Wednesday, May 6, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 15

Bab 15

Tas tangan warna hitam bersegi empat bujur yang bersaiz sederhana itu diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan tubuh langsingnya yang kepenatan itu dibaring ke hamparan empuk di hadapan yang sedia menanti. Mata Echa dihalakan ke jam yang meliliti tangan kirinya...2.30pagi....ahhh, letihnya bukan kepalang...matanya dipejam seketika sambil tangan kanan diletakkan di atas dahi. Pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur sebentar tadi cukup memenatkan sekali. Mungkin disebabkan telah lama tidak berlenggang di pentas dengan sepatu tumit tinggi, kemudian dipaksa berlari-lari ke sana ke mari dibelakang pentas mengejar masa untuk menukar pakaian..mengejar jurusolek…mengejar itu ini...bagai terasa sungguh tenaganya dikerah sepenuhnya malam tadi.

Kemunculan dirinya setelah hampir 3 bulan "berehat"…iye ker Echa berehat?, atau perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi dirinya mungkin “hilang sekejap”?..entahlah. Namun situasi itu cukup membuatkan dirinya menjadi buruan lensa lensa kamera yang tidak melepaskan peluang merakam aksinya di pentas peragaan tadi. Tidak cukup dengan itu dirinya terus diburu beberapa wartawan dari majalah fesyen dan hiburan tanahair lewat tamat pertunjukkan. Nasib baik juga Joe ada untuk membantunya berhadapan dengan mereka-mereka itu. Agak terkejut juga Echa bila diserbu sebegitu. Mereka bagai enggan melepaskan dirinya jika pertanyaan mereka tidak dijawap….mereka mahu Echa memberikan penjelasan pada setiap persoalan yang diajukan. Echa akur…dia tahu siapa dirinya. Justeru itu dia cuba memberi kerjasama...memberi layanan sebaik mungkin. Kalangan yang tiada perasaan dan tanpa rasa simpati akan terus-terusan menyerangnya dengan soalan-soalan yang bagai mencekik batang lehernya...aduhai, sukarnya berhadapan dengan insan-insan begini. Bertambah sukar menyusun ayat agar tidak menyinggung atau paling penting tidak menimbulkan isu yang boleh disensasikan...ahh tidak sanggup lagi Echa melihat air mata mak mengalir..cukuplah sekali itu..cukuplah!...kasihannya mak…

Matanya yang masih rapat terpejam cuba untuk mencari mimpi namun minda seakan enggan membenarkan dirinya beradu. Dalam pejam, fikirannya masih menerawang...berlegar-legar....berpusing-pusing. Badan cuba dikalih ke kiri dan kanan dengan harapan titik untuk beradu dapat ditemu, namun masih gagal...Ahhh, bencinya!. Echa buka mata perlahan-lahan sambil merenung ke atas...bagaikan layar putih yang terhampar, matanya dipertontonkan dengan sesi ulang tayang peristiwa di majlis pertunjukkan fesyen yang dihadirinya tadi...

Kemunculannya malam tadi disambut dengan tangan terbuka dan menerima kucupan selamat datang daripada kebanyakan rakan sepejuangan. Semuanya mengalu-alukan kemunculannya semula di pentas peragaan...ramai juga kalangan pereka yang mengucapkan selamat kembali padanya juga. Ada yang siap mahu meminta Echa datang ke butik mereka kerana mahu meminta khidmatnya memperkenalkan fesyen terbaru mereka. Ada kalangan wartawan fesyen yang mengetahui penglibatan Echa pada pertunjukan ini awal-awal sudah datang kebelakang pentas berbisik-bisik di telinganya untuk "berjumpa" selepas pertunjukan. Echa siang-siang sudah diwarning mereka untuk tidak menghilangkan diri...hmmm, susah jugak kalau sudah dikenali...ruang untuk diri sendiri semakin sempit...semakin dihimpit!. Saat Echa muncul di pentas...berjalan...melenggang dengan tangan diayun gemalai bersama dengan senyuman semanis..kerdipan lensa lensa kamera tanpa henti memenuhi ruang pentas...tepukan gemuruh diraih dari hadirin saat di tiba di hujung pentas sebelum berpusing untuk masuk ke belakang pentas...hmm, puas...gembira...lega!

Awalnya dia memang berat untuk menerima tugasan ini. Saat dihubungi Joe 2 minggu lalu, dia langsung tidak memberikan sebarang jawapan. Sebenarnya selepas pertemuan dulu dengan ketuanya itu dan selepas mendengar luahan pengakuannya Echa jadi sungguh tawar hati untuk kembali ke situ...kembali bekerja semula dengan beliau. Echa jadi sungguh tak sangka dengan apa yang dilafazkan Puan Sri padanya hari itu...ya Allah!...lemah segala anggota...bagai tidak percaya dengan bilah bicara ketuanya itu...sampainya hati Puan Sri!...Echa jadi sangat marah...sangat kecewa...sangat sedih...semuanya bercampur menekan..menusuk di dalam dadanya!...berhari-hari dia membisu. Enggan berbicara dengan wanita yang suatu masa dulu begitu dikagumi...sangat dihormati. Echa langsung tidak memberitahu abang long, kak long tentang perkara ini...Echa juga merahsiakannya dari pengetahuan abang ngah dan abang lang...Echa tau abang ngah dan abang lang memang "brutal", nanti tak pasal-pasal Nina's kena serangan 2 pendekar dari Tanjung Bidara pulak...naya!... Echa tidak mahu lagi merungsingkan mereka...cukup cukuplah Echa menyusahkan mereka dulu. Tapi..tidak pada abang chik. Echa bagai tidak boleh sembunyi apa-apa dari abang chik. Abang chik bagai punya pari-pari yang menjaga Echa di sini. Setiap gerak laku Echa...setiap gerak hati Echa abang chik pasti akan dapat dihidu abang chik. Lalu segalanya diluahkan pada abang chik...segala rasa sedih, pilu, geram, marah dihamburkan pada abang chik...dan abang chik seperti biasa akan jadi pendengar yang cukup baik pada setiap keluh kesah Echa...ahhh abang chik...dan kerana nasihat yang luhur dari abang chik lah Echa kembali ke Nina's...Echa masih ingat tiap patah kata-kata abang chik padanya.

Petang selepas berjumpa Puan Sri hari itu, Echa balik dan terus berkurung dalm bilik. Nasib baiklah malam tu abang long dan kak long ada dinner kat luar, abang ngah dan abang lang pulak outstation...kira Echa selamat dari disoalsiasat. Echa cuba untuk tidak mahu beritahu sesiapa...tapi abang chik macam tau-tau jer Echa tengah sedih giler!...bila abang chik telefon aje dan tanya khabar..apalagi Echa pun terus hujan!!...aaarggghhh malunyer masa tu...malu sebab dulu-dulu dengan bangga kata diri brutal, tak lut semua kunun, tak main la nangis-nangis..jiwa mesti waja...tapi hampeh!!..dan dalam tangis air mata, air hidung pun kluar sama Echa cerita semua pada abang chik...siap dengan sedu sedan pulak tu..dramatiknyer Echa masa tu...abang chik biarkan Echa menangis sehabis-habisnya malam tu...lama la jugak abang chik melayan Echa hukkhukkk, hekkhekk, waaaarrrghhhh....

Abang chik siap bagi tazkirah malam tu pada Echa...Echa jadi terdiam bila dengar abang chik berbicara macam tu...sungguh la abang chik ni kadang kala tidak terjangka apa yang bakal keluar dari rongga mulutnya bila datang aura luar alam dia tu...Echa memang jadi terkedu dengan kata-kata abang chik malam itu. Tiap patah kata-kata abang chik cukup memberi kesan pada Echa. Perasan yang sangat mendamaikan...sedingin air hujan di malam hari. Echa tahu kini kenapa abang chik cukup menarik di mata Pot....dalam dirinya yang serba sederhana itu, dia sebenarnya cukup istimewa di mata seorang perempuan!!

1 comment:

RinsyaRyc said...

benda ni dulu selalu buat.. bila rumet tanya, apesal kau ni ? terus banjir satu asrama.. hahaha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...