Tuesday, April 28, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 14

Bab 14

Hidup ini kata orang kena berani...berani berhadapan dengan cabaran, berani ambil risiko, berani melawan jika perlu demi mempertahankan hak kita dari dirampas, dicabul, dipersenda....dan kita juga kena berani terima kekalahan..Kekalahan?...Aidil sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil berjalan mundar-mandir di kebun mini milik Engku Noor Zubaidah. Kebun mini yang terletak di belakang banglo mak longnya itu dipenuhi pelbagai sayuran juga ulaman. Rumpun serai, pandan juga kantan mak long merimbun di balik kolam ikan puyunya. Di sisi pagar pokok cemperai menghijau sekali. Ada juga sebatang dua pokok belimbing buluh dan cermai yang turut ditanam di situ. Mak Long memang ringan tangan, ringan tulang...mak long tidak seperti mama...sangat berbeza keduanya. Mak long tidak suka menghabiskan masa dengan menghadiri party-party sosial perkumpulan wanita-wanita ternama dan kaya yang sudah lanjut usia tapi tak sedar diri dah tua!...kata mak long tu aktiviti yang membuang masa sahaja...tiada faedah, jauh dari hidayah!...anehnya tulah aktiviti kesukaan mama...aktiviti bercerita, bermegah-bermegah, mencanang kekayaan masing-masing, kejayaan suami dan anak masing-masing...masing-masing dengan lagaknya, tak mahu kalah...meluat sungguh Aidil dengan sandiwara manusia-manusia hipokrit begini.

Mama memang tidak pernah betah kalau terpaksa berlama-lama di rumah mak long....telinga pasti jadi nipis dek "nyanyian" mak long. Mak Long memang tidak pernah beri muka pada mama...kalau perlu dilaser dengan peluru air liur, mak long tembak saja!...namun satu yang Aidil lihat mama tetap hormat pada mak long walau bagaimana sekalipun disinis mak long...Mak long memang tidak berkenan dengan perilaku mama yang sering membuang masa dengan aktiviti sosialnya yang tidak berfaedah...itulah yang sering disebut mak long.

Engku Noor Zubaidah yang sedang memetik kacang buncis bersama tapis plastik ditangan sambil ditemani pembantu rumahnya sejak 40 tahun lalu, mak yam menjeling menerusi ekor matanya melihat gelagat anak saudaranya itu. Satu-satunya putera arwah adik lelaki tunggalnya...sayang sekali adiknya itu lebih disayangi Allah. Aidil, Aidil...parah betul dah budak sorang ni!

"yam bawak masuk kacang ni ye....nanti malam tolong gorengkan sama kicap dengan udang...tu si Aidil tu memang suka makan ni...jangan lupa petik sikit ulam pegaga tu sama ye yam."

Engku Noor Zubaidah menghulurkan tapis plastik yang separuh penuh dengan isi kacang buncis yang baru dipetik tu ke tangan pembantu rumahnya itu.

"baik Engku..."

Langkah tuanya diatur menghampiri Aidil yang sedang leka memberi ikan -ikan puyu di kolamnya makan. Ralit anak muda itu dilihat menyaksikan anak-anak ikan puyu yang sudah sebesar 3 jari tu berenang-berenang. Engku Noor Zubaidah turut mencangkung di sisi anak saudaranya itu. Bahu anak muda itu diusap lembut. Aidil menoleh lantas tersenyum. Dia juga tersenyum sama.

"jom kita masuk Aidil...kita bercakap kat dalam...selesa sikit....mak long nak mandi dulu...melekit-lekit dah ni."

'ok mak long..."

Aidil memimpin tangan Engku Noor Zubaidah masuk ke dalam rumah.

Bayu malam yang berhembus cukup menyegarkan sekali. Bintang-bintang yang bertaburan di hamparan langit begitu menggamit bebola mata Aidil terpaku di situ. Sesekali jemarinya menolak kebelakang helaian rambutnya yang terjuntai dihadapan mata. Sesekali nafas dihela perlahan...lalu dilepaskan. Langkahnya diatur perlahan-lahan ke bangku batu berwarna putih yang terletak di hujung laman. Bola mata yang sedari tadi asyik memandang langit biru bersama kerdipan bintang-bintang langsung tidak menyedari gerak lakunya menjadi tatapan seseorang. Aidil merenung jauh di kaki langit namun ingatan pada perbualan lewat petang tadi bersama Engku Noor Zubaidah masih terlalu kuat menggamit...

"mak long suka dia Aidil...terlalu suka..ntah la, dia punya tarikan yang cukup istimewa pada mata mak long...kita boleh jadi terbuai bila menatap dirinya, mendengar tutur katanya,....mata birunya itu cukup menawan sekali, bagai kejora sinarnya...hai, kalau mak long yang perempuan ni boleh rasa sampai macam tu, apa lagi lelaki kan...right young man?."

Aidil tersenyum kecil mendengar kata-kata yang terlontar dari mulut mak longnya itu. Mestilah mak long...sapalah yang tidak tertawan padanya, si mata biru itu...Aidil jadi selalu cemburu pada mata-mata yang pasti tertoleh saat berpapasan dengan gemala hatinya itu...sakitnya hati bila melihat mereka, lelaki-lelaki itu bagai tidak langsung menghormati dirinya yang ada disebelah namun masih tega memandang si dia tanpa berkedip!

Kalau mak long tanyakan rasa Aidil ....hmmm, Aidil sudah sering sangat hanyut saat memandang sepasang mata itu...asyik sekali!...tapi kenapa mama tidak begitu mak long?..desir hati kecil Aidil bagai enggan menerima hakikat penolakan mama itu...mengapa mama?...mengapa mama tidak punya tanggapan semulus mak long tentang belahan jiwa Aidil tu ma...hati Aidil terus-terusan merintih pilu...

"banyak yang mak long bualkan dengan Aishah kelmarin Aidil..."

Aidil genggam erat tangan Engku Noor Zubaidah...ceritalah lagi mak long...apa-apa sahaja bicara tentang si dia pujaan hati nan satu itu pasti tidak jemu di telinga Aidil ini...

"mak long suka dengar dia berkisah tentang keluarganya...matanya itu jadi sangat bercahaya bila bercakap pasal keluarganya...seronok sangat dia....sayang sungguh dia pada mak abahnya..pada abang-abangnya...pada kampungnya...dia anak yang baik...sangat-sangat baik di mata mak long..."

Tentu sahaja dia dari keluarga yang baik-baik mak long...keturunan yang molek-molek. Mata Aidil ni saksinya...telinga Aidil ni tidak salah mendengar. Rasa sangat dekat bila berada di tengah-tengah keluarganya mak long...rasa yang sukar Aidil gambarkan. Aidil belum pernah rasa begitu seronok saat menghabiskan cuti bersama mereka sekeluarga dulu mak long...kasih sayang antara mereka buat Aidil sungguh terpukau. Betapa Aidil rasa malu pada mereka bila mama buat begini pada Echa...sampainya hati mama mak long!...

"mak long banyak berfikir semalam...tentang hal Aidil dan Aishah ni...."

Aidil masih menunggu patah bicara yang bakal menyusul dari bibir tua Engku Noor Zubaidah. Terasa debar jantungnya kian laju...

"Aishah tu mak long tahu luka di hatinya sangat dalam Aidil...bilah-bilah bicaranya yang sayup itu cukup menggambarkan perasaannya saat ini...perlakuan mama Aidil memang melampau...sangat-sangat melampau. mak long malu...mak long marah...mak long sakit hati dengan mama Aidil ni...dah kenapa agaknya mama Aidil ni sampai sanggup ambil tindakan begini...dasar pentingkan diri sendiri...Aishah sudah berjanji pada mama Aidil rupa-rupanya...sungguh mak long tak sangka Aidil...Aishah, Aishah..."

Debar jantung Aidil kian kencang jadinya...dahinya berkerut seketika tatkala mendengar perkataan itu...janji pada mama?...janji apa??...issy mak long ni taknak cakap pulak...cakaplah mak long...Aidil dah tak larat nak fikir ni...mak long ni saja aje nak mendera jiwa Aidil la...janji apa yang Echa buat dengan mama ni?...mama suruh Echa buat mama?...Aidil menggaru-garu kepalanya...

"Aidil...masuklah, kan sejuk kat luar tu...sudah sudah la mengaru-garu kepala tu...mari masuk, jom...kan mak long dah janji pada Aidil, insyaallah...adalah cara nak selesaikan masalah kamu berdua...you need to be patient young man..patient, ok?"

Aidil senyum pada Engku Noor Zubaidah yang berdiri disebelah sambil memegang tangannya. Engku Noor Zubaidah turut sama tersenyum...insyaallah Aidil!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...