Wednesday, June 13, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 8


Bab 8

"Kak Ja nak buat tepung pelita minyak tanah ek?" Taufik jual sengih sambil tangan mengosok songkok yang tersarung di kepala. Beberapa kelongsong daun pisang berbentuk empat segi panjang bersaiz comel yang sudah tersusun di tepi meja tidak sukar ditelah oleh Taufik akan kegunaannya. Taufik sangat tahu untuk apa kelongsong ini dan kegunaannya. Ini antara kuih terbaik kak Ja yang dia dan seluruh kawasan tempat tinggal mereka ini sedia maklum. Kuih inilah yang paling banyak mendapat permintaan bila musim bulan puasa. Tidak menang tangan kak Ja selalunya. Ada juga yang terpaksa kak Ja tolak sebab tak mampu untuk menyediakannya. Selalunya Taufik dan Rafifah juga abah akan membantu kak Ja menyiapkan kelongsong ini demi membantu meringankan kerja-kerja kak Ja. Kalau sudah disiapkan kelongsong maka akan lebih mudah dan cepat kerja-kerja kak Ja yang lain. Dan akan lebih banyak yang mampu disediakan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan pembeli.


Teja mencebik. Mata dibulatkan pada adik keduanya yang dipanggil abang chik. Sengihan itu bukan dia tidak tahu maknanya. Taufik memang begitu. Ada sahaja ideanya untuk mengusik Teja.


"Isy, tak aar. Kak Ja buat tepung gas petronas laa abang chik. Tak nampak ker, kan rumah dia kaler hijau nih. Tong gas petronas kan kaler tuh."


Giliran Taufik pula mencebik. "eleh, kak Ja ni loyar buruk betul." 


"dah tau lagi mahu tanya. Tu pasal la sudah kena satu bijik gol."


Taufik mencebik lagi. Mata menala pada tangan Teja yang lincah menbentuk kelongsong daun pisang. Tapi...Taufik garu kepala. Ada sesuatu yang melintasi di fikiran. Siapa pulak yang nak makan kuih ni pagi-pagi. Kuih ni orang selalu makan masa minum petang sahaja. Mana "masuk" makan kuih tepung pelita pagi-pagi. Tak kick sungguh!


"siapa yang oder kuih ni kak Ja. Pepagi mana lah ada orang makan kuih ni. Tak masuk laa. Kuih ni petang-petang barulah best makan. Pelik betul orang yang oder nih. Cuba kak Ja tanya dia, awak ni betul ke tidak. Makan kuih tepung pelita pagi-pagi. Orang tak makanlah pagi-pagi kuih nih. Orang makan kuih lain aar."


Amboi mulut. Sumbat dengan daun pisang nih karang. Dah si sirap bandung tu nak makan pagi esok, kak Ja nak kata hapa. Takkan nak kata kat dia dilarang makan kuih ni waktu pagi. Hanya waktu petang sahaja boleh makan. Apa barang makan kuih pun ada pantang larang waktunya. Gila hapa! Biarlah dia. Mulut dia yang nak makan. Bukannya kak Ja kena suapkan pun. Selera orang mana la semuanya sama abang chik ooi..


Teja sengih meleret sambil angkat kening. "nanti kak Ja sampaikan pesanan abang chik ye. Ataupun nak kak Ja suruh dia jumpa abang chik sendiri,hmmm. Bolehlah abang chik interview dia. Boleh tanya macam-macam. Lepas tu bolehlah tulis kisah ni dalam majalah sekolah. Abang chik kan masuk ahli lembaga majalah sekolah. Mesti gempak punya cerita abang chik kan."


Taufik mencebik lagi. "apa kes la pulak nak tulis cerita tepung pelita minyak tanah dalam majalah sekolah. Apalah kak Ja ni. Dah tentu abang chik kena gelak nanti."


"dah tu...awakkan suka sibuk dan menyibuk. Tulislah cerita yang awak sibuk-sibuk kan nih.  Setakat kena gelak tu dah tarak hal la kan. Abang chik kan telinga kebal..hmmm." Taufik jelir lidah. Teja turut sama. Sudahnya pecah ketawa mereka berdua.


Jemari Teja yang runcing terus lincah membentuk daun pisang yang sudah siap dilayur dan dipotong mengikut saiz untuk dibentuk menjadi kelongsong terhenti. Mata dipicingkan memandang ke arah Taufik yang masih takzim bersandar disebelah meja memerhatikan Teja membentuk kelongsong. Suara-suara halus bercampur nyaring memberi salam kedengaran dari arah pintu rumah. Salam dijawab perlahan. Teja angkat kening pada Taufik. Dilaung perlahan meminta Rafifah yang berada di ruang tamu untuk membuka pintu. 


"yang abang chik datang kat dapur ni, buat apa..hmmm. Tu, budak-budak mengaji dah sampai. Gi tengok abah kat dalam bilik. Dah selesai mengaji ke belum.  Kalau abah dah sudah, tolak kerusi abah ke depan. Kejap lagi kak Ja datang. Kak Ja nak siapkan sarung kuih ni. Tinggal sikit jer lagi nih." Taufik angguk kepala. Tubuh dipusingkan. Langkah diatur sebelum kembali memandang Teja yang masih tunak membentuk kelongsong daun pisang ditangan.


"kak Ja...hari ni kita buat tarannum jiharkah dengan sobah ye. Kan abah kata dulu, dua ni agak sama lenggok dia. Bolehlah buat sekali kan."


"abang chik "nyanyi" ye. Suara abang chik lagi sedap untuk lagu sedih mendayu nih. Kak Ja memang tak ler lawan suara abang chik. Lagipun semalam kak Ja dah "nyanyi" sikah. Malam ni turn abang chik laa kan. Tapi kalau kak Ja rasa nak joint nanti, kak Ja "nyanyilah" dengan abang chik..ok?" Teja angkat angkat kening sambil menjual senyum. 


"okay..." Mata Taufik dilihat bersinar. Senyum dibibir meleret malu bila dipuji begitu. Hakikat yang semua sedia maklum akan kelebihan adik keduanya itu bila melontar suara. Bagilah apa jua jenis maqam, akan disempurnakan sebaiknya. Dan lontaran suara yang merdu itu akan membuatkan orang yang mendengar dendangannya terpesona.


* * * * * * * 
Tubuh yang bersalut kurung biru langit berbunga kuning halus dihenyakkan pada perut kerusi dihadapan. Teja renung nokia 3210 berwarna biru ditangan. Lama. Tidak berkelip daripada saat menerima panggilan dari nombor "asing" yang dia tidak kenal hingga lah saat ini. Nombor yang rupa-rupanya milik si biskut lemak bergula a.k.a si sirap bandung. 


Sejak semalam kepalanya gagal menjelaskan tentang perkara yang sedang menyerabutkan fikiran. Dan belum sempat segalanya terungkai, panggilan daripada si biskut lemak itu benar-benar mengejutkannya. Sungguh dia mengotakan janji mahu menelefon Teja. Dari malam tadi Teja berkira-kira dalam kepala. Mungkin apa yang dikatakan lelaki itu semalam hanya sekadar gurauan. Mana mungkin dia ada maklumat Teja yang satu itu. Dan Teja juga sangat yakin dia tidak pernah memberikan pada sesiapa pun disini akan nombor berkenaan kecuali pada teman akrabnya, Jane. Apa hal pulak nak bagi nombor telefon kat biskut lemak tak tentu hala kan. Dia pun kena jaga gengsi jugak..hehehe. Lalu Teja sudah memutuskan untuk meninggalkan sahaja bekas berisi kuih tepung pelita yang diminta oleh si sirap bandung semalam kepada uncle Taslim sahaja. Teja akan bisik-bisik sahaja pada uncle Taslim nanti. Komplot berdua. Tidak mahu budak-budak despatch yang lain tahu. Nanti dia akan "rasuah" uncle Taslim dengan kuih kasturi yang uncle Taslim suka sangat tuh. Kuih kasturi yang dia letak inti kacang banyak-banyak sebab Teja tahu itu memang kesukaan uncle Taslim.  Memang dia sudah goreng yang itu pagi tadi.  Sudah diasingkan untuk diberikan nanti. Tapi bila tiba-tiba dia terima panggilan dari si sirap bandung ketika baharu sahaja memarkir motosikal tadi, segala yang terancang rapi di kepala berkecai. Jantung dia pula yang sudah mahu jatuh dari tangkainya saat mengetahui gerangan si pemanggil. Terkejut sungguh! 


Suara dan perbualan mereka tadi terus terngiang-ngiang lagi. Teja kemam bibir. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak disangka sungguh yang si sirap bandung itu benar-benar mengotakan kata-katanya semalam. Dan sungguh dia masih tidak dapat merungkai daripada lelaki ini memperolehi nombor telefon tangannya dengan mudah sahaja.


"Hello Teja..it's me." Dahi berkerut. 


"Assalamualaikum. Siapa Mee? Mee apa? Mee goreng, Mee bandung ke mee siam. Eh, awak ni siapa ek. Salah nombor aar. Awak cari Teja lain nih. Saya tak kenal mee lah." Kunci motor ditarik dari lubangnya. Tangan kiri membetulkan beg sandang yang melintang di tubuh. Terdengar ketawa lembut di talian sana. Terdesir di telinga salamnya dijawab perlahan. Dahi tambah berkerut seribu. Suara itu seakan dikenali..seperti pernah didengar, tapi..


"Teja dah sampai office ke?"


"awak ni siapa ye. Dah la tak beri salam. Main terjah jer. Nak telefon orang sebutlah nama. Barulah betul caranya. Karang saya matikan telefon ni, baru padan muka awak. Cepat, cakap sapa awak sebenarnya. Jangan nak main-main ek. " Bunyi ketawa bergema lagi. kali ini lebih nyaring. Teja gigit bibir. Isy, siapa pulak nih. Aku sumpah jadi tayar motosikal ni karang! 


"Teja, it's me..Man."


Mata terbuntang. Man!!!. Man tu kan si sirap bandung, Teja. Kau nak sumpah sirap bandung jadi tayar motosikal jugak ke? Air liur rasa tersekat. Mata tidak berkelip seketika. Eh..eh, cop cop tak jadi sumpah jadi tayar motosikal. Kensel, kensel...


"Teja..."


"Teja?"


"Teja???"


Teja raup wajah dengan tapak tangan. Si pelantun suara yang menyeru namanya tadi kini  betul-betul sudah berada didepan mata! Segalanya lamunan yang berjaluran di kepala terbang. Tubuh spontan tegak dari kerusi yang diduduki. Mata saling berpandangan seketika sebelum Teja pantas melarikan bebola matanya. Bekas plastik di kiri sudut meja dipandang sekilas sebelum kembali mata melontar pada susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapan sambil melontar senyum manis. Tadinya lelaki ini memberitahu yang dia sudah sampai di pejabat dan akan turun ke tingkat 18 mengambil kuih yang dipesan semalam.  Dan kata-kata itulah yang membuatkan Teja buka langkah serikandi memecut laju dengan plastik kuih dikiri kanan yang melantun-lantun berbuai mengikut langkah larian derasnya yang mengalahkan lipas kudung. Nasib baik kuih-kuih tadi baik-baik sahaja keadaannya bila dia periksa sejurus tiba di bilik stornya ini. Kalau tidak mahu kena berjawab dengan kak Zie. Masak!


Teja hulur bekas plastik empat segi kepada lelaki dihadapannya yang masih belum usai senyumnya. Dia ni agaknya lahir masa bulan tengah senyum kut!...


"boleh saya makan sekarang." Dijatuhkan duduk pada hujung meja Teja. Gadis yang sedang berdiri memandangnya ditatap tidak berkalih. 

Teja angguk. Melihat lelaki dihadapannya ini yang terus memandang, rasa berdebar kencang menyapa dinding jiwa. Isy, apalah biskut lemak bergula. Asyik pandang-pandang. Aku tau la aku nih cun...cuma kurang sikit jer dari  Aisywarya Rai. Tu pun sebab mata aku tak hijau. Senyum segaris dilontar. Debaran di jiwa cuba dikawal sebaiknya. Tidak mahu nanti dikesan oleh si biskut lemak bergula. Malu oooi!


Sudu didalam bekas ditepi meja dicapai lalu dihulurkan. "rasalah. Tak tahulah sedap ke tidak. Kalau tak sedap awak diam jer tau. Kalau sedap baru cakap ek." Cuba mencipta ceria demi menutup gementar yang hadir di hati. Diundurkan langkah sedikit ke belakang. 


Mata jatuh pada pergerakan penuh tertib yang terpamer di depan mata. Tunak memandang pada pergerakan tangan yang tersusun bersama suapan yang penuh santun. Bibir tanpa sedar mengukir senyum.Wah, dia ni sungguhlah menawan. Cara dia makan pun dah boleh buat aku terkhayal dan terpesona. Agaknya dia ni mesti masuk grooming class kut. Semua gaya dan cara dia tersusun santun aje. Bukan main belasah jer...


Thaqif senyum. Mata kembali melontar pandangan pada Teja yang takzim memerhatikan dia menikmati tepung pelita yang dibuat sendiri oleh gadis ini sebagaimana yang dia minta semalam. Sungguh dia tidak sangka ada insan lain yang mampu menandingi kehebatan tepung pelita mak Leha. Dan sememangnya apa yang dia nikmati sekarang ini sangat-sangat sedap!!.


"ok?"


Lelaki ini senyum lagi. Alahai...Teja hela nafas dalam-dalam.


Bekas empat segi diletakkan di tepi. Dua ibu jari ditegakkan lalu dihala pada Teja yang memandang penuh takzim.


"hmmm...perfect. Sedap sangat. Pandai Teja buat."


Teja hela nafas. Alhamdulillah. Lega weh. Kalau biskut lemak bergula ni kata tak sedap tadi, mahu aku bergolek kat lantai.


"Teja.." Suara lembut Thaqif menyapa wajah mulus dihadapan. Senyum di bibir makin lebar.


"ya.."


"boleh tak buat lagi untuk saya macam ni. Hari-hari..kalau boleh. Saya bayar. Bayar dua kali ganda pun tak apa."


"Haa!!"
* * * * * * *
Jane geleng kepala. Laju. Tapak tangan kanan dan kiri diangkat paras bahu. Mata dikelip-kelipkan menghala pada TJ yang sedang menyilangkan kedua-dua tangan di dada sambil berdiri dihadapan. Apa barang mau kasik sama orang partner in crime aku punya secret number pulak kan. Giler sewel hapa. Huh! Gerangan mangkuk yang mana punya angkara nih hingga nama aku boleh masuk senarai suspek yang disyaki oleh TJ. Isy..memang mangkuk bertingkat betul mangkuk tuh! Kalau aku dapat memang sah dia hancur lebur aku kejekan jadi serbuk biskut..

"sumpah, TJ. Aku tak bagi kat mana-mana biskut lemak pun kau punya nombor handphone. Aku bukan tak tau kepala kau. Mahu kau pancung aku nanti kalau aku nih memandai bagi nombor kau tak tentu hala. Aku belum sewel lagi aar mahu gali lubang kubur sendiri."


Teja garu kepala yang tidak gatal. Dah tu, dia dapat dari mana?..Isy... Tubuh dihenyakkan di perut kerusi yang sedia menanti daripada tadi. Kedua-dua belah tangan menongkat dagu pula. Bibir dimuncungkan. Kepala sedang ligat berputar. Sirap bandung nih buat kepala aku pening aar. 

 "Apa cerita nih. Cer cite kat kawan dunia akhirat kau ni, TJ."


Teja sandar tubuh pada leher kerusi. Mata menala pada wajah Jane yang menyerbu pandangan tidak sabar.  Teja garu kepala lagi. Isy..macammana dia dapat nombor aku nih! 


"sirap bandung tu ada nombor telefon aku laa,Jane. Mana dia dapat ek?  Aku sungguh hairan bin musykil aar, Jane. Dia skodeng kat mana pulak nombor aku nih."


Sirap bandung lagi... Siapa pulak sirap bandung nih. Biskut lemak lemau ke biskut lemak berkrim. Kalau aku tengok gaya si TJ ni, memang gayanya biskut lemak berkrim dan rangup sirap bandung nih. Biasalah TJ ni..kalau tak lemak berkrim dan rangup dia tak pandang punya. Tapi..apasal pulak nama dia sirap bandung ek. Isy, tak komersial sungguh. Weh mamat, aparaa..kau takda nama lain yang lebih seksi ker.


Khali.


"TJ..."


"hmmm..."


"bila kau jumpa sirap bandung nih? Tak beritahu aku pun.."


"bukan aku yang jumpa dia aar, Jane. Aku tertembung dengan dia dalam lif. Tak sengaja kan tuh."

"keje mana dia, beb? Mesti rangup dan lemak berkrim nih. Tengok muka kau pun aku dah boleh tau,TJ."


Teja senyum sambil angkat kening. "sini. Baru jer dia masuk. Peerrh...sangat rangup dan lemak berkrim woo. Ada lesung pipit lagi. Fuh!"


Mata Jane terbuntang bagaikan limau sunkist. Sini?  Rangup dan lemak berkrim? Ada lesung pipit? Oit!! apakehal aku tak tahu menahu ada biskut lemak berkrim dan rangup baharu yang sudah memerangkap mata dan mengganggu perasaan si TJ nih.  Isy, tak boleh jadi nih. Kena  siasat dan skodeng siapa gerangan sirap bandung nih. Ada lesung pipit tuh. Eh, dah macam si biskut lemak berkrim rangup tingkat 25 tuh aar. Wah, ini sudah bagus...hehehe


"TJ.."


"amende..."


"apsal nama dia sirap bandung weh. Baik punya rangup dan lemak berkrim... sekali nama sungguhlah tak mengancam."


"aku yang bagi aar."


"Kau yang bagi?" Mata terbuntang. Teja angguk. "apsal?" 


Jane geleng kepala. Laju. " Takde nama lain yang lebih komersial dan seksi ker beb. Aparaa kau. Issy..."


Teja senyum penuh makna. Kening diangkat.


"nanti kalau aku tunjukkan dia pada kau, mesti kau tahu jawapannya. Kau tengoklah nanti."


Dahi Jane berkerut dan berlapis. TJ ni saje la tu buat aku teruja giler, isy...


* * * * * * *

Malek renung Thaqif yang tunak melontar pandangan pada langit malam yang indah dengan taburan ribuan bintang yang berkerlipan. Apa yang terluncur dari bibir sahabat akrabnya ini merangkap ketua di pejabat masih berputar di fikiran. Bukan dia tidak suka. Tidak sama sekali.Malah dia bersyukur dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Cuma yang masih mengganggu fikirannya adalah dari mana datangnya keputusan yang tiba-tiba itu. Ada sebab dan puncakah hingga segalanya itu berlaku. 

"kenapa tiba-tiba jer?" 

"kau tak suka ke, Mike?"

"bukanlah macam tu, bro..cuma.." Thaqif berpaling memandang. Dua pasang mata bertembung. Redup. Tenang.

"cuma apa,hmmm." Senyum segaris terukir.

"sebab apa kau buat keputusan nih. Ada pengaruh atau paksaan daripada sesiapa ker."

Thaqif senyum. Seraut wajah mulus yang menyenangkan terlayar dimata. Dan kata-kata itu masih basah dijiwa hingga kini. Terkesan dan menusuk ke jantung.

"aku nak dapat mahligai dalam syurga nanti. Itu janji "Dia" pada aku kalau aku tunaikan hasrat ini."

"apa? mahligai? mahligai apa pulak nih, bro. Dia? Siapa Dia?"

Dan senyum Thaqif makin lebar. Bahu Malek ditepuk perlahan.

5 comments:

mizz acu said...

Wahh.. Makin besh! Thaqif jth chenta dgn kueh tu ke org yg buat kuueh? Hehhehe..
Xsabo tggu next ;)

aju said...

makin tak sabar nak tau ape jadi..heheh bile la la TJ tak tau tu bos die...

nzlyna'im said...

tj x kenal bos... sirap bandung..seb x sirap laici..heheh

sue said...

Hahaha ........ hati siarp bandung dah jatuh tergolek-golek dengan si TJ..... next....

Eijan said...

Wah kucc dah makin mantop ni....TJ vs TJ2 ...lps ni TJ akan makin kemaruk tepung pelita TJ2 la pulak...

Emmm bila pulak la TJ2 akan tau siapa sbnr MrSB a.k.a Biskut Lemak Manis yg dah mula bertahta di hati ni.....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...