Monday, May 18, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 20

Bab 20

Ada orang kata yang menyebut bahawasanya Cinta itu umpama rama-rama. Ia akan terbang...terbang tinggi...terbang jauh apabila dikejar. Sebaliknya ia akan hinggap dibahu apabila kita berhenti mengejarnya...Ia ker begitu?...ntahlah, sukar Echa mahu memberikan penilaian kata-kata tersebut dan mengaitkannya dengan situasi diri Echa sendiri. Echakah yang mengejar atau Echakah yang dikejar?...

Malam kelmarin lewat pertemuan yang cukup dramatik dengan Aidil, Echa dihubungi Engku Noor Zubaidah...katanya Aidil terus mengupdate mak long lepas jumpa Echa tadi...issy Aidil ni memang la taw...nanti nanti la kut ye pun...gelojoh sungguh laa mamat sorang ni!...dan lepas kami berborak-borak pasal hal-hal pokok bunga orkid kegilaannya dan mak Echa Engku Noor Zubaidah bisik kata dia mahu bersemuka dengan mama Aidil dan Tengku Layla yang Engku Noor Zubaidah gelar "budak gedik tak sudah tu"...

"Mak Long kena selesaikan hal ni Aishah Kesuma...mesti!..."

Bersemuka?...berita yang cukup ngeri Echa dengar. Ngeri sungguh!...pasti bukan mudah tugas Engku Noor Zubaidah...Tengku Arisyah itu, bilah bicaranya cukup tajam!...

Engku Noor Zubaidah kata pada Echa yang Aidil akan turut sama dalam perjumpaan itu nanti. haa, Aidil ikut serta?...kasihannya Aidil..pasti Aidil dalam dilema nanti...itukan mama Aidil...tapi kata Engku Noor Zubaidah Echa jangan bimbang...jangan takut apa-apa...kata Engku Noor Zubaidah, dia tahu apa yang perlu dilakukan..apa yang perlu dibahasakan pada kedua-dua mereka itu. Kata Engku Noor Zubaidah adakala orang tua tidak semestinya betul dan orang muda tak semestinya salah. Biarlah Tengku Arisyah mendengar suara hati anaknya sendiri...anak yang dia sanggup korbankan demi kepuasaan dirinya sendiri...kepuasan prinsip dan falsafah hidup yang sudah tidak relevan dengan kehidupan masa kini!...

Dan kata-kata Engku Noor Zubaidah itu bagai menyingkap kembali peristiwa yang cuba Echa singkirkan dari kotak memori...peristiwa yang cukup pahit dalam lipatan hidup Echa.

Petang itu Echa sedang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi penggambaran dalam studio untuk majalah Cosmopolitan...memang letih sangat masa tu, yelah penggambaran sehari suntuk kerana mengejar masa jurugambar yang sudah ditempah pihak Cosmopolitan...Joe pun ada masa itu, masing-masing; Echa dan Joe sedang bertekak siapa yang akan belanja makan malam hari tu...dan tetiba jer pintu pejabat ditolak dengan kasar dari luar...Echa dan Joe sama-sama terkejut beruang polar...

"haa...langkah kanan sungguh...ada pun betina orang putih tak tau malu ni Bonda Tengku...hei betina gatal, betina tak sedar diri...kau dengar sini ye...dengar apa kami berdua nak cakap dengan kau..."

Echa ditolak dengan kasar oleh Tengku Layla Syuhadah, kalau takder Joe yang menahan dari belakang, sudah pasti Echa jatuh terlentang...ganas sungguh perempuan tu la!

"heii..apa ni Layla...apa tolak tolak orang ni...ganasnya kau ni laa!..."

"hei..kau diam ek jantan lembik!...jangan nak masuk campur pulak...menyibuk jer!..."

"eei..kurang ajar ek mulut kau pompuan...apa mak bapak kau tak ajar ker adap bercakap dengan orang..harap jer asal keturunan baik-baik..tapi perangai...budi bahasa..out...zero!"

"hei jantan lembik...mulut kau memang bau puaka tau...jangan nak sebut-sebut nama ayahanda ngan bonda aku ye..kau tu, cermin sikit diri kau tu ye...eeei, dasar jantan tak sedar diri...merempat!..."

"Layla...sudah..."

"tapi Bonda..."

"enough...kita kan nak jumpa budak ni..."

Echa yang sedari tadi hanya terkedu melihat pertikaman lidah Tengku Layla Syuhadah dan Joe yang bagai pertembungan Ultraman dan Raksaksa Bertocang Dua tiba-tiba menjadi fokus perhatian kedua-dua wanita itu. Joe masih setia di sisi Echa...lengan kanan Echa dipegang erat oleh Joe..

" kamu..Aishah Kesuma bukan?...dengar sini baik baik apa yang aku nak katakan pada kau...aku tak nak cakap banyak dengan kau dan rasanya kau pun tahu sapa aku kan...aku mahu kau jauhkan diri kau dari anak aku..kau tentu tahu siapa yang aku maksudkan, bukan?...aku mahu kau putuskan apa jua hubungan kau dengan dia...aku tak mahu anak aku ada sebarang hubunganpun dengan kau...kau tentu masih ingatkan pertemuan kita di rumah aku dulu...aku dah jelaskan pada kau bukan...kau takkan aku terima..tidak sekali-kali, biar apa pun yang terjadi!..tapi kau masih tetap degil ye...masih teruskan jugak hubungan kau dengan Aidil...makin akrab lagi aku dengar...memanglah kalau dah dasar keturunan perampas tu, sampai bilapun akan tetap nak rampas hak orang...kau tau tak..aku benci sangat dengan keturunan mak kau tu..orang putih ni memang jahat, suka ambik hak orang...dari dulu sampai sekarang...dan kau ni pun dah tunjukkan contohnya...lihatlah apa kau dah buat pada hidup aku...kau tahu, aku dah pilihkan anak aku calon isteri yang paling layak untuk dia...keturunan baik-baik...Tengku Layla Syuhadah ni untuk pengetahuan kau, adalah bakal tunangan Engku Aidil..."

Echa menggigit bibirnya. Kuat. Rasa terhiris..terhina...rasa sedih...rasa malu sungguh saat itu. Rasa marah juga saling bertingkah bila nama arwah umi disebut...kesiannya umi...maafkan Echa umi!

Perampas?...kejamnya kata-kata mama Aidil...Echa tak pernah rampas sesiapapun Tengku!...Echa tak tahu pun tentang hal pertunangan Aidil dan Layla...kalaulah Echa tahu dari dulu...

"kalau kau sayangkan Aidil..tinggalkan dia!...kalau kau tak mahu kerjaya dia musnah...reputasi dia sebagai CEO AAZ Holdings berkecai...kau lepaskan dia dari genggaman kau!...untuk pengetahuan kau, aku masih pemegang terbesar saham AAZ Holdings dan aku tak akan teragak-agak untuk pecat Aidil...kau tentu tak mahu dia malu...dia susah, kan?...Aidil tu dari lahir sampai sekarang memang tak pernah merasa apa itu susahnya hidup..dia tu macam tikus yang lahir dalam kepuk beras..lain la kau...kau tentu dah biasa susah kan, maklum orang kampung...aku mahu kau tinggalkan tempat ni...pergi jauh...dan jangan tunjukkan muka kau tu pada Aidil...kalau kau enggan, Aidil kan terima padahnya....kau faham?...mari Layla, Bonda dah selesai..."

" hei betina gatal...ingat pesanan Bonda Tengku tu...sedar diri kau tu sikit!...cermin muka tu baik-baik ye...jangan nak terkejar-kejar hak orang..."

terkejar kejar hak orang?...sapa yang kejar sapa ni haa!...sesedap rasa aja membuat simpulan kata begitu ye!...

Tok tok tok...tok tok tok...

"adik...adik?"

Ketukan kuat di pintu berserta suara kak long yang terdengar sayup sayup dari luar mengembalikan Echa semula dari lamunan.

"jap jap kak long...adik tertidur la..."

"tertidur pun mata boleh basah ker adik?"

Dan Echa sudah kehilangan bicara balas buat pertanyaan kak long yang tidak terduga itu!...

1 comment:

RinsyaRyc said...

nak tampo2 si makcik seekor tu. haish..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...