Thursday, July 23, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 36

Bab 36

Dia tidak pernah tewas sebelum ini. Dia tidak pernah gagal selama ini. Tidak pernah sekali. Titik. Segala apa yang diingini pasti akan dia perolehi dengan mudah. Petik saja jari...kelip saja rongga mata, sudah terhampar permintaannya didepan mata. Tiap patah kata yang keluar dari belahan mulutnya yang mungil itu bagai punya kuasa sakti. Punya kuasa nan ajaib. Dia tidak perlu bersusah payah hatta bertungkus lumus. Tapi kini...

Sejak kecil dia tidak pernah tahu dan kenal apa itu erti susah payah, apa itu erti kekalahan kerna baginya yang sudah terdidik dengan limpahan kemewahan, dunia bagai digenggaman sahaja. Dunia ini dia yang punya!. Akan tetapi kini dia tewas. Dia kalah. Tewas dan kalah untuk julung kalinya sepanjang dia hidup di muka bumi ini. Betapa aib sekali dirinya dirasakan saat ini. Malu yang tidak tertanggung!. Dunia yang dahulunya digenggaman kini terlepas dari ikatan jari jemarinya. Ironis bukan!. Dunia sudah mencebik kemudian perlahan-lahan mentertawakan dirinya dengan angkuh sekali.

Kau sudah tewas ditangan dia!.

Tidak!, aku tidak akan mengalah...perlawanan ini belum tamat!

Sudahlah...kau harus terima hakikat ini. Dia lebih hebat dari kau!, hahaha...

Tidak!...tidak sekali-kaliiiiiiiiiiii!

Ekor matanya nan tajam dan galak itu menyusuri sepasang tubuh dari kejauhan. Sedari tadi dia membuntuti mereka secara diam-diam. Melihat kemesraan mereka bagai mendalamkan lagi carikan luka nan sungguh pedih didadanya yang sudah sarat dengan gelodak perasaan amarah dan dendam yang tidak bertepi. Sakitnya tidak tergambar, tidak terlukis dengan luahan di kanvas yang kaku!. Percikan bara dari api kebencian yang kian memarak di dalam ujana hati bagai meronta-ronta meminta dilepaskan.

Tubuh tinggi langsing perempuan yang sedang ketawa manja sambil memaut erat lengan jejaka disebelah dipandang. Keintiman mereka cukup menjengkelkan nuraninya. Tajam renungannya pada sesusuk tubuh yang membangkitkan sakit hati dan dendam yang semakin membuak hari ke hari. Dia harus melunaskan rasa itu sesegera yang mungkin. Dia tidak sanggup lagi menelan kata-kata sindiran dan menadah telinga mendengar bisikan-bisikan nakal yang mentertawakan kekalahannya. Ya, kekalahan di tangan perempuan durjana itu!. Perempuan celaka itu!

Kau tunggu Aishah Kesuma!...

* * * * * * *

"waaaahhh!.......a light green wedding gown...and also a green purple kebayaaa!,...woooo,i just can't believe this is mine Joe...Abang, this is so beautiful!, l love it so much....thanks sweet heart..." Echa mendakap Aidil tanpa mempedulikan kehadiran Joe didalam kamar mewah itu. Aidil yang sedikit tersipu dengan perilaku spontan isterinya itu hanya mampu mengenyitkan matanya pada Joe. Joe melempar senyum sambil menggeleng kepala melihat reaksi Echa yang penuh keterujaan dengan persalinan istimewa yang ditempah khas oleh Aidil buatnya untuk digayakan pada majlis resepsi mereka nanti.

Sungguh Echa tidak menyangka akan dipersembahkan dengan sesuatu yang cukup istimewa dari insan yang sangat dicintai itu. Saat melihat kedua-dua pakaian itu dikeluarkan dari kotak dan dibentangkan di atas katil mereka oleh Joe , Echa sudah menutup mulutnya yang terbuka luas dengan mata yang membulat. Tidak percaya!. Matanya menatap mata Aidil yang sedang tersenyum memandangnya sambil mengangguk-anggukkan kepala. Isyarat yang seolah-olah jika diterjemahkan dengan kata-kata...

yes , this is specially tailored for you sayang!...from me to my beloved wife.

Hijau itu warnanya dan ungu itu warna Aidil. Sungguh dia tidak menyangka Aidil memberinya kejutan yang sangat indah ini. Sukar dilafazkan keterharuan ini.

Terima kasih abang!..terima kasih sayang!.

"sudah-sudahlah dengan aksi terlampau kau tu makcik...simpan sikit untuk sesi malam nanti. Ni Echa, kau pergi cuba dulu dua-dua persalinan ni...aku nak tengokkan kut-kut ada apa yang kena dibetulkan ker, boleh aku beritahu si mamat Radzuan tu..." Joe sudah bercekak pinggang menyuakan kedua-dua helaian pakaian tadi ke arah Echa yang masih erat memeluk pinggang suaminya. Dengan bibir yang sedikit dicebikkan Echa mengambil kedua-dua pakaian itu lalu terus melangkah ke bilik disebelah.

"macammana Nina sekarang lepas i temporary kidnap Echa from there Joe?..." Setin minuman bergas berwarna hijau yang diambil dari peti sejuk di hujung sudut kamar dihulurkan Aidil pada Joe yang sedang enak duduk di sofa bercorak bunga kertas kecil berwarna perang keemasan yang disuaipadan dengan warna bilik dan langsir kamar ini. Aidil turut melabuhkan punggungnya dihadapan Joe.

"thanks Engku.." senyuman kecil dilemparkan Joe pada susuk tubuh sederhana berwajah tampan dihadapannya. Dia lihat Aidil ketawa kecil.

"tak perlulah berengku engku dengan saya Joe. Macam you biasa panggil my wife dengan nama Echa, you also can just call me Aidil...saya lebih suka begitu. Nampak mesra kan. Kadangkala saya rasa jealous jugak tengok Echa boleh mesra dengan sesiapa saja. Tak sukar untuk dia berkawan dengan sesiapa sahaja. Lepas ni kalau saya tak dapat teman atau berada di sisi Echa, saya minta Joe tengok-tengokkan dia ok. Saya risaukan dia. Dia sudah jadi tanggungjawab saya sekarang. Saya sudah berjanji untuk menjaganya sebaik mungkin bersaksikan semua yang ada saat kami diijabkabulkan.."Nafas Aidil dihela lalu dihembus perlahan-lahan. Joe hanya membiarkan. Menanti dia menyambung bicara.

"Saya sebenarnya mahu dia berhenti di Nina's, in fact saya dah sediakan tempat untuknya di AAZ Holdings yang bersesuaian dengan kemampuan dia, tapi you tahulah Echa. Dia mana mahu dipaksa-paksa, disua-sua. Dia taknak bekerja di pejabat saya. Tak selesa katanya. Dia mahu terus di Nina's, sudah jemu nanti barulah dia fikirkan tawaran saya tu. Saya faham maksud my wife. Dia sebenarnya taknak orang salah anggap pada saya walaupun saya dah jelaskan dia ditawarkan jawatan ini atas kelayakan akademik yang dia ada, saya tidak campur tangan langsung dalam soal pemilihan ini...penglibatan saya cuma pada peringkat meminta pihak Jabatan Sumber Manusia meneliti kelayakan akademi Echa dan letakkan dia di posisi yang setaraf dengan kelayakan itu..." Joe memandang wajah lelaki yang penuh rasa cinta dan tanggungjawab dihadapannya itu. Saat matanya dan mata Aidil bertemu, ada segaris senyuman pada wajah tampan itu.

Bertuahnya kau Echa!...betapa lelaki ini begitu menyayangi dan menyintai dirimu lebih dari dirinya sendiri.

"Taraaa...abang, tengok ni..cantikkan!...."Aksi Echa yang berpusing-pusing dengan gaun hijau lembut itu bagaikan lagak anak patung mainan yang menari berpusing-pusing saat suisnya ditekan.Comel sekali!. Aidil mengenyitkan mata pada isterinya sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan ke atas isyarat "cantik sekali!".

Echa mengangkat kepala pada Joe seperti bertanya "macamana?ok ker?". Joe mengukir senyuman pada Echa dan Aidil yang sedang serentak memandang padanya.

"beautiful! perfect!...you shall be the star for the day Echa...aduh, cantiknya kamu nona...bikin aku penasaran aja deh!..."

Echa dan Aidil sudah ketawa besar mendengar kata-kata lucu yang keluar dari mulut Joe.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...