Friday, July 31, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 37

Bab 37
Tubuh kurus tinggi yang dibalut pijama satin berwarna putih gading sedang berdiri sambil bersandar pada dinding di luar kamar mewah itu. Sesekali tiupan bayu malam yang menyapa, membuai-buai helaian rambutnya yang mengurai beralun mengikut alunan bayu. Dia membawa kedua-dua tangan memeluk tubuhnya. Kedinginan malam berserta tiupan bayu yang sesekala berlagu menyerap hingga ke dalam tubuh. Dia merenung jauh melihat ke langit malam. Kerlipan bintang yang indah bertaburan bagai ingin dicapai. Dari balkoni kamar yang serba mewah itu dia dapat melihat suasana malam yang masih rancak di kota metropolitan Kuala Lumpur biarpun malam sudah lama melabuhkan tirainya dan dinihari kian merungkaikan kelopaknya.

Entah mengapa hatinya bagai tidak enak sungguh malam ini. Dia cuba membuang jauh-jauh segala tanggapan yang tidak elok yang singgah dikepalanya. Dia gagal melabuhkan mimpi sejak cuba melelapkan mata sedari awal malam tadi. Lalu perlahan-lahan dia bangkit dari katil agar tidak mengganggu tidur suaminya yang begitu pulas tidurnya. Langkah halusnya itu dibawa menuju ke sudut balkoni kamar mewah tersebut. Sudah kerap hatinya dilanda rasa yang sedang dialaminya malam ini. Sewaktu akan berlangsungnya majlis akadnikahnya sedikit masa lalu juga begitu perasaan yang melanda dirinya. Tika itu dia menangis memikirkan jika perkara yang tidak elok akan menimpa Aidil. Dia takut sekali kehilangan Aidil. Dan sekarang ini degupan yang sama menyerang dirinya kembali. Dia tidak tahu petanda apakah ini. Dia jadi sangat takut memikirkan semua ini.

Dulu sewaktu kecil dia selalu mendengar dan menyaksikan berlakunya sesuatu peristiwa duka dan rentetan sebelum peristiwa itu menimpa kalangan ahli keluarga adakalanya tanpa terfikir apa-apa diperlihatkan tanda-tanda aneh yang sebenarnya membawa mesej tersirat. Hanya selepas musibah itu menimpa barulah kesedaran itu menjelma. Dia jadi khuatir apakah apa yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini ada membawa maksud tertentu. Apakah ada musibah yang bakal menanti untuk diperlihatkan padanya. Dia jadi sungguh takut bila memikirkan semua itu.

Ya Allah, ya tuhanku...pelihara diri suamiku, keluargaku dan diriku ini. Jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka dan hasad dengki manusia. Berkati dan rahmatilah ikatan kekeluargaan kami ini. Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah dan kerna itu hanya pada-Mu tempat hambamu ini memohon belas kasihan, berilah ketenangan hati dan jiwa pada hambamu ini yang begitu tidak tenteram kebelakangan ini...amin, ya rabbal'alamin. Kedua-dua belah tapak tangan diraup ke wajahnya. Perlahan-lahan juga airmata yang terbit dari tubir kelopak matanya diseka dengan jari-jemarinya.Dia menghela nafas perlahan-lahan lalu mengatur langkah masuk semula ke dalam kamar tidurnya. Dia melihat sekujur tubuh itu masih enak berbungkus selimut. Senyuman terbit dari bibir mungilnya. Perlahan-lahan tubuh kurusnya itu dibaringkan disebelah suaminya itu.

* * * * * * *
Ayunan langkahnya dipercepatkan. Segugus kunci dari tas tangan Louis Vuitton dikeluarkan. Salah satu anak kunci disorong ke dalam lalu pintu kereta mewah BMW berwarna hitam itu dibuka. Tubuhnya dihenyak di tempat kerusi pemandu. Kacamata hitam yang disangkut pada kepalanya sebentar tadi diturunkan lalu disarungkan ke posisi asalnya. Pintu lalu ditarik kuat. Dia mencapai telefon bimbit yang berada didalam tas tangan. Dia lantas menekan-nekan mencari sebaris nama dan setelah berjumpa dia pantas menekan butang hijau.

"plan kau macammana?. Hmm great. Kau dah pergi tinjau lokasi majlis mereka tu?.Bagus...jangan buat silap. Aku tak suka kesilapan. Zero mistakes!. Pastikan kau buat macammana yang telah kau maklumkan pada aku tempoh hari...aku nak kau hati-hati. Kawalan keselamatan di sana nanti memang ketat. Aku dapat tahu Aidil ada upah syarikat ternama untuk menjaga dan mengawal keselamatan majlis. Jangan sampai ada orang yang perasan tindak-tanduk kau dalam majlis tu nanti, itu pasti akan membahayakan kau...dan indirectly juga akan membahayakan aku. Kau faham maksud aku bukan?.Hubungi aku untuk perkembangan lanjut. Ok, bye." Dia menekan butang merah lalu mencampakkan telefonnya itu ke tempat duduk penumpang disebelahnya.Engin kereta hitamnya dihidupkan. Stereng diputar dan kereta mewahnya itu meluncur laju membelah lalu lintas menuju ke pinggir bandaraya.

Pintu pagar banglo 3 tingkat di pinggir bandaraya itu terbuka lalu kereta mewahnya meluncur masuk di perkarangan banglo tersebut. Dia lantas masuk ke dalam dan melihat sekilas. Tiada kelihatan kelibat sesiapa di ruang tamu hanya terlihat susuk tubuh 2 orang gaji rumahnya yang sedang menyusun sesuatu ke dalam almari sambil berbual-bual. Dia tidak mahu ambil peduli. Langkahnya diatur naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan tangga didaki untuk naik ke tingkat atas.
Telefon bimbit berwarna hitam yang berkilau itu dicampakkan ke atas katil. Dia melihat wajahnya di cermin. Wajahnya didekatkan pada cermin. Dia tersenyum. Dia ketawa. Kuat sekali. Tubuhnya dihumbankan pada katil. Ketawanya masih bertali arus. Makin nyaring. Tiba-tiba ketawanya terhenti. Matanya membulat tatkala minda memutarkan peristiwa yang secara tiba-tiba melalui ruang matanya. Fragmen yang dilihat pagi tadi sangat menyakitkan hati. Mahu rasanya dia mencakar-cakar wajah jelita itu. Mahu rasanya dia mengoyakkan mulut mungil yang tersenyum dan tertawa manja itu. Mahu rasanya dia mencincang lumat tubuh itu. Arrghhh...dia benci yang teramat sangat pada wajah itu. Rasa benci yang tidak dapat digambar dan diluah dengan kata-kata. Rasa yang pastikan akan dikuburkan tidak lama lagi. Ya, dia sangat pasti tentang itu. Tiba-tiba dia tersenyum.

Masa kau sudah tiba Aishah Kesuma!...

* * * * * * *

Dia senyum. Wajah dihadapannya itu turut tersenyum manis. Kedua-dua belah tangan itu dicapai lalu tubuh itu ditarik ke dalam dakapan. Mereka saling berdakapan. Erat sekali.

"weh, bila kau sampai ni, kata kursus kat KK?...haa, aku tau, abang chik jemput kau ek?...hehehe, bestnya kau dapat datang Pot...jom jom masuk dulu...eh, mana abang chik?...aah takper laa, biarkan dia..." Dia sudah menarik tangan teman didepannya itu masuk kedalam kamar tersebut. Gembira sungguh dengan kehadiran rakan akrabnya yang satu itu. Lepas majlis di kampung dulu Pot ada memberitahu yang dia berkemungkinan tidak dapat hadir majlis resepsinya di Kuala Lumpur kerana harus menghadiri kursus di Kota Kinabalu. Dia sungguh sedih waktu itu. Pot antara insan yang sangat bermakna dalam hidupnya. Anatara insan yang sangat dikasihinya. Rakan akrab sejak kecil.

"ala...kalau aku tak datang karang ada orang yang melalak pulak...siap ugut nak putus sahabat la, itu la ini la, issy amende la kau Echa...kau ni kan teruk betul tau!, because of you my dear siap aku kena lecture free ngan penyelia aku pasal mintak pelepasan dari hadir kursus tu...nasib baik la aku kamceng ngan penyelia aku tu cik kak ooi, lepaslah aku dari kena gi sana..kalau tak..."

"kalau tak apa Pot?..."Echa sudah meletakkan tangannya pada bahu rakan karibnya itu merangkap bakal kakak iparnya.

Pot menoleh sekilas melihat wajah Echa yang sudah tersengih-sengih memandang ke arahnya. Tangannya kemudian dilingkarkan pada pinggang ramping Echa.

"hmm..kalau tak, jawapnya banjirlah nanti Ballroom ni nanti dengan airmata pengantin!..."

"adoiii...sakitlah Echa...."Pot sudah terjerit sambil menggosok-gosok lengannya.

"padan muka!..." Echa sudah mencebik sambil mentertawakan Pot yang masih memuncungkan mulutnya sambil mengomel-ngomel memarahi Echa.

Pot, Echa sayang Pot tau!...

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...