Thursday, May 14, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 18

Bab 18

Abang long dulu pernah bukak rahsia...kategori rahsia ker tu?...ntah, tak kisahlah. Katanya ...dia jatuh hati..jatuh cinta dengan kak long pasal blueberry pie yang kak long buat dan beri pada abang long masa abang long terlibat buat renovation di pejabat kak long ...hahaha, ada ka pasal tu boleh jatuh hati..jatuh cinta...tak romantiknya abang long!...Echa siap ketawa tekan tekan perut masa tu...saja lagi buat ketawa tu lebih dramatik Echa guling-guling atas sofa...abang long siap bagi jelingan maut, jegil biji mata tapi Echa buat tak endah..teruskan jugak ketawa yang lebih kuat...akibatnya, Echa kena cubit...aduh sakitnya dah la jari-jari abang long tu saiz XL...apalah, lelaki macho pun cubit orang ker...cissh!

hmmm....tapi cakap abang long betul....blueberry pie buatan tangan halus kak long Humairah memangpun sedap...strawberry and peach pie diapun sedap giler..terangkat tau!. Jadi bila ada kelapangan Echa pasti menjadi pendera nombor satu kak long...tapi kak long rela didera!

"kak long...kak long cutikan hari ni....apa kata..."

Kak long Echa lihat sudah mengangkat wajah dari helaian majalah Anjung Seri yang sedari tadi ditatap penuh asyik...kak long memang suka menghias...peguam yang punya tangan penuh seni.

"hmmm...adik nak apa ni...cuba cakap..jangan senyum senyum koala ye...adik tu bukan kak long tak tahu...adalah tu kan..."

"kak long...adik teringin la nak makan blueberry pie kan long....kalau dapat buatkan sekali strawberry and peach pie lagi fantastik...yummy yummy...boleh ek kak long?"

Kak long sudah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum manis. Jemarinya yang lembut halus tu mencubit lembut pipi Echa.

"jom tolong kak long..."

"yesssss..."

Humairah memerhatikan dari ekor matanya wajah Echa yang seperti memikirkan sesuatu. Pie yang masih panas dan sudah siap dipotong masih ditenung dan dikuis-kuis dengan hujung jarinya nan runcing itu. Humairah mengambil sepotong lalu meletakkannya ke dalam piring kecil lalu menyorongnya ke arah Echa. Echa mengangkat muka lalu wajah keduanya bertemu. Echa mengukir senyum. Humairah membalasnya. Humairah mengosok belakang badan Echa. Perlahan-lahan...lembut dan tenteram dirasakan belaian itu pada Echa . Echa melentokkan kepalanya ke bahu Humairah.

"wanna talk about it?"

Echa masih diam tidak berkutik. Kepalanya masih berlabuh di bahu Humairah. Echa memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba diusir jauh-jauh perasaan itu dari hinggap di tebinh hatinya...mahu dilemparkan segala kenangan yang saban hari makin kerap mengejarnya...dia takut...dia tidak pasti masih kuatkah dirinya lagi untuk berhadapan dengan keadaan yang bakal mendatang...sungguh dia tidak pasti!

"kak long..."

"hmmm..."

"adik keliru...adik serba salah...adik takut...makin adik cuba jauh, dia makin dekat....makin adik lari, makin pantas dia mengejar...dia ada di mana-mana kak long....adik dah cuba kak long...adik dah tak tahu nak buat apa lagi...setiap lepas solat, adik minta pada-Nya agar jauhkan dia dari adik...jauhkan dia dari hati adik...tapi, ntahlah...makin kuat...makin kerap dia hadir...di hati...di mata...di seluruh ruang pandangan ni, dia ada kak long..."

Humairah mengelus lembut rambut coklat gelap Echa yang mengeluncur lembut jatuh dari bahunya. Dia membiarkan Echa tenang. Dia melibat tubir mata adik iparnya itu mula digenangi air.

"mak long dia mahu adik kembali pada dia...kembali semula pada Aidil seperti dulu. Kata mak long Aidil lagi teruk memendam rasa pilu, sedih dengan keputusan adik dulu...kesengsaraan Aidil tu disimpan seorang diri dan banyak menjejaskan kerjanya...berminggu juga dia macam orang hilang akal mencari adik...merata-rata...sampai ke kampung...puas dia merayu pada semua orang...tapi tak siapa yang buka mulut tentang di mana adik melarikan diri...akhirnya Puan Sri yang dah tak sanggup dan kesian lihat keadaan Aidil yang buka rahsia..tapi dia minta Aidil janji jangan pergi cari adik ke London...Puan Sri mintak Aidil beri adik masa tenangkan hati...beri ruang untuk adik bersendiri...adik sedih dengar cerita mak long dia...adik rasa adik dah tak berlaku adil pada dia kak long...kata mak long adik sepatutnya berbincang dengan Aidil dulu...adik sepatutnya dengar pendapat Aidil...dengar cerita dari mulut Aidil dulu...adik lari dan hilangkan diri aje macam tu buat Aidil sangat kecewa...kata mak long, Aidil kecewa sangat sebab adik macam tak hargai kasih sayang dia pada adik selama ni...adik macam tak kenal Aidil ni macammana....adik dah buat salah besar pada Aidil kak long...adik tak tahu sekarang ni apa adik patut buat...mak long dia cakap tentang janji adik pada mama Aidil tu biar dia yang uruskan...mak long dia nak bawa adik jumpa Aidil...adik...adik tak tahu kak long...adik tak bagi jawapan lagi kat mak long dia...adik takut...adik malu pada Aidil...adik tak mahu mak abah susah hati lagi kak long...abang long, abang ngah, abang lang, abang teh....lagi lagi abang chik...adik dah janji dengan diorang semua kak long..."

Wajah Echa sudah basah lencun dengan airmata...sedu sedannya masih bersisa di telinga Humairah. Humairah menyapu wajah yang penuh dengan airmata tu perlahan-lahan dengan tapak tangannya. Dia meraih tubuh kurus itu didalam dakapannya sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Echa. Echa membalas erat pelukannya...kasihannya adik!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...