Thursday, August 2, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 24


Bab 24
Heathrow Airport, London-11.30pm
Mike yang sedang meneliti dengan tekun skrin Apple iPad di tangan menoleh kesebelah. Tuan CEO Kiara Arena merangkap sahabat baiknya, encik Thaqif Jazman dilihat sedang tenggelam dengan tafsir al-quran ditangan sejak sejam yang lalu. Asyik sungguh membaca!  Mike tahu Thaqif sentiasa membawa kitab tafsir berkenaan ke mana-mana. Mike memang selalu nampak kitab tafsir berkenaan di atas meja kerja tuan CEO ini setiap kali dia ke bilik lelaki ini. Mula-mula dahulu Mike sedikit pelik jugak melihat kitab berkenaan berada di atas meja kerja Thaqif. Yelah, selalunya orang kan simpan aje dalam laci. Tapi Thaqif ni lain. Siap letak dikanan mejanya dengan kusyen kecil lagi sebagai alas. Bila ditanya apa yang istimewa sangat kitab tafsir berkenaan teman baiknya ini hanya tersenyum. Yelah, jika dipandang daripada segi rupa, nampak macam dah lama juga usianya. Kata Thaqif, tafsir al-quran itu sangat istimewa dan dia sayang betul sebab ia pemberian daripada pakcik Ismail sendiri a.k.a abah si TJ2. Lelaki berkenaan kan guru al-quran dan tempat dia mempelajari ilmu-ilmu agama. Kata Thaqif, pakcik Ismail selalu berpesan kalau belum mahir membaca al-quran tak mengapa, baca dahulu tafsirannya dan fahami kisah disebalik tiap surah yang dibaca. Mudah-mudahan dengan cara itu akan menguatkan lagi semangat untuk kita mempelajari dan membaca al-quran. Mike akui Thaqif banyak berubah sejak mula mengaji dengan abah Teja. Dia bukan Thaqif yang dahulu. Perlakuannya juga banyak berubah. Sikap dan hubungannya dengan daddynya juga semakin baik. Jika mula-mula balik ke Malaysia dan mengambilalih jawatan di Kiara Arena dahulu Thaqif seakan menjauhkan diri daripada daddynya itu. Jarang sangat mereka berbual. Hanya bertegur sekali-sekala sahaja biarpun sebumbung. Kepulangan yang dianggap Thaqif sekadar memenuhi tanggungjawab, dan bukan atas kerelaan hati sepenuhnya. Tapi sejak dua bulan kebelakangan ni, mereka makin akrab. Selalu juga Mike dengar perbualan kedua-dua beranak itu berkenaan hal ehwal syarikat di bilik bacaan kala pulang ke rumah daripada bermain futsal. Mike tahu semua ini banyak dipengaruhi oleh persahabatan Thaqif dengan Teja dan pergaulannya dengan keluarga gadis berkenaan terutamanya abah Teja. Bagi Mike, Teja banyak merubah lelaki ini menjadi Thaqif yang baharu. 

Mike toleh Tag Heuer di pergelangan kanan. Ada kurang 15 minit lagi sebelum mereka dipanggil untuk memasuki perut Malaysian Airlines. Penerbangan jam 12 tengah malam ini dengan pesawat MH3 akan membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur dan dijadualkan tiba di KLIA jam 7.25 pagi esok.  Tablet diletakkan disisi. tangan mencapai Nikon D3200 yang terdampar disebelah. Tangan Mike menekan butang. Mata takzim memandang ke arah skrin empat segi ditangan. Jari-jemari mula bergerak menekan picu menggerakan detik-detik yang terakam. Saat momen pertama di London Bridge terbentang di muka skrin, bibir Mike menguntum senyum lebar. Sempat matanya mengerling sekilas ke arah Thaqif disebelah yang masih takzim dengan kitab tafsir berkenaan. Jari-jemari terus menarikan picu. Momen-momen yang terakam bergerak satu-persatu. Senyum Mike makin mekar. Kepala menggeleng perlahan. Rasanya kalau dia diminta Jane melakukan seperti apa yang dilakukan Thaqif di jambatan berkenaan, Mike belum pasti dia sanggup. Sungguh kerja giler! Memang sakit perutnya ketawa tatkala merakamkan aksi-aksi Thaqif. Apa tidaknya, ada kalangan pelawat yang turut bersantai di situ turut ketawa melihat gelagat spontan dan bersahaja teman baiknya ini. Siap mendepakan kedua-dua tangan. Macam aksi ahli sukan terjun pun ada!

Usai kembali dari Knightbridge semalam, mereka terus memecut ke London Bridge. Sakan ketawa Mike yang memegang picu Nikon D3200 melihat aksi ala ala Leonardo De Caprio seperti dalam filem Titanic yang digayakan Thaqif. Semua itu demi memenuhi permintaan cik Teja a.k.a TJ2 . TJ2, kau ni dah buat apa kat tuan CEO ni haa..sampai dia sanggup panjat jambatan malam-malam dan buat aksi-aksi luar alam macam nih. Kau ada hembus-hembus dia ek..hehehe. Bro, kau ni dah parah laa..tapi still kau nak mengaku kan. 

"aku tahu la kau senyum-senyum tu gelakkan aku. Seronok sungguh kau ketawakan aku daripada semalam kan, bro." Tangan Thaqif memasukkan kitab tafsir di tangan ke dalam beg sandang disisi. Ke dua-dua tapak tangan meraup wajah. Dipanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah dia dapat menyudahkan bacaan dua juzuk daripada kitab tafsir berkenaan. Banyak yang bermain di fikiran dan mengetuk jendela jiwa yang selama ini tidak pernah mahu berusaha ke arah ini. Betapa dia jauh tertinggal. Betapa diri selama ini alpa dengan nikmat dunia yang hanya sementara ini. Namun mujur sahaja Dia temukan dirinya yang jahil ini dengan si dia itu. Pertemuan yang telah mengubah seluruh landskap kehidupannya yang selama ini kosong...hambar. Dan pada-Nya, diri Thaqif yang kerdil ini memanjatkan kesyukuran. Laluan hidupnya kini makin jelas. Thaqif toleh memandang kesebelah. Senyuman Mike masih belum meninggalkan bibir.

"sudah-sudahlah tu ketawakan aku, bro. Ntah-ntah nasib kau nanti lagi dramatik daripada aku. Jane tu boleh tahan jugak fikiran luar alamnya kan. Kau jugak yang cakap kat aku. Haa, jadi ingat-ingat sikit ye." 

Pecah ketawa Mike.  Bahu Thaqif dipaut mesra. Bertingkah ketawa kedua-duanya.

"Aku bukan apa Qif, cuma heran. Macammana la kau tergamak kan buat aksi-aksi macam ni." Mike menggeleng. Ketawanya masih basah di bibir. " Kalau akulah...hai, tak sanggup...kecualilah terpaksa... antara hidup dan mati."

Thaqif senyum. Dia menggelengkan kepala.  Pengumuman yang meminta para penumpang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH3 untuk bersedia membuatkan kedua-duanya berdiri serentak. Thaqif sandang Samsonite ke bahu. Langkah kedua-dua dihala ke hadapan. Tiket dan passport dikeluarkan dari poket jaket yang tersangkut di lengan. Erat digenggam.

"Kau tu cakap jer, Mike. Kalau Jane yang suruh, ntah-ntah aksi kau lagi dahsyat daripada yang aku dah buat. Macamlah aku tak tau kau tu sayang mati dengan si Jane."

Mike geleng kepala. Ketawa kecil.

"sayang tu memang sayang,bro. Yang tu aku tak nafikan. Jane tu bahagian penting yang melengkapkan hidup aku. Tapi.. part nak buat aksi-aksi macam tu, aku memang tak sanggup la, bro. Sungguh! Kalau aku kena belasah dengan dia pun tak apa. Asal saje Jane tak suruh aku buat aksi romantik i jump, you jump!...macam yang orang sebelah aku dah buat semalam. Aku memang tabik la kat orang tu. Demi cik TJ2, apa-apapun dia sanggup." Mike lontar sengihan  seraya memandang wajah Thaqif yang tersenyum lebar.

Pecah ketawa kedua-duanya.
* * * * * * *
" Encik Qif..."   Pintu yang diketuk perlahan seraya dipulas dari luar membuatkan mata Thaqif terus menghala pandangan ke arah pintu. Senyuman manis setiausahanya itu yang berbaju kurung biru lembut  pagi ini dibalas mesra. Beg kertas besar di tangan diletakkan di sudut meja. Mata tajam Jasmin sempat mencuri pandang pada beg kertas berkenaan.

"yes Jasmin.." 

 Senyum Jasmin masih terletak di bibir. "they are here, encik Qif..."

"ok ok..." Thaqif bingkas bangun, mencapai Samsonite business cases berwarna hitam yang terletak di kiri sudut meja lalu cepat-cepat mengorak langkah melepasi meja kerja.

" by the way, Mike dan masuk ke Jasmin?" Sempat ditanya setiausahanya itu dalam langkah yang pantas menuju ke pintu.

Jasmin angguk. Laju mengikut daripada belakang. " sudah, encik Qif. All of them are waiting for you in the conference room." 

Thaqif angguk. Langkah laju melepasi pintu bilik meninggalkan Jasmin dibelakang. Jasmin menunggu hingga kelibat ketuanya itu betul-betul memasuki bilik mesyuarat yang berada dihujung kanan. Langkahnya kembali diundur perlahan-lahan kebelakang. Berhati-hati. Meja kerja ketuanya itu didekati. Beg kertas besar yang jelas di luarnya tertera perkataan Harrods begitu menggamit mata dan keinginan untuk didekati. Jasmin meninjau-ninjau kembali ke arah pintu. Clear! Bibir tersenyum puas. Takut juga kalau tiba-tiba Nani atau sesiapa muncul pulak. Habis la dia! Silap-silap dibuang kerja pulak kerana menyelongkar barangan peribadi CEO Kiara Arena. Memalukan sahaja nanti. Tangan mencapai beg kertas berkenaan. Diselak perlahan-lahan untuk melihat isi didalamnya.  Ada 2 kotak tertera perkataan MBT. Pantas dibuka kedua-duanya. Mata melihat rakus dua pasaang Kesho MJ shoes. Kasut untuk perempuan! Untuk sapa nih?? Ditutup kembali kotak kasut berkenaan dengan persoalan yang masih tersangkut di kepala. 

Dahi berkerut kala mencapai "benda" berwarna coklat cair yang terlipat kemas didalam beg kertas berkenaan. Perlahan-lahan dikeluarkan benda tersebut daripada beg kertas . Mata dipicingkan. Hmmm..biker jacket?  A Juicy Couture brand? Wah, mahal jaket ni. 2 ke 3 ribu tak lari ni. Tapi...ni kan perempuan punya. Melihat potongan jaket berkenaan dan juga jenama berkenaan yang sangat sinonim dengan wanita, dia sangat yakin jaket berkenaan memang khas untuk perempuan. Jasmin mengangkat tinggi jaket berkenaan didepan mata. Digerakkan ke kiri dan kanan. Dahi berkerut. Dia nak bagi sapa pulak nih?  Mestilah bagi perempuan yang bawak motor macam dia jugak kan. Dah ni biker jacket. Tapi..takkan girlfriend dia bawak motor jugak kut. Dilipat semula lalu dimasukkan kedalam beg kertas berkenaan. Dahi berkerut lagi. Mana encik Qif ada...Mata Jasmin bulat. Kata-katanya yang tergantung tadi kembali menujah fikiran. 

Girlfriend? He got a girlfriend? Issy, mana ada. Cuba disedapkan hati yang mula berdetik gusar.  Tak pernah dia nampak pun ada mana-mana gadis datang ke sini berjumpa ketuanya itu. Menerima panggilan daripada mana-mana gadis juga Jasmin tidak pernah.Tak pernah jugak Jasmin dengar apa-apa  dari Mike atau Puan Sri pasal ni. Jasmin arif sangat dengan sikap mummy ketuanya itu yang pasti akan bercerita kepada mama Jasmin tentang anak bujangnya ini. Mama Jasmin kan kawan sekolah Puan Sri dahulu jadi selalulah jugak mereka berbual perihal keluarga masing-masing. Dan Jasmin juga tahu kisah mummy encik Qif yang sangat cerewet tentang calon menantunya biarpun dia sudah berjanji dengan anak tunggalnya ini untuk tidak mahu campurtangan lagi dalam urusan berkenaan. Tapi hakikatnya, Jasmin tahu itukan strategi Puan Sri untuk pastikan anak tunggalnya ini pulang semula ke Malaysia. Puan Sri pasti ada kreterianya yang tersendiri. Takkan la dia nak terima calon yang tak tentu latar belakang pulak kan. Encik Qif pun kenal sangat perangai mummynya macammana. 

Sebab tu la dia tak cakap apa-apa pasal perkara ni cik Jasmin ooi. Dia pun ada strategi dia jugak. Dia tu kan lelaki bijak. Lebih elok dia rahsiakan dahulu siapa si dia tu daripada pengetahuan semua. Gadis misteri itu rahsia penting dalam hidupnya. 

 A secret girlfriend?  Ya, segalanya boleh berlaku. Mana kau tau, Jasmin. Dia taknak beritahu atau heboh-heboh barangkali. Mungkin dia tunggu masa yang sesuai sahaja untuk kenalkan perempuan itu dengan ahli keluarganya. Jasmin ketap bibir. Nafas mendengus kasar. Kedua-dua tapak tangan digenggam erat. Ada rasa sakit yang sedang menghentam. Dadanya rasa sesak.
* * * * * * 
Rahang bawah rasa macam dah cecah karpet bilik stor. Mata tidak berkelip. Air liur sudah ditelan banyak kali. Isi dalam plastik yang tertera perkataan Harrods sudah dimuntahkan ke atas meja kerja di bilik stor ini.  Pandangan jatuh pada semua benda yang sedang terhampar di atas meja. Teja garu pelipis. Bukan dia tidak nampak dari ekor mata yang si sirap bandung sedang tersenyum memandang aksi jakunnya yang sangat-sangat terserlah! Aah..tak kisah la tu. Jakun jakun pun girlfriend dia jugak kan. Tapi kalau dia lebih lebih senyum kemudian gelakkan Teja  sebab macam jakun memang akan kena debik nanti. Bukan dia tak tahu Teja ni ganas kan.

-Buruk lah kau ni Teja. Langsung tak tahu nak control ayu. Huh!
+Weh, nak control amendenyer kalau dah nengok benda-benda macam ni depan mata. 
-Eleh, setakat jaket kulit tu, jam merah pulak tu ngan kasut sport dua pasang tu apalah nak heran. Memang sah kau tu jakun!
+Mahal giler tu beb! Kau tengok beg ni..apa dia tulis? Kau nampak kan..Harrods okay! London mari woo.  Kau tau London tu kt mana. UK...UNITED KINGDOM...Kau hado? Kau mampu ker, Huh!

"suka?"

Teja labuhkan duduk didepan Man yang santai duduk di hadapannya. Mata mereka berpandangan seketika. Thaqif masih senyum.  Teja gigit bibir. Dilarikan matanya sekilas ke arah meja. Dia ni asyik senyum-senyum aje aar. Awak, tau tak senyum awak tu boleh buat saya kena diebetes laa. Kurangkan manis dia sikit boleh tak. 

"Teja?"

"Eer..." Teja garu kepala yang tidak gatal. Issy, macammana nak cakap ni ek. Sirap bandung ni biar betul. Tu..benda-benda tu semua, biar betul dia belikan untuk aku. Memang aar suka. Putus wayar apa kalau tak suka. Dah la dia beli semua benda penting yang aku nak sangat dari dulu tapi tak dapat sebab aku mana mampu nak dapatkan. Gaji aku sebagai budak stor kat sini banyak mana la sangat. Jaket kulit, kasut ngan jam swatch merah tu...memang aku suka sangat tau! Tau tau aje Man ni apa yang ada dalam kepala otak aku ni kan. Awak, terima kasih tau belikan saya semua ni. Mesti mahal semua ni kan. Kalau awak nak tau saya bukan setakat suka jer tapi suke giler sesangat. Tapi...Teja lepaskan keluhan kecil. Perkara yang bermain difikirannya sejak sehari dua kebelakangan ni makin menyesakkan. Tidak tahu bagaimana mahu dinyatakan pada lelaki ini. Nanti kalau salah cakap, Teja tak mahu Man fikir dia gedik pulak. Yelah, nampak sangat yang Teja syok giler la kat Man kan. Habis, macammana ni..

Thaqif melihat  reaksi Teja yang seolah-olah seperti keliru dan tidak pasti dengan apa yang sedang terbentang didepan mata. Thaqif tahu apa yang bermain difikiran gadis di hadapannya ini. Bibir menguntum senyum. Dia tahu bagaimana mahu memancing respon spontan Teja.

"awak tak suka ye. Oklah kalau macam tu. Saya minta maaf sebab tak tau awak tak suka barang-barang ni. Saya bagilah nanti kat sesapa yang nak. Awak tak payah susah-susah nak fikir,hmmm."

Teja tersentak. Mata membulat. Hapa? Bagi kat orang lain. Oit, mana boleh! Tu semua London mari aar. Apa barang nak bagi kat orang lain pulak, huh! 

"eh eh nanti dulu..saya tak cakap pun saya tak suka tau. Saya suka laa. Lagipun kan awak yang belikan semua tu untuk saya. Apsal yang nak bagi orang. Tau tak semuanya mahal. Mahal giler! Awak ni, issy.. leceh aar."

Thaqif senyum. "Yelah, saya tengok muka awak berkerut semacam aje. Saya ingat awak tak suka barang-barang yang saya beli ni. Saya tak pandai sangat nak pilih. Saya tak tau taste awak." Teja memuncungkan bibir sambil tangan menggaru pelipis. Thaqif ketawa. Teja, awak tau tak...tengok awak dan gelagat awak yang sentiasa berbeza saban hari buat hidup saya sentiasa bahagia. I never had this kinda feeling before. 

"Awak...saya nak tanya ni."

"hmmm..."

"eer...be..be..betul ker kampung awak kat UK? Se..semua ni awak beli kat London? Betul? Awak..awak tak tipu saya kan."

Thaqif senyum lebar. "kenapa? Awak tak percaya saya ke, hmmm." Thaqif hela nafas perlahan. Tangan keluarkan sesuatu daripada poket jaket yang dia sangkut di belakang kerusi. " ni...hadiah yang awak kirim." Beg kertas comel  diletakkan didepan Teja. Mata gadis itu tidak berkelip." apa ni awak?" Teja capai lalu diseluk tangan kedala beg kertas bekenaan. Mulut Teja ternganga. Bas merah dua tingkat! Thaqif sembunyikan senyum.
"resit dia pun ada kat dalam tu...macam yang awak mintak. Original receipt." Teja seluk kembali tangan kedalam beg kertas tersebut. Sehelai kertas yang rapi terlipat dua dikeluarkan lalu ditatap. Air liur ditelan. Betul aar! Ni dia beli kat sana. Ada cop kedai lagi.. Tapi..tapi. Issy, macammana nak cakap ni ek. Dia..dia balik sana sebab..sebab..

"and another one...also per your request." Thaqif tolak sampul bersaiz sederhana besar berwarna merah delima ke hadapan Teja. Amboi encik Qif, sampul warna kesukaan Teja lain ek..nakal la awak ni tau!

Tangan Teja capai perlahan-lahan sampul yang ditolak kehadapannya. Mata mencari wajah si sirap bandung yang dilihat sedang tunak merenungnya. Isy, pandang-pandang la pulak. Awak boleh tak jangan tenung saya macam tu. saya tau la saya ni cun dan ayu. 

Teja..sila jangan perasan boleh tak..

Huh!

"a..ap..apa ni awak?" Lambat-lambat tangan memegang bucu sampul surat berkenaan.

Thaqif terus menyimpul senyum." open it...and see it by yourself."

Tangan Teja perlahan membuka sampul ditangan. Kepala menjenguk kedalam sampul. Dahi berkerut. Macam gambar jer. Gambar apa pulak ni. Gambar tak senonoh dia ke. Awak..kalau awak bagi saya gambar-gambar 18SX awak, saya belasah awak sampai pengsan kat sini ok. Saya tak kira. Awak jangan nak cari pasal ye. Perlahan-lahan ditarik keluar isi sampul berkenaan. 

Mata bulat. Tidak berkelip langsung! Rahang terjatuh untuk kali kedua. Satu-persatu gambar aksi-aksi Man di depan istana Buckingham dan di London Bridge ditatap satu demi satu. Air liur ditelan.

Thaqif senyum. "so, saya tak tipu awak kan. Saya memang balik UK...or to be more specific..i went to London."

Teja sandar tubuh pada perut kerusi. Nafas dihela perlahan.

"Awak..."

"hmmm..."

"saya nak tanya...tapi awak jawab betul-betul ye."

Thaqif senyum. "insyaallah." Teja, walau apa-apa pun awak kena percaya pada saya.

"awak balik sana pasal urusan keluarga ye.."

"hmmm..." Sorry dear, not now. I'll tell you later. Everything. I promise you that.

Teja gosok hujung jari pada pangkal hidung.

"mak ayah awak panggil awak balik ke sana kan..." 

Thaqif jeda. Wajah Teja ditatap.

Teja telan air liur. Dia tahu pasti Man serba-salah mahu menyatakan perkara yang sebenarnya. Tak apa lah. Teja faham. Dia tahu apa-apa pun yang terjadi dia akan redha. Dia ikhlas selama berkawan dengan Man.

"saya tau awak tak call atau sms saya masa awak kat sana sebab taknak diorang tau pasal awak dengan saya kat sini."

Thaqif kerut dahi. Alamak, apahal pulak ni. Teja, Listen, deari knew what i did is wrong...but i've a reason for that. Please trust me. Bukan saya taknak call awak, tapi masa kat sana dan sini tak sama la sayang. saya tak nak ganggu masa rehat awak. You don't know  how much i care about you, Teja.

"diorang...diorang nak kahwinkan awak dengan calon pilihan diaorang kan. Betulkan Man?"

Giliran rahang Thaqif yang terjatuh. Tangan menepuk dahi.

6 comments:

nz lyna'im said...

sibuk la jasmion nie.... hahahahah tj2 dh pk yang bukann 22

che`leen said...

masa jasmin dok belek2 barabg2 ..akak bedebo2, takut dia ingat n prasan brg tu utk dia n dia pakai barang2 tu..

masa teja serkap jarang pasal parent tuan tj panggil balik UK..akak pun traase sedih sama..

trima kasih..sgt best

Anor said...

Kucc nak lagi best ni... ape riaksi
TJ kalau dpt tau yg Man sirap bandung
tu adalah CEO ye? cpt sambung ye...

sue said...

Jasmin tu kenapa gedik sangat selongkar barang CEO.... x amanah langsung.....
Nanti kalau Teja pi keja pakai jaket tu dan si Jasmin nampak habislah .... pecah rahsia Man CEO....
Andaian Teja yang last tu ... buat Kak Sue nak gelak ja.... biasalah Teja tu terlalu jujur orangnya, jadi Man kena faham ok....

mizz acu said...

kkakakakakaa.. betulla teja ni telenovela.. haishhh
ala kucc dear.. nyampess la ngan jasmin tu.. nyebok ajerr.. haishh! pecah rahsia kang..

Excel Printing & Copy Centre said...

persoalan yg bermain di mindaku setiap kali baca cter ni ialah...adakah tj2 akan ase tertipu lau dia tau siapa man 2 dari jasmin atau org len...ble man nk trs trg ni?jgn sampai tj2 ase dipermainkan sudah ler...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...