak dua menjak ni macam suke jer cari pasal dengan Teja. Entah apa jer si lemau tu. 

Saya yang salah? Eh, mana pulak. Mamat motor merah tu yang salah tau awak. Dia yang gatal parkir kat petak motor saya sapa suruh. Punya la luas kawasan parkir motor kat Basement 5 tu, yang dia ngada-ngada parkir tempat saya apa kes. Saya geram sangat masa tu. Sebab tu tangan saya ni tak sengaja TERtulis bende tu kat motor merah dia yang kebaboom tu. Awak, tolonglah saya awak!

Hanya lelaki ini yang dia rasa pilihan terbaik. Man ni stok jejaka gua yang terhindar dari sebarang anasir negatif yang bersepah kat Kiara Arena. Teja tahu la sebab selama beberapa bulan kenal Man, dia tahu lelaki ni memang jenis lelaki baik. Man ni mana pernah Teja dengar bercampur dengan mana-mana biskut lemak lemau kat pusat despatch tingkat 11 tu. Teja tahu itu sebab bila dia tanya dengan siapa Man selalu pergi makan, Man selalu cakap takder siapa..dia makan sorang-sorang jer. Mereka jarang dapat berjumpa selalu sebab pagi-pagi lagi sudah perlu keluar untuk menghantar dokumen-dokumen ke arah zon masing-masing. Walau diri lelaki ini ada sisi misterinya yang sehingga kini tidak terjawab, Teja tidak mahu ambil tau lagi. Dia tidak mahu sibuk tak tentu hala pasal hal peribadi lelaki ini. Satu hari nanti, pasti Man akan bukak mulut juga. Teja akan tunggu hari tu.

Man, awak nak tolong saya tak nih...Diam ajer dari tadi,isy!

Seharian dia dan Jane memikirkan siapa yang mahu dijadikan calon boyfriend bidan terjun Teja. Pecah kepala memikirkan pasal benda yang datang tiba-tiba tanpa bagi signal.  Ditambah pula dengan campurtangan si Mike yang bagai sengaja membuat provokasi versi sengaja menaikkan darah. Rasa macam nak tinju ajer muka si Mike tu kalau tak fikirkan Jane kat sebelah. Tak suka betul dengan idea tak boleh hadam si Mike tu. Ada ke patut dia suruh Teja offer jer si Lan Jawa, eksekutif IT yang mulut macam puaka gua batu belah batu bertangkup tu. Eei, selisih malaikat 44. Kalau jantan tu, baik tak payah. Bahana mulut dia nanti, satu Kiara Arena tau perkara ni. Mana Teja nak sorokkan muka. Kalau sampai ke telinga si hantu jamban angkut tu, lagilah melompat si itik seksi lagi gedik tu. Ada modal untuk Jasmin kenakan Teja kaw-kaw nanti. Lan Jawa tu awal-awal Teja dah masuk dalam tong recycle bin dan kemudian terus permanent delete. Tak ada runding-runding lagi. 

Malam tadi Teja rasa macam nak bukak mulut pasal benda ni kat Man tapi bila abah kata nak ajar pasal hukum Mad Lazim dan juga nak mantapkan 6 hukum tajwid yang awal-awal abah dah ajar kat lelaki ni, Teja tak jadi nak sampaikan permintaan. Abah cakap tajwid Man tak cukup mantap lagi, kena buat ulangkaji untuk bagi dia betul-betul bagus. Kata abah  Man ada kala masih keliru antara hukum Izhar Halki dengan Irfak Hakiki. Abah siap suruh Teja perhatikan sama masa Man buat ulangkaji. Tegur Man kalau bacaan dia ada yang sumbang. Bila Teja tengok Man bersungguh-sungguh, Teja langsung batalkan niat nak bukak mulut pasal benda ni. Teja taknak gangguan tumpuan Man sebab Teja tahu bila balik ke rumah nanti Man akan buat ulangkaji lagi. Man ni kalau nak tahu, memang buat rakaman dengan kamera video untuk setiap kelas mengaji yang dia ikut dengan abah sejak mula dulu. Man kata nanti balik dia akan mainkan semula rakaman itu dan buat latihan sendiri di rumah. Sungguh dia ikut apa yang Teja beritahu dahulu. Abah pun cakap yang sama jugak...kalau nak mengaji kena bertalaqqi, kena tengok gerak mulut guru bila dia mengaji. Itulah pasalnya si Man ni siap buat rakaman. Teja tahu memang dia bersungguh nak katam al-quran tahun ini.

Teja garu kepala. Mata memandang pada wajah Man yang asyik menikmati tepung pelita yang dia letak di tapak tangan. Macammana nih. Nak tolong ke tidak si Man nih. Muka selamba jer. Awak, tau tak saya tengah pening nih. Tolong aar..

Teja tarik nafas dalam-dalam. Man, saya tak kira. Awak kena tolong saya jugak. M-E-S-T-I ! Tidak, saya bakar nanti Ducati awak yang meletup tuh...

Kunyahan kuih tepung pelita yang baru sahaja masuk ke rongga terhenti. Thaqif simpul senyum. Dalam hati sudah melebar ketawa tapi dia kena kawal riak wajah agar tidak terkesan di mata Teja. Thaqif tahu Teja ni nampak sahaja selamba tapi dia cekap sekali menghidu kalau-kalau ada yang tak kena. Tengok air muka kita dan senyum dia sudah boleh agak.  Kalau dia tahu sah-sah kena sembur peluru penabur. Teja bukan kira siapa. Dan Thaqif rasa dia juga tidak terkecuali. Seperti kata Mike kelmarin, Teja tu lain sikit ganasnya, bro. Ganas? Ganas macammana ye. Dia belum pernah diuji dengan keganasan Teja macam yang Mike war-warkan. Setakat nakal tu Thaqif biasa dah tengok dan dia memang tiada masalah dengan kenakalan Teja malah dia rasa sifat itu menyerlahkan kecomelan Teja yang sangat tersendiri. Thaqif tidak mahu rancangannya ini gagal. Dia mahu dan sungguh-sungguh mahu ianya berjaya. Sejak menerima pesanan daripada Mike tentang rancangan khas untuk cik TJ dihadapannya ini yang berjalan lancar seperti yang mereka jangkakan, Thaqif jadi teruja. Benar jugak cakap Mike. Teja memang sedang gelabah. 

Thaqif masih tenang meneruskan kunyahan. Baki kuih tepung pelita didalam kelongsong disuapkan lagi ke dalam mulut. Perlahan-lahan. Kau jual mahal, bro. Buat tak layan jer dengan dia. Buat muka batu. Kalau boleh kau terus tolak aje. Tengok apa dia nak buat. Thaqif senyum lagi dalam hati. Kata-kata Mike semalam yang dilontarkan sewaktu mereka berbual selepas dia balik dari kelas mengaji dirumah gadis ini. Malam tadi tidak pula Teja sebutkan hal ini. Mungkin tidak mahu diketahui abahnya barangkali. Yelah, malam semalam kan mereka semua sama-sama duduk belajar tentang hukum Mad Lazim juga mengulangkaji enam hukum tajwid awal yang sudah diajarkan pakcik Ismail. Kata abah Teja, bagi mantapkan lagi bacaan Thaqif supaya lebih biasa dengan hukum yanng berenam itu. Thaqif tengok malam tadi Teja macam biasa sahaja, malah dia sempat betulkan bacaan Mad Lazim Thaqif pada surah al-fatihah. Teja siap suruh Thaqif kira dengan jari bilangan 6 harakat jika tidak pasti sudah membaca mengikut kiraan yang sewajibnya pada hujung ayat ketujuh surah berkenaan. Teja titip pesan yang Thaqif rasa lebih pada ingatan agar jangan ambil mudah bila membaca surah al-fatihah ni. Nanti rosak solat kalau tak baca betul-betul. Rugi sahaja solat tapi tak sah. Dan paling menyedihkan kalau kita tak tahu solat kita tu tak sah sebab baca tak betul.Thaqif memang kagum sungguh dengan kelebihan Teja didalam ilmu al-quran ini. Semua hukum dan sifat-sifat huruf hijaiyah itu hujung jari dia sahaja. Kalau tengok diri dia secara luaran yang bak kata Mike gila-gila dan selamba badak, sungguh orang tidak akan sangka gadis ini dalam proses menghafaz al-quran dengan abahnya.

Teja renung wajah Man yang bersahaja menghabiskan kuih tepung pelita dihadapan. Man ni, isy orang tengah runsing laa awak, awak boleh buat muka tepung pelita pulak ek. Ada jer yang nak kena telan dengan aku pepagi jumaat yang murni nih. Si sirap bandung ni pun satu. Orang mintak tolong nih, dia boleh wat wat tak dengar pulak. Baek punya layan tepung pelita tu. Aku bagi mandi dengan tepung pelita tu karang baru padan...Huh!

"awak..."

"hmmm..."

"boleh tak?"

"boleh apa tu..."

Tengok. Boleh dia tanya balik kat kita. Eei, memang laa nak kena mandi tepung pelita dia ni karang. 

-Teja, kau jangan nak ganas tak tentu hala. Ingat, kau yang nak mintak tolong dia sekarang.
+Yelah!
-cuba cakap elok-elok sikit. Muka tu bagi manis-manis. Tambah gula sikit.
+orang cakap elok la ni. Maner ada cakap benda tak elok. Lagi satu, muka orang memang semula jadi sweet laa..takyah nak tambah gula tambahan lagi. Nanti kena diabetes la.
-ada aje jawabnyer kan. 
+betul haper!

"Laa awak ni. Kan saya cakap tadi...tolong menyamar jadi boyfriend saya la. Kan mamat motor merah tu nak jumpa boyfriend saya. Saya mana ada boyfriend moifriend ni. Boleh laa awak. Saya sungguh minta tolong nih. Tidak nanti dia suruh ganti motor baru yang sebijik macam tu. Matilah saya awak. Mana nak cekau duit ribu riban macam tu. Tolong aar. Saya..." Teja lepas keluhan perlahan. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal.  Wajah disembamkan ke meja dengan kedua-dua tangan  masih lekat di kepala.Thaqif khali. Dia seronok menikmati suasana yang sedang  terhidang didepan mata. Senyum makin mekar di bibir sambil mata tidak lepas memandang susuk tubuh berbaju kurung kapas hijau epal berbunga putih dengan tudung bawal berwarna senada yang sedang tersembam di meja dengan kedua-dua tangan memaut kepala. Keluh kesah suara Teja yang sayup-sayup jelas di cuping Thaqif. Teja..Teja..awak ni memang la sangat comel!

"ok.."

Tubuh Teja yang tersembam dimeja spontan tegak bagai batang pokok kelapa tunggal saat dia mendengar suara lunak lelaki dihadapan menyebut ok. Ok tu makna dia setuju la kan. Yahooo! Mata bulat memanah pada susuk tubuh lelaki dihadapan yang sedang tersenyum. Aish, senyum senyum pulak dia. Dah la senyum berlesung pipit dia yang lemak berkrim itu sangat menggugat iman aku yang tak kuat mana. Teja hela nafas. Senyum dibalas.

"betul?"

Thaqif angguk. Senyum lagi.

Awak, boleh tak jangan senyum-senyum macam tu. Awak ni sengaja kan. Tak suka aar..

"betul ni? Tak main-main ek?"

Angguk lagi. "yes my dear cik Teja."

" Yes! Yes! Terima kasih, awak. Sayang awak tau."

Thaqif angkat kening. "excuse me. Repeat please what you've said just now."

Mampus! "eer...typo error la awak. Saya delete ek."

Thaqif geleng kepala. Senyum. " no need to delete. Keep it in a folder. You may wanna used it one day, Teja."


Teja rasa pipi dia macam ada rasa panas. Huh, sirap bandung ni. Boleh tahan ayat romantis dia. Teja kau jangan terperasan pulak. Itu ayat am sahaja. Dia tak maksudkan apa-apapun. Yelah, yelah..issy!

"so, what's next."

"haa?"

Thaqif ketawa kecil melihat wajah lucu Teja yang terpinga. 

"saya tanya, lepas ni apa yang saya kena buat. Kan awak suruh saya menyamar jadi boy friend awak."

Teja senyum sambil garu kepala. Termalu dengan diri sendiri yang terkhayal seketika tadi. Thaqif pandang wajah polos yang sedang tersenyum dihadapannya. Manis sekali dipandangan mata Thaqif. Dan hati Thaqif juga sedang mengukir senyum paling manis.

Thaqif senyum dalam hati. Lebar. Ketawa yang mahu terburai dia tahan. Mike dilihat berlagak selamba. 

Teja pandang wajah Mike yang sedang melontar pandangan pada Man yang takzim berdiri disebelah. Tadi sebaik sahaja Man bagi lampu hijau untuk tolong Teja, dia terus roger Mike mintak dia datang ke stor ini dengan segera. Mike memang sudah cakap semalam dia akan datang awal hari ini sebab Teja sudah janji untuk temukan dia dengan boyfriend bidan terjun Teja. 

"Mike, kenalkan. Ni Man. Man ni encik Malek Rashid, Pengurus Kewangan & Operasi Kiara Arena. Dia jugak pembantu peribadi pemangku CEO kita yang baharu tu. Awak boleh panggil dia Mike aje."

Tangan saling berjabat. Saling memperkenalkan diri. Teja senyum.

"Ooo, jadi nilah boyfriend kau ye, TJ. Aku tak pernah nampak pun budak ni. Department mana dia nih, TJ?"

Thaqif tunduk. Memandang lantai karpet. Mengawal ketawa. Mike buat muka selamba sedangkan dalam dada dah pecah berderai ketawa. Sorrylah, bro. Kita kena jadi aktor handalan hari ni.

Teja ketap bibir. Mike ni kan..sengaja jer ek nak kenakan aku. Jaga kau, Mike. Lepas ni aku suruh Jane Jenab belasah kau. Belasah sampai kau muntah hijau!

"Man ni despatch kat sini, Mike. Biasalah budak despatch mana lekat kat office. Tu pasal kau tak pernah nampak dia."  Mike dilihat Teja menganggukkan kepala.

"eh, TJ macam mana kau kenal dan rapat budak nih. Macammana aku tak tahu kau ada kawan baru kat sini. Pandai kau simpan rahsia ye." Mike siap angkat kening pada Thaqif yang menyimpul senyum tanpa disedari Teja yang sedang menggaru kepala.

Mike ni, nak buat sesi temuduga pulak ker. Nak kena debik nih!

"encik Mike. Yang tu kita KIV dulu boleh tak. Kita ada keje yang lebih penting. Sekarang ni aku dah bawakkan "boyfriend" aku macam yang kau kata si mamat motor merah tu nak. Jom aar, kita gi jumpa dia. Aku nak tengok muka tuan punya motor merah yang kerek tu." Teja tekan perkataan "boyfriend" tu dengan harapan Mike faham yang si sirap bandung disebelahnya ini cuma berlakon sahaja. Jangan pulak Mike ingat si Man ni boyfriend dia betul-betul. Teja tau aar dia tak layak untuk lelaki handsome macam si sirap bandung ni. Tapi..kalau Man kata betul-betul pun takper, Teja on ajer..hehehe. 

Amboi, Teja keluar dah tu bunga-bunga gatal awak kan. Tak malu betul anak dara ni!

Ala, kalau dia suka kita, apa pulak nak malu...

Mike geleng kepala sambil jari telunjuk kanan digoyangkan didepan Teja. Dahi Teja dilihat jelas berkerut sambil melontar pandangan pada Thaqif. Lelaki itu Mike lihat siap angkat-angkat bahu lagi. Wah bro, lu memang ada bakat jadi aktor la...

"mamat motor merah tu nak jumpa aku dengan boyfriend kau sahaja. Dia tak nak kau ada."

Teja cekak pinggang.

"apa pulak nih. Aku nak tahu juga korang cakap apa. Mana tau ada kaitan dengan aku ker. Dia mintak apa-apa ker. Haa, macammana tuh?"

Mike hela nafas.

"Cik TJ, kau dengar tak syarat mamat motor merah tu yang aku cakap semalam. Dia nak jumpa boyfriend kau sahaja. Dia tak sebut nak jumpa kau. Ker kau nak langgar syarat dan ganti motor dia yang dah kau ehem ehem kan tu...hmmm."

"habis..kalau..kalau dia bagi syarat apa-apa ker, tapi aku takder macammana. Sapa nak putuskan."

Jari telunjuk Mike dihala pada Thaqif yang takzim daripada tadi. "ni, boyfriend kau kan ada. Dia mesti boleh buat keputusan untuk kau. Kau boleh kan, Man?" Mike lontar soalan pada Thaqif sambil menepuk bahu Thaqif. Dan lelaki itu menganggukkan kepala. Dalam hati Mike sudah meledak ketawa. Hai Teja, tak sangka sungguh aku. Bukan calang-calang boyfriend bidan terjun yang kau tangkap. CEO tu beb!

"ok Man, jom ikut aku." Mike tepuk bahu Thaqif.  Teja telan air liur.

"awak..." Langkah Thaqif terhenti. Wajah gusar Teja ditatap.

"awak ok kan." Thaqif angguk. Senyum. Mike dibelakang sudah memusingkan tubuh. Menahan senyum daripada dilihat Teja. " Kalau..kalau mamat motor merah tu cakap apa-apa kaitan dengan saya, awak setuju jer ek. Jangan risau pasal saya."

"apa-apa jer? Betul nih?" Thaqif pandang wajah Teja. 

"ha'ah. Apa-apa sahaja laa." 

Thaqif senyum sambil tunjuk isyarat bagus. "insyaallah."

Mike pecah ketawa. Thaqif senyum. Kepala disandarkan pada leher kerusi. Digoyangkan tubuh perlahan ke kiri dan kanan.

"bro.."

"hmmm..."

"kau betul ni, bro nak cakap syarat tu kat cik Teja kita tuh. Syarat yang mamat motor merah dah bagi kat kau untuk sampaikan pada dia." Mike angkat kening. Ketawa masih belum usai.

Thaqif angguk kepala.

"why her?"

Thaqif senyum. Seraut wajah polos sedang meniti di ruang mata Thaqif.

 coz she's special,Mike.. She is very-very special... 

9 comments:

mizz acu said...

Adehhhh.. Siann teja! Smpai hati pakwe dua org niihh!! Hahahhahahaha..
Nti kalo da kantoi ape jd ek. Mampuus xcukup tanah nak lari kna kejar ngnn teja ;)

nursyafika said...

Huaaaaaa besnya.....thaqif dh suka teja...... Nk lagiiiii

Eijan said...

Kucc mcm ada part yg ayat tergantung
....." Jangan pulak Mike ingat "

Walau apa pun sgt best bila TJ gelabah sgt....dan sgt sweet bila Thaqif blh setuju jd 'boyfriend' TJ.... Tak sabar entah apa lah syarat yg diberi untuk disampaikan oleh 'boyfriend' TJ tu pd dia....haila.....Thaqif ni....sgt nakal ye nak twn hati TJ tu.....

putehberseri said...

KUCC - getting interesting!!, suka sangat

sue said...

X sabar nak tahu Syarat yang CEO bagi pada Teja.... so sweet Teja dan Thaqif..... sambunggg....

My said...

Adesss..cian Teja...ni mesti syarat suh Teja couple terus ngan Thaqif ni....notty betul drg berdua ni...KUCC, nk n3 lagi..x sabar ni..hehe

kucc_aprilsnow said...

acu-mmg kena nnt tu, tunggu ye hehehe

syafika - cepat bg idea kat kak kucc..hehehe

eijan- kucc dh betulkan n tmbhkan hehehe, thks laling...CEO yg dh boleh bergurau..hehehe

PB- tenkiu3x dear

sue - kena tunggu ye dik..hehehe

my - giliran tuan CEo pulak usik TJ2...hehe

idA said...

salam kucc..citer ni semakin menarik..adakah syarat mamat tu nak jumpa ngan TJ di pejabat CEO dan menghulurkan salam perkenalan kat minah tu..Terujanya nak tahu...kucc..

nz lyna'im said...

wah duhhh... terlwtt bace la ne nie... hehhehe.. boleh tahan jgk la sirap bandung nie berlakon.heheheh

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...