Tuesday, July 31, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 23


Bab 23

Bibir dimuncungkan dengan mata tidak berkelip memandang skrin empat segi dihadapan yang kaku. Kedua-dua tangan menongkat dagu. Apasal macam takder mood ja nak wat keje ni ek. Keje dah tengah banyak ni. Stok kertas letterhead dan continous page, kertas A4, kertas A3, fail 2 inchi dengan 3 inchi yang menimbun masuk semalam tak masuk dalam stock database lagi ni. Dah la database ini si Mahfuz lemau tu boleh acess sama, mahu tempah maut kalau tak siap hari ini.  Dia tu dah laa kebelakangan ni asik nak cari pasal jer dengan Teja. Tersampuk jin gunung berapi gamaknya si lemau tu. Issy, masak masak kau Teja. Tangan kanan menggaru pelipis.

Weh Teja, yang kau tenung skrin tu macam nak tembus apakehal. Ada muka si sirap bandung ke kat situ...hikhikhik.

Sibuk!

Mata dibawa lari daripada memandang skrin. Teja tenung pula kalendar kuda mini yang tersangkut di tepi sudut meja. Pen mata bola berwarna hitam yang takzim didalam bekas plastik bulat ditepi monitor DELL dicapai. Dia pangkah bulatan kedua daripada tiga tarikh yang dia bulatkan pada kelendar tersebut. Bibir dimuncungkan sambil tangan mengetuk-ngetuk mata pen pada muka kalendar didepan mata. Hmm, maknanya kan dah dua hari Man balik kampung. Dan dah dua hari jugak laa nokia zaman Jepunnya senyap dan bisu dari sebarang panggilan atau pesanan daripada Man. Sirap bandung ni memang betul kut balik kampung kat United Kingdom. Dan dia tak call, tak hantar sms kat Teja sebab dia tak ada wat rooming kut. Yelah, mesti mahal giler kalau nak buat call jauh-jauh buta macam tu kan. Mahu botak poket Man nak kena bayar bill nanti. Mana dia nak cekau duit. Dia tu kan keje despatch aje kat sini. Tapi..sungguh betul ker kampung dia kat sana. Kalau betul, sah-sah la teori awal Teja tentang sapa sirap bandung tu betul. Dia memang anak orang kaya..tapi spesies yang lari dari rumah sebab tak mau kena kawin paksa dengan calon mak ayah dia. 

-kalau dia anak orang kaya apa pulak masalah dia nak call atau sms kau, Teja..
+err..mungkin..mungkin dia tak mau mak ayah dia tau lagi kut...dia kena slow talk dulu laa..aparaa...
-banyak la kau punya slow talk. Eh, ntah-ntah dia tengah bergembira dengan awek-awek blonde kat sana..tu yang lupa kat kau...hehehe
+weh, kau nampak ke? Tak kan...jadi jangan nak bagi aku buat dosa free fikir bukan-bukan ek..mangkuk tol!

Jadi, teori yang sedang tercerna dalam kepala Teja begini. Memang kampung dia kat sana sebab mungkin mak ayah dia duduk sana.  Jadi keluarga dia orang kaya yang ada business kat sana.  Dan mak ayah dia suruh balik sebab ada urusan perniagaan keluarga yang perlukan dia hadir ke sana. Yelah kan Teja pernah cakap dia ini mungkin anak orang kaya biarpun sampai sekarang dia taknak confirmkan. Mungkin sebab takut Teja paw dia kut..hikhikhik. Acah aje laa. Teja bukan kaki paw oranglah. Dan Teja tau Man pun takkan fikir macam tu pada Teja. Ok ok sambung teori Teja tadi. Man tu pun memang duduk sana dahulu sebelum cabut lari dan cari keje kat Malaysia sebab taknak ikut plan mak ayah dia yang nak kahwinkan dia dengan calon isteri pilihan mereka. Calon tu dia tak berkenan sebab yang berikut:
  1. tersangat gedik.
  2. tersangat daring.
  3. tersangat sosial.
  4. tersangat mengada-ngada.
  5. tersangat perasan cantik...
 Dan juga alasan yang berikut:
  1. tak suka motor...tak kira la motor besar ker motor kecik. 
  2. tak suka tepung pelita sebab kuih melayu tak kelas macam skon omputih.
  3. tak suka baju kurung kapas....hehehe Teja tau ni sebab Man pernah cakap dia suka tengok Teja pakai baju kurung kapas..nampak comel. Memang pun, itu Teja dah lama tau.
  4. tak suka Malaysia sebab tak ada salji dan panas.
  5. tak suka merah jambu. Eer yang ni macam ada persamaan pulak dengan Teja. Tak per, nanti boleh adjust dengan Man. 
Dan dia juga tak mahu jadi alat mak dan ayah dia yang mahukan agar empayar perniagaan keluarga mereka jadi makin besar, makin gah dan confirm selamat bila dia berkahwin dengan calon pilihan mereka. Yelah, perempuan tu pulak anak rakan kongsi perniagaan ayah dia, sah-sahlah masing-masing mahu jaga kepentingan tersebut. Dan si Man pulak rasa bengang sebab tak sangka ayah dia sanggup jadikan dia barang dagangan. Jadi, baik dia blah jer dari rumah mak dan ayah dia. Confirm dia selamat daripada terseksa kahwin dengan perempuan yang spesies tak hinggat macam tuh. Selisih kan! Err, skema tak teori Teja ni. Ker dah macam ala-ala cite hindustan. Takpun sinetron Indon. 

Teja bukan apa. Teja risau aje. Sampai ke tidak dia kat kampung dia yang beribu batu tu. Yelah, United Kingdom tu jauh laa.  Weh, Teja sekarang pakai kilometer la. Ala, sama jer la. Sampai tu mesti sampai la Teja, dia mesti naik kapal terbang. Bukan naik belon panas atau naik tongkang. Aparaa. Eh, ingat Teja ngok sangat ker haa. Taulah gi UK mestilah naik flight, Huh!

Man, awak ni kenapa laa tak telefon saya cakap awak dah selamat sampai ke macammana. Awak ni teruk aar. Saya rasa macam nak debik-debik jer awak tau tak. Sib baik awak tak de depan mata saya ni. Tidak memang nahas awak. Saya ni risau tau tak. Mana tau awak sangkut kat mana-mana ker. Pasport awak hilang ker. Mak ayah awak tak bagi awak balik ke sini lagi dan jadikan alasan suruh awak balik sebab taknak bagi awak lari ke mana-mana lagi ker..Atau..atau mana tau calon isteri awak tu upah gengster culik awak sebab sakit hati awak cabut lari ke Malaysia sebab tak kahwin dengan dia.

-Teja, boleh tak kau jangan buat andaian-andaian yang sangat overdose. Weng la kau ni. Konar sana sini otak kau tuh. Ker..kau sebenarnya rindu dia kan..hehehe.
+Apa barang nak rindu kat dia pulak. Dia bukan laki gua pun, huh!
-Weh, Teja..kau tu sebenar takut dia tak balik ke sini lagi kan. Habislah kau Teja..ditinggalkan boyfriend terchenta yang manis dan lemak berkrim itu..hikhikhik.
+Hmmm..kau belum rasa pelempang aku kan..agak-agak kau nak yang mana dulu. Kiri ke kanan?

Man, awak..awak selamat kan?

Awak..awak tak kena culik kan?

Awak...awak balik esok kan?

Man..jangan lupa tau beli bas merah dua tingkat kat muzium London tu. Resit sekali tau. Jangan lupa pulak..tidak saya belasah awak!

"TJ!!!!!"

Pen yang ditekan pada muka kalendar tercampak ke karpet. Teja jegilkan mata. Huh, si Jane Jenab ni, potong stim jer lah ni orang nak melayan perasan di tengahari ni.  Suara dah la macam naga bangun daripada tidur. Eei, ada jer yang nak sedas dari aku ni karang!

"amender.." Teja bongkokkan tubuh mencapai pen yang terpelanting dari pegangan tadi.

"berangan ek...hehehe."

"banyak kau punya berangan."

Jane labuhkan duduk di sudut bucu meja. Teja kerling sekilas dengan ekor mata. Si Jane Jenab ni kan..takder ke tempat lain dia nak landingkan bumper dia tu. Kembali mata dihala pada skrin DELL dihadapan. Digerakkan sedikit kepala ke kiri dan kanan. Tangan kanan menarik tetikus.

"TJ..." 

"amender.."

"kau rasakan Mike nak beli kan aku apa ye kat London..." Dua tapak tangan Jane sedang dilekatkan lalu dirapatkan ke dada. Mata dikelip-kelipkan. Gedik betul muka kau aar Jane buat aksi maut macam tuh. Kalau Mike tengok sah pengsan jatuh mountain bike dia yang kebaboom tuh.

Teja tenung wajah Jane yang tersengih-sengih. Apa punya soklan la si Jane Jenab ni. Ingat aku ni leh baca ke apa yang tertulis kat dalam kepala otak si Mike tuh, Huh!..Eh..tapi Mike pun gi United Kingdom kan. Mentol dalam kepala Teja menyala dan berkelip-kelip. Oit! Tah-tah Mike dengan tuan CEO tu sama flight dengan Man tak. Boleh suruh Jane sms Mike ni tanya kan pasal dia ada nampak tak Man dalam flight. Atau mungkin di terserempak Man masa sama-sama ambil luggage ke. Atau- atau tertembung masa sama-sam tunggu teksi ker. Kejap kejap Teja, tolong dengar ye. Kan Jane kata kat kau kelmarin si Mike gi London dengan tuan CEO pasal ada meeting dengan client kat sana. L-O-N-D-O-N! Teja ketuk kepala dengan tapak tangan. Bodoh tol, sib baik tak cakap kat Jane. Tidak, sah malu seminggu. Si man sirap bandung tu pun satu hal. Cakap laa kampung dia kat mana kan. UK tu kan luas. Ingat UK tu macam Seremban ker. Isy!

"TJ..kau dengar tak apa aku tanya nih." Pertanyaan Jane membuatkan Teja tersentak. Kepala digaru. Sengih dilontar.

"ala dengar la. Jap la aku tengah fikir nih. Huh, tak menyabar tol perempuan ni."

"lamanya kau fikir."

Bibir dimuncungkan. Kepala diangguk-angguk. Sengih makin lebar.

"Jane.."

"haa..dapat dah.."

Teja sengih terus.

"kau kan suka hadiah yang besar-besar.." Jane angguk laju. Dua ibu jari ditegakkan serentak dengan mata yang dikenyitkan.  Teja turut angguk kepala "Aku tau dah."

"so?" Jane sudah teruja. 

Teja ketuk jari telunjuk ke bibir beberapa kali. "Confirmed dia belikan bas dua tingkat yang merah tu buat kau, Jane. Baek punyer tu beb. Boleh kau dua orang round-round KL waktu malam..fuh romantik giler." Teja tayang sengih tak bersalah.

Jane jeling. Ketawa Teja terluncur deras dari mulut. Jane capai pen daripada bekas plastik lalu pantas dilontar pada Teja. Ketawa Teja makan nyaring.

"Jane..."

"haper."

"kau rindu Mike ye.."

"tak kuasa aku!" 

Teja geleng kepala. "Issy, apa punya awek la kau ni. Sekali si  Mike bawak balik minah blonde dari London, baru pengsan terguling kau. Haa, time tu tak guna dah nak menyesal..nangis keluar hingus pun tak guna."

Jane cubit tangan Teja. Kuat. Teja mengaduh sambil menggosok-gosok lengan. Giler ganas perempuan nih. Jari macam besi waja tahan karat. Keras. " sakit aar, Jane. Jari kau ni buat daripada besi jambatan haper.." Jane cebik. "mulut kau tu nak kena cili ker. Baek punya ayat ek. Kalau Mike buat macam tu..kau dengan dia sama-sama aku belasah sampai masuk ICU ok." Kan betul..ganas giler awek Mike nih. Mike, kau jangan buat hal kat sana ok. Karang dengan  kau dan aku aku sekali wassalam. Jane Jenab ni kalau naik minyak, Gajah denak di Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan kat Kuala Gandah pun tak berani dekat.

Khali seketika. 

"TJ..." Jane tepuk perlahan lengan Teja. 

Kening diangkat. Mata yang baru menghala ke arah skrin dihadapan dipusingkan  memandang ke sebelah. "haa..."

" eh, sehari dua ni tak nampak kau bawak tepung pelita. Tuan tepung pelita kau tu tak nak dah makan ker. Sah dah muak kan." Jane memang tahu kuih tepung pelita yang sering dibawa oleh Teja memang dipesan oleh si man sirap bandung tu. Tiap-tiap Teja akan bawa dan jika ada lebih sebungkus dua akan ditinggalkan di sini. Kadangkala Jane yang menghabiskannya. Tepung pelita buatan Teja memang sangat sedap. Itu Jane akui malahan boleh kata semua kuih-kuih yang Teja buat semua sedap-sedap belaka. Kawan rapatnya ini memang dianugerahkan Allah kelebihan tersebut. Air tangan sentiasa menambat selera sesiapa sahaja. Jane sebenarnya heran jugak dengan selera pelik lelaki berkenaan. Hari-hari tak pernah missed makan kuih yang satu itu. Agaknya si man sirap bandung tu lahir sama dengan hari resipi kuih tepung pelita itu tercipta kut...hehehe.

"dia takder."

Jane kerut dahi. Takde?

"takder? maksud kau?"

"dia balik kampung."

Bibir Jane terbuka sedikit membentuk huruf O sebelum membentuk sengih lebar. "patutlah monyok orang tu. Haa, kau rindu  dia ek...hehehe" Jane terus melantun ketawa.

Teja cebik. " eeh. apa barang aku nak rindu kat dia. Kau ni jiwang aar. Luar alam betul."

Giliran Jane mencebik. Cover la tu, ciss!

"kampung dia kata mana, TJ?"

"dia kata kat UK."

"Ulu Klang. Laa..dekat jer."

"Bukanlah."

"dah tu.."

"United Kingdom."

Mata Jane bulat. Bibir ternganga. 

* * * * * * *
The Rubens At The Palace, London.

Tangan menarik perlahan langsir lembut rona coklat cair yang diselak sebentar tadi. Dari tingkap bilik Executive King yang didiaminya, dapat dia melihat tadi perbarisan untuk sesi pertukaran pengawal yang mengawasi istana Buckingham yang merupakan acara harian yang boelh sahaja disaksikan oleh para penginap di The Rubens ini. Dari kejauhan dapat juga dia melihat deretan ikon tarikan pelancongan di kota yang sangat terkenal ini. Big Ben dan The London Eye cukup jelas kelihatan dari sisi jendela. Mata turut dapat menyaksikan pergerakan bot yang membawa para pelawat menyusuri sungai Thames hingga ke Greenwich. Dilepaskan nafas perlahan. Senyum segaris terukir. Langkah kembali diatur ke arah sofa rona coklat lembut yang terletak di hujung katil.

Nikon D3200 yang tadinya diletakkan di atas sofa dicapai. Sesekali telinga menangkap desiran air dari arah bilik air. Mike masih didalam. Tangan menekan punat D3200. Bibir melantun tawa yang perlahan saat melihat aksi di Nikon D3200 yang dirakamkan oleh  Malek lewat petang kelmarin sewaktu mereka singgah di lokasi ikon Westminster yang sangat terkenal itu. Thaqif sememangnya sudah meminta agar Jasmin Haifa mendapatkan hotel penginapan yang berdekatan dengan istana berkenaan sewaktu setiausaha eksekutifnya itu menguruskan tempahan tiket dan penginapan untuknya dan Malek di London. 

Dengan berdiri dihadapan bangunan istana Buckingham yang sangat gah dan menjadi kediaman rasmi keluarga diraja monarki British sejak 1837, pelbagai aksi dia lakukan secara spontan sampaikan orang-orang disekitar yang turut mengunjungi tersenyum-senyum. Sengaja dia pilih waktu lewat demikian kerana dia fikir waktu sedemikian mungkin para pelawat sudah beransur susut. Telahannya silap lalu seperti kata Mike buat selamba aje. Dan betul-betul Thaqif buat muka selamba saje kala aksinya dirakamkan Malek. Sungguh dia tak sangka dia tega buat benda luar alam sedemikian. Teja..Teja, awak buat saya lakukan semua ini....semata-mata untuk awak. Bukan dia tidak pernah ke sini tapi tidak pernah pula teringin mahu merakamkan kenangan di sini. Entah, dia tidak ada keinginan ke situ kala waktu tu. Segan pun ia. Dan sekarang dia lakukannya tanpa ada rasa itu. Semuanya demi memenuhi janjinya pada Teja.

Kepala Thaqif menggeleng-geleng sambil bibir menguntum senyum. Usai mesyuarat tengahari tadi dia bergegas ke Museum of London mendapatkan the red double decker bus yang dikirim Teja. Dan dia siap simpan resit pembelian itu kemas-kemas untuk diberikan kepada Teja nanti. Thaqif bukan tidak tahu maksud disebalik pesanan Teja itu. Mudah sahaja dia tangkap maksud Teja waktu gadis itu menitipkan pesanan. Bibir menguntum senyum. Awak, saya ni memang sungguh ke tanah ratu ini. Saya tak tipu awak. Saya cuma tak beritahu awak perihal sebenar sahaja tujuan pemergian saya ini. Belum masanya lagi. Tunggulah masa yang sesuai nanti, i'll reveal everything to you. I promise that, insyaallah.

"hai bro, tengok pose depan istana siap tersengih-sengih.." Mike yang baharu keluar daripada bilik air melabuhkan duduk di hujung sofa rona coklat lembut. Dibaringkan tubuh yang keletihan. Lega sungguh dapat membasahkan tubuh di bawah pancuran air.

Senyum Thaqif masih belum usai. Mata masih melekat pada skrin Nikon B3200 ditangan. Jari-jemari terus menekan punat kamera berkenaan. Sesekali ketawanya terlerai melihat aksinya yang terakam. 

"aku mana pernah buat benda-benda macam ni, Mike. Never in my life. I'm really really mad la bro." Kepala digeleng lagi untuk kesekian kalinya.

"TJ2 punya pasal...buat keje giler pun kau sanggup. Apalah ilmu si TJ2 pakai kat kau ni, bro. Aku rasa aku patut menuntut dengan dia ni. Bagi Jane pun giler macam tu kat aku." Ketawa kedua-duanya tercetus.

Jeda.

Thaqif toleh memandang Mike yang santai terbaring disebelah dengan tangan kanan terletak di dahi. Mata temannya itu nampak terpejam seketika.. "bro.."

"hmmm..."

"kau kata nak gi Knightbridge. You wanna get something for her, right."

"hmmm...kalau tak beli karang, mahu dia belasah aku bila balik nanti. Bukan kau tak tau awek aku tu spesies ganas."

Thaqif ketawa kecil dengan jawapan spontan yang terluncur daripada bibir Mike. "jomlah... i also wanna get something for my TJ2...or maybe a few things. Harrods should have a few nice things for her."

Mata Mike terbuka luas. Kepala dikalih memandang ke arah susuk tubuh disebelah yang masih ralit memandang pada skrin D2300 sejak tadi. Ditompangkan tangan pada kepala.

"apa kau cakap tadi, bro?" My TJ2.? Wah..ini sudah lain macam punya bunyi. Big boss aku ni biar betul. Bro?" Mike ketawa kecil sambil melontar pandangan yang cukup bererti buat Thaqif. Dan Thaqif senyum manis saat matanya memandang ke arah Mike yang juga turut menyulam senyum. Senyuman yang cukup difahami maksudnya oleh Thaqif.

"weh.." Mike masih menunggu. Thaqif bangkit daripada sofa sambil membawa Nikon D2300 lalu diletakkan di meja sisi di tepi katil.

"Mike, kau tak asar lagi kan. Better do it now. Jangan tangguh-tangguhkan solat. Itu yang lebih penting dari segala perkara,hmmm. Yang lain-lain itu boleh KIV dulu." Mike capai bantal kecil disebelah lalu dilontar pada Thaqif yang berdiri dihadapan. 

"woii..apa ni." Tangan Thaqif cekap menangkap lalu dilontarkan semula ke arah Mike yang masih takzim di sofa. " hey bro, kau Ingat aku ni awek kau ke haa...nak buat aksi romantik main baling-baling bantal pulak. Aku takut kau jer yang kena baling dengan Jane nanti." Pecah ketawa Mike dengan kata-kata spontan Thaqif sebelum ketawa nyaring kedua-duanya tercetus dan bergema di dalam bilik mewah yang didiami mereka berdua sejak menjejakkan kaki di London.

7 comments:

ida said...

Best! Tapi bila si sirap bandung ni nak confess kat Teja? Hopefully before she heard them fr. someone else, tak nak la nanti Teja sedih...sbb Man dah tipu dia...if you love her just say it ok....

Su said...

sgt sgt sgt interesting.. akak suka.. x sbr nk tggu next chapter..

sue said...

Thaqif betul-betul dah jatuh hati pada Teja dah x boleh diubah lagi... kerja yang x pernah buat pun boleh buat kerana sayang Teja.....hahaha.... Teja baru sikit ja... sebab biasalah perempuan tentu ada rasa malukan ....

nz lyna'im said...

tj2 RINDU THARIQ HEHEEHEHE

Anor said...

seronok baca omelan si TJ. nak lagi
Kucc.

mizz acu said...

Telenovela sungguh teja kuasa dua nih. Hehehe...
Hope pass balik 'kpg' ni thaqif confess laa.. ;)

idA said...

pergh..nampaknya minah tu pun rindu giler kat mamat sirap bandung tu...
TJ ada ambik gmbr kat bridge tu tak..mcm TJ kuasa 2 mintak..mesti comel kan ...
Teruja nak membaca..apa jadi ek..bila mamat poyo tu tjk gmbr dan segala bukti yg mmg dia balik UK..adakah minah tu jatuh rahang..dan adakah minah tu belasah mamat tu dan juga mike kerana bersubahat.. akak rasa cinta tu mmg anih kan..mrk akan buat apa saja untuk mengambil hati buat hati mrk..mcm TJ dan mike...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...