Wednesday, July 25, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 21


Bab 21

Mata Teja tidak berkelip memandang Thaqif yang berjalan disebelah. Air liur rasa tercekik di salur kerongkong. Aish, mamat motor merah tu biar betul!

Man tadi beritahu Teja apa yang mamat tu suruh sampaikan pada Teja. Katanya macam nih...sampaikan pesan kat girlfriend awak. Teja rasa macam nak senyum sampai telinga bila Man sebut perkataan girlfriend tu. Dah la suara si sirap bandung ni lemak berkrim masa sebut perkataan tu, makin lemak bunyinya di telinga Teja..hehehe. Amboi Teja, kemain gatal ye!

Kata mamat tu lagi...sebagai gantirugi atas perbuatan dia yakni Teja kena buat apa yang dia tulis kat motor saya ni pada awak sebab awak boyfriend dia. Tu jer ker syarat gantiruginya?  Taklah susah mana kan. Teja fikir dia ok kut..Kut? Ker sebenarnya hati kau tu dah melompat sakan kat dalam. Nasib baik aje si Man ni tak nampak. Tidak sah dia cakap betapa gediknya kau tau Teja. Huh, dia tak nampak laa!

Tapi..tapi Man macammana ek. Dia tahu ke maksud syarat si mamat motor merah tu. Tapi kan masa Man sebut perkataan boyfriend tu siap senyum lebar lagi. Teja tak tahu maksud senyum tu tapi Teja doa-doa dalam hati Man faham syarat tu dan suka...saya pun suka tau awak...hehehe ...dan biarlah mulut mamat motor merah masin...amin amin amin. Mamat tu sambung cakap...pesan pada dia, saya suka apa yang dia tulis tu. Nanti saya nak tunjuk kat girlfriend saya dan mintak dia treat saya macam yang tertulis ni. Teja gigit bibir. Tak tahulah samada mamat motor merah tu tunjuk kat Man apa yang Teja dah tulis kat motor tuh.  Teja doa-doa janganlah mamat tu tunjuk kat Man. Setakat dia beritahu kesimpulan makna ayat contengan tu Teja dah lega. Mahu Man terperanjat beruk kalau dia baca apa yang Teja tulis. Dan mesti dia tak sangka Teja ni nampak jer ganas, rupanya ada sisi jiwangnya jugak..yakkk tidak! 

Tapi Teja masih tak tahu apa pendapat sebenar Man tentang apa yang mamat motor merah tu pesan pada Teja. Setuju ke lelaki nih? Tengok reaksi Man, macam takder apa-apa jer. Senyum aje dari tadi. Teja pulak yang tak tentu rasa. Aduh,macammana nih!

Thaqif senyum melihat raut wajah polos bertudung hitam yang diselempangkan hujungnya pada kiri dan kanan bahu. Teja ni memang sangat ringkas. Tengoklah dengan baju kurung dan tracksuit pun dia boleh selamba aje jalan sampai ke gerai abang Joe ni. Setengah gadis Thaqif rasa akan fikir berulang kali kalau nak berpakaian begini. Takut ditertawakan orang. Tapi tidak Teja. Dia tidak kisah dan ambil peduli. Inilah istimewanya Teja dimata Thaqif. Dia tidak peduli apa tanggapan orang lain terhadapnya asal dia tahu dia tidak melanggar hukum agama. Itu yang sering Teja beritahu Thaqif setiap kali mereka berbicara soal prinsip hidup masing-masing. Dan Thaqif memang sangat menghormati prinsip diri Teja. Kopiah putih dikepala ditanggalkan lalu dilipat dan kemudiannya dimasukkan ke dalam poket kiri baju melayu merah delima yang dipakai. Kunci dipoket dia keluarkan lalu dihala pada Ducati yang setia menemaninya saban malam menuntut ilmu di sini. Mata sempat dilontar pada bangunan empat tingkat di sekeliling. Dan sejak beberapa bulan ni, dia semakin serasi dengan suasana di sekitar flat empat tingkat ni. Sempit, sesak dan bising bagai sudah tidak memberi apa-apa kekurangan di matanya . Harmoni dan meriah itu yang lebih menguatkan rasa kesukaannya di sini. Dan hatinya sentiasa tenang dan cukup ceria setiap kali ke sini. Sangat berbeza suasana di banglo kediamannya. Di sini, hatinya sudah dicuri.

Dalam mata yang tidak berkelip seketika itu sebab terkejut dengan apa yang baru dia dengar daripada Man sekejap tadi Teja sempat juga kerling ke arah lelaki dihadapan yang baru menghidupkan enjin Ducatinya.  Ducati yang seperti biasa di parkir di gerai abang Joe Labu-Labi ini memang sentiasa menggamit pandangan mata setiap pembeli burger di gerai abang Joe ni. Terbeliak semua mata yang memandang. Yelah kan, Ducati tu beb! Dan setiap malam juga sejak dari hari pertama Man kena paw dengan budak-budak yang mengaji dengan abah Teja untuk belanja burger, burger di gerai abang Joe ini memang menjadi santapan ringan budak-budak ni selepas tamat sesi mengaji. Satu kemestian yang menjadikan Man ni sangat disayangi dan favourite oleh semua budak-budak yang mengaji di rumah abah Teja. Teja dan abah halang juga Man buat macam nih, kesian dia kena keluar duit tiap malam belanja mangkuk-mangkuk kenit yang tak lut saman nih tapi lelaki ini menyatakan dia tidak kisah. Tak seberapapun harganya. Tak seberapa awak kata? Cuba kira berapa ramai budak-budak tu, Man. Busuk-busuk pun sebelah tangan tak lari tau, awak. Itu baru semalam. Kalau bermalam-malam...haa kiralah sendiri. Mahu berbelah-belah tangan, bro! 

Bila Teja highlight benda ni, lelaki ni senyum ajer. Asyik senyum aje kerjanya. Taulah awak tu kalau senyum cahaya bulan pun boleh kalah. Man cuma kata seronok melihat kegembiraan semua mereka. Kata Man dia anak tunggal jadi semua budak-budak ini dianggap bagaikan adik-adiknya sendiri. Apa salahnya belanja adik-adik sendiri kan. Dalam kepala Teja memang kuat mengsahkan teori yang Teja bangkitkan pada Man dahulu. Yang dia tak dapat jawab tuh. Sah-sah betul kan. Man ni memang betul anak orang kaya...tapi dia lari daripada rumah. Sebab apa? Sebab kena kahwin paksa dengan minah gedik ler agaknya.  Mata Teja masih tidak lepas memandang baju melayu yang tersarung di tubuh lelaki dihadapannya ini. Ada senyum yang menguntum di jendela hati. Amboi amboi encik Man kita ni, semenjak tahu cik Tun Teja kita ni suka warna merah delima terus saje awak tukar tone warna kegemaran ye. Awak tu kan dah sign kontrak mati dengan warna sirap bandung tu. Mana boleh berpaling tadah. Wah wah Teja sah dah kembanglah senyum awak ye tengok cik Man kita pakai warna kesukaan awak. Eh, suka hati dia laa, sibuk jer! Teja perasan Man sedang memandang padanya lalu dia cepat-cepat kalih muka dan beramah mesra dengan abang Joe. Malu la kalau si Man tahu Teja sedang tenung dia tak berkelip kan. Sah-sah bursa saham Teja dekat hati si sirap bandung nih jatuh merudum. Aish, selisih weh...

Thaqif toleh sekilas pada Teja yang sedang berbual dengan abang Joe yang rancak menggoreng daging-daging burger yang dipesan oleh budak-budak mengaji. Thaqif tahu Teja cepat-cepat kalihkan wajah bila dia sedar Thaqif tahu dia sedang tenung baju melayu yang Thaqif pakai malam nih. Hati Thaqif menguntum senyum bila teringatkan baju ini. Dia sebenarnya terpandang baju ini di butik auntie Annur Nada; kawan mummy yang ada butik di KLCC tuh waktu dalam perjalanan pulang dari Harrods bersama Mike untuk temujanji dengan dua pelanggan mereka yang datang dari United Kingdom. Bila ditegur Mike kerana memilih warna itu sedangkan Mike tahu itu bukanlah warna favourite Thaqif, dia hanya menyatakan sesekali dia mahu juga memakai warna kesukaan orang lain. Mike hanya angkat bahu. Yang dia tidak sambung ayat itu lalu didengar Mike ialah itu warna kesukaan orang lain yang dia maksudkan tu ialah warna kesukaan Teja. 

Thaqif toleh memandang ke belakang. Dia geleng kepala sambil ketawa kecil. Semua budak-budak mengaji yang sama-sama mengikutnya dari rumah pakcik Ismail tadi usai kelas mengaji mereka duduk takzim dibelakang gerai sebab sudah biasa dengan arahan Teja sejak awal-awal dahulu. Berdisplin sungguh! Teja ni kan macam warden penjara. Itu yang si Lukman, Norman, Fairus dan Hakim selalu bisik kat telinga Thaqif. Kak Jah tu garang giler tau abang Man. Macam warden penjara. Kalau dia jadi awek abang Man mesti abang Man kena dera hari-hari. Mati kering abang Man nanti. Pecah ketawa mereka hari tu dan tiba-tiba terus senyap bila Teja muncul tiba-tiba. Sampai sekarang Teja tidak tahu apa sebenarnya yang mereka bualkan. Kalau dia tahu, sah-sah la budak-budak tu kena belasah dengan Teja.

Thaqif mahu tergelak sebenarnya melihat reaksi Teja saat diberitahu tentang hasil perjumpaan dengan "mamat motor merah" pagi tadi. Hmmm, mamat motor merah ye. Dia rasa comel juga gelaran yang diberikan Teja itu. Kalaulah gadis ini tahu siapa sebenar tuan motor merah itu sungguh dia tidak mampu membayangkan apa yang kan dilakukan Teja kepadanya. Kena belasah agaknya kut hehehe. Tak apa, dia akan tunggu saat itu nanti. Ok Teja, one fine day you'll get to know and meet this mamat motor merah..in person. I'll promise you that. Thaqif sambung senyum lagi. Kali ini lebih manis. 

Teja toleh memandang kesebelah. Kening diangkat. Senyum bergulung-gulung tuh sah-sah tengah tergolek gelakkan aku la tuh. Awak ni Man, teruk aar. Tak baik laa gelakkan saya. Saya mana tau sampai leh jadi macam nih. Semua ni pasal mamat motor merah tu aar. Kalau awak tak setuju awak cakap jer kat saya. Mungkin tadi awak takut kut nak kata tidak sebab takut kat mamat motor merah tu. Takper, biar jer saya settle hal ni dengan mamat tuh.

"awak ok tak ni, Teja?" Thaqif gulung senyum. 

Teja ketap bibir lagi. Haper senyum-senyum! Sah nak ketawakan kita la tuh. 

"Man.."

Thaqif angkat kening. "yes.."

Teja garu kepala yang tidak gatal. Macammana nih..

"awak..awak setuju jer tadi bila mamat motor merah tu cakap macam tuh? Tak bantah? Awak faham ker apa..apa maksud pesanan dia tuh."

Thaqif angguk. Masih senyum.

"macam tuh jer? Awak setuju terus?"

Thaqif angguk lagi. 

"apsal yang..." Ayat Teja terhenti bila tengok Man yang sedang memandangnya. Apa?

Thaqif angkat kening. " kan awak yang kata suruh saya setuju jer."

Teja tepuk dahi. " ye betul..tapi awak...awak kan boleh fikir samada nak kata iye atau tidak kalau apa yang si mamat motor merah tu suruh buat perkara tak masuk akal. Kan benda tu tambah menyusahkan awak. Awak, saya..saya tak nak susahkan awak tau dalam masalah saya ni. Biar jer saya gi jumpa mamat motor merah yang kerek tu. kalau dia suruh saya minta maaf, saya akan minta maaf. Kalau dia suruh saya cuci motor dia setahun pun saya sanggup sebagai gantirugi saya dah contengkan motor dia. Saya tak nak susahkan awak. Awak mesti rasa terbeban dengan apa yang dia nak nih. Melampau la mamat tuh. Kita..kita kan tak ada apa-apa...kita..kita kan kawan jer. Awak pun menyamar jer jadi..jadi boyfriend saya kan."

- bukan kau patut suka ke dengan apa yang dia cakap tadi tu, Teja?
+ ingat orang gedik sangat ker haa?
-ala, kan kau memang suka kat dia pun kan..dah cantek la tu.
+yelah, tapi orang kena la jugak jaga imej anggun orang nih. Mana boleh tunjuk kat dia..
-anggun kunun, poodah!

Thaqif geleng kepala perlahan. Ketawa kecil tersulam. "tak masuk akal ke syarat dia tu. Saya ok jer, Teja. Saya pun suka dengan syarat si mamat motor merah yang handsome tu. Awak ada masalah ke dengan apa syarat dia tuh. Ok kan syarat dia. Tak berat pun. Atau awak ada masalah dengan saya ker,hmmm." Thaqif tekan perkataan mamat motor merah yang handsome tu. Dalam hati dia sudah tersenyum lebar. Kalaulah Teja tahu..mampus kau, Qif!

"Man..."

Thaqif senyum sambil angkat kening. Aish, angkat-angkat kening pulak dia.

"awak..awak ok ke kalau... kalau kita..macam yang mamat tu nak." Teja rasa macam nak menyorok aje bawah gerai abang Joe ni. Teja lihat Man angguk kepala sambil senyum lebar.Aduhai dia ni. Janganlah asyik senyum aje. Tau tak saya ni lemah sungguh bila awak senyum manis macam tu.

"kalau orang tanya siapa boyfriend awak..cakap jer saya. Dan saya kalau orang tanya siapa girlfriend special saya..saya cakap Teja tu laa, siapa lagi yang special selain daripada dia."

Teja telan air liur sambil mata tidak berkelip memandang ke arah lelaki dihadapan yang sudah memasang helmet hitam Ducati ke kepala. Tubuh berbaju merah delima itu sudah memanjat tubuh Ducati ditatap tidak lepas. Dia ni betul ke tidak nih...

Thaqif tolak cermin helmet ke atas. Senyum dilontarkan pada Teja yang juga sedang menatapnya.

"saya balik dulu. Esok kita mula,hmmm. Macam yang mamat motor merah tu kata. Awak dan saya....and we will be just ok. Trust me,hmmm." Thaqif kenyit mata seraya melafaz salam.  

Teja jawab salam perlahan. Mata terus memandang ke arah Ducati yang sudah berdesup meninggalkan gerai abang Joe yang masih riuh rendah lagi. Apa..apa awak kata tadi Man, awak ok jer. Aw..awak pun  suka?  Mak..maksudnya aw..awak suka saya? Biar betul nih! Sungguh ke, Man? Teja rasa macam tengah terbang tinggi di awan yang berlapis warna-warna pelangi sambil main air hujan yang menitis dari tompokan awan yang berwarna-warni itu. 

Hoi Teja awan mana ada warna-warni laa!

* * * * * * *
Ada jer yang nak kena lempang dengan aku nih!

Teja ketap bibir. Tubuh yang terhenyak di kerusi masih tidak bergerak dari posisi mengadap Jane Jenab dihadapan. Jane yang duduk melabuhkan punggungnya di tepi meja masih seperti tadi...ketawa. Dan ketawa yang meletus dari mulut mungil sahabat akrabnya ini buat Teja rasa macam nak pergi tekup mulut si Jane agar berhenti ketawa. Nyesal pulak dia cerita pada Jane apa yang berlaku semalam dan apa yang dia rasa. Tengok la tu, sakan! Amboi seronok la sangat ketawakan aku tuh..mangkuk bertingkat betul Jane ni! Sah dengki sebab aku dapat boyfriend yang jatuh ke riba berganda-ganda handsome daripada boyfriend dia yang tak pernah pun jatuh ke riba. Jatuh tergolek daripada basikal adalah sebab kena tolak dengan Jane. Dan ketawa dengki Jane ni jugak sebab Mike takder Ducati gedabak yang kebaboom dan malatop macam yang si sirap bandung tu ada. Huh, Jane aku tahu kau memang dengki

"seronok la tu ketawakan aku...ha, ketawa la lagi sampai roboh dinding bilik stor ni."

Kertas ditangan digumpal keras lalu dihumbankan ke arah Jane yang masih sakan melayan ketawa yang menggegarkan bilik "pejabat" Teja nan terpencil ini. Perempuan ni kan, kalau ketawa jin pun takut aku rasa. Dia punya pitching punyanya bergema ngalahkan meriam kat istana yang berbunyi masa pertabalan jer. Kedua-dua tangan Jane pantas menyambut gumpulan kertas yang dilontarkan Teja.

Jane angkat kedua-dua tangan. "Ok Ok. Tapi beb, betul apa...kau memang pun suka dia kan. Eleh, ingat aku tak tahu ke. Tengok muka kau yang kembang kuncup bercerita tadi aku dah tau apa yang tertulis kat hati kau tu. Kau tak payahlah nak sorok-sorok dengan aku. Aku ni kan kawan dunia akhirat kau la beb. Anyway, aku suka kau dapat boyfriend yang kau suka...aku tak sukalah kalau kau tak suka dia tapi terpaksa suka dia sebab nak penuhi syarat perjanjian tukar syarat dengan mamat motor merah tuh. Tak syok macam tu, beb. Aku takut nanti kau belasah dia pulak sebab rasa tak suka tu macam bom dalam kepala. Bila dia meledak, haa...nahas semua yang dekat kat kau." Teja cebik. Jane senyum.  "tapi beb, aku rasa dia pun suka kat kau jugak. Kalau tak suka, takkan dia setuju tanpa syarat. Kan?" Jane angkat kening. Jane, aku nak doa-doakan aje apa yang kau kata tu tau. Amin..amin..amin.

Jane angkat punggung daripada meja yang menjadi alas duduknya sejak tadi. Gumpulan kertas ditangan dia lontar dalam tong sampah merah hati di sebelah meja. Bahu Teja yang duduk dihadapan ditepuk perlahan. Mata menoleh pada pergelangan tangan kiri.

"ok beb, lunch break dah tamat. Aku nak balik sambung keje laa."

Teja bangun dari duduk seraya berdiri disebelah Jane. "baliklah..lama-lama kat sini karang ada jer idea kau nak menyakat aku. Kau tu kalau menyakat aku tak sempurna hidup kau."

Jane gelak kecil. "eleh cakap aku. Kau tu sama jer...eh kalau tak kita ni takleh kamcing laa beb. Anyway...." Jane paut bahu Teja. "...selamat "berboy friend" dengan  si sirap bandung kau yang terchenta tu ye. Nanti kenalkan aku kat boyfriend kau tu tau. Aku pun nak kenal siapalah si sirap bandung yang dah berjaya curi hati sahabat dunia akhirat aku ni."

Hati Teja rasa kembang kuncup macam yang Jane sebut tadi. Selamat berboyfriend. Kenapa Teja rasa macam seronok jer bunyi ayat Jane tu. Teja nampak banyak sungguh ros merah sedang bergantungan kat mata. Teja, kau sedang berangan si man sirap bandung tu bawak sejambak ros kat kau kan. 

Aish, mana ada laa! 

7 comments:

diari neesa said...

ayokkk....teja dh mula gila bayang..hikhikhik..mcmana ler kalo dia dpt thaqif dan si mamat merah yg handsome tu org yg sama...
agak2 kena kick x si man@thaqif tu??jeng..jeng..jeng..

mizz acu said...

Aduhaiii.. Sian kat teja ;)
Suka la e qif leh kapel ngn teja.. Jgn kantoi ngn jane jenab yg kepochi tu sudaahhh
Budak2 ngaji tu mlmpau betoi tiap2 mlm belasah beger?? Mentang2 la free ;p

Eijan said...

Aduhai Teja sudah jatuh tergolek2 kat TJ tuuu...sweetnya.. Bijak betul TJ sirap bandung ni nak jadi couple dgn Teja... Tp tak tau nnt klu si Teja tu tau siapa sbnrnya TJ sirap bandung tu ...berani ke dia nak kick TJ smpai jd biskut lemau... CEO sendiri tu Teja....kucc mmg makin lemak berkrim la citer ni...tak sabar nak tggu next and next.....Good Job....

sue said...

TJ Siarp bandung tu sebenarnaya takut Teja jatuh kt tangan orang lain ..... sebab tu TJ Sirap bandung buat syarat macam tu ..... jadi Teja x boleh cari orang lain.... hahaha.... sebab TJ & Teja sama suka tapi pendam rasa ja.... padahal hati kedua-dua makhluk ni dah jatuh tergolek-golek.... tapi Man jangan sampai Teja tahu dari orang lain ok...... berhati-hati....

putehberseri said...
This comment has been removed by the author.
putehberseri said...

KUCC! - melt my heart away with this morning entry! - pengsan

Melati Othman said...

cepat la sambung lagi ...xsabar nak tahu apa yg Teja tu tulis

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...