Wednesday, July 22, 2009

Rindu Semalam -Bab 7

Bab 7

Entah kenapa semacam ada rasa yang sukar untuk dilafazkan. Semacam ada kata yang tidak dapat diluahkan...bagai tersangkut di hujung kerongkong lagaknya. Dia cuba mengusir segala gundah itu jauh jauh dari singgah dan bersemayam di ruang hatinya kala ini. Dia tidak suka ada sebarang tingkah, sebarang prasangka, tapi...duhai hati, tenteramlah dikau, janganlah berkocak, usahlah menambah gelisah di minda tuanmu saat ini, kasihanlah dia wahai hati!.

Langkah diteruskan ke destinasi seperti yang dipinta. Tamat sesi lawatan ke wad-wad bersama Dr. Taufik tadi dan ketika sedang berjalan bersama menuju ke bilik Dr Taufik untuk sesi semakan tugasan dan jadual untuk bulan hadapan Duhaila dikejutkan dengan pesanan ringkas dari Ziha. Pesanan yang pada firasat akal warasnya cukup berlainan sekali nadanya. Tidak seperti selalu. Apa kenanya si Ziha ni?. Dahinya berkerut habis tatkala membaca sebaris ayat ringkas yang tertera di skrin telefon bimbitnya saat itu hinggakan tanpa disedari perilakunya menjadi tatapan mata Dr. Taufik yang memandang aksinya tanpa berkelip.

"anything Duhaila?..."Diam.

"Duhaila?.." Diam.

"Dr. Duhaila? are you ok? anything happened?..." gelombang bunyi dari suara nyaring Dr. Taufik yang bergema seakan menusuk masuk secara tiba-tiba ke dalam gegendang telinganya lalu membangkitkan Duhaila ke alam nyata. Duha menghela nafas perlahan-lahan sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket jubah putihnya. Dia memandang wajah Dr. Taufik yang sedang merenungnya. Serius sekali riak wajahnya. Dia cuba mengukir senyuman pada wajah dihadapannya saat itu.

issy, mamat ni muka punyalah serius habis, menakutkan sungguh la...nasib baik la kau hensem Dr Taufik ooi, kalau tak....

"takder apa-apa Dr. Taufik, cuma sms giler dari kawan yang dah putus wayar bumi macam tu la...don't worry ok...so boleh kita bincang pasal jadual tugasan bulan depan?..."Duhaila meneruskan ayunan langkahnya ke bilik Dr. Taufik. Duhaila tahu Dr. Taufik seakan tidak berpuashati dengan jawapannya tadi. Riak wajahnya jelas menggambarkan jawapannya. Biarkanlah. Duhaila tidak mahu bercerita apa-apa saat ini. Bagi Duhaila saat bekerja harus ditumpukan dengan sepenuhnya, harus jujur dan ikhlas kerana dia dibayar untuk bekerja, bukan untuk bercerita kisah peribadi, bukan juga untuk berkhayal yang bukan-bukan. Duhaila masih ingat pesanan ibu saat dia melangkah ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas di sini.

"waktu berkerja, kerjalah dengan sepenuhnya Duha...jangan pulak kamu buat "kerja" yang lain masa kamu bekerja...nanti tak berkat rezeki yang kamu dapat tu. Tak halal Duha...ingat tu!..." dan berkali-kali juga pesanan yang sama itu singgah di cuping telinganya jika dia bercakap atau menghubungi ibunya di kampung. Ibu tidak pernah jemu mengingatkan hal yang satu ini.

Dr Taufik sudah mengambil tempat tempat di hadapan Duhaila. Sehelai kertas yang sudah siap bercetak dihulurkan kepada Duhaila. Dengan isyarat mata Dr Taufik meminta Duhaila duduk.

"ok...let us see the schedule for next month...".

* * * * * * *

Kepala ditoleh ke kawasan sekitar. Memandang sekeliling dengan hati-hati. Sunyi sekali. issy, apahal lah si Ziha ni, sah betul putus wayar bumi makcik ni...apa ke hal suruh aku datang sini. Telefon dari dalam poket jubah putihnya dikeluarkan lalu ditekan mencari sesuatu. Mesej dari Ziha dibaca sekali lagi.

Betul la ni lokasinya!bisik Duhaila dalam hati kecilnya..tapi apasal sunyi jer kawasan ni, mana pergi semua orang. issy!

"kau datang jumpa aku waktu break nanti kat bilik rehat tingkat 3...yang hujung sekali tu...datang sorang je...

KAU MESTI DATANG!

ada hal mustahak aku nak selesaikan dengan kau hari ni!..

Tombol pintu diputar perlahan-lahan. Kepalanya dijengokkan sedikit ke dalam bilik rehat yang disebut dalam mesej Ziha tadi. Gelap. Dan tiba-tiba tangan bagai ditarik kedalam, mulutnya mahu menjerit namun tiba-tiba biliknya yang tadinya gelap sudah terang benderang. Matanya bulat melihat apa yang terbentang di depan mata. Terjeda nafas dan suaranya saat itu. Terpasung gerak tubuhnya!. Wajah-wajah ceria dan tersenyum dihadapan dibilang satu persatu.

Ziha, Man, Liya, Munirah, Anna, Hilmi, Dr Wan Azlan, Dr. Taufik, Dr. Wong, Dr. Anne, Dr. Rashid, Dr. Kamala, Nani, Ima, Azean, Jee, Kawaljit, Chin...

"Happy birthday to you...Happy birthday to you...Happy Birthday to Duhaila....Happy Birthday to youuuuu!"suara nyaring Ziha yang bergema mengisi ruang di bilik rehat yang dipenuhi pelbagai hidangan dan makanan disambut pula oleh suara-suara yang lain bagai satu melodi yang begitu sayu sekali pada pendengaran Duhaila. Terharu sekali dirinya saat itu. Tiada kata yang mampu diucapkan. Tangannya ditutup ke mulut. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Saat tangannya ditarik Ziha ke ruang tengah di mana sebijik kek cantik yang sudah terhias lilin yang sudah siap dinyalakan Duhaila masih diawang-awangan.

"tiup laa Duha..kang cair lak lilin tu...habislah nanti kita semua makan kek yang dah dicemari lilin cair, ooowhhh...."mulut Ziha yang tidak henti-henti bercakap bagai bertih jagung separa masak tu mengundang tawa yang lain. Lilin ditiup perlahan lalu tangannya sudah siap diletakkan pisau oleh Ziha tadi pantas membenamkan mata pisau ke perut kek dihadapannya itu. Ziha memotong sedikit lantas disua ke mulut Duhaila.

Sedapnya!.Dia mengambil sedikit potongan tadi lalu disua ke mulut Ziha pula. Adegan suap-menyuap antara mereka berdua mengundang ketawa semua yang hadir di dalam bilik itu.

"Kenapa pelangi?..." pertanyaan dari Dr. Wan Azlan itu menghentikan keasyikan perbualan antara Duhaila dan Ziha. Duhaila tersenyum memandang ke wajah Dr. Azlan. Wajah Dr. Taufik yang berdiri disebelah Dr. Wan Azlan turut dijamah sama.

"yup, kenapa pelangi Duhaila?, bila Ziha beritahu pasal surprise party ni, saya offer nak belikan cake...Ziha cakap xper, dia dah tempah kek yang punyer 7 warna...pelangi!. Kata Ziha awak suka betul dengan pelangi...tapi bila saya tanya pasal apa, dia suruh saya tanya awak sendiri..." Dr. Taufik yang sedari tadi memandang wajah Duhaila, mula bersuara.

"bukankah pelangi itu melambangkan diri kita dan kehidupan kita di dunia ini Dr., hmmm?"Duhaila tersenyum melihat Dr.Taufik dan Dr. Wan Azlan yang saling berpandangan anatara satu sama lain.

"maksud you Duha?..."Serentak suara kedua-dua doktor itu bertanya.

"bukankan pelangi tercipta ketika rintik-rintik hujan bertemu dengan sinar matahari yang jelas berbeda karakter antara keduanya?...begitulah juga kita dan kehidupan ini. Walau tidak sama sifat, mungkin berlawanan, tidak sependapat tapi kita tetap saling memerlukan antara satu sama lain."Tambah berkerut dahi kedua-dua doktor senior dihadapannya saat itu. Duhaila hampir mahu ketawa tapi mampu ditahan agar tidak tergelongsor keluar dari mulutnya. Nahas!

"Duha, saya tak faham, boleh jelaskan?..."Ziha sudah mengangkat keningnya pada Duhaila sambil ketawa kecil.

"Dr Wan ngan Dr. Taufik kenalah ambik kelas tuisyen dengan Duhaila kalau nak tahu lebih lanjut pasal pelangi ni ye..."Duhaila sudah membulatkan bijik matanya pada Ziha.Pandai-pandai aje makcik sorang ni. Sudahlah memeranjatkan Duhaila dengan kiriman mesejnya yang semacam tu, kemudian majlis terkejut ni...then kelas tuisyen la pulak...eeei, memang nak kena cekik la !!!

"boleh...saya no problem. Saya ni memang out bab-bab ni. Kau Fik, ok tak?"

"hmm..ok."

Ziha ni kan, memang la kena tau!

Zihaaaaa!!!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...