Friday, June 8, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 6


Bab 6

Pintu kaca yang memisahkan bahagian lif dan ruang pejabat paling eksklusif di tingkat 25 ditolak perlahan setelah tag keselamatan yang disentuh pada kotak segi empat bujur di dinding berbunyi dan mengeluarkan cahaya hijau pada butangnya. Isyarat yang  menanda dia "dibenarkan" masuk. Dan sememangnya hanya staff yang menduduki tingkat ini sahaja yang diberi kebenaran memasukinya. Staff dari tingkat lain perlu mendapatkan kebenaran dari Jasmin yang bertugas untuk mengawasi pergerakan keluar-masuk di tingkat ini. Memang itu peraturannya sejak dahulu. Semuanya demi keselamatan kerana pergerakan keluar-masuk yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai masalah. Itu yang cuba dielakkan. Langkah Malek laju sahaja menuju ke arah pintu kayu jati yang tertutup rapat nun di hadapan. Tadinya sewaktu berbincang dengan Michelle Lim, ketua bahagian pemasaran iphonenya berbunyi. Saat ditoleh nombor Jasmin yang tertera. Malek terus jawab. Dia dapat mengagak tentu Thaqif yang memberi arahan untuk menghubunginya dan ternyata telahannya memang benar. Fail putih di lengan kanan kemas melekat di dada. Dikuis sedikit hujung rambut yang terjuntai dengan hujung jari-jemari kiri. Melepasi meja Jasmin Haifa, bebola mata dikerling sedikit. Terlihat olehnya setiausaha eksekutif Thaqif sedang takzim dihadapan skrin empat segi IBM sambil melayan kukunya yang panjang dan berwarna merah samar itu. Malek mencebik kecil. Perempuan sekor ni itulah keje sambilannya. Tak habis-habis membelek kuku yang dah mengalahkan kuku helang..huh, giler ngeri kalau kena kat muka! Meja Nina, si pembantu setiausaha yang semua di Arena Kiara sedia maklum adalah 'kuli batak' tidak rasmi si Jasmin kosong. Otak berpusing pantas. Memikirkan sesuatu. Entah kemana pulak si Jasmin dah arahkan budak lurus itu pergi pepagi nih.

"Morning, Mike. Boss dah lama tunggu you kat dalam." Jasmin kenyit mata pada Malek sambil melontar senyum manis. Suara yang melentuk-liuk itu cukup merimaskan cuping telinga. Malek angguk kepala perlahan. Senyum segaris terbina dihujung bibir. Terpaksa. Diteruskan langkah pantas ke hadapan. 

Tangan mengetuk muka pintu. Terdengar suara daripada dalam mengarahkannya untuk masuk. Dipulas perlahan tombol sebelum tubuh tegapnya diloloskan masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja tenggelam didalam bilik yang diluarnya tadi tertinta dengan huruf keemasan "Ketua Pegawai Eksekutif". Bilik yang dahulunya milik Tan Sri Tajuddin kini bertukar tuan. Tuan yang lebih muda. Jauh lebih muda tapi punya aura sebagai ketua yang sangat berwibawa. Thaqif Jazman Tan Sri Tajuddin. Itu nama ketua barunya ini merangkap teman sepermainan sejak kecil. Tingkat sosial yang berbeza antara mereka tidak pernah langsung menjadi tembok pemisah keakraban mereka dari dahulu hingga kini namun sebagai pekerja, Malek tahu batas diri. Ketua tetap ketua. Harus dihormati. 

Tan Sri Tajuddin Rashid. Bekas ketuanya yang begitu banyak menabur budi dan ilmu. Tanpa itu semua, Malek sedar dia tidak akan mampu berdiri di atas tangga kejayaan yang dicapai hari ini. Kepercayaan Tan Sri padanya sangat-sangat dijunjung. Keputusan Tan Sri untuk berundur walau sedikit menyedihkan hati, Malek akur. Segala-galanya bersebab. Dan jika tidak kerana itu, ketua baharunya ini tidak akan pulang untuk kembali mengambil tanggungjawab yang sudah tersedia untuk sejak sekian lama. 

Atas sebab kesihatan, bekas ketua merangkap mentor yang amat dikagumi dan dihormati Malek itu dengan relahati melepaskan jawatan CEO pada anak tunggalnya Thaqif Jazman. Jenuh juga Puan Sri Wafeeqa memujuk anak tunggalnya ini untuk kembali mengisi jawatan sekaligus menerajui Kiara Arena Holdings. Sejak beberapa tahun dahulu pun mereka semua berusaha memujuk Thaqif untuk pulang ke Malaysia. Namun semua itu sia-sia. Langsung tidak diendahkan. Semua dalam keluarga tahu pergeseran antara kedua beranak ini yang menyebabkan Thaqif "merajuk" lama di bumi Kanada. Jauh membawa hati. Hati yang parah terluka dengan kata-kata keras daddynya. Di sana..lebih tepat di Westcoast Superbike  School tekad dipasakkan. Kukuh. Cita-citanya yang menggunung akan pasti direalisasikan suatu hari nanti. Itu janjinya yang terlafaz setiap kali dihubungi Malek. Tidak pernah berganjak hinggalah hari itu. Hari yang membuatkan dinding hatinya yang kukuh dari sebarang pujukan dan rayuan runtuh akhirnya.

Thaqif sebenarnya ada cita-citanya yang tersendiri. Malek tahu itu. Sangat tahu. Sejak kecil Thaqif mahu menjadi juara GP dunia. Itulah benda yang asyik disebut pada Malek. Diulang juga benda yang sama pada mummynya dan ibu Malek. Pening jugak semua orang dengan perangai pelik Thaqif ni. Puan Sri Wafeeqa sendiri buntu. Entah apa yang merasuk fikiran si Thaqif hingga boleh merangka cita-cita luar alam sedemikian rupa. Kuda besi gedabak itu jugak yang dipilihnya. Dan sebab tu jugalah yang mendorong kuat Thaqif  memilih untuk ke Itali selepas tamat pengajian di Boston. Kecemerlang di Boston tidak langsung mematikan cita-cita asal yang dipendam sejak kecil. Demi daddy dan tentunya mummy yang sangat dikasihi, Thaqif teruskan juga pengajian di Harvard walau keinginan asal yang membuak terbuku di dalam hati. Janji mummy dia pegang erat. Apa-apapun habiskan dahulu pengajiannya dan selepas itu dia bebas memilih. Dan Thaqif memang benar-benar sudah membuat pilihan. Pilihan yang sekian lama dia pendam.

Menggilai Giacomo Agostini sejak kecil dan menjadikan semangat pelumba lagenda itu sebagai penguat cita-citanya. Namun harapan Thaqif patah dan terkulai bila dihalang keras oleh Tan Sri yang merasakan itu semua sia-sia, buang waktu dan tiada masa depan. Tan Sri mahu Thaqif memandang masa depan yang sudah tersedia buatnya secara realistik. Buang sahaja angan-angan mengarut yang takkan ke mana. Humban sahaja cita-cita bodoh itu ke gaung! Dan kerana keras cabaran daddynya itulah Thaqif buat keputusan yang mengejutkan semua. Dia takkan pulang selagi dia tidak berjaya membuktikan semua itu bukan seperti yang dilontarkan daddy. Dia mahu buktikan pada daddynya sama seperti yang dilakukan Agostini terhadap ayahnya. Jika Agostini boleh, dia juga pasti boleh!

Bebola mata Malek memandang pada kerusi baldu hitam berleher tinggi dihadapan. Thaqif dilihat menunduk. Sudah sedia tahu sebab kedatangan Malek ke bilik ini. Apa tidaknya. Memang dia yang memanggil Malek ke sini melalui pesanan yang dititipkan pada Jasmin. Takzim memandang skrin Apple dihadapan. Dihampiri meja separa bulat yang diperbuat daripada gabungan kayu dan kaca. Ditarik kerusi baldu hitam berjalur coklat muda. Dilabuhkan duduk. Kaki kiri disilangkan diatas kaki kanan. Fail ditangan diletakkan pada muka meja yang sangat kemas aturannya. Mata melata pada permukaan meja. Setiap dokumen yang memerlukan penelitiannya tersusun rapi. Malek tahu sangat cara Thaqif bekerja. Dia tidak gemarkan suasana yang "huru-hara" diatas meja. Semak mata, semak kepala! Mat motor superbike ini bukan sebarangan orangnya kala bekerja. Teliti giler!

"So? Do we got the acceptance?" Thaqif yang tadinya takzim memandang skrin Apple kini mengalih bebola mata ke arah Malek. 

Kepala Malek mengangguk. "Pihak di UK dah hantar acceptance on the Statement of Work (SOW) and also the terms & conditions (Ts &Cs). Fax aku terima awal pagi nih. Ada dalam fail tu." Mata Malek dihala pada fail putih keras yang diletakkan dihadapan Thaqif. Dan fail itu kini berada ditangan Thaqif. Dibuka dan diselak helaian kertas-kertas yang tersisip kemas didalamnya. Satu persatu.

"Fees yang team kita proposed diorang agree?" Malek angguk lagi. " No changes. In fact; first interim payment, 45% of the total cost for the project dah dikreditkan dalam account Kiara Arena. Statement dari bank pun ada dalam fail tuh. We can start this project ASAP. Our team is all ready to proceed." Thaqif angguk perlahan. Mata masih menari pada fail yang sedang diteliti. Ditutup fail. Diletakkan kembali dihadapan. Senyum puas terukir di bibirnya yang mekar. Sejak dua minggu ni dia memang sibuk. Masa banyak dihabiskan meneliti projek ini. Mahu memastikan projek mega pertama ini berjaya. Dia mahu buktikan pada diri sendiri akan kemampuannya. Jika lulus, laluannya akan lebih selesa. Dia tahu duduk di kerusi ini bukan mudah. Dia juga tidak pernah mimpi namun dia sedar sejak dahulu dia tidak boleh lari dari kenyataan. Kiara Arena Holdings ini suatu hari nanti akan tetap jadi miliknya samada dia suka atau tidak. Itu yang daddy beritahu...itu yang ditanamkan ditelinga dan dipasakkan dijiwa sejak dia kecil. Dan kerana tekad dan janji pada diri sendiri sewaktu mengambil keputusan kembali menjejak kaki ke bumi Malaysia, dia mahu buktikan yang dia sudah memahami apa yang pernah daddy beritahu padanya suatu waktu dahulu.

"Thanks Mike."

Kepala diangguk. Malek balas senyum. Ketukan dipintu membuatkan kedua-duanya berpandangan seketika. Thaqif bersuara. Memberi izin. Malek menoleh kebelakang. Melontar pandangan pada muka pintu yang rapat tertutup yang kemudian perlahan-lahan terbuka. Nina dilihat melangkah masuk sambil menatang dulang yang terisi sesuatu. Perlakuan yang membuatkan kening Malek laju sahaja berkerut. Sesuatu sedang melintasi fikiran. Dipusingkan kepala kembali memandang Thaqif yang tenang bersandar di leher kerusi. Senyum segaris masih melekat di bibir. Nina tertib meletakkan dulang pada meja kaca di set sofa Cesterfield rona kelabu gelap bersebelahan pintu masuk. 

"encik Qif nak saya tuang kan black coffee ni sekarang?" Suara lembut Nina terlantun.

Malek senyum memandang Thaqif sebelum menoleh pada Nina yang tersenyum memandang padanya.

"Tak apa, Nina. Nanti saya buat sendiri. Terima kasih." Nina angguk.

"Err kaalu macam tu..saya keluar dahulu encik Qif." Thaqif angguk seraya berdiri. Nina sudah berdesup hilang disebalik pintu. Langkah Thaqif dibuka. Bahu Malek ditepuk perlahan. "jom, minum, bro. Celebrate our first win together." Malek ketawa kecil. Kaki dibawa ke Cesterfield di hadapan. Mata bercahaya. Bibir mengukir senyum. Halkum bergerak-gerak perlahan. Kuih ketayap! Tahu tahu aje favourite aku.

Dahi berkerut halus. "kuih ketayap comel dengan bau daun pandan ni macam familiar je bentuk dan rasanya. si TJ punya kuih ni aku rasa. Memang takde siapa yang boleh buat kuih ketayap best macam ni selain mak aku dengan TJ. Siapa order kuih ni, bro?" Bibir yang mengunyah perlahan terhenti. Ketayap yang baru suku ditelan dibelek-belek. Memang dia sangat pasti ini air tangan si kerani yang terkenal dengan trademark berbaju kurung kapas dan berkasut kungfu hitam itu. Siapa yang tidak kenal dengan kesedapan kuih-kuih buatan Teja. Thaqif turut terhenti mengunyah. Mata takzim memandang perlakuan Malek. Namun yang lebih menangkap di telinga adalah nama yang disebut tadi. Memang dia tahu kuih ini siapa pembuatnya. Sangat tahu orangnya. Pada hari pertama dia melangkah masuk ke Arena Kiara seleranya dihidangkan dengan rangkaian kuih-kuih melayu tradisi yang sekian lama dia rindu. Bertahun di bumi Vancouver dia jadi kemaruk makan hari itu. Dan setelah tahu siapa gerangan yang mengadunnya dan serba-sedikit tahu kisah empunya diri dari Puan Zihan yang mesra dipanggil kak Zie, dia jadi makin tertarik. Dan kerana itu jugalah dia yang memberi arahan pada Puan Zihan, pengurus perhubungan awam itu agar memastikan dibuat pesanan tiga jenis kuih buat kakitangan dan dirinya di tingkat ini setiap hari sebagai hidangan pagi. Kos itu akan dia bayar sendiri tanpa melibatkan dana syarikat biarpun sebagai ketua dia boleh sahaja melakukannya...jika dia mahu.

"siapa kau cakap tadi? TJ?"

Malek angguk. Disambung kunyahan seketika sebelum berhenti. " TJ tu nickname merangkap initial tuan pembuat kuih ni sebelum dibubarkan dan diberikan pada kau, bro. Kau berdua kebetulan punya initial yang sama. TJ tu kami berikan pada kau untuk digunakan. Memang nama kau paling hampir untuk initial tu berbanding dia. Dan sekarang dia kena guna initial lain. Tak silap aku dia guna TJ2 "

Hmmm, menarik. Hati tersenyum manis.

"TJ ni siapa, bro?"

"Ala, si Teja...budak kerani stor stationaries kat tingkat 18 tuh. Teja tu nama pendek dia je ."

"Nama pendek?"

"hmmm.."

" dia ada nama panjang ke?" 

Malek senyum. Kening diangkat. 

"hai..berkenan ke, bro?"

Ketayap yang harum pandannya masih segar terus disumbat rakus ke dalam mulut. Thaqif memandang tenang, menyembunyikan rasa tanda tanya yang kian membuak di kepala. 

* * * * * * *
Teja angkat kening pada Jane. Jane angguk kepala. Sengih selamba. Mata Teja bulat mengalahkan delima masak. Jane tekan perut. Tahan ketawa. Gagal. Pecah jugak sudahnya. Ketawa Teja terburai sama.

"gila kau, Jane. Sah si Nina akan cakap kat mentor dia tu apa yang kau dah cakap tadi kat dia." Teja ketawa lagi. Kepala digeleng. Jane..Jane.

"peduli hapa. Aku memang pesan pun kat dia macam tu kan. Memang dah kenapun. Sangat-sangat sesuai dengan tuan empunya badan. Dia nak sangat cari pasal dengan kau kan. Haa...jom cari pasal. Aku memang bab-bab cari pasal ni memang suka. Lagi-lagi cari pasal dengan si itik gedik tu. Dia kacau kau bermakna dia kacau aku jugak, TJ." Teja senyum lebar.  Bahu Jane ditumbuk perlahan.

"kau tahu tak TJ...budak-budak logistik giler suke dengan idea kau tuh. Si Mail drebar dah gi sebarkan cite ni pada geng-geng despatch yang singgah kat department kita orang pagi tadi. Bergegar diorang gelak. Dengan meja aku siap jadi sasaran kena gegar. Confirmed lepas ni, itik gedik tak hinggat bumi di pijak rumput pun mati tuh akan sarungkan kepala dia dengan plastik merah ni. Macam ni haa." Jane capai plastik merah samar yang terdampar di atas meja Teja. Plastik yang dijadikan tempat mengisi kuih-kuih pesanan kak Zie yang dibawa pagi tadi. Disarungkan plastik dikepala lalu dua hujung plastik disimpul ketat di telinga. Dihayun langkah pantas sambil terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan dengan mata yang dibeliakkan. Teja sambung gelak dengan gelagat lucu Jane. Nampak dek itik ni karang, mampus kita Jane! Eh, kejap kejap. Tadi, Jane sebut budak-budak despatch kan. Fikiran Teja melayang seketika. Lama dia tak jumpa si biskut lemak berkrim berlesung pipit yang satu itu. Dekat dua minggu jugak dah Teja rasa. Sihat ke dia. Sibuk ke dia. Ke.. dah berhenti. Yelah, biskut lemak bergula lagi rangup dan lemak berkrim macam tu kacang jer dapat kerja lain. Tak susah. Rupa ada kan. Silap-silap jadi pegawai pun boleh. Dia tu dah lah pandai cakap omputih. Lancar jer. Sikit pun tak tersangkut-sangkut. Bukan macam aku ni haa. Tergelincir lidah. Bergulung. Bersepai air liur. Memalukan jer. Nak tanya Jane nanti dia risau juga Jane ingat apa-apa pulak. Si Jane Jenab ni bukan boleh harap sangat. Kepala teman jenayahnya ini kadangkala bukan boleh dibawak berunding. Maunyer nanti dia berkicau kat sana. Silap-silap dia pergi terpa si Man tu on behalf diri Teja..haa, memang gali lubang kubur sendiri jawabnya.  Sudahnya, dilepaskan keluhan kecil. Dilabuhkan duduk.

Jane kerut kening. Bibir dimuncungkan. Pandangan dilontarkan pada Teja yang sudah tersandar di kerusi beroda lima dihadapannya. Jeda seketika. Jane angkat punggung lalu dilabuhkan tubuh pada tepi meja. Wajah Teja ditatap.

"kau kenapa nih. Tetiba jer mengeluh. Ada masalah ke, TJ?"

Kepala menggeleng."tetiba aku teringat pada seseorang. Lama giler tak jumpa dia."

Kening Jane terangkat. Seseorang? Lama giler tak jumpa? Macam kena tiup angau je bunyinya. Mesti biskut lemak ni, ciss. Mau sorok rahsia ler tu...

"sapa?"

"kawan."

"kawan yang mana satu nih? aku kenal?" Jane jegil mata.

Teja lepaskan nafas perlahan. Kepala menggeleng lagi.

"kawan baharu."

Kening Jane makin terangkat tinggi. Kawan baharu? 

"sapa?"

"Sirap Bandung."

Haa? Jari jemari kanan Jane laju menggaru kepala. Sirap Bandung?? Siapa pulak tuh!

* * * * * * *
"what!!!!!!!!!!!"

"err..."

Nina telan air liur beberapa kali. Pahit. Mata terkebil-kebil. Jantung seakan digoncang dan dihayun kuat. Kesemua jari-jemari diramas laju. Gerun melihat mata  dan wajah Jasmin dihadapan yang menyala-nyala bagaikan udang dipanggang.  Pipi yang bergerak-gerak itu tambah menakutkan Nina. Apa pasal dia pulak yang terima tempias. Dia sekadar menyampaikan pesanan Jane yang dia panggil kak Jane. Kak Jane yang dia jumpa didalam lif sewaktu turun mengambil kuih daripada kak Zie sebagaimana yang disuruh oleh Jasmin tadi. Dia memang gelak sakan dalam lif sorang-sorang tadi usai mendengar apa yang dititipkan kak Jane untuk disampaikan pada Jasmin. Aduhai, sungguhlah dia tidak terfikir ke situ perginya idea kak Jane dan kak TJ...tapi memang masuk betul dengan orangnya. Dan saat ini ketika berdepan dengan orangnya dia cuba mengaitkan apa yang disebutkan kak Jane tadi dengan Jasmin. Memang betul kut, rupa benda tu masa tengah marah memang macam nih. Mata merah, pipi pun merah...

"say it to me again what did that ugly shorty Jenab said to you..."

"err..err..."

"Damn...just say it, Nina!!!"

Nina tersentak. Mata dikebilkan.

" errr..cakap pada cik itik Jasmin. Ni pesanan dari TJ dan kak Jane ye. Bertanduk dua tu special..sebab tu tuhan ciptakan sebahagian faunanya dengan sifat demikian. Sekurang-kurangnya tanduk itu ada manafaatnya pada masyarakat dari HJA a.ka. hantu jamban angkut tuh. Itu lagi buruk. Menakutkan lagi. Membahayakan kesihatan pulak tuh. Orang dah tak pakai jamban angkut sekarang, jadi tak payah lah jadi hantu dan duduk dalam jamban angkut. Kalau nak sangat jadi hantu jamban pun..jadilah hantu jamban tarik. Takpun hantu jamban pam. Baru lah moden!"

Jasmin ketap gigi kuat. Jaga kau TJ!

4 comments:

Eeyta said...

Bestnya Ada N3 baru..tq kucc...padan muka si jasmin...tak sabar nak tunngu bila teja tahu siapa Sebenarnya biskut lemak manis ;) cepat posting n3 baru ye.. ;)

Kak Sue said...

membayangkan Teja tu macam Noor.... dan Man tu Is....hehehe....lawakkk..

mizz acu said...

kakakakkakaakakaa.. hantu jamban angkut!!! pdn muka..
xsaba na tgu teja tau sapa man sebenarnya..
selama n pasal initial TJ tu en qif tau x yg teja punya initial tuu..

zue said...

at last ada nu n3.
best sangat. thanx kucc.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...