Tuesday, July 14, 2009

Rindu Semalam -Bab 6


Bab 6

Duhaila bergegas naik ke tingkat dua untuk ke bilik Dr Taufik. Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Kain baju kurung disingsing sedikit untuk memudahkan dia membuka langkah dengan lebih pantas...cepat Duha!

Issy, dah lambat dah ni, matilah aku...kenapalah kereta si makcik tu Ziha buat hal hari ni, buat la perangai hari lain...dengus Duhaila.

Langkahnya dicepatkan. Awal pagi dia menerima kiriman sms dari penyelianya itu. Hari ini Dr Taufik akan datang lewat sedikit. Ada hal penting di rumah katanya dalam sms yang dikirim tadi. Tidak pula diperincikan sebabnya dan mulut Duhaila pulak bagai terkunci untuk bertanya lanjut. Haa, tak pasal-pasal dia "terpaksa" menyempurnakan laporan kerja Dr. Taufik yang sepatutnya disiapkan hari ini dan diserahkan pad Ketua Jabatan Pediatrik.

Hal apa pulak mamat tu...bukan ada sesiapapun kat rumah dia tu...awek dia merajuk kut?...

eh...menyibuk jer kau ni Duha...manalah tau kut kut dia betul ada hal kecemasan di rumah...buat jer la kerja tu...tu kan boss kau jugak...

ala..takkan tanya pun tak boleh kut!...

Pagi- pagi tadi Dr Taufik menghantar pesanan ringkas di telefon bimbitnya meminta "jasa baik" Duhaila untuk membantunya mengemaskini laporan kerja minggu lepas untuk dihantar kepada setiausaha Dr. Fariza bagi tujuan mesyuarat antara Jabatan petang nanti. Dia juga memberitahu Duhaila yang Dr.Wan Azlan akan menggantikan dirinya untuk sesi lawatan ke wad pesakit untuk pagi ini. Maka nanti untuk sesi lawatan dan pemeriksaan di wad pesakit-pesakit pagi ini dia akan menjadi pembantu kepada Dr. Wan Azlan. Dr. Wan Azlan yang lebih pendiam dari pandangan Duhaila jika dibandingkan dengan Dr. Taufik yang "terlebih" peramah itu mungkin tidak akan bertanya soalan-soalan yang "mengejutkan" berbanding Dr. Taufik bila sesi rawatan pada pesakit. Adakala memang menyakitkan hati sahaja cara Dr. Taufik itu. Duhaila seringkali mengadu pada Ziha, tapi makcik sorang tu memanglah tak membantu langsung.

"ala Duha...kau pekak telinga sudahlah...tengok muka dia yang handsome tu pun boleh hilang amarah kau yang mengelegak tu...eh, mamat tu memang mencairkan perasaan sungguh kan..kau tak rasa apa-apa ke?..."

eei...tak kuasa sungguh la dengan makcik Ziha karat ni tau!

Duhaila melemparkan senyuman sambil menundukkan kepala pada staff-staff yang berpapasan dengannya di laluan ke bilik Dr. Taufik. Anak kunci yang diambil dari pejabat pentadbiran tadi disorongkan ke laluannya. Lalu anak kunci tadi dicabut dan tombol pintu yang berwarna perang gelap diputar perlahan-lahan.

Mata Duhaila memandang ke kiri dan kanan mencari papan suis lampu dan setelah menlihat papan suis yang berada di dinding sebelah kanan berdekatan dengan pintu dia lalu menekan kesemua suis di situ. Bilik yang tadi agak suram sudah terang benderang. Dia bergerak ke meja yang terhampar sebuah notebook diatasnya. Perlahan-lahan Duhaila melabuhkan punggungnya diatas kerusi baldu berwarna merah hati itu. Pantas jari-jemarinya yang runcing menekan lantai kekunci akasara lalu menekan kata nama dan kata laluan yang tertera di skrin notebook dihadapannya. Sementara menanti proses diaktifkan, matanya sempat melilau melihat taburan dokumen juga fail-fail yang berselerak diatas meja Dr. Taufik. Matanya tiba-tiba menangkap sesuatu yang cukup menarik dan membuatkan bibirnya menguntum senyum tanpa disedarinya.

Budak kampung a.k.a Kampung Boy?...owwh, mamat ni minat baca kartun rupanyer..hehehe. Tangan Duhaila pantas menarik naskhah yang terletak di hujung meja Dr Taufik. Tangannya menyelak perlahan-lahan helaian mukasurat yang terpapar lukisan-lukisan comel berserta dialog-dialog lucu dan spontan ketawa Duhaila meletus. Tatkala menutup naskhah matanya terlihat sesuatu di hujung kanan muka surat pertama...

"...ini Adrian Imran Benjamin bin Akhmal Hafiz punya..."

Akhmal Hafiz!...Akhmal Hafiz?...

Tangan Duhaila tiba-tiba mengigil saat matanya berpapasan dengan sebaris nama itu.

Tak mungkin dia!....tak mungkin!

Tolonglah....aku tak mahu bersua muka dengan manusia bernama Akhmal Hafiz yang satu itu...

cukup-cukup lah apa yang telah berlalu...aku tak ingin mengingatinya lagi...

pergiiiiii!......suara Duhaila bergema didalam bilik Dr Taufik.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...