Tuesday, August 4, 2009

Rindu Semalam -Bab 9

Bab 9

Dari meja di sudut kafeteria dia memerhatikan seraut wajah itu. Wajah yang sedang bergelak ketawa bersama teman akrab sambil menikmati makan tengahari. Dia melihat si dia itu cepat-cepat menutup mulutnya tatkala ketawa mendengar cerita si teman di hadapannya yang begitu bersemangat bercerita. Wajahnya yang putih mulus itu jadi kemerah-merahan tatkala ketawa. Sesekali kepalanya digeleng-gelengkan tatkala temannya itu yang nampak seolah-olah sedang mengajukan soalan padanya. Bila temannya itu membulatkan mata, maka akan terlontarlah gelak ketawanya. Dan bila berpadu dengan ketawa temannya itu, maka akan bertambahlah nyaring gelombang bunyi yang bergema dari arah tempat duduk mereka berdua. Si dia langsung tidak mempamerkan riak apa-apa. Bijaknya dia menyembunyikan perasaannya. Bagai kan tiada apa-apa yang berlaku padanya biarpun kelmarin dia dapat melihat sendiri riak terkejut yang terpancar pada wajah putih mulus itu tatkala berlangsungnya pertemuan yang tidak terduga olehnya itu.

"haa Mal, panjang umur . Aku baru tanya ngan Ben ni mana papa dia yang hensem tu tak muncul-muncul lagi...hmm, kenalkan ni pembantu aku yang baru, Dr Duhaila Dahalan. Duhaila, kenalkan ni kawan baik saya masa di Uni dulu Akhmal Hafiz...Akhmal ni la papa si Ben yang awak katakan cute sangat ni...kan Ben?" Dia mencubit pipi halus si kecil yang sedang duduk di katil sambil memegang tangan papanya yang sedang terkaku bagaikan patung cendana.

Dia melihat kedua-dua wajah tu saling tidak berkelip memandang antara satu sama lain. Ekpressi wajah Akhmal paling ketara. Duhaila lebih bijak menyembunyikan dan mengawal perasaannya.

"Duhaila...apa khabar En, Akhmal?.." Dia melihat Duhaila melemparkan senyuman kecil pada Akhmal. Dan Akhmal gagal dalam sesi petang itu bila dia seperti dapat mengesan sesuatu. Sesuatu yang tidak kena.

"err..erkk...kha...kha..khabar baik..."

Dia masih setia memerhatikan gelagat kedua-dua gadis manis itu. Cuma yang menjadi fokus utama pandangan matanya adalah si dia yang tinggi lampai itu. Si dia yang lebih sedikit manisnya dari teman dihadapannya itu. Lebih sedikit ker, lebih banyak?, dia tersenyum sendiri bila persoalan itu menerjah ke mindanya. Langsung tidak diduga si dia itu adalah seseorang yang sedang dicari oleh teman karibnya sejak sekian lama. Seseorang yang punya erti yang cukup besar dalam hidup teman karibnya itu. Lalu bagaimana mahu dia melaksanakan permintaan Akhmal agar mengatur pertemuan dengan si dia itu. Si dia yang dirasakan pasti secara terang -terangan tidak akan mahu tunduk dengan permintaan teman karibnya itu. Dia buntu memikirkan bagaimanakah cara untuk memujuk si dia itu agar bersetuju berjumpa dengan Akhmal.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke arah meja kedua-dua gadis manis itu. Ya, dua orang doktor baru yang menjadi perhatian dan bualan ramai di hospital terutama si dia yang tinggi lampai itu. Dia sedia maklum tentang itu.

"Eh Dr. Taufik, baru nak lunch ker?..marilah joint kami. " Ziha mempelawa sambil tersenyum pada Dr. Taufik dan sempat mengenyitkan matanya pada Duhaila yang tersenyum pada Dr. Taufik. Dari bawah meja pantas kaki Ziha disepak Duhaila. Ziha tersentak lantas membalas dengan menyepak kaki Duhaia sambil ketawa kecil memandang temannya itu...

"eh, sapa pulak yang main sepak -sepak kaki kat bawah meja ni ye...kaki saya pun terlibat sama ker dalam games ni.."Dr Taufik yang sedang melambaikan tangan pada pelayan di Kafeteria itu selamba bersuara. Ziha sudah menutup mulutnya sambil menundukkan kepala menjenguk ke bawah meja. Duhaila terus tunduk dari memandang ke wajah Dr. Taufik yang sedang merenungnya. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu pada renungan Dr. Taufik itu.

"alamak Dr. Taufik, sorry ye...saya tak sengaja la...ni haa makcik Duha ni la, dia yang yang main sepak-sepak kaki saya dulu. Saya balas aar, tak sangka la pulak saya tersepak kaki Dr. Taufik...jangan marah ye doktor..."Ziha sudah tersengih-sengih memandang Dr. Taufik. Ziha kemudian mencebikkan mulutnya pada Duhaila yang mempamerkan muka selamba. Geramnya Ziha pada Duhaila yang langsung tidak mahu memberi respon untuk menyokong kenyataannya pada Dr. Taufik.

Jaga ye makcik Duha!...

"so apa cerita ni. Dari jauh tadi saya perhati kamu berdua bukan main ketawa sakan...anything that we can shared?..." Dr Taufik memandang kedua-dua gadis dihadapannya itu yang saling tersenyum antara satu sama lain. Gelas berisi air limau suam yang baru dihantar oleh pelayan tadi ditarik rapat ke sisi. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu dan kemudian straw ditarik dan disuakan ke mulut. Perlakuan Dr.Taufik diperhatikan Duhaila tanpa menyedari sepasang mata Ziha sedang memerhatikan tingkah-laku Duhaila sambil tersenyum kecil.

"ni haa cik Duha kita ni doktor. Dia nak ajak saya gi bercamping kat air terjun tak jauh dari Maran hujung minggu ni, kebetulan kami berdua off. Kata Duha masa sebelum ke overseas dulu dia memang tak pernah miss gi sana...cantik tempat tu katanya. Yang lebih mengujakan saya doktor, dia kata untuk sampai ke kawasan air terjun tu kita kena melalui perjalanan yang agak mencabar dulu...siap menempuh perkampungan orang asli pulak tu...wahhh, exciting sungguh kan!...saya ni bab bab camping ni memang la out doktor, tapi saya suka air terjun...saya ni kata mama saya macam itik bila jumpa air, hehehe. Jadi since cik Duha kita ni pro bab camping-camping ni and handal hal-hal hutan ni, jadi saya pun berani la nak ikut dia...erk, doktor nak joint kami tak?...lagi ramai lagi la best kan...kan Duha?.."

Duha sudah membulatkan matanya pada Ziha. Issy, Ziha ni..apa hal la gi ajak mamat ni pulak, segan la wei!..camner nak mandi nanti...eeei makcik Ziha ni memang la nak kena tau!

Doktor Taufik menyedari aksi Duhaila pada Ziha. Dia tersenyum kecil. Comel pulak dia bila berkelakuan begitu, bisik Dr Taufik dalam hati.

Hmmm, this is such a great plan...

"well...saya pun sebenarnya lama dah tak gi camping ni and saya pun tak pernah jejak air terjun kat Maran tu. Saya pun dah jadi teruja bila dengar cerita awak tu Ziha. Ok...saya joint kamu berdua. By the way, boleh saya bawa kawan? .Dia ni memang handal part camping ni. Lagipun dia memang aktif dengan aktiviti panjat-panjat gunung ni dari dia masih student lagi."

"wooo...orait la tu doktor. Kawan doktor tu pro part panjat-panjat gunung ni, Duha pula pro part masuk masuk hutan ni...so ngam la group kita nanti...camner Duha,ok?, aku on jer ni...wah tak sabar la pulak nak tunggu weekend ni..." Wajah Ziha yang memancarkan sinar kegembiraan itu sedikit sebanyak mengundang kelucuan pada Duhaila. Dia tersenyum pada Dr. Taufik yang kebetulan sedang memandangnya. Dr Taufik membalas senyuman Duhaila.

Akhmal...ni peluang keemasan kau, harap kau jangan sia-sia bro!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...