Friday, July 6, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 15


Bab 15

"Superb communication always involve this 3 main factors, Mike..." Tiga jari ditegakkan sambil mata melontar ke wajah Malek yang takzim memandang sejak tadi.  Satu persatu jari dijatuhkan sambil bibir menyambung bicara. "..getting information, giving information and getting commitment. Lack of either one will be the reason why is our route of superb communication failed. And this is the matter that i want you to look into it, Mike."


"why?"


" I heard stories...and it's  not a sweet stories." 


"maksud kau?" 


Thaqif diam. Tidak mahu terus menghamburkan balasan pada pertanyaan Malek. 
Duduk yang santai bersandar pada leher kerusi kembali dibetulkan kedudukannya. Khali. Malek dilihat masih menunggu. Lontaran mata itu  masih terus dihala ke wajah Thaqif. Diseret seulas senyum kecil sebelum bangkit dari duduk. Dibawa langkah perlahan-lahan menuju ke jendela . Ditarik bidai yang menutupi sebahagian jendela. Mata menjunam pandang ke bawah. Aliran kenderaan yang melalui jalan dihadapan Menara Kumpulan Kiara Arena kelihatan sayup sahaja daripada tingkat 25 ini. Sorotan sepasang matanya masih tunak memandang aliran kenderaan yang menyusuri laluan masuk dan keluar di kawasan sekitar bangunan pejabatnya ini. Minda sedang memikirkan jawapan terbaik buat membalas pertanyaan Malek. Dia sudah lama memikirkan perkara ini. Dia mahu pembantu peribadinya itu merombak polisi pentadbiran sediaada. Kepincangan sistem pentadbiran semasa harus diperbaiki dan diganti dengan polisi terbaharu yang lebih mesra dengan ruang komunikasi yang lebih telus. 


Mata masih belum dikalihkan dari terus menatap pemandangan di bawah sana. Tenang dan sibuk saling melatari kedua-dua arah jalan. Sama seperti yang sedang dialami dirinya saat ini. Rasa tenang bagai digoncang dengan gusar yang melanda jiwa. Akan diterimakah polisi yang akan dilaksanakan nanti. Dia sudah memikirkan perkara ini sejak mendengar apa yang diluahkan Teja dahulu tentang permintaan kakitangan bawahan untuk dibuat surau bagi memudahkan semua kakitangan di Kiara Arena ini melaksanakan ibadah ditempat yang lebih sesuai. Kata Teja, permintaan mereka tidak pernah dilayan. Bagai mencurah air dia daun keladi sahaja. Namun yang lebih menghentak hati Thaqif bila Teja menyatakan semua itu mungkin kerana mereka-mereka ini cuma kakitangan bawahan dan sebagai kakitangan bawahan mereka kena sedar diri...kena sedar diuntung. Mereka bukan siapa-siapa di Kiara Arena. Mereka bukan entiti yang menguntungkan syarikat. Dia mahu membuktikan kata-kata dan pendapat Teja itu silap. Dia mahu menjadikan Kiara Arena sebuah konglomerat yang memandang kakitangannya sama rata. Tiada istilah anak tiri atau anak kandung di sini. Semua akan dilayan sama sahaja.


Dia mahu melihat perubahan didalam dasar syarikat yang kurang sekali..atau mungkin tiada langsung membuka peluang kepada kakitangan bawahan didalam memberikan pendapat mereka didalam sebarang amalan syarikat. Selama ini itulah yang berlaku. Daddy tidak membenarkan. Thaqif tidak mahu menurut cara daddy. Baginya peluang harus diberi sama rata. Tidak kira tingkat mana sekalipun mereka. Sebagai kakitangan, mereka sewajarnya dilayan sama rata. Bukan sebaliknya. Mereka juga aset kepada syarikat. Thaqif sedar dia perlu melakukan perubahan ini. Dia tidak mahu menjadi penerus legasi yang hanya memandang kepada pulangan dan keuntungan semata-mata. Dia bukan daddy. Thaqif adalah Thaqif. Thaqif bukan Tan Sri Jalaluddin.


"Qif?" Seruan lembut yang keluar dari bibir Malek membuatkan dia kembali ke alam realiti. Langkah diatur kembali ke meja. Disandarkan tubuh pada hujung meja. Kedua-dua tangan disilangkan ke tubuh. Dua pasang mata saling menatap. Dilontar senyum segaris. Wajah Malek yang masih tidak beriak dijamah lagi. Entah apa agaknya yang sedang berlegar didalam kepala pembantu peribadi merangkap sahabat akrabnya ini. Thaqif pasti Malek tentunya akan terkejut dengan apa yang akan dikatakan sebentar lagi.


"kau ok ke, bro?" Senyum. Kepala diangguk. Bahu Malek disentuh. 


"make sure after this any action that required feedback from the staffs, you'll get the feedback from the lower lines too. Do not exclude them. I want to hear their comments and ideas too, Mike. I want to know their thinking towards our suggestions and ideas.I want to understand them. I want to give them opportunity to bring out and voice out their assessment towards our action. Who' know's they have a superb ideas."


"kau pasti ke dengan apa yang kau nak buat ni?"


"kau rasa benda ni tak perlu?"


"Daddy kau tahu?"


Thaqif senyum. Dihela nafas perlahan.


"Aku dah beritahu  daddy dan mummy dahulu, kalau mahu aku balik dan duduk di kerusi CEO ni..." Jari dihala pada kerusi dibelakang. "..beri aku ruang untuk kendalikan Kiara Arena menurut cara aku. Itu syarat utama yang aku beritahu daddy bila aku setuju untuk balik dan ambil alih jawatan CEO di sini. Dan aku rasa kau pun tahu kan apa jawapan daddy. For sure mummy dah beritahu kau pasal perkara ni. Kau kan setiausaha sulit mummy aku." Thaqif angkat kening. Tersenyum. 


Malek angguk kepala seraya ketawa kecil. Mana mungkin dia tidak tahu setiap syarat yang Thaqif senaraikan sebagai tanda persetujuan untuk dia kembali menerajui Kiara Arena. Dia adalah insan yang berada disisi Puan Sri Wafeeqa ketika wanita itu menghubung Thaqif pada hari sahabatnya ini bersetuju untuk kembali ke tanahair. Siap dia catat semuanya. Yelah, sewaktu itu mummy Thaqif yang bijak ini siap guna speakerphone lagi. Jadi Malek boleh dengar dengan jelas tiap butir patah perkataan yang Thaqif sebutkan. Dia diarahkan mencatatkan kesemuanya. Direkodkan semuanya kemudian ditaip dan diberikan kepada Tan Sri Jalaluddin untuk ditandatangani. Semua itu atas arahan  permintaan Thaqif. Kontrak anak dengan ayah. Kalau difikirkan memang kelakar tapi Thaqif ini memang sangat lain perangainya. Dan yang nyata daddy dan mummy Thaqif terpaksa akur dengan segala syarat yang diberikan demi memastikan satu-satunya anak mereka ini pulang semula ke pangkuan mereka. 


"kita harus  terus pandang ke depan, Mike. Menoleh ke belakang hanya akan membuatkan langkah aku tersekat. Aku tak mahu memandang sejarah silam yang sudah mencatat pelbagai cerita yang mungkin menyakitkan. Aku adalah aku. Aku tak mahu disamakan dengan daddy aku. Aku mahu membina Kiara Arena yang baharu mengikut acuan aku dan landasannya ada penglibatan semua kakitangan. Landasan Kiara Arena menuju kecemerlangan takkan tercapai jika landasannya rapuh."


Malek berdiri. Kedua-dua tapak tangan bertepuk. Bahu Thaqif ditepuk.


"kau tau bro..daddy dan mummy kau tak salah buat keputusan. Kau memang layak duduk di kerusi tu.." Tangan Malek lurus menghala pada kerusi baldu hitam berleher tinggi di belakang mereka." dan aku..." Tubuh dipusingkan lalu duduk bersandar disebelah Thaqif. Bahu sahabatnya ini dipaut erat. " akan sentiasa di sisi kau...menjadi penyokong kau yang setia."


Thaqif angguk. Tersenyum. Dikalih sekilas kesebelah. Senyuman berpadu.


 "Thanks Mike." 
* * * * * * *
Fairus debab jual sengih memandang lelaki disebelah yang tekun menelaah kitab nipis diatas rehal. Mata bulatnya itu bersinar kala menerima isyarat gelombang dari renungan mata Hakim, Lukman, Izham. Azrol, Lias, Jamal, Shah, Amir, Ajak dan Norman yang duduk setentang. Fahmi, Kamil, Rahim dan Musa sudah mengangkat kening. Issy, diaorang ni..nanti lah kejap. Aku nak cakap laa ni. Tak boleh sabar ke! Fairus mendengus perlahan. Zakuan di sebelah kiri sudah menyiku. Turut menghantar isyarat yang sama. Fairus membalas balik. Lebih buat. Zakuan gosok perut. Muka berkerut menahan sakit. Fairus toleh sekilas. Padan muka! Tak reti nak sabar ke haa. Nak cepat kau cakap sendiri la. Dia mengomel dalam hati. Fairus hela nafas panjang. Dia sudah ditugaskan untuk melaksanakan misi malam ini. Kepala menjenguk. Pakcik Ismail yang mereka semua panggil pak Mail ustaz masih belum keluar dari bilik. Dia mendengar jelas bacaan ayat al-quran yang berkumancang dari pintu bilik di tepi ruang tamu yang sedikit renggang. Selalunya malam-malam jumaat begini pakcik Mail ustaz anak beranak akan membaca yassin dahulu sebelum memulakan sesi mengaji.  Dia lihat Norman yang gemuk itu sudah membesarkan bijik matanya yang sedia terbuntang. Eei dia ni, sabar aar kut ye pun! Aku baling dengan rehal ni karang...bodoh betul gemuk ni!


"abang Man.."  Thaqif toleh sekilas. Wajah manis Fairus yang bulat ditatap seketika.  Mata melontar pandanga pada sekawan kanak-kanak perempuan yang takzim duduk di sudut pintu sedang mengalun suara merdu mengaji ayat al-quran yang dia kurang pasti surahnya. Memang sejak mula mengaji di sini pakcik Ismail sudah meminta kesemua budak-budak yang sama-sama mengaji memanggil dirinya dengan panggilan abang Man.  Thaqif senyum sebelum kembali memandang pada wajah muqqadam yang terbuka di atas rehal kayu yang dia beli sewaktu menghadiri kelas pertama bertalaqqinya bersama pakcik Ismail. Sekarang sudah lebih sebulan dia disini. Alhamdulillah, dia kini sudah mengenali semua huruf hijaiyah serta hukum baris dan bunyinya. Huruf yang tiga puluh inilah yang akan menjadi tulang belakang utama untuk dirinya melangkah lebih jauh. Makin hari semangat dirasakan makin bercambah. Pakcik Ismail memanglah guru yang terbaik. Sabar dan tekun meladeni kelemahannya tanpa sebarang keluh kesah. Malu usah ditanya, tebal rasa mukanya ini bila ditertawakan kanak-kanak di sini kala dia merangkak-rangkak mengaji dahulu. Menyebut huruf itu satu-persatu dengan gerak bibir yang betul sepeti yang ditunjukkan pakcik Ismail dan Teja memang membuatkan dia rasa segan yang amat tapi gelagat Teja yang bersahaja kala membantu pakcik Ismail mengajarnya dengan lelucon yang diselitkan bagi mengisi ruang kosong agar dia lebih tenang membuatkan rasa malu itu hilang tanpa dia sedar. Dia juga tanpa sedar akan sama ketawa. gegak gempita ruang tamu yang sempit ini dengan taburan ketawa mereka semua. Teja buat dia rasa selesa. Teja itu bagai matahari yang membuatkan luruh hati yang gusar menjadi kembali ceria dan bergemerlapan.


"Fairus nak cakap apa dengan abang..."


"eer...malam ni...malam ni abang man pindah baca surah al-Fatihah kan."


Kepala mengangguk. "hmmm. Ada apa apa ke Fairus dengan surah tu, susah ye?"


Fairus jual senyum sambil melontar kenyitan mata kepada kawan-kawan setentang yang tunak menanti daripada tadi. Dia berdoa dalam hati agar misi mereka berjaya. Moga abang man akan bersetuju.


"abang tau tak surah al-fatihah tu penghulu al-quran?"


Kening diangkat seraya tersenyum. "oo ye ke? Jadi?"


"Jadinya..abang..." Fairus membongkokkan tubuh memandang ke arah bilik pakcik Ismail. Suara mengalun surah yasin masih kedengaran. Jangan la diorang habis lagi. Matilah kalau Kak Ja dengar. Sah nanti dia dan kawan-kawan sekomplot akan kena goreng sekor-sekor dalam kuali. Kak Ja tu kalau angin garang dia datang, Transformer pun dia belasah. Kak Ja tu ada aura gengster, tak padan dengan cekeding. Ada ke gengster cekeding dan cantik macam kak Ja tu ek?


"jadinya apa ni Fairus, hmmm. " Mata Thaqif menoleh pandang pada wajah bulat gebu hitam manis disebelah. Tangan Fairus menggamit Thaqif agar merapatkan wajahnya ke sisi.


"abang tahu tak, kat sini kan kalau sesiapa naik mengaji ke surah al-fatihah kena buat jamuan tau untuk kesyukuran pada pak mail ustaz. Macam sedekah jugak la..buat makan-makan sama untuk kita-kita kat sini. Abang man pun kena buat tau sepatutnya. Tapi abang man malam ni tak bawak apa-apa pun kitaorang tengok. Abang man kena belanja kitaorang la lepas ni..ganti sebab tak buat jamuan malam ni punya."


Thaqif senyum. Angguk kepala.


"Fairus nak abang belanja apa? Cakap aje, nanti abang man belikan."


"Mc D bang..."


"taknak taknak bang, Mc D tak sedap aar...KFC aar abang man..ayam spicy tu, baru best. Beli satu baldi tu bang." Thaqif angkat kepala. Sekumpulan kanak-kanak sudah mara duduk dihadapannya sambil menjual sengih. Thaqif geleng kepala. Ketawa kecil.


"lagi nak apa?" Thaqif terus tenang melayan. Dia menyorot pandang ke wajah-wajah ceria dan bercahaya di hadapannya saat ini. Dia rasa seronok sekali. Memenuhi keinginan kanak-kanak ini bagai satu kepuasan bagi dirinya.


"Domino bang man...yang besar punyer tu...best!. Kita selalu tengok kat tv. Macam sedap jer orang tu makan."


"tak tak ada..saya nak Pizzahut, tak nak Pizzahut."


"alaa korang nih...kita semua suruh abang man belanja makan kat restoran Thai mahal yang kat seberang jalan tu la. Sedap kita dengar."


"amboi amboi!!!!!!!!!!!!" Teja yang bertudung putih dan berbaju kurung kapas corak bunga tabur berwarna kuning air sudah bercekak pinggang didepan pintu. Bibir digigit. Mata sengaja dibulatkan. Diratah setiap wajah yang mengerumuni Man. Wajah-wajah yang jelas terkejut. Ada juga yang melontar sengihan malu kerana tertangkap oleh Teja. Dia sudah dengar dari dalam bilik tadi perbualan Fairus dan Man. Segaja dia biarkan. Dia ingin tahu lebih lanjut apa yang cuba budak-budak diluar itu lakukan kepada Man. Teja tahu Man memang suka sangat melayan karenah mereka. Setiap malam pasti ada sahaja yang akan mereka minta daripada Man dan lelaki ini bagaikan tidak tahu mengatakan tidak. Bukan Teja tidak pernah menegur. Dia tidak mahu mereka semua mengambil kesempatan atas sifat pemurah lelaki ini. Namun setiap kali dia mahu membuka mulut, Man pasti sahaja akan menahan. Katanya dia tidak kisah. Dia seronok melihat kesemua kanak-kanak berkenaan gembira. Bukankah menggembirakan oranglain itu satu ibadah Teja. Yelah, yelah..


"bukan kita kak Ja. Fai..fairus yang mintak." Norman laju menggeleng kepala sambil mengengsut ke belakang. Yang lain turut sama menggeleng kepala. Juga melakukan pergerakan yang sama. Fairus kelihatan menelan air liur.


"bu..bu..bukan Fairus, kak Ja. Di..dia..diaorang semua ni..." Telunjuk Fairus lurus menghala pada rakan-rakan setentang yang kesemuanya menundukkan kepala."... yang suruh cakap. Fai..Fairus tak tahu apa-apa."


Teja gigit bibir menahan ketawa yang mahu terhambur tatkala melihat wajah kesemuanya yang jelas kegusaran juga kebimbangan bila rancangan mereka dapat dihidu Teja. Teja menangkap senyuman di bibir Man. Sengaja dibesarkan mata. Tidak mahu lelaki itu merosakkan rancangannya mahu mengenakan kembali kanak-kanak berkenaan. Teja masih memandang ke arah Man yang juga sedang melontar pandangan kepadanya sambil tersenyum. Awak ni sirap bandung ni apalah pakai baju melayu warna nih. Suka sangat dengan warna ni tau. Saya tau la awak tu sirap bandung. Agaknya ada satu almari kut baju-baju awak yang warna nih. Tapi awak ni kan sesekali pakai warna ni tak per aar, kita boleh jer tutup mata..Lain kali tu cuba ler pakai warna lain selalu...hijau katak pisang ke, kelabu taik anjing pun tak per laa. Issy, kita tak suka aar warna ni tau! Kita tak suka tau awak. Awak dengar tak ni..jangan asik pandang kita jer. Kita tau la kita ni cun. Weh Teja, bolah tak kau jangan berangan lebih-lebih. Dia tu pandang kau sebab muka kau tu nampak lawak bila besar-besarkan mata macam tu. dah serupa mata petai pulak. Issy, sibuk jer ganggu kosentrasi orang!


"korang ni takda keje lain ha. Tak cukup tiap malam korang paw abang man korang ni dengan burger special abang Joe..pastu malam ni memandai pulak ek jual nama abah kak Ja ye. Korang ni memang sekor sekor nak sangat kenal celup dalam kuali kan. Meh sini..akak pun dah lama tunggu ni. Nak rasa gak daging korang sedap tak kalau kena goreng. " Teja mengacah dengan menyinsing lengan.  Masing-masing sudah bertolak-tolak dan lari bersembunyi di belakang Thaqif. Pecah ketawa Thaqif bila Teja menarik lengan Fairus yang sudah menjerit. Yang lain-lain turut ketawa melihat gelagat Fairus.


"apa bising-bising ni Ja.." Pakcik Ismail yang baru keluar dari bilik menjengah ke ruang tamu. Rafifah sudah mengambil tempat di sudut tepi pintu.  Beberapa orang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya yang sejak tadi menjadi saksi drama sebabak tadi masih belum usai ketawanya melihat telatah Fairus sebentar tadi. 


"diaorang ni la abah. Tak keje lain. Nak paw abang Man diorang ni jer. Memandai pulak kata naik surah Fatihah kena buat jamuan makan-makan untuk abah denga diorang sekali. Siap jual nama abah tu. Ni yang Ja geram ni. Biar kita goreng jer diaorang ni sekor-sekor abah. Boleh kita buat jamuan. Daging budak-budak lagi lagi yang debab tu memang sedap." Teja angkat kening pada Man. Lelaki itu tersenyum seraya ketawa kecil. Pakcik Ismail menggelengkan kepala. Tahu sangat dengan kenakalan Teja yang kuat mengusik. tangan Fairus masih dalam pegangan tangan Teja.


"budak-budak ni memang suka bergurau, Man. Pakcik minta maaf la ye. Takda jamuan-jamuannya pasal naik surah Fatihah ni. Tapi kalau Man yang sendiri nak buat, tak ada masalah. Sedekah ni memanjangkan pahala siraturrahim sesama saudara seagama." Thaqif angguk. Senyum. Pakcik Ismail sudah mengarahkan kesemua kanak-kanak yang tadinya berlonggok dibelakang Thaqif mengambil tempat masing-masing kerana dia akan memulakan sesi mengaji. Taufik yang baharu keluar dari bilik air menjengah kepala seraya memandang. Hairan dengan keadaan didepan mata. Apahal pulak si Fairus tu muka macam tahan kentut je. Yang kak Ja ni pi pegang tangan si debab tu apakehal. Tak tahu ke batal wuduk la kak Ja, issy!


Thaqif hela nafas perlahan. Wajah pakcik Ismail yang duduk dihadapan di tatap. Buku catatan di tangan dia buka. Memang sejak mula mengaji dia membawa buku catatan sendiri. Dia mahu merekodkan setiap ilmu yang dia dapat dan pelajari dari pakcik Ismail. Kanak-kanak yang lain sudah lama hilang dari ruang tamu bilik pulang ke rumah masing-masing. Semuanya pulang dengan hati yang berdendang ria. Thaqif sudah berjanji untuk mendapatkan makanan yang disebut mereka tadi malam esok. Kata Thaqif lagi masing-masing akan dapat apa yang mereka mahu dan suka makan. 


"hukum tajwid ni memang wajib dipelajari kerana kita wajib membaca al-quran mengikut tawjid yang sudah termaktub pada ayat-ayat berkenaan. Kalau kita main baca aje tanpa ambil kira hukum tajwidnya, kita dah dikira berdosa. Rasullullah sendiri membaca al-quran lengkap dengan hukum tajwid dan tarranumnya. Jadi, jangan ambil mudah sahaja bila baca al-quran ni. Nanti patut dapat pahala langsung dapat dosa. Sebabnya apa? Sebabnya salah baca sebab tak ikut hukumnya."


Dahi sedikit berkerut. Macam berat dan susah saje bunyinya perkara tajwid ni. Jemari pantas merekodkan.  Tapi... tajwid tu apa?


"tajwid tu apa maknanya pakcik." Thaqif memandang ke arah pakcik Ismail yang takzim duduk dihadapan. Pakcik Ismail senyum seraya melontar pandangan pada anak muda tampan yang lengkap bersongkok dan berbaju melayu merah jambu ini. Dalam hati dia senyum juga. Warna kepantangan Teja nih. Warna yang Teja paling tak suka. 


"tajwid tu Man, maknanya secara istilah ialah mengeluarkan huruf dari makhrajnya. Kita kemudiannya pula menunaikan hak huruf-huruf berkenaan. Setiap huruf ada hak masing-masing dan menjadi tanggungjawab kita menunaikannya mengikut hukum-hukum yang sudah tertulis padanya. Hak huruf itu makna sifat yang ada pada huruf-huruf berkenaan. Salah dan berdosa kalau kita tidak menunaikannya...maknanya kita akan berdosa kalau membaca ayat al-quran itu tidak mengikut hukum tajwidnya yakni kita menunaikan hak huruf-huruf yang terbabit." 


Hak huruf? Salah dan berdosa kalau tak baca ikut hukum? Jemari mencatat namun dahi jelas mempamerkan kerutan berat. Air liur ditelan perlahan. Ada denyutan yang mengetuk dinding kepala.  Tajwid...hak huruf. Ya Allah..berikan aku kesabaran untuk mempelajari ilmumu ini. 

5 comments:

nzlyna'im said...

hahahahahahah.. pandai la plak budak2 auta c tharif 2,,,aduii
semoga tharif terang hati...

mizz acu said...

hehehehee... pandai budak2 nih..
thaqif ~ semoga istiqamah la yer.. ;)
insyaAAlah.. kalo ikhlas cepat bolehnyer..

kucc.. nti panjang lagi bolehh.. xpueh cheq baca.. ngeeee~~

hani said...

merah jambu + Teja = negatif..hahaha.
pandai fairus dan kawan2 nak paw 'abang man'...makin seronok lah thaqif belajar nanti

nursyafika said...

Tak puas...nak lagi!!!!!!!!

sue said...

rasa x puas lagi....
Teja x suka merah jambu...
tapi Si Thaqif suka warna merah jambu..... sesuatu yang baik ni....
seronok tau mengaji sambil belajar hukum dan mahraj huruf.... memang betul kalau salah mahraj berdosa....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...