Monday, June 11, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 7


Bab 7
Tangan menoleh Casio dipergelangan kanan. Mata terbuntang seketika. 6.30 pagi. Perrh..giler awal kau TJ hari ni. Apa barang datang pepagi buta nih. Semangat pekerja mithali hapa. Aku memang pekerja Arena Kiara yang mithali hapa...cuma diorang yang duduk kat atas kayangan tuh jer yang tak nampak. Lagi-lagi aku yang duduk terselit di ceruk stor alat-alat tulis tuh. Haram dia tak nampak! Mana adanya big boss turun mencemar duli datang kat stor tempat aku keje tu. Seumur hidup aku keje kat sini tak pernah sekalipun adanya big boss datang. Jangan kan dia, bayang dia pun tak pernah aku nampak!


Teja tanggal helmet Jerman kesayangannya dari kepala lalu disarungkan tali pengikat helmet pada lengan kanan. Beg sandang yang terlilit di tubuh dibetulkan kedudukannya. Dua plastik merah besar yang dikeluarkan dari bakul di belakang Kriss dijinjing di tangan kanan. Langkah diatur mendekati pintu ke lif untuk ke ruang lif utama. Ruang parkir yang dikhaskan untuk motosikal di bahagian B5 masih lengang dan sunyi. Sambil melangkah, tapak tangan kiri melurut kepala...memperkemaskan tudung bawal rona hijau lumut yang dipadankan dengan kurung kain kapas putih gading bercorak bunga aggerik kecil berwarna hijau lumut. Mata menunduk sedikit memandang baju yang tersarung di tubuh. Eh, ada ker bunga anggerik warna hijau lumut? Rasa macam takder jer. Tapi...tapi mana tau kan..mungkin ni spesies yang jarang ditemui. Mungkin ada dalam hutan banat jer. Jangan harap nak jumpa dalam belukar atau semak kat belakang rumah. Spesies terlindung dari pandangan manusia yang rakus..hahahaha. Haa, macam aku la jugak kan. Aku nih kira-kiranya spesies yang jarang ditemui lah jugak. 


Teja sengih sendiri. Mata menekan butang  lif. Memang takkan jumpa kat mukabumi ni TJ yang lain selain aku nih. Aku; TJ budak kerani yang kerja jaga stor alat-alat tulis. Naik motor Kriss pergi kerja dilengkapi helmet Jerman. Aku tak pakai helmet Amerika kerana aku tak sokong Amerika. Tak kiralah walau macammana giler best helmet dia, aku tetap setia pada helmet Jerman aku yang satu nih. Sebab aku memang jenis setia pada yang satu..bukan setia pada yang dua, tiga dan seterusnya.  Suka pakai baju kurung kain kapas dengan tudung bawal ajer..bukan tudung tenggiri, tudung parang atau tudung kembung...jauh sekali tudung cendawan kukur. Dan paling utama trademark aku kasut kungfu hitam Jet Lee dalam Fong Sai Yuk yang aku pakai tiap hari. Tak kiralah kalau korang nampak aku macam pelik. Aku tak kisah. Tarak hal pun. Aku dah memang macam ni sejak azali. Eh lupa..kalau cakap pasal aku jugak takkan boleh lari dengan kuih-muih tradisional melayu. Aku ni pembuat dan pembekal kuih-muih tradisional kat office tempat aku keje ni. Tiap-tiap hari aku wajib bawak. Macam hari ni aku  dapat pesanan enam jenis kuih. Teja toleh ke bawah memandang dua plastik merah besar yang terjinjing ditangan kanan. Enam bekas plastik jernih empat segi besar direnung sebelum mata kembali memandang pintu lif yang masih rapat tertutup. Tiga jenis kuih untuk bahagian latihan dan pembangunan kakitangan.Tiga lagi untuk kak Zie. Yang ni memang pesanan harian yang wajib untuk jabatan PR. Tapi lewat kebelakangan ni pesanan harian kak Zie makin bertambah. Kata kak Zie, tambahan tu untuk pesanan peribadi dari pemangku CEO untuk semua staff kat tingkat 25. Tingkat 25 jer? Tingkat-tingkat lain tak dapat? Nganga jer ker boss. Aparaa biskut lemak berkrim lesung pipit pujaan si Jane Jenab nih. Kede betul.  Nak belanja tuh, belanja ler semua staff kenn. Barulah namanyer staff didahulukan poket boss dikempiskan...hahaha. Amboii mulut kau ye Teja. Suka hati dan jiwa dia laa. Duit dia, bukan dia guna duit kau. Bayar cash lagi tau, citt! Ting!!!. Mata Teja terkebil. Segala yang terkhayal terus lesap. Pintu lif didepan mata terbuka luas. Kepala menjenguk ke kiri dan kanan ruang perut lif yang kosong. Teja sengih. Kaki melangkah masuk bersama lafaz bismillah dan salam. Itu pesanan abah yang tersemat di kepala. Terkial-kial hujung jari menekan butang. Pintu lif tertutup rapat.


Tapi kan apasal pulak pemangku CEO tu tetiba jer nak buat pesanan harian kuih-kuih aku ek. Tiga jenis pulak tu kalau ikut kata kak Zie. Best aar staff tingkat 25 dapat makan pagi free hari-hari kan. Si itik HJA a.k.a hantu jamban angkut tu jer yang Teja potong jari tak makan punya. Yelah, dia tu kan anti dengan Teja. Jadi segala yang berkaitan dengan Teja adalah musuh utama dia. Ada aku kisah? Kau tak makan perut kau punya pasal la. Tubuh langsing yang tersandar di dinding lif terus mengelamun. Lif berhenti di B1. Mata terbuka luas seketika. Teja kerut dahi. Apsal lak lif berhenti kat sini. Siapa pulak yang datang awal-awal pagi nih. Setahu Teja ruang parkir di B1 nih memang dikhaskan hanya untuk...Dan belum sempat segala yang bergumpal di kepala tercerna keluar, sesusuk tubuh tinggi yang tenang melangkah masuk membuatkan dia terkesima. Dengan jaket serba hitam tertera Ducatti yang tergantung kemas di lengan kanan dan kemeja lengan panjang berwarna....


Oit warna tuh!..Sirap Bandung!!!! Eh... Dahi Teja berkerut semula sambil memandang raut wajah manis dihadapan yang sedang memandangnya. Pintu lif sudah tertutup. Apakehal si biskut lemak berkrim buat kat tingkat ni. Salah parkir apa dia nih. Eh, salah sungguh tau parkir kat tingkat nih. Mahu kena panggil mengadap nanti. Kan ker tingkat ni hanya untuk..


"Hmmm, we meet again yeah. Hai Teja. Morning." Lamunan Teja laju dicantas. Sengih secara spontan terukir di bibir. Isy, suke benor si Man nih cakap omputih dengan aku taw. Cakap jer la melayu biskut lemak bergula ooi. Kau tu biskut lemak. Bukannya skon mentega ler...


"err..assalamualaikum sirap..eh eh..Man." Teja gigit bibir bawah. Mata menoleh pada wajah dihadapan yang manis tersenyum. Weh, apakehal kau nih TJ. Mengelabah jer...isy buat malu betul laa. 


Thaqif simpul senyum. Manis. Wajah polos bertudung hijau lumut dihadapan dipandang sekilas. "waalaikumsalam. You're always early yea. Good. Staff like you are an asset to the company. Arena Kiara must be very happy to have you here, Teja." Teja sengih memandang ke arah Thaqif yang manis menyulam senyum. Aset? Yelah tu, Man ooi. Tapi dia nih kan, isy cubalah kurang gula dalam senyum boleh tak? Membahayakan kesihatan mata orang betul bila dia senyum. Cakap dah serupa gaya ala ala boss pulak. Tapi memang ada tokoh pun dia nih. Apasal la awak tak jadi boss saya, Man. Kalau awak jadi boss kan best. Sedap banyak mata ni memandang pemandangan indah di depan mata. Takder la asyik memandang muka air panas mati encik Mahfuz tuh. Lemau betul. Sungguh tak membangkit semangat. Teja ketawa kecil. Wajah ketuanya terlayar di mata.


"Teja?"


Teja telan air liur. Sah dia nampak aku ketawa sensorang. Ciss, memalukan betul laa kau ni Teja. Biskut lemak berkrim nih kan sedang tanya kau soklan. Yang kau pergi berangan muka lemau si Mahfuz tu buat hapa, isy...


"err.ye ye..." Kepala laju mengangguk bagaikan belatuk dalam sangkar." Memang keluar rumah awal. Nak kena hantar kuih-kuih yang orang pesan." Bibir Teja ukir senyum segaris.


Thaqif angguk. Senyum lagi. Mata melirik pada plastik merah yang terjinjing di tangan kanan Teja. Dia sedia maklum apa isi didalamnya. 


"i can smell a very nice aroma from that plastic bag in your hand."


Mata Teja turut jatuh pada plastik merah yang dia jinjing ditangan kanan. Lenguh jugak. Berat. Yelah enam bekas plastik besar tuh!


"oh...Nih kuih untuk jabatan latihan dengan jabatan PR. Diaoranmg oder semalam. " 


"for me?" Thaqif angkat kening melontar pandangan pada Teja yang berdiri setentang dengannya.


Teja garu kepala.  "err..alamak, sorry la Man. Saya tak bawak lebih aar. Memang cukup-cukup jer nih ikut pesanan yang saya dapat. Saya pun tak sangka jumpa awak hari nih. Nanti... saya buatkan yang lain untuk awak ye. ok?" Teja tayang sengih. Cuba menutup rasa serba-salah yang hadir dalam diri. 


"really? any types?" Thaqif lontar senyum terus. Teja angguk laju.


"Awak cakap je, awak nak makan kuih apa. Tapi kuih melayu laa ye. Kalau kuih omputih, kuih Jerman, kuih Mexico ker minta maaf banyak-banyak...yang tu saya tak katam lagi. Saya lulus sekolah kuih-muih melayu jer."


Thaqif ketawa kecil. Terhibur dengan lontaran kata-kata spontan Teja yang lucu.


"hmmm..are sure? I just name it?"


Teja angguk kepala lagi. Cakap jer ler sirap bandung ooi...


"hmmm...how about tepung pelita. Can you?"


Laa, kuih tu ker. Tu hujung jari Teja jer la biskut lemak berkrim ooi. Pejam mata pun boleh buat la. Apa barang kuih tepung pelita pun tak reti. Tepung mentol dan tepung gas pun boleh. Amboi, berlagak la pulak ye Teja.


"kacang jer tuh. No problem. Esok saya buat untuk awak ok. Set?"


"ok. Make sure the syrup is damn sweet,hmmm."


Teja angguk. Senyum. Mesti, mesti. Manis dan lemak berkrim macam muka awak la kan..hehehe. 


Pintu lif terbuka. Thaqif buka tapak tangan isyarat mempersilakan Teja keluar dahulu. Teja angguk kepala sambil mengucapkan terima kasih. Mereka berjalan ke ruang lobi untuk ke lif utama. Teja jalan lambat-lambat dengan harapan Thaqif akan berjalan dahulu ke ruang lif dan meninggalkannya. Dia rasa tidak selesa beriringan berdua dengan lelaki itu. Dah la dia tu sweet, issy bahaya tau berduaan dengan biskut lemak macam tuh. Ruang lobi yang masih sepi dipandang sambil langkah diatur. Plastik besar merah kini dialihkan pada tangan kanan dan kiri. Mengimbangi berat yang perlu dijinjing. Thaqif memberhentikan langkah bila menyedari Teja seakan sengaja berjalan perlahan. Kepala menoleh ke belakang. Bibir menguntum senyum. Plastik ditangan kiri Teja disambar.


"eh eh.." Teja geleng kepala. Aduh, si biskut lemak berkrim nih. Teja cuba meraih kembali plastik di tangan kiri Thaqif. Teja tahu tujuan Thaqif tapi dia sungguh tidak mahu menyusahkan lelaki ini. Dia sudah biasa dengan keadaan begini. 


Thaqif elak tangan kiri ke belakang. Senyum. Cuba menghalang tindakan Teja. "tak apa lah. Saya tolong ringankan berat di tangan Teja, hmmm." Haa cakap melayu pun. Sedap sikit telinga nih dengar. Bukan tak boleh kan. Melayu tu kan manis cakap melayu jer.


Teja geleng kepala lagi. "eh, takper lah Man. Saya dah biasa bawak. Lagi berat daripada nih pun saya dah pernah bawak. Meh balik plastik tu saya bawak." Kembali cuba diraih plastik di tangan kiri Thaqif namun tetap dielak oleh lelaki dihadapannya ini. Langkah Thaqif sudah diorak ke hadapan sedikit. Ditoleh melihat Teja yang masih terkaku memandang ke arahnya.


Kepala diangguk. Isyarat. "Jom."


Teja gigit bibir bawah. " Man...meh la plastik tuh."


Thaqif geleng kepala. "Saya ikhlas tolong Teja. Jom."


Langkah kaki diatur perlahan. Mengalah. Thaqif yang menanti di depan dihampiri. 


"menyusahkan awak jer saya nih."


"tak ada lah. Saya ok." 


Butang lif ditekan. Perut lif terbuka. Thaqif mengarahkan Teja masuk dahulu sebelum dia mengekori daripada belakang. Hujung jari Teja menekan butang 18. Mata memandang sekilas pada Man yang berdiri bertentangan. Saling tersenyum.  Dia nih memang sungguhlah biskut lemak berkrim yang manis. Dan... confirm rangup! Teja terus senyum dalam hati. 


" awak tingkat 11 kan, Man."


"Takper. Saya ikut awak ke tingkat 18 dulu. Then saya turun,hmmm."


"isy, tak payah...tak payah. Saya boleh bawak semua nih sendiri. Dah biasa la, Man. Bak sini plastik tuh saya bawak." Teja hulur tangan. Cuba meraih kembali plastik merah besar yang erat dalam genggaman tangan Man. Lelaki itu dilihat menggelengkan kepala. Aduh, biskut lemak berkrim nih. Teja garu kepala.


"saya nak tengok "pejabat" awak, Teja. Boleh kan,hmmm. Saya nak ambil stationaries sikit." 


"err.." Teja garu kepala. Awal-awal pagi nih mana ada orang ambik stationaries. Isy, dia ni sengaja la tu nak skodeng tempat aku.


"tak boleh ke?"


"err..." Teja geleng kepala. " Bukan..bukan. Err..boleh boleh.." 


"good..."Aduh.


Ting! dan serentak perut lif terbuka luas. Teja toleh ke atas memandang. Lampu pada angka 18 bernyala hijau. Dilepaskan nafas. Man dihadapan sudah membuka tangan. Isyarat meminta Teja keluar dahulu.


Tangan menyeluk dalam poket beg sandang. Segugus kunci dikeluarkan. Sekeping kunci antara gugusan kunci berkenaan disuakan pada lubang pintu dihadapan. Tombol diputar. Tubuh diloloskan masuk. Tangan pantas menekan suis di dinding batu di belakang pintu. Dipegang tombol lalu ditolak penyendal pintu plastik berwarna kelabu di bawah permukaan pintu.


"masuklah. Awak letak jer plastik kuih yang awak pegang kat atas meja saya tuh." Kepala dihala pada meja di hujung pintu yang membelakangkan rak-rak besi bertingkat yang menempatkan semua alat-alat tulis dan kertas-kertas cetakan. 


Thaqif akur. Langkah dihala pada meja yang dimaksudkan Teja. Plastik merah ditangan diletakkan cermat di tepi meja. Mata menjelajah persekitaran meja yang kemas teratur dan bersih. DELL yang siap bertutup dengan kain berwarna merah jambu yang lembut  ditatap seketika. Bibir tanpa sedar menguntum senyum. KIta sama! Teja dilihat sudah membuka semua suis. Bilik yang tadinya samar sudah terang-benderang. Langkah Thaqif diatur menyusuri persekitaran ruang "pejabat" Teja. Setiap lorong rak-rak besi dijelajahi hingga ke hujung sambil melihat setiap peralatan yang tersusun kemas di setiap permukaan rak berkenaan. Teja melaungkan perlahan dari arah hadapan memintanya memilih stationaries yang dia mahu ambil dan akan direkodkan dalam borang dimeja Teja nanti. Dia membalas dengan menyatakan ok. Kaki terus melangkah membelah lorong di celah-celah rak-rak besi yang menguasai 90% keseluruhan ruang pejabat yang sempit ini. Saat melangkah ke belakang di sudut hujung jendela kasutnya terasa memijak sesuatu yang lembut. Kepala spontan menunduk kebawah. Mata terkelip-kelip memandang. Perlahan-lahan tubuh dibongkokkan sedikit. Diambil lalu dibelek-belek.


"Teja..." Suara dilaungkan. 


"yup.. kejap, Man. Saya tengah on kan komputer nih. Coming..coming." Langkah Teja pantas ke belakang. Berlari anak.  Tangan Thaqif menghulurkan apa yang diambil di permukaan karpet nipis tadi lalu disuakan pada Teja. Teja sambut sambil tersenyum.


"laa.. sejadah dengan kain telekung saya terjatuh dari rak atas la nih. Terima kasih, Man." Sejadah dan telekung dilipat semula lalu diletakkan di atas tingkat kedua rak bersebelahan Man. Lelaki itu dilihat memandang hairan.


"Teja sembahyang di sini? kenapa?"


Teja angguk. Senyum. Langkah diatur semula ke hadapan. Thaqif mengekori dari belakang. 


"sini tak ada surau. Office ni tak buat. Jadi kenalah cari port sembahyang masing-masing. Tak kisahlah. Asal tempat tu bersih dan boleh solat pun dah syukur sangat. Sekurang-kurangnya kita diberi jugak kelonggaran untuk solat. Cuma tu laa..." Teja geleng kepala.


"cuma apa?" Thaqif memandang Teja yang menggeleng kepala. Ada debaran yang tiba-tiba mencakar batas hatinya saat ini. Dia tidak pasti mengapa perasaan itu hadir tanpa diundang tapi dia merasakan bagai ada sesuatu yang sedang bergumpal dalam lubuk jiwanya.


Teja lepaskan nafas perlahan. "kemudahan surau memang tak ada kat sini. Kalau surau ada kan bagus. Kecik pun takper. Semua staff dapat manafaat. Fardu kifayah tu sebenarnya pada syarikat. Tapi sayangkan..boss syarikat nih tak nak rebut pahala besar yang Allah akan berikan tuh. Nanti akan dapat mahligai dalam syurga sebab kita bina rumah Allah di bumi untuk manafaat umat-umat yang lain untuk beribadah. Nak buat macam mana kan." Teja angkat bahu.


Thaqif melepaskan nafas dalam-dalam. Ada sesuatu yang sedang menghentak dinding jiwanya saat ini. Kata-kata Teja tadi bergema lagi. Bergema dan berulang-ulang. 


Kalau surau ada kan bagus. Semua staff dapat manafaat. Kecik pun takper. Fardu kifayah tu sebenarnya pada syarikat. Tapi sayangkan....boss syarikat nih tak nak rebut pahala besar yang Allah akan berikan tuh. Nanti akan dapat mahligai dalam syurga sebab kita bina rumah Allah di bumi untuk manafaat umat-umat yang lain untuk beribadah.  Nak buat macam mana kan...


Teja capai borang pesanan alat tulis yang tadinya dia keluarkan dari fail untuk Man. Dihulur borang ditangan pada Man yang sedang berdiri dihadapannya. 


"awak dah ambik ke stationaries yang awak cakap tadi tuh? Ni borangnya. Boleh isi dan bagi pada saya semula."


Thaqif geleng. Senyum. Teja kerut dahi. Langkah kaki dibawa mendekati pintu. Teja hanya memandang hairan. Tadi ye ye sangat nak ikut masuk pejabat aku nih sebab nak ambil alat tulis. Ni dah taknak pulak. Apa kes la pulak si biskut lemak berkrim nih. Pepagi dah mamai. Sah tidur malam tadi tak basuh kaki...


"saya lupa apa yang saya nak ambil. Nanti saya datang semula,hmmm." Senyum.


Teja angguk. Senyum. Langkah diatur melepasi pintu sebelum kembali menoleh Teja dibelakang yang masih takzim memandang. Senyum diukir lagi. Kali ini lebih manis.


"terima kasih."


"terima kasih?" Teja kerut dahi. "sayalah yang patut cakap terima kasih pada awak sebab tolong bawakkan kuih-kuih tu tadi sampai ke sini."


Thaqif senyum.


"saya gerak dulu. Nanti jumpa lagi. Hmm..jangan lupa tepung pelita esok. Saya tunggu."


Teja angguk. Tangan menunjukkan isyarat ok. "saya nak bagi awak kat mana? Kat tingkat 11? Nak saya pass kan pada uncle Taslim ke?"


Thaqif geleng. 


"saya call handphone awak esok,hmmm. Assalamualaikum." Langkah terus dihala ke lif sebelum tubuh tegapnya hilang dalam perut lif.


Salam dijawab perlahan. Teja garu kepala yang tidak gatal berkali kali. Call handphone aku? Mana dia tahu nombor aku pulak? Isy, musykil nih. Jane Jenab ke yang bagi kat dia. Tapi... Jane mana kenal si sirap bandung nih. Isy..mana dia tahu nih!

9 comments:

nzlyna'im said...

tj.. xkenal bos ke..heheheeh

iza said...

Best,smbg LG Ye cik penulis..

hani said...

lah...teja..yg dok kata sirap bandung tu bos hang lah p bgus ju teja tak kenal bos dia...so thaqif tau apa yg brlaku dlm syarikat dia..!

aqilah said...

bezzzzzzzzzzzzz..............
followwwwww..............

miss nina said...

kucc, tersentuh hati bila tj cakap macam tu.

mizz acu said...

Bagusnyer Tj nih.. Hrp2 pasniih insaf ler thaqif..
Xsabo nak tggu reaksi thaqif mkn kueh pelita yg teja buat ;)

sue said...

Sirap bandung & biskut lemak berkrim memang pandai ya.... bagus macam ni nak tahu masalah perkerja bawahan kan.... Si Tj ni memang terbaik bila berkata-kata sebab x perlu berselindung kan.... terbaikkkk

diari neesa said...

SALAM SIS...

buah hati sulung Kucc akan keluar this month eyh?...tahniah!!x sabar nk peluk yg versi cetak punya..

kucc_aprilsnow said...

lyn- akan kenal nnt..tungguuuu

iza- sedang berusaha di bwh timbunan fail2 keje yg manyak..hohoo..chaiyokk!

hani - hehehe..boss mesti aar cerdik banyak..hehehe

aqilah..Tqqqqqq

Miss Nina - alhamdulillah...ameen

Acu- insyaallah..tunggu ye

sue- boss kenn, mestilah ada strategi. Teja mmg tulus..

neesa -waalaikumsalam dear..alhamdulillah..tq3x yer..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...