Tuesday, May 19, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 21

Bab 21

"Life is for living...I live mine for you. Love is for giving...I give mine to you. Hearts are for beating...mine beats for you. Dreams are full of meaning...mine are full of you... my only you!".....luv, your Aidil.

Bait kata-kata yang tertinta indah dengan warna perak di atas sekeping kad berwarna ungu yang diselitkan pada jambangan 13 kuntum mawar ungu yang berselang-seli dengan kuntuman lily nan putih cukup membuatkan bibir Echa tanpa sedar mengukir senyuman. Jambangan yang cukup menarik perhatian dan mengundang iri tiap mata yang memandang itu diserahkan padanya oleh Joe selepas Echa pulang ke pejabat NINA's Agency Model tengahari tadi dari sesi interview bersama majalah Chanteq dipejabat syarikat penerbitan majalah tersebut di Shah Alam. Hmm..Aidil, Aidil...bukankah sudah Echa pesan jangan dihantar bunga lagi di sini...banyak mata yang memandang dan pasti akan mengundang cerita yang tidak enak ditelinga nanti...tapi Aidil memang sukar ditegah, Echa maklum sifatnya yang satu itu...lagi dihalang, lagi dia engkar!...Tadi sewaktu perjalanan ke pejabat Aidil ada menghubunginya memberitahu ingin membawanya makan malam hari ini. Echa mulanya menolak...tapi bila Aidil merayu dan berkata apa perkara penting yang dia perlu katakan, Echa terpaksalah beri persetujuan...Aidil ni memang la tau!

"wahhhh..ada orang tu dapat bunga laa Joe...besar lak tu...dari buah hatiiii..."

"ehem ehem Echa...hebat pukulan kau ni pada tuan CEO tu ye...aduhai romantiknya mamat tu beb...hai kalau aku dapat buah hati macam dia kan ker besttt..."

"cantiknya bunga...roses and lily...beautiful combination...so charming la your sweetheart ni Echa..jealous i tau..."

Echa sekadar membalas dengan senyuman pada setiap usikan rakan-rakan sekerjanya itu. Echa tahu mereka sekadar mengusik...tumpang gembira...tumpang seronok. Mereka tiada apa-apa agenda yang tersirat. Namun kegembiraan itu hanya sebentar bila telinga diterjah oleh deringan lagu dari telefon genggamnya...melihat nombor yang tertera di skrin, dahi Echa berkerut...nombor sapa pulak ni..

"assalamualaikum...hello..."

"hye betina omputih gatal....kau ni memang tak serik serik ek...memang dasar betina sundal...ko dah lupa ye janji kau pada aku?...pada bonda Tengku?...yang kau tak sudah sudah masih menggatal lagi pada bakal tunang aku tu kenapa haa?..kau ni memang celaka tau..."

Echa diam seketika. terkejut disergah dengan bahasa yang cukup tidak sopan begitu. Dia memejamkan mata tatkala telinga menadah sumpah seranah dari Tengku Layla. Nafas dihela lalu dilepaskan perlahan-lahan. Sabar Echa...sabar!. Tenang Echa...tenang!


"Tengku Layla...untuk makluman tengku, saya tidak menggatal pada bakal tunangan Tengku tu...tak tahu la pulak kalau dia dah terkena sawan gatal kan...and saya tidak mengejar bakal tunangan Tengku itu...tapi kalau dia yang datang menyerah diri pada saya, apalah daya diri saya kan, takkan saya nak menolak, tentu tak baik kan...macam ni la tengku, apakata kalau tengku tanya terus bakal tunangan tengku tu sendiri...biar dia beri jawapan pada soalan tengku tu ye...jangan main seranah orang macam ni ye...mulut tu tolonglah bersopan sikit bila bercakap ye.."

"amboi amboi...bukan main berlagak lagi kau ye betina...dasar perempuan kampung tak sedar diri...kau ni memang perempuan sial tau..perempuan perampas hak orang...takper, aku nak tengok nanti setakat mana permainan kau...jangan cepat perasan kau dah menang bila kau dah menangi hati Aidil...aku takkan biarkan...aku takkan sesekali biarkan Aidil jatuh ke tangan kau...kau tunggu dan lihat kehebatan aku pulak nanti...jaga kau ye...kau jangan menyesal nanti!..."

Eh..main ugut-ugut pulak pompuan ni...main kasar pulak ek...dah gila agaknya dia ni!

Pertengkaran di telefon itu menarik perhatian rakan-rakan yang kebetulan berada di pejabat. Echa rasa lega kerana rakan-rakan yang sedia maklum situasi sebenar kemelut hubungan dengan Engku Aidil banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat.

Pedulikan dia...perempuan tu perasan sorang sorang la beb...dia jer yang tergila-gilakan Engku Aidil tu...tak malu sungguh!

go ahead with Aidil Echa...just ignore that silly women...she's damn arrogant!

Tapi...perasaan Echa sedikit berdetik pada kata-kata terakhirnya itu...

Kau jangan menyesal!...Kau jangan menyesal!

Dan kata-kata itu bagai mengundang rasa tidak enak dalam hatinya..bergema dalam kepalanya...dan rasa kurang selesa itu terbawa-bawa hingga ke saat Echa dijemput Aidil di rumah untuk makan malam...macam Echa kata, Echa sebenarnya berat untuk terima pelawaan Aidil. Abang long dah jeling semacam jer bila Echa beritahu. Nasib baiklah 2 orang panglima tu takder..outstation. Kalau diaorang ada dan bergabung dengan abang long..habislah Echa!. Namun Echa memang sangat berterima kasih pada kak long yang begitu memahami keadaan Echa. Pujukan kata-kata kak long sedikit mengurangkan rasa tidak senang di hati abang long. Abang long mengizinkan dengan syarat Aidil datang sendiri menjemput Echa di rumah dan mesti menghantarnya pulang lebih awal.

Dan Aidil pula sememangnya perasan akan perubahan sikap Echa. Echa dapat melihat renungan Aidil dari dalam kereta tadi. Namun Aidil tidak sedikitpun membuka mulut bertanya. Echa rasa dia mesti mahu Echa yang memulakan...issy, nak kena cakap ke tak payah ni...erk..ala tak suka la ngadu ngadu ni!

"sayang..apasal ni...dari rumah tadi Aidil tengok muka tu dah semacam jer, tak macam selalu...dalam kereta tadi pun senyap jer...asyik pandang keluar tingkap je, kalau tak hai mulut orang tu la yang tak reti diam...pot pet pot pet macam popcorn!...sikit pun dia tak toleh kat kita di sebelah dia...kita ni puas la usha usha dia, jeling jeling...sikit pun tak pandang...now cuba cakap ngan Aidil ni sayang...is there anything that bothering you? bothering your mind?.."

Echa angkat muka. Matanya bertembung dengan mata Aidil yang sedang memandangnya.Tangan kanannya yang diletakkan diatas meja dicapai Aidil lalu jari jemarinya digenggam kemas oleh Aidil. Aidil senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda meminta Echa bersuara...bersuara tentang perkara yang sedang mengganggu minda dan perasaannya.

Echa membalas senyuman Aidil. Nafas dihela dan dilepaskan perlahan-lahan..

"is about Tengku Layla...she...she..erk"

"sayang...cakap apa dia dah buat...cakap dengan Aidil ok..."

Echa dapat merasakan genggam Aidil pada jari jemarinya makin kejap..

"she call me at the office today...she...she...she threatened me Aidil..."

"she what?...damn you Layla!.."

Echa lihat Aidil menggengam tangannya kejap...Echa lihat wajah Aidil sudah merah!...

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...