Saturday, June 16, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 9


Bab 9

Thaqif melihat pelan yang terhampar di atas meja kerja. Diteliti tiap catatan yang dipetakan pada pelan berkenaan. Sesekali dahi berkerut halus bila bebola mata jatuh pada titik-titik yang sedikit mengelirukan. Malek yang takzim duduk dihadapan akan ditanya bagi mendapatkan penjelasan pada setiap perkara yang memusykilkan. Dia mahukan pemahaman yang jelas tentang apa yang mahu dilaksanakan ini. Jika boleh, dia mahukan semuanya sempurna seperti mana yang tergambar difikiran. Dia mahukan yang terbaik. Dan sahabat akrab merangkap pembantu peribadinya ini ternyata cekap dalam mengendalikan setiap tugas yang diserahkan kepadanya. Setiap perkara yang diutarakan Thaqif bila dia sedikit kabur akan dijelaskan sebaiknya oleh Malek. Thaqif tahu Malek memang cekap!


Digulung kembali pelan yang terhampar di atas meja lalu dihulurkan pada Malek yang duduk dihadapan. Senyuman tanda kepuasan tersuring di pinggir bibir.


"Great. Ok..you may proceed, Mike."


Malek capai gulungan kertas yang dihulurkan Thaqif. Berbalas senyum. "as you wish, bro. You the boss."


Senyum. "hmmm...2 weeks, right?"


Kepala diangguk. "yup. Tu yang kontraktor beritahu dalam sebut harga. Jangan bimbang, diaorang ni memang boleh percaya. Kiara Arena dah banyak kali guna khidmat diaorang. Kalau dia kata dua minggu...gerenti dua minggu siap. They always meet the deadline." 


Thaqif angguk kepala. 


"by the way, berapa orang boleh masuk dalam satu-satu masa?"


"50. Lelaki 30...perempuan 20."


Kepala diangguk lagi. Senyum terus meniti pada bibir. Ada suatu rasa indah yang menyapa di jiwa saat ini. Hening...dan mendamaikan. 


"you know what..."


Thaqif angkat kening. Tubuh yang mendepa sedikit ke meja kini dibawa bersandar pada dada kerusi. Tali leher yang membelit di nia kemeja merah lembut yang tersarung di tubuh dilonggarkan ikatannya. Bibir terus jeda. Menanti bicara lanjut daripada Malek.


"aku bangga dengan kau laa, bro. Sungguh..." Malek geleng kepala." diluar dugaan. Tak sangka kau tiba-tiba come out with this kinda thing. Lepas ni, saham kau melambung laa. Sure akan jadi CEO pujaan hati semua staff Kiara Arena."


Senyum. " aku ikhlas, Mike. Sekadar menyempurnakan impian yang sekian lama dinanti oleh setiap staff di Kiara Arena ni."


Malek angguk kepala. "insyaallah...moga mahligai kau di syurga nanti akan seindah hati kau yang tulus dan ikhlas tu."


Thaqif angkat kening. 


" hmmm, kau dah tau cerita pasal mahligai tuh ye."


"tanyalah pakcik google...apa susah. Kau ingat aku tak reti ker pasal hadis-hadis nih. Aku taknak tunjuk terror depan kau jer. Kau kan boss..kenalah aku mengalah. Mana boleh lawan boss, bro."


Pecah ketawa.


* * * * * * *
"TJ!!!!!!!"


Teja tersentak. Fail hitam yang dipegang sempat disambut dari terjelepuk mencium karpet nipis yang melatari lantai bilik stor yang didiaminya ini namun pen hitam papermate yang dipusing-pusingkan pada hujung jari tadi gagal diselamatkan lalu terpelanting menjamah wajah karpet. Teja gosok tingkap telinga dan dada serentak. Kepala digeleng perlahan. Si Jane Jenab nih..suara dahlah macam petir meletup! Sib baik tak gugur jantung aku. Tubuh dibongkok sedikit. Pen mata bola yang terguling di permukaan karpet dicapai. 


Langkah Jane laju menuju ke belakang. 


"TJJJ!, alamak beb ada citer baru nih...terbaek punya aar. Kau mesti suker dan teruja giler kalau dengar nih. Perrhh." Wajah Jane yang bercahaya dan ceria menyapa renungan TJ. Senyuman lebar yang menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun terus mewarnai pandangan. Banyak la kau punyer teruja giler, Jane. Teja jeling kecil. Aku tahu pasal apa nih. Tak lain, ni mesti ada kes sensasi pasal biskut lemak berkrim. Samaada yang rangup atau lemau aku tak pasti. Jane ni biasalah..rabun warna dan rabun sifat. Isy, minah nih. Tak sudah sudah. Cubalah kau ni bawak bawak bertaubat, Jane. Tengok macam aku nih haa. Cuba ikut contoh baik budak yang depan mata kau ni, Jane. Aku dah slow down pasal biskut-biskut lemak berkrim nih. Aku malas aar nak layan citer citer nih lagi. Alaa, sudah la kau, Teja. Kau pun sama dengan si Jane Jenab nih. Lagi melimpah dari si Jane. Pantang dengar dan nampak biskut lemak berkrim. Buntang jer bijik mata tuh. Lagi mau nasihatkan orang..poodah!


Ciss!


"TJ..kau dengarlah ni aku nak citer..." Jane yang berdiri disebelah terus melontar ceria sambil memegang palang pada rak besi yang menempatkan Fail-fail putih bersaiz 3 dan 5 inchi yang tersusun kemas.


"Kau ni kan Jane...kut ye pun ada citer sensasi berperisa sarsi pasal biskut lemak berkrim yang buat jantung kau tu melompat-lompat macam bola lantun, bagilah salam dulu ker...good morning ker. Tak pun ketuk la dinding pintu bilik stor ni tanda hormat kat tuan rumah. Ini tidak, main serbu jer...eei, kalau tak kenangkan kau ni satu-atunya sahabat dunia akhirat aku...memang kau dah wassalam tadi tau. Ni.." Tapak tangan diketuk pada dada.  Mata mencerlung memandang Jane disebelah yang tersengih. "nasib baik tak gugur jantung aku nih...tau tak? Kau punya speaker tuh punyalah bergegar ngalahkan speaker kugiran joget lambak kenduri orang kawen. Kalau gugur tadi, sapa nak jawab..haa?" 


Jane tayang sengih lagi. Bahu TJ dielus-elus perlahan. Langkah TJ yang menghala ke rak di dibelakang diekori terus. 


"ala TJ...sorry aar. Tak sengaja, beb. sooooorry okay." Jane kelip-kelipkan mata seraya melontar pandangan pada Teja yang menoleh sekilas. Teja cebik bibir. Banyak la kau punya tak sengaja, Jane..


"haa..amende citer yang buat kau macam ribut tropika pepagi nih. Ada biskut lemak berkrim baharu lagi ker. Rangup ke lemau..." Tengok, tadi kata dah slow down..ciss!


Jane tepuk dahi.



"amende la beb. Ingat muka aku ni pembawa maklumat terkini tentang biskut-biskut lemak berkrim yang rangup dan lemau jer ker. Apa barang. Sesekali tukar la berita...barulah ada pelangi sikit dalam hidup kita ni."


"Eleh. Banyaklah pelangi kau. Dah, cepat citer pasal apa yang kau nak beritahu aku tadi. Macam tak menyempat-nyempat jer bunyinya."


"TJ tau tak..."


"kau tak cakap lagi...macammana aku nak tau.."


"eh, boleh tak jangan nyampuk bila orang tua bercakap..."


TJ jeling kecil. 


"apa jeling-jeling. Memang aku tua daripada kau hapa..."


"3 bulan jer lah!"


"eh..tetap tua gak kan. Kena hormat.." Jane angkat bahu sikit. Teja mencebik. Tak kuasa! 


"dah la...cepat cakap. Banyak cekadak lak kau nih. Aku tengah banyak keje ni, Jane. Banyak giler kau tau tak. Karang si Mahfuz biskut lemak lemau tu datang, keje aku tak siap lagi macam yang dia nak..masak aku tau tak!" Langkah yang sudah mendekati meja di hadapan. Fail ditangan diletakkan di atas permukaan meja. Mata menoleh pada skrin empat segi dihadapan. Digerakkan tetikus. Menyemak email kalau ada lagi arahan dari si Mahfuz biskut lemau. Sejak kebelakangan ini macam-macam sahaja yang diminta oleh ketua jabatannya itu. Yang pelik-pelik dan yang bukan-bukan aje. Yang dirasakan bodoh pun iye. Macam hari ini, ada ker si lemau tu minta Teja senaraikan jenis-jenis kertas warna yang ada dalam simpanan dan berapa helai kesemuanya. Gila betul laa. Orang beli kertas main rim laa, mana ada pakai helai. Ingat ni kedai mamak ker...mangkuk betul! benci aar buat keje bodoh macam nih..


"yelah yelah..isy, perempuan nih. Tak reti nak bersabar. Nak suspen kan dia pun tak boleh."


Jane buru-buru melabuhkan duduknya pada penjuru meja. Teja yang bersandar pada rak di tepi meja dengan kedua-dua tangan bersilang pada tubuh hanya memerhati. Menanti butir bicara seterusnya dari Jane. Entah apa la minah ni. kalut betul!


"Tau tak office kita nak bina surau..."


Mata Teja automatik bulat dan tidak berkelip. Surau!!


"Surau?" Diulang lagi perkataan yang terzahir di minda sebentar tadi.


Jane angguk. Senyum. 


"mana kau tau ni, Jane."


"aku tadi terserempak dengan si Mike biskut lemak lemau tuh."


"hmmm..jumpa buah hati kau rupanya. Patutlah macam ribut."


"Issy..bukan pasal dia lah. Cuba bagi aku habis cerita dulu, boleh tak?"


Teja angguk sambil dua belah tangan ditegakkan paras dada. 


" Dia dengan contractor yang renovate bilik stor kau nih dulu tengah tengok tengok bilik sebelah department logistik tuh. Siap dengan pelan kat tangan. Ngalahkan arkitek pulak  si Mike lemau tu. Aku pun selamba jer tanya dia nak buat apa. Si Mike kata big boss baharu nak bilik tu dijadikan surau."


"big boss baharu?" Dahi Teja berkerut.


"apa punya lembab la kau nih TJ. Si biskut lemak berkrim rangup yang ada lesung pipit yang aku citer kat kau tuh laa. Yang ikat rambut tuh..yang kau tak sempat nak tengok dulu. Dia la orangnya..si pemangku CEO office kita. Dia punya arahan la nih."


Teja tarik nafas. Dia ker.. Hmm, sampai sekarang tak sempat lagi nak berkenalan dengan big boss sendiri. Tulah kau, Teja. Masa si Jane ajak gi skodeng tengok dia dulu kau taknak. Takut sangat dengan si itik seksi hantu jamban angkut tuh! Haa sekarang baru nak menyesal. Dah terlambat. Sekarang ni jangan harap kau dapat tengok dia. Dia dah makin sibuk. Mana ada masa nak beramah mesra dengan kau!


Isy!..sibuk jer..


"TJ..."


"apa..."


"aku rasa kan... lepas nih, dia konpem popular. Dah la giler handsome, muda...prihatin pulak tu dengan keperluan staff. Dah bertahun kita mintak surau..tapi tak jugak dapat. Alih-alih dia masuk, tak sampai 2 bulan...terus jer dia buat. Padahal kita belum pun cakap apa-apa pasal benda nih kat dia lagi. Macam tau-tau jer dia ek TJ."


Teja masih khali. Terkesima dengan apa yang baharu didengar. Dia teringatkan perbualan dengan Man minggu lepas lepas tentang perihal surau ini. Kebetulan sungguh!  Dan sungguhlah "Dia" maha mendengar segala doa dan harapan setiap pekerja di sini. Dan benarlah hati manusia di tangan-Nya. Dan "Dia" sudah membukakan hati boss baharu Kiara Arena untuk menunaikan impian semua pekerja di sini. Moga si biskut lemak berkrim yang rangup itu akan mendapat ganjaran yang sewajarnya atas kebajikan yang dilakukannya ini. Teja, si biskut lemak berkrim yang rangup tu ada nama, okay! Err..aku tak ingat aar nama dia...lupa! Oit, Teja..apa punya staff kau nih. Nama big boss sendiri pun tak ingat. Memalukan betul! Teja garu kepala. Isy, apa ek nama dia yang si Jane cakap hari tu. Q..Qi..


"Jane...apa ek nama big boss kita tuh?"


Jane tepuk dahi. Kepala laju menggeleng.


"weh..kau biar betul sikit, TJ. Big boss sendiri pun kau tak ingat nama dia ker. Kan aku dah cakap kat kau hari tuh."


"ala.." Teja garu kepala lagi. "aku lupa. Lagipun aku kan tak pernah tengok muka dia. Macammana nak lekat nama dia kat hati dan kepala aku nih. Kau tu jer yang dah tengok muka dia..memang aar kau ingat."


Jane geleng kepala. TJ..TJ.


"Wahai cik Teja. Nama penuh dia encik Thaqif Jazman bin Tan Sri Tajuddin. Boleh panggil dia encik Qif sahaja. Atau nickname dia..." Jane senyum meleret sambil mengelip-ngelipkan mata. Teja julingkan bijik mata. Mula dah tu. Angin miang dah sampai. Gedik sungguh! "si biskut lemak berkrim madu..hmmm. Ok tak nickname baru dia tu ,TJ. Memang kena tau dengan dia. Senyum dia dengan lesung pipit yang dalam tu memang manis bak madu...hai,bestnya kalau aku dapat boyfriend macam dia kan." Jane terus menyulam senyum.


"si Mike lemau tu kau nak letak mana, Jane. Kau jangan nak main kayu konda-kondi pulak. Nanti si Mike beralih kasih baru padan muka kau."


"eh..aku tak de apa-apa aar dengan dia. Apa barang aku nak syok kat biskut lemak lemau macam si Mike tuh. Eei, tolonglah. Tak kuasa!"


"alaa..macam lah aku tak tau. Kau tu kat mulut jer,Jane. Gaduh pun dengan dia..gaduh gaduh manja. Kat hati..hmmm..si Mike lemau tu lah pujaaan jiwa raga. Lagi-lagi bila si Mike pujuk dengan berdozen-dozen ferrero rocher yang siap bereben oren sambil petik gitar tong depan rumah kau...cair terus!"


Isy..perempuan nih. Tak bolehlah aku nak berpaling tadah kejap. Potong stim betul tau!


* * * * * * *
"Really?" 


Teja angguk. Mata masih tidak berkalih pada permukaan fail dihadapan. Issy..apa yang aku kira nih. Benci betul laa si lemau Mahfuz nih tau..entah hapahapa jer.


Thaqif lontar pandangan pada Teja yang duduk di kerusi sambil tangan tekun menyemak fail dan jari-jemari menekan calculator di tangan. Mata pantas dijeling pada fail yang sedang disemak Teja. Semacam pengiraan yang sedang dibuat oleh gadis ini. Tapi dia tidak pasti pengiraan apa yang sedang dibuat oleh Teja. Tidak mahu mengganggu. Kelongsong ketiga yang baru selesai dihabiskan diletakkan di dalam plastik yang disediakan Teja. Inilah rutin Thaqif sejak seminggu. Setiap pagi akan turun ke bilik stor ini sambil menikmati tepung pelita buatan Teja yang sungguh sedap ini. Dia sudah jadi ketagih sungguh. 


"baguslah.."

"ha'a. Akhirnya dapat jugak kami semua kat sini surau.  Rasa macam mimpi pun ada nih.Bagus aar big boss baharu tuh kan, Man."


Thaqif angguk kepala.


Jari jemari Teja berhenti menari pada lantai calculator. Mata memanah pandangan pada wajah yang tenang duduk bersandar di tepi meja."Sah sah big boss tu popular lepas nih. Makin tinggi laa saham dia. Dengar kata dia handsome tau. Kawan saya la cakap. Entah la, saya tak pernah tengok muka dia. Kata kawan saya dia ada lesung pipit... macam awak jugak tau, Man. Mesti sweet kan." Jari jemari kembali menekan lantai calculator. Mata difokuskan pada wajah mesin kira-kira berkenaan kemudian beralih pada fail yang terbentang. Pen mata bola dicapai. Dia mencatat sesuatu tanpa menyedari tiap gerak-gerinya diperhatikan oleh sepasang mata di sebelah.

Thaqif senyum.


"hmmm...saya tak handsome? Tak sweet?"


Teja kalih. Tangan menolak calculator ke tepi. Mata terus dibawa pada wajah yang sedang tenang melabuhkan duduk di tepi mejanya. Pandangan mereka bertaut seketika lagi. Berbalas senyum. Kau tu bukan aje handsome...tapi rangup dan berkrim tau, Man...hikhikhik. Amboi Teja, kemain lagi ek...


"boleh laa."


"boleh jer?"


"oklah..awak handsome dan sweet sikit. Macam nih." Jari telunjuk dan ibu jari di didekatkan lalu dihala pada Thaqif bersama sengihan kecil.


Thaqif geleng kepala. Ketawa halus terluncur dari bibir. Teja turut ketawa.


Thaqif bangkit dari duduknya. Bekas empat segi yang masih berbaki masih erat dipegang. Akan dihabiskan nanti di dalam bilik.  Langkah dihala pada pintu yang ternganga. Pagi yang masih diam dari suara-suara staff. Dan sememangnya inilah waktu yang sengaja dipilih Thaqif. Tidak mahu dia bertembung dengan staff-staff yang lain. Dia belum bersedia untuk membongkar identiti diri pada gadis ini. Dia mahu terus menjadi kawan Teja. Dia lebih selesa begini. Dan dia juga mahu Teja selesa.


Teja berdiri. Mata memandang pada gerak langkah lelaki yang semakin selesa dijadikan teman berbual. Sukar dinafikan betapa semakin hari, dia makin menyenangi lelaki ini. Mereka boleh berbual apa sahaja dan dia bebas  bercakap apa sahaja. Boleh melontar apa sahaja.


"oklah..saya balik dulu. Esok macam biasa,hmmm. Yang macam ni juga. Sedap sangat." Bekas empat segi disua pada Teja.


"dah berturut-turut seminggu nih, Man. Tak jemu ker makan benda yang sama?" Teja kerut dahi. Hairan sungguh la biskut lemak berkrim sorang nih. Ketagih makan tepung pelita hapa...Kalau aku tiup tiup tepung pelita tu pun bagus kan. Bolehlah dia mimpi kan aku jer. Yelah kalau dah suka kuihnya, tentulah mesti suka tukang buat kuihnya sama kan..dan kalau dah suka tuannya, mesti rasa nak jumpa hari-hari jer kan...i like tau!..hehehe...


Thaqif lontar senyum. 


"kalau awak suka seseorang...dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?"


Issy, macam tau tau jer dia apa dalam kepala aku nih...Dia boleh baca fikiran aku hapa..


Fuh, bahaya nih...soalan perangkap!

4 comments:

mizz acu said...

Auuuu.. Pandai je en qif nii.. Nak perangkap kak ja ek..
Nti jgn bila da tau hal sebenar kak a tamau kwn ngn en qif sudaaaa

idA said...

salam kucc..citer yg lain dari yg lain..akak membacanya ngan penuh teruja...plot yg tidak berat..dan comel sungguh watak yg digambarkan oleh kucc buat minah ni TJ...adakah man/qif dah jatuh hati pada TJ yg penuh ngan selambanya dan polosnya itu..rasa tak sabar nak tahu..macam mana mamat tu nanti terkantoi ...dan bila rahsia dia dah diketahui oleh TJ..adakah TJ akan kecil hati ngan sikapnya..bagi akak tak ada sebab TJ memarahi dirinya kerana dia tidak buat salah menembunyikan identiti dirinya kerana dia tidak menipu dan dia tidak hipokrit..kan..

aqilah said...

harap tj2 tak kecik hati dan terasa hati bila found out that man is tj1......................
apapun, i like!!!!!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

The Lady Chosen said...

Wah sangat sweet...hari2 makan kuih yang sama.... bunga-bunga cinta akan kelihatan ka?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...