Sunday, July 15, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 18


Bab 18
Teja angkat kening. Tinggi.  Bibir diketap. Berdetap-detup bunyi gigi berlaga. Malaun mana pulak yang ambik port aku nih. Tak nampak ke haa aku dah letak "nama" aku besar-besar kat situ. Buta huruf dengan buta warna ker haa! Nak rasa penangan karate Jet Lee aku nih gamaknya. Dengusan kuat dilepaskan. Teja sakit hati sungguh tengok port dia sudah terisi dengan motor lain. Rasa macam nak bagi flying backhand aje tuan punya motor tu kalau dia ada depan mata sekarang nih. Memandai aje park motor dia kat port orang.  Punyalah banyak kotak parkir kat sini yang dia pergi landing kat motor dia kat tempat aku ni apa kes. Ini port aku la mangkuk!  Dengar tak?  Tapi..tapi motor ni, issy. Mata masih tidak berkalih pandang. Siapa punya ek? Tak pernah nampak pun sebelum nih. Takkan orang luar kut. Apa barang orang luar nak parkir motor jenama macam ni kat sini kan. Gila haper! Ni semua zon untuk brand kapcai aje. 


Teja hala Kris betul-betul disebelah motor yang sudah curi kotak parkir dia. Ya, itu memang kotak parkir Teja. Kotak parkir Teja? Ha'ah..sebab ada initial nama Teja kat kotak parkir tu. Semua orang pun tu itu memang "rumah" untuk Kris dia. Tak ada seorang pun yang berani-berani masuk "rumah" motor Teja ini tanpa izin dia. Hatta budak-budak despatch atau logistik pun sedia maklum. Dengan kata lain, Teja sudah register lot parkir ini dia yang punya. Jadi jangan nak gatal parkir motor korang kat sini. Ada faham!


Teja ni memang orang dah kenal sangat dan masak sangat dengan perangai selamba dia. Ada ke dia dengan selamba badak aje pergi spray kat kotak parkir yang empat segi yang separuh saiz parkir kereta tu huruf TJ besar-besar. Warna merah pulak tuh! Lepas itu bingkai huruf tu dia spray warna putih..bagi outstanding lagi. Kalau tak nampak juga, sah-sah mata dia spesies Kassim Selamat. Kakak guard yang bertugas jaga parkir kat B5 ni pun dah memang tau dah itu keje si Teja. Malas dah dia nak marah. Buat buang air liur jer. Si Teja ni mana makan saman. Dia telan semua!  Tapi yang lebih buat kakak guard ni malas nak ambik port sebab budak Teja ni pandai ambik hati. Dia akan pujuk bagi kuih. Hari-hari kakak guard tahu dia mesti akan dapat kuih. Dan dia pun memang selalu jer tertunggu-tunggu kuih Teja. Kuih-kuih yang si Teja buat memang sedap. Jadi, kakak guard tutup mata jer la dengan perangai budak sekor ni. Teja ni sapa tak kenal perangai sengal + sewel dia. Sesuka jiwa jer buat parkir ni macam harta nenek moyang dia.


Teja matikan enjin Kris milik abah yang umurnya dah cecah separuh dari umur Teja. Tubuh yang bersalut kurung kapas coklat muda dan putih corak bintik bintik bulat besar yang orang  panggil polkadot dibawa deras melangkah turun dari Kris. Plastik-plastik kuning berisi bekas empat segi yang terisi kuih karipap pusing, pulut panggang dan talam kacang merah juga tidak ketinggalan tepung pelita si sirap bandung dari dalam bekas bakul dibelakang Kris dikeluarkan. Teja tak mahu nanti berwap pulak semua kuih-kuih berkenaan kalau tidak dikeluarkan segera. Semua plastik itu diletakkan ke tepi. Tubuh kurusnya kemudian dibawa mencangkung sambil memandang kuda besi spesies mahal gedabak disebelah. Helmet Jerman dikepala Teja tanggalkan lalu diletakkan ke tepi Kris. 


Mata terpacak tidak berkelip pada Harley Davidson Superlow warna merah hati didepan mata. Tangan mengusap perlahan permukaan kenderaan pujaan yang sekian lama dia idamkan. Siapalah tuan punya motor idaman hati aku nih ek. Warna pun dah lah warna peberet aku tuh...perrghh, cun giler aar motor ni. Kalau aku dapat bawak ni mesti gempak kan. Boleh tayang kat Jane Jenab . Mesti makcik tu melompat-lompat atas tanah macam kuda kepang naik syeh sebab jeles giler...hikhikhik. Tubuh yang tadi mencangkung kini sudah berdiri. Harley Davidson Superlow dihadapan dikelilingi. Langkah lambat-lambat diatur. Tangan mengusap permukaan tubuh enjin berkuasa 883cc yang cukup memukau pandangan Teja sebelum tapak tangan berhenti pada bahagian tempat duduk. Mata bercahaya. Kening dianagkat beberapa kali. Hmmm...Bibir menguntum senyum. Tangan menyeluk zip beg sandang yang terlilit di tubuh. Sebatang marker merah dia keluarkan dari beg.
* * * * * * *
"mungkin dia ingat parkir "TJ" itu reserve untuk dia.."

Teja geleng laju. "Awak...tu kan parkir motor untuk staff kat sini aje. Kat sini, staff bawak motor yang initial nama dia "TJ" tu saya aje. Mana ada oranglain."

Thaqif senyum. "bukan ke big boss kita yang guna initial TJ tu? Entah-entah tu motor dia tak?" 

Teja mencebik. " Takder maknanya big boss kita tu nak parkir motor dia kat tempat saya. Pergilah park kat B1 sana. Kan luas melaung parkir untuk CEO. Eh eh, tapi CEO kita tu bawak motor ke? Mana awak tau ni? Awak skodeng dia ek." Teja bulat memandang Man dihadapan. 

Thaqif cuba mengawal tenang."sa..saya agak jer. Mana tau kan. Tapi mana tau kan teori saya ni betul. Dan dia tersalah masuk parkir pagi tadi kemudian nampak pulak parkir yang tertulis nama TJ..mesti dia ingat dia yang punya.  Betulkan CEO kita tu guna initial TJ? Kenapa awak pun guna initial yang sama,hmmm."

"ala, dia tu yang rompak initial saya laa. Sekretari dia yang gedik dan perasan seksi tu siap warning lagi saya suruh tukar initial baru serta merta lagi. Ekeleh, mengelabah aje minah tu. Macamlah saya ni tak tahu peraturan. Orang pun faham aar bila HR dah hantar email kan. Mementang dia big boss. Kalau saya jumpa dia kan..mahu jer saya debik dia. Sesuka hati dan jiwa dia aje rampas initial orang. Tapi saya tak heran dah pun, saya punya initial baharu lagi gempak tau awak..TJ2…dua kali berkuasa daripada dia tau, huh!" Teja mendengus perlahan.

Thaqif senyum. Senyum lebar mendengar celoteh dan marah-marah Teja yang masih belum tamat. Ketawa yang membuak dia tahan. Hati dia sedang ketawa kuat. Ketawa lucu dengan cerita Teja. Kalaulah Teja tahu siapa orangnya...Thaqif simpul senyum manis. 

Kelongsong tepung pelita yang terakhir dia masukkan dalam bekas plastik yang Teja sudah sediakan di tepi sudut meja. Wajah licin tanpa calitan warna didepan yang ghairah bercerita sejak tadi ditatap. Thaqif tahu cerita ini belum habis. Tengok muka Teja yang bercahaya itu pun Thaqif dah tahu. Masih ada lagi yang berbaki dan dia akan setia melebarkan telinga untuk mendengar. Dia seronok sahaja melayan kisah-kisah Teja saban hari. Kisah-kisah yang sentiasa menceriakan harinya. Jika ada benda yang buat dia rasa tertekan hari itu dengan permasalahan kerja yang memerlukan penelitian dan kata putus daripadanya, dia akan refresh kisah Teja untuk tenangkan jiwanya. Dia akan putar balik cerita-cerita Teja untuk sejukkan bara dalam hati. Dan sememangnya dia pasti akan tersenyum setiap kali usai berbuat demikian. Teja mendamaikan. Itu yang dia rasa.

Teja ni memanglah satu dalam sejuta. Payah nak jumpa gadis polos dan sangat direct macam dia nih. Kalau bercerita, dia memang takkan sembunyi apa-apapun. Teja ni jenis selamba badak..kata orang sekarang. Itu perkataan yang Thaqif baharu belajar dan dengar dari mulut Malek setiap kali sahabat akrabnya itu bercerita tentang si buah hatinya; Ku Zainab. Kata Malek, buah hatinya itu memang spesies selamba badak. Bila Thaqif tanya selamba badak tu apa. Kata Malek, ala jenis yang ikut suka dia aje nak cakap atau nak buat apa. Tak kisah penerimaan orang. Sebab tulah Ku Zainab boleh kamceng dengan Teja. 

Thaqif pun baharu tahu rupanya Teja dan buah hati si Mike ni geng rapat. Jadi "kawan" yang Teja cakap pernah nampak Thaqif dahulu rupanya buah hati si Malek ini rupanya. Thaqif ingat lagi masa jamuan hari pertama dia di Kiara Arena memang dia ada diperkenalkan dengan eksekutif kanan bahagian Logistik yang bernama Ku Zainab. Sungguh dia tak tahu gadis berwajah bulat itu buah hati si Malek rupa-rupanya. Kata Malek lagi, nama yang cantik dengan gelaran "Ku" didepan sudah dibuang. Nama pun sudah glemer sikit.  Zainab sudah jadi Jane. Pecah ketawa Thaqif tengok muka sakit hati Malek. Bila Malek persoal si Jane, katanya dia kena libas balik dengan buah hatinya itu. Kata Jane, yang awak tu Malek tukar Mike boleh pulak? Saya tak boleh? Awak ni belum apa-apa lagi nak kunci saya sana sini ek.  Tak kira, kena panggil juga dia dengan nama Jane. Kalau tak, putus! Tapi kata Malek, Si Teja ni sudah tambah satu nama kat belakang nama si Jane yang lekat sampai sekarang...Jane Jenab. Dan ternyata nama itu memang sungguh buat si buah hati Malek ini terkenal di Kiara Arena. Orang di sini lebih kenal siapa itu Jane Jenab daripada Ku Zainab. Thaqif geleng kepala. Teja..Teja..

"awak ni, boleh senyum-senyum pulak ek. Saya marah ni tau. Tahu tak saya tengah marah ni, Man?" Teja bulatkan mata yang tidak berkelip sambil melontar pandangan ke hadapan. Lelaki yang berkemeja warna yang dia tidak gemar itu Teja lihat sedang memasukkan kelongsong tepung pelita yang terakhir ke dalam plastik merah yang dia letak di sudut meja. Dia ni tak jemu sungguh makan kuih tu hari-hari. Agaknya dia ni masa lahir dulu serentak dengan terciptanya resipi kuih tepung pelita kut, jadinya dia berkembar lah dengan tepung pelita. Nasib baik bukan tepung gomak kan...hahahaha. Hamboi Teja, mulut kemain ye, cili nak?

Thaqif angguk kepala. Ya, cik Tun Teja Ratna Sari binti Ismail. Saya tahu awak sedang marah sekarang. Tapi marah awak tu sekejap aje kan. Muka polos dan comel awak tu mana boleh nampak aura marah. Kalau awak marah pun orang boleh senyum. Sebab awak tu comel.  Eh, mana tau nama penuh dia ni. Apa? Mana Thaqif dapat tahu nama penuh Teja? Hai, lupa ker dia kan CEO di Kiara Arena nih. Dan selaku BIG boss di sini, Thaqif kan boleh access semua rekod staff di sini dengan  hujung jari sahaja. Tekan aje. Haa, terpampang semua. Segala maklumat peribadi Teja sudah Thaqif simpan dalam pengkalan data di kepalanya. Segalanya bermula bila Malek beritahu Teja aka TJ ni ada nama panjang. Hari itu juga dia telefon ketua jabatan sumber manusia. Teruja sungguh dia mahu tahu nama panjang gadis ini. Dan nama penuh cik Teja ni memang sungguh unik dan klasik. Bagi orang melayu Thaqif kira nama Teja ni memang pertama kali dia jumpa. Dan bila dia kaitkan nama itu dengan personaliti Teja nampak memang kena. Dia memang unik. Sangat unik dengan caranya yang tersendiri. Satu-satunya staff perempuan di sini yang tunggang motosikal ke pejabat lengkap berbaju kurung. Dan baju kurung dia hanya dari jenis fabrik kain kapas sahaja. Itu Thaqif memang sedar sangat dari mula-mula terserempak dengan Teja dalam lif. Hari pertama dia jejak kaki ke Kiara Arena dan Teja lah staff pertama Kiara Arena yang dia jumpa. Wajah polos dan kelam-kabut Teja itu masih kekal dalam kotak memori kepalanya hingga kini. Memori yang sangat manis.


"kalau awak dapat tau tuan punya motor tu siapa, awak nak buat apa dengan dia, Teja." Thaqif lontar pertanyaan dengan nada lembut. 


"Kalau saya dapat tahu sapa mangkuk tu Man, tahu la apa saya nak buat dengan dia." Teja sengaja besarkan mata dengan nafas yang sengaja dia lepaskan dalam-dalam. Thaqif mahu tergelak tapi dia tahan.


"awak nak buat apa dengan dia? Awak nak pukul dia ker? Awak kuat ke nak pukul dia,hmmm. Sah-sah dia marah sebab awak dah buat something kat motor dia kan." Thaqif cuba pancing amarah Teja sambil mengukir senyum. Dia jadi seronok melihat gadis didepannya ini marah-marah. Tadi Teja sudah cerita dia ada tulis sesuatu dengan motor Harley Davidson merah itu. Bila Thaqif tanya, dia gelak sambil angkat-angkat kening lagi. Takper Teja...sekejap nanti saya dapat tahu jugak apa yang awak tulis. 


Teja lontar jelingan pada lelaki dihadapan. Hapa senyum-senyum!


"ooo... awak ingat saya tak berani ek pukul dia. Senyum-senyum tu, nak gelakkan saya la kan. Awak tau tak Man, saya ni ada darah serikandi ok. Jangan nak memain dengan saya ye. Mamat Harley Davidson merah tu sah-sah patah lapan nanti saya lipat tau. Awak tengoklah nanti."


Thaqif gagal tahan  ketawa. Pecah. 


Teja mencebik. Pen mata bola ditangan dia ketuk kuat dilengan sasa lelaki dihadapan. Makin kuat ketawa lelaki ini. Takper ketawa. Nanti betul-betul saya patahkan si mangkuk Harley Davidson merah tu awak jangan terlopong pulak. Issy dia ni, sudah sudah la gelak tu..dah la lesung pipit dia makin tambah dalam bila gelak macam tu. Sirap bandung ni sengaja tau nak menggugat jiwa dan raga aku aje pepagi nih. Tak suka tau!

* * * * * * *
Tubuh Jane Jenab yang bersalut jaket hijau tua bersama seluar panjang dan blaus hitam sedondon bergegar. Meja yang dia duduk turut bergegar sama mengikut rentak ketawanya. Giler berani betul la TJ ni! Nak mampus betul! Buatnyer tuan punya Harley Davidson Superlow merah tu dapat tahu sapa punya kerja seni yang pergi menulis ayat-ayat cinta di motor mahal dia tu, sah-sah TJ kena tembak dengan M16!


"kau memang giler berani aar TJ."


"Padan muka dia! Sapa suruh memandai parkir motor dia kat port aku. Tempat lain kan banyak. Cari pasal dengan aku, wassalam la jawapnya kan, Jane. Dia tak kenal aku lagi..ni TJ aar. Lu kacau port gua, lu masak laa."


Pecah ketawa kedua-duanya.


"kau agak apa ek dia nak buat..dah la kau guna permanent marker..merah pulak tu. Giler betul kau, TJ..tapi kan beb, aku memang syok aar dengar cite kau ni. Kalau aku la tuan punya motor tu, mampus aku tak bawak lagi motor tu gi mana-mana beb. Aku simpan kat rumah, selimut kan dia. Simpan kat garaj. Malu weh...ayat-ayat cinta tu ada tertulis kat motor. Mahu orang yang nampak ingat aku minah jiwang karat yang kronik. Aku boleh bayangkan muka mangkuk itu masa ini bila dia baca..sah-sah dia hentak-hentak kepala dia kat tembok." Ketawa Jane dan Teja bergema lagi. Kali ini lebih nyaring.

Thaqif senyum. Mata memandang lagi pada bait-bait kata-kata indah bertinta pen marker berwarna merah yang tertulis di Harley Davidson Superlow merah pemberian mummy. Helmet HD disarungkan ke kepala. Ketawa kecil tercetus dari bibir. Kepala menggeleng. Tubuh dibawa naik ke atas enjin besi berkuasa 833 cc itu. Dipulas enjin. Teja..Teja. Awak ni memang nakal sungguh! Harley Davidson meluncur deras keluar dari basement 5 di Menara Kiara Arena.

11 comments:

putehberseri said...

i like - lagi boleh?

ida said...

Best! Teja ni mmg selamba la, kalaulah dia tau si sirap bandung tu sape.... camana eh? Marah, sedih, malu, bengang, happy or benci tapi rindu??

didies said...

teja2..hahaha..best nk lagi..

ina said...

MSB mmg best ... Suka baca citer santai2 ni, gelak sampai kejung otot perut.. Hehe.. TQVM..

mizz acu said...

Haihhh.. Telebih berani si teja nihh..
Xsabo nak tgu bila kes tebonnGkar nti. Knfm teja malu2 katak ;p

Nor Syafika said...

Wahhhhhhhh suka....lawak giler!!!!!

gua said...

Suka2 sweet and lawak buat tersenyum sokmo

kak ida said...

kucc...bestnya E3 ari ni..tergelak gelak akak baca..rasanya semua stress berkerja hari ni..berlalu pergi..
comel la si Teja tu...dan mamat sirap bandung tu..pandai betui ..dia menyimpan rahsia diri diakan...
Just wonder apa ek..akan terjadi..kalo rahsia terungkai...

oshin-jamel said...

nak tao ape yang Teja tulis dkt motor harley tue...hehehe

Kak Sue said...

Lawak betul Teja ni.... Cakap dengan tuan punya motor pulak tu.... hahaha

gua said...

Tak sabar nak tunggu ep 19

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...